Anda di halaman 1dari 9

 

PEMAHAMAN 1

Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang
berikutnya.

 
Sudah hampir dua tahun Tuk Mat meninggalkan aku. Dia pergi buat selama-
lamanya. Waktu itu aku baru melangkah ke tahap dua sekolah rendah. Tuk Mat amat
istimewa bagiku. Aku tidak pernah melupakannya. Imbasan peristiwa lalu masih
segar dalam ingatanku.

Namanya selalu kusebut apabila kesunyian. Aku terasa seolah-olah Tuk Mat
berada di sisiku. Begitulah kasih sayang dan rapatnya aku dengan Tuk Mat. Aku
merenung gambarku bersama-sama Tuk Mat. Alangkah manjanya aku memeluk
bahu Tuk Mat. Tuk Mat kelihatan begitu ceria dengan senyumannya. Hanya potret
inilah yang tinggal untuk mengubat rinduku pada Tuk Mat.

Selama ini, pada Tuk Mat tempat aku bermanja. Tuk Matlah yang menyara aku.
Segala perbelanjaan persekolahanku ditanggungnya. Peristiwa sedih ini berlaku kira-
kira tujuh tahun yang silam. Ibu berkahwin lain setelah kematian bapa.

Ibu melahirkan Khairul Nizam. Sesungguhnya kehadiran orang baru dalam


hidup ibu menyebabkan aku jauh hati. Aku melarikan diri dan meninggalkan ibu.
Mujur Tuk Mat faham. Beliau mengajak aku tinggal bersama-sama dengannya.
Selepas itu, ibu ada juga datang memujukku. Tetapi Tuk Mat berkeras untuk terus
menjagaku.

Tuk Mat benar-benar menyayangi aku. Setiap hari beliau menghantar dan
mengambil aku dari sekolah dengan motosikalnya. Sepanjang ingatanku, tidak
pernah Tuk Mat melukakan hatiku. Beliau sentiasa bersabar melayan segala
kerenahku. Walaupun kadangkala aku ini kepala angin, Tuk Mat tidak pernah
memarahiku apatah lagi memukulku. Sebaliknya, Tuk Mat banyak memberikan
nasihat kepadaku. Hingga kini, kata-kata itu masih segar dalam ingatanku.

Kenangan dan kemesraanku bersama Tuk Mat amat payah untuk kulupakan.
Memori ini telah sebati dengan jiwaku. Tanpa kusedari, air mataku berlinangan di pipi.
Aku benar-benar rindu akan kasih sayang Tuk Mat. Doaku, semoga Tuk Mat damai di
alamnya. Semoga Allah mencucuri rahmat-Nya atas roh Tuk Mat.
1. Apakah hubungan Khairul Nizam dengan penulis?

A Adik tiri
B Adik angkat
C Adik kandung
D Anak saudara

2. Apakah yang dilakukan oleh penulis apabila terkenangkan Tuk Mat?


A Memeluk bahu Tuk Mat dengan manjanya
B Menatap potret kenangan sambil menangis
C Bersedih dan menangis tidak berhenti-henti
D Mengingati kebaikan dan pengorbanan Tuk Mat

3. Penulis telah menceritakan tentang kehidupannya bersama-sama Tuk Mat,


berapakah usia penulis sekarang?

A 5 tahun.
B 7 tahun.
C 10 tahun.
D 12 tahun.

4. Mengapakah penulis berasa sedih sehingga mengalirkan air mata?

A Terkenang akan bapanya yang sudah meninggal dunia


B Terkenang akan datuknya yang sudah meninggal dunia
C Cemburu akan kehadiran Khairul Nizam dalam keluarganya
D Tidak dapat membonceng motosikal Tuk Mat untuk ke sekolah

5. Pernyataan yang berikut adalah benar tentang penulis, kecuali

A tinggal bersama-sama ibunya selama lima tahun.


B perbelanjaan sekolahnya ditanggung oleh Tuk Mat.
C menjadi anak yatim piatu ketika berusia lima tahun.
D penulis selalu mendoakan kesejahteraan roh datuknya
PEMAHAMAN 2

Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang
berikutnya.

Namaku Kawasaki. Aku dilahirkan di sebuah kilang motosikal di Kuala Lumpur.


Aku diperbuat daripada besi, plastik dan getah. Badanku berwarna merah hitam.
Setelah siap dipasang, aku dan kawan-kawan lain dihantar ke sebuah kedai menjual
motosikal di Bandar Muar.
Setiba di situ, aku dipamerkan bersama-sama beberapa buah motosikal yang
lain. Aku berasa amat megah kerana sentiasa dipuji oleh setiap pengunjung yang
datang ke kedai itu. Pada suatu hari, seorang pemuda yang kacak datang ke kedai itu.
Dia ingin membeli sebuah motosikal. Akhirnya, dia memilih kau. Aku dibeli dengan
harga RM 5 990.00.
Setiap hari, aku ditugaskan untuk membawa tuanku ke tempat-tempat yang
diingininya. Aku dijaga dengan baik dan sering dibersihkan oleh tuanku. Apabila
badanku rosak, dia segera menghantarku ke bengkel untuk diperbaiki oleh mekanik.
Aku berasa sungguh bertuah kerana mendapat seorang tuan yang baik.
Malangnya, pada suatu petang, adik tuanku hendak meminjamku untuk pergi ke kedai
runcit. Adiknya masih belum mempunyai lessen memandu. Dia tidak pandai
menunggang diriku. Ketika hendak melintasi sebuah simpang, sebuah lori yang dipandu
dengan laju telah melanggarku.
Adik tuanku telah tercampak ke tepi jalan. Manakala aku pula tersepit di bawah

1. Apakah bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat ‘aku’?


 
A Besi
C Plastik
B Getah
D Kesemua jawapan di atas
2. Ke negeri manakah ‘aku’ di hantar selepas dipasang?
 
A Terengganu
C Johor
B Pahang
D Melaka

3. Siapakah yang meminjam ‘aku’ untuk pergi ke kedai runcit?

A. Tuanku
B. Adik tuanku
C. Kakak tuanku
D. Pak Cik tuanku

4. Jika ‘aku’ rosak ke manakah dihantar oleh tuan?

A. bengkel kereta.
B. bengkel motosikal
C. rumah
D. kedai

5. Apakah perkataan yang sama erti dengan ‘kacak’ ?

A Cantik
C Indah
B Tampan
D Molek  
PEMAHAMAN 3

Abraham Lincoln dilahirkan pada 12 Februari 1809 di Hardin (sekarang Larue


County), Kentucky. Bapanya, Thomas Lincoln adalah seorang peladang dan ibunya
bernama Nancy Hanks. Keluarga Lincoln tinggal di sebuah rumah kabin yang kecil dan
mempunyai satu bilik sahaja.

Ayahnya seorang yang kuat agama Baptis dan tidak mahu memiliki hamba
walaupun Kentucky pada masa itu menghalalkan perhambaan.

Ketika Lincoln berumur 7 tahun, keluarganya berpindah ke Indiana. Lincoln


menolong bapanya di ladang tetapi ketika beliau berusia 22 tahun, beliau meninggalkan
keluarganya untuk berpindah ke New Salem, Illinois, untuk bekerja sebagai jurujual.

Beliau sempat ke sekolah untuk satu tahun dan belajar membaca, menulis dan
kira-kira. Pada tahun 1842, beliau berkahwin dengan Mary Todd Lincoln. Mereka
mempunyai empat cahaya mata tetapi tiga daripadanya meninggal semasa usia muda.

1. Bilakah Abraham Lincoln dilahirkan ?

A. 12 Februari 2014
B. 12 Februari 1809
C. 14 Mac 1808
D. 12 Mac 1809
2. Mengapakah Beliau tinggalkan keluarganya?

A. Untuk membuat kajian.


B. Untuk melanjutkan pelajaran beliau.
C. Untuk bekerja sebagai jurujual
D. Untuk berkahwin.
3. Ayahnya merupakan seorang….

A. Kaki judi
B. Saintis.
C. Peladang
D. Kaki botol

4. Ke manakh keluarganya berpindah ketika Lincoln berumur 7 tahun ?

A. Ke Amerika
B. Ke Indiana
C. Ke India
D. Ke New York

5. Berapa anak dilahikrkan oleh isteri Lincoln?

A. 5
B. 6
C. 1
D. 4
PEMAHAMAN 4

Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang
berikutnya.

Nama saya Mohd Firdaus. Saya berusia 33 tahun dan bertugas sebagai
juruterbang dengan Sistem Penerbangan Malaysia. Saya berasal dari Kampung Bukit
Melintang, Port Dickson. Pada pukul 6.00 pagi, saya telah berada di Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk melaporkan diri di pejabat. Tiba di pejabat,
terlebih dahulu saya akan meneliti jadual cuaca. Selain itu, saya juga meneliti jadual
penerbangan pada hari tersebut, iaitu Medan, Indonesia.

Kemuadian saya segera menuju ke pesawat yang akan saya pandu. Saya
memeriksa pesawat tersebut dengan teliti. Saya berbuat demikian bagi memastikan
pesawat itu dalam keadaan sempurna dan selamat untuk digunakan. Saya mendapat
bantuan daripada jurutera dan pegawai-pegawai lain bagi menjalankan pemeriksaan
tersebut. Setelah berpuashati dengan keadaan pesawat tersebut dan semua persiapan
untuk penerbangan yang akan dilakukan, saya dan pramugari bersiap-sedia
menyambut para penumpang bagi penerbangan tersebut. Sebaik sahaja menerima
kebenaran, saya pun menghidupkan enjin pesawat itu. Setelah itu pramugari atau
pramugara menerangkan langkah-langkah keselamatan.

Kira-kira satu jam lima belas minit di udara, pesawat yang akan saya kendalikan
pun memasuki ruang udara Sumatera Utara. Kemudian saya menghubungi pusat
kawalan Lapangan Terbang Medan untuk mendapatkan kebenaran mendarat. Setelah
mendapatkan kebenaran, saya pun mendaratkan pesawat di landasan yang diarahkan.
Apabila semua penumpang sudah turun, saya pun keluar dari pesawat tersebut. Saya
berehat di bilik yang disediakan sebelum mengendalikan penerbangan balik ke kuala
Lumpur.
1. Siapakah Mohd.Firdaus yang diceritakan dalam petikan di atas ?

A. Juruterbang Sistem Penerbangan Malaysia


B. Pramugara di Sistem Penerbangan Malaysia
C. Pengawal Keselamatan di lapangan terbang
D. Pekerja Sistem Penerbangan Malaysia

2. Perkataan mengendalikan dalam petikan di atas bermaksud

A. mengawal
B. memantau
C. mengurus
D. memeriksa

6. Mengapakah Kapten Firdaus memeriksa pesawat itu sebelum memandunya ?

A. Bagi memastikan penumpang telah memasukinya


B. Bagi mengetahui jadual penerbangannya
C. Bagi memastikan pesawat itu selamat digunakan
D. Bagi mengetahui jarak perjalan yang dilalui

4.Apakah tujuan Kapten Firdaus menghubungi Pusat Kawalan Lapangan Terbang


Medan ?

A. Untuk mengalu-alukan ketibaanya


B. Untuk membolehkan pesawatnya mendarat
C. Untuk memaklumkan jumlah penumpang
D. Untuk mengetahui waktu ketibaanya

5. Manakah antara berikut merupakan penyataan yang tidak benar tentang petikan
di atas ?

A. Kapten Firdaus memulakan tugasnya pada waktu pagi


B. Tali pinggang keledar disediakan di dalam pesawat
C. Tugas pramugari melayn penumpang di dalam pesawat
D. Kapten Firdaus menyambut kehadiran para penumpang.

Anda mungkin juga menyukai