Anda di halaman 1dari 9

SEKOLAH KEBANGSAAN MATANG KUNDA,

36100 BAGAN DATOH,


PERAK.
ABA 5047
MINIT MESYUARAT PEMULIHAN KHAS
BIL. 1/2015
Tarikh
: 13 JANUARI 2015
Tempat
: BILIK PEMULIHAN KHAS
Masa
: 1.10 2.00 PETANG
Pengerusi : EN. ABU KHAIR BIN BUKHARI

KEHADIRAN 8/8
1.

En. Abu Khair Bin Bukhari

Guru Besar

2.

En Azman b. Mohd Yusof

Guru Kanan Pentadbiran

3.

En Hasan Hisamudin b. Ahmad

Guru Kanan HEM

4.

En Mohd Hasrol Nizam b. Mohd Hadzir

Guru Kanan Ko ko

5.
Pn. Norhayati Binti Kamaruddin
Pemulihan Khas

Setiausaha/Guru

6.

Cik Shahida Binti Saad

AJK

7.

Ustaz Abdul Razak bin Nordin

AJK

8.

Muhamad Syafik bin Azmi

AJK

AGENDA 1
1.0 Ucapan Pengerusi Majlis
1.1. Guru Besar selaku Pengerusi Majlis mengucapkan terima kasih di atas
kehadiran semua guru dalam mesyuarat Pemulihan Khas kali pertama pada tahun
ini.

1.2. Mesyuarat ini bertujuan bagi membincangkan takwim tahunan aktiviti yang
akan dilaksanakan oleh Program Pemulihan Khas.
1.3 Tujuan mesyuarat ini juga untuk melantik AJK bagi Program Pemulihan Khas SK
Matang Kunda bagi tahun 2015.
AGENDA 2
2.0 Perlantikan Ahli Jawatankuasa
2.1. Berikut adalah senarai AJK bagi Program Pemulihan Khas SK Matang Kunda bagi
tahun 2015.
Penasihat :
Pengerusi :
N. Pengerusi
Setiausaha :
AJK
:

En Abu Khair b. Bukhari


En Azman bin Mohd Yusof
:
En Hasan Hisamudin b. Ahmad
En Mohd Hasrol Nizam b. Mohd Hadzir
Pn Norhayati bt Kamaruddin
Cik Shahida bt Saad
En Hasan Hisamudin b. Ahmad
En Hasrol Nizam b. Mohd Hadzir
En Muhamad Syafik b. Azmi
Ustaz Abd Razak b. Nordin

AGENDA 3
3.0 Perancangan Tahunan
3.1. Puan Norhayati mencadangkan perancangan tahunan aktiviti Program
Pemulihan Khas digabungkan dengan Program Linus. Ini kerana, terdapat seorang
murid Linus yang masih belum melepasi Saringan Linus Literasi
3.2 Berikut adalah Takwim perancangan aktiviti yang akan diadakan oleh Program
Pemulihan Khas pada tahun 2015.
BIL

PERKARA

TARIKH

1.

Mesyuarat Pertama bersama Panitia Bahasa


Melayu

Januari

2.

Ujian Instrumen Penilaian Penguasaan 2M


(IPP2M) dan IKAM pada murid Tahun 2 dan
yang gagal dalam ujian saringan BM/Matematik
konstruk 1, 2 Tahun 1

Januari
Mac, April (LINUS)

3.

Analisa keputusan IPPM2M/IKAM

Januari

4.

Ujian diagnostik ke atas murid tahun 1 dan 2


yang gagal ujian IPP2M/IKAM/Konstruk 1&2

Februari

5.

Pengajaran dan Pembelajaran

Februari November

6.

Ujian Pencapaian 1 (Murid yang lulus akan ke


kelas biasa)

Jun

7.

Ujian Pencapaian 2(Murid yang lulus akan ke


kelas biasa)

Oktober

AGENDA 4
4.0 Laporan Ujian Saringan
4.1. Guru Pemulihan Khas memaklumkan pada tahun 2015 jumlah murid yang
berada di Program Pemulihan adalah berjumlah 1 orang iaitu murid Tahun 4. Murid
yang sama mengikuti Program Pemulihan pada tahun 2014.
4.2. Salah seorang murid pemulihan Tahun 5 pada tahun 2014 iaitu Mohd Faizal
telah berpindah ke SK Rungkup bagi mengikuti Program Pendidikan Khas di sekolah
tersebut.
4.3 Untuk makluman, Ummi Aisyah telah melepasi Saringan Linus pada tahun 2014.
Namun masih memerlukan bimbingan di kelas pemulihan kerana murid tersebut
masih lemah pada kemahiran-kemahiran tertentu.

AGENDA 5
5.0 Hal- hal Lain
5.1 Guru Besar menyatakan harapan untuk guru pemulihan agar dapat melakukan
sesi pengajaran dan pengajaran yang lebih berkesan memandangkan murid
pemulihan iaitu Ummi Aisyah ini sudah menjadi murid tahap 2.
5.2 Beliau juga berharap, semua ajk yang telah dilantik dapat bekerjasama dengan
guru pemulihan bagi melaksanakan aktiviti yang telah dirancang dengan lebih
berkesan kepada murid tersebut.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.00 petang.

Disediakan Oleh:

(PN NORHAYATI BT KAMARUDDIN)

Disahkan Oleh:
.
(EN ABU KHAIR B. BUKHARI)

SETIAUSAHA PROGRAM PEMULIHAN KHAS


SK MATANG KUNDA

GURU BESAR
SK MATANG KUNDA

SEKOLAH KEBANGSAAN MATANG KUNDA,


36100 BAGAN DATOH,
PERAK.
ABA 5047
MINIT MESYUARAT PEMULIHAN KHAS
BIL. 2/2015
Tarikh
: 14 MEI 2015
Tempat
: BILIK GURU
Masa
: 1.10 2.00 PETANG
Pengerusi : EN. ABU KHAIR BIN BUKHARI

KEHADIRAN 8/8
1.

En. Abu Khair Bin Bukhari

Guru Besar

2.

En Azman b. Mohd Yusof

Guru Kanan Pentadbiran

3.

En Hasan Hisamudin b. Ahmad

Guru Kanan HEM

4.

En Mohd Hasrol Nizam b. Mohd Hadzir

Guru Kanan Ko ko

5.
Pn. Norhayati Binti Kamaruddin
Pemulihan Khas

Setiausaha/Guru

6.

Cik Shahida Binti Saad

AJK

7.

En Muhammad Syafik b. Azmi

AJK

8.

Ustaz Abdul Razak b. Nordin

AJK

AGENDA 1
1.0 Ucapan Pengerusi Majlis
1.1. Guru Besar selaku Pengerusi Majlis mengucapkan terima kasih di atas
kehadiran semua guru dalam mesyuarat Pemulihan Khas kali kedua pada tahun ini.

1.2. Tujuan mesyuarat diadakan ialah untuk membincangkan keputusan Saringan


pertama Linus dan juga Saringan Ujian Diagnostik bagi murid pemulihan .
1.3 Selain itu mesyuarat ini juga bertujuan bagi membincangkan aktiviti bulanan
yang telah dilaksanakan oleh Program Pemulihan Khas.

AGENDA 2
2.0 Keputusan Saringan Linus dan Ujian Diagnostik
2.1. Murid pemulihan Tahun 4 iaitu Ummi Aisyah telah menduduki Ujian Diagnostik
bagi subjek Matematik dan Bahasa Melayu pada bulan Februari yang lalu. Namun
beliau masih belum melepasi Ujian tersebut dan masih kekal di kelas Pemulihan
Khas.
2.2 Manakala seramai 3 orang murid Tahun 1 telah menduduki Saringan pertama
Linus. Terdapat seorang murid tidak melepasi saringan tersebut sama ada Literasi
atau Numerasi.
2.3 Murid tahun 1 yang masih belum melepasi saringan masih belum memasuki
kelas pemulihan Khas sepenuh masa di mana ianya akan ditentukan pada Saringan
Linus yang ke dua nanti iaitu pada Bulan September hingga Oktober. Manakala
semua murid Tahun 2 dan 3 sudah melepasi Saringan Linus Literasi dan Numerasi.

AGENDA 3
3.0 Perlaksanaan Aktiviti Tahunan
3.1. Puan Norhayati menyatakan bahawa beberapa perancangan aktiviti tahunan
telah dilaksanakan mengikut bulan yang telah dirancang.
3.2 Beberapa aktiviti yang telah dilaksanakan ialah Ujian Saringan Diagnostik,Ujian
Saringan IPP2M, IKAM serta Rumusan Data Ujian IKAM dan IPP2M.
3.3 Menurut Guru Kanan Pentadbiran iaitu En Azman, para guru perlu
mengenalpasti kelemahan serta mengkaji jalan penyelesaian serta kaedah yang
sesuai diaplikasikan kepada murid yang masih belum melepasi Saringan LINUS. Ini
kerana, jika murid tersebut masih belum melepasi Saringan 2 LINUS maka beliau
akan dihantar ke kelas Pemulihan.
AGENDA 4
4.0 Hal- hal Lain
4.1 Guru Besar menyatakan bahawa, program LINUS adalah program di bawah
pemantauan NKRA, maka perlaksanaannya adalah perlu telus dan memerlukan
komitmen tinggi daripada guru yang terlibat agar murid dapat melepasi Saringan
LINUS Numerasi dan Literasi.
4.2 En Azman menyatakan bahawa, guru pemulihan dan guru LINUS perlu
bekerjasama dalam berkongsi idea dan aktiviti yang sesuai dilaksanakan dalam pdp
bagi meningkatkan penguasaan murid khususnya murid yang lemah.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.00 petang.

Disediakan Oleh:

Disahkan Oleh:

(PN NORHAYATI BT KAMARUDDIN)

( EN ABU KHAIR B. BUKHARI)

SETIAUSAHA PROGRAM PEMULIHAN KHAS

GURU BESAR

SK MATANG KUNDA

SK MATANG KUNDA

SEKOLAH KEBANGSAAN MATANG KUNDA,

36100 BAGAN DATOH,


PERAK.
ABA 5047
MINIT MESYUARAT PEMULIHAN KHAS
BIL. 3/2015
Tarikh
: 5 NOVEMBER 2015
Tempat
: BILIK GURU
Masa
: 1.00 1.50 PETANG
Pengerusi : EN. AZMAN B. MOHD YUSOF

KEHADIRAN 7/7
1.

En Azman b. Mohd Yusof

Guru Kanan Pentadbiran

2.

En Hasan Hisamudin b. Ahmad

Guru Kanan HEM

3.

En Mohd Hasrol Nizam b. Mohd Hadzir

Guru Kanan Ko ko

4.
Pn. Norhayati Binti Kamaruddin
Pemulihan Khas

Setiausaha/Guru

5.

Cik Shahida Binti Saad

AJK

6.

En Muhammad Syafik b. Azmi

AJK

7.

Ustaz Abdul Razak b. Nordin

AJK

AGENDA 1
1.0 Ucapan Pengerusi Majlis
1.1. Guru Besar selaku Pengerusi Majlis mengucapkan terima kasih di atas
kehadiran semua guru dalam mesyuarat Pemulihan Khas kali ketiga pada tahun ini.
1.2. Tujuan mesyuarat diadakan ialah untuk membincangkan keputusan Saringan
kedua Linus dan juga Saringan Ujian Pelepasan bagi murid pemulihan .
1.3 Selain itu mesyuarat ini juga bertujuan bagi membincangkan laporan aktiviti
yang telah dilaksanakan oleh Program Pemulihan Khas pada Tahun 2015.
AGENDA 2
2.0 Keputusan Saringan Linus dan Ujian Pelepasan

2.1. Murid pemulihan Tahun 4 iaitu Ummi Aisyah telah menduduki Ujian PROTIM
bagi Bahasa Melayu dan Matematik pada bulan Ogos yang lalu. Ummi Aisyah masih
belum melepasi ujian tersebut .
2.2 Manakal pada bulan Oktober yang lalu Ummi Aisyah juga telah menjalani Ujian
Perlepasan Bahasa Melayu dan Matematik. Namun murid tersebut masih belum
melepasi kedua-dua ujian tersebut dan masih berada di kelas pemulihan pada
tahun hadapan.
2.3 Saringan kedua LINUS telah diadakan pada bulan September hingga Oktober
yang lalu. Keputusan Saringan menunjukkan masih terdapat seorang murid Tahun
Satu iaitu Nurul Normaizatul masih belum melepasi saringan Literasi. Namun,
sukacita dimaklumkan murid tersebut telah melepasi Saringan LINUS Numerasi.
Murid tersebut telahpun mengikuti kelas pemulihan sejurus selepas saringan kedua
LINUS berakhir.

AGENDA 3
3.0 Perlaksanaan Aktiviti Tahunan
3.1. Puan Norhayati menyatakan bahawa semua perancangan aktiviti tahunan telah
dilaksanakan dengan jayanya.
3.2 Semua Ahli jawatankuasa telah memberikan kerjasama sepenuhnya dan
sumbangan guru- guru yang terlibat amat besar impaknya kepada peningkatan
prestasi murid-murid pemulihan ini.

AGENDA 4
4.0 Hal- hal Lain
4.1 Guru Kanan Pentadbiran menyatakan bahawa, para guru di Kelas Perdana yang
terlibat dengan murid yang mengikuti kelas pemulihan perlu memberi tumpuan
yang lebih kepada murid tersebut. Ini kerana walaupun murid tersebut mengikuti
kelas pemulihan namun masih ada waktu pengajaran dan pembelajaran (pdp)
masih bersama guru biasa. Murid pemulihan ini perlu diajar seperti sukatan
pelajaran murid perdana yang lain, namun boleh direndahkan sedikit arasnya
mengikut kemampuan murid tersebut.
4.2 Beliau juga menyatakan bahawa murid Tahun 4 dan Tahun 1 yang sedang
mengikuti kelas pemulihan ini mempunyai potensi untuk menjadi murid kelas
perdana sepenuhnya. Beliau berharap semua guru yang terlibat berusaha dengan
semaksima mungkin bagi memastikan murid tersebut dapat melepasi Saringan
Linus dan juga Ujian PROTIM pada tahun hadapan iaitu tahun 2016.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.50 petang.

Disediakan Oleh:

Disahkan Oleh:
.

(PN NORHAYATI BT KAMARUDDIN)

( EN AZMAN B. MOHD YUSOF)

SETIAUSAHA PROGRAM PEMULIHAN KHAS

GURU KANAN PENTADBIRAN

SK MATANG KUNDA

SK MATANG KUNDA

Anda mungkin juga menyukai