Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI

NAMA : Muhammad Amar Safwan Bin Hashim Alhamdulillah, saya amat bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan berkat dan inayahNya dapat kami laksanakan program Bina Insan Guru (BIG) Fasa IV bagi semester 4 PISMP bagi tahun 2013. Program BIG ini telah dijalankan pada 4 hingga 6 Jun 2013 bagi program Keluarga Angkat. Berdasarkan hasil daripada program Bina Insan Guru (BIG) yang dilaksanakan ini, banyak pengalaman dan kenangan baru yang telah saya perolehi apabila menghabiskan masa bersama keluarga

angkat dan juga adik-beradik angkat sepanjang 3 hari 2 malam. Saya dapat beramah mesra dan berkongsi cerita dengan keluarga angkat dan ini membantu saya mengenali mereka dengan lebih dekat memandangkan umur keluarga angkat saya lebih daripada umur keluarga kandung saya. Ini dapat mengajar saya bagaimana untuk menjaga hati mereka memandang mereka sudah berusia.

Hasil daripada pelaksanaan program ini, saya turut dapat menikmati sekali lagi suasana kampung yang telah lama saya tinggalkan sejak saya sekolah rendah lagi. Sekali sekala berada di kampung dan melakukan aktiviti kampung dapat membuatkan segala tekanan saya pada kerja-kerja di maktab hilang. Ini merupakan satu pengubat yang berkesan bagi saya memandangkan saya sudah lama berada di bandar buat sekian lama. Saya bersyukur kerana program seperti ini dapat merapatkan lagi hubungan silaturahim di antara saya dengan penduduk kampung di sini. Di sini jugalah saya mempelajari banyak benda yang tidak ada di ajar di maktab di mana ia merupakan kerja-kerja seharian yang memerlukan pengalaman daripada orang-orang yang berpengalaman.

Selain itu, setiap program sudah akan ada kelemahannya masing-masing. Kelemehan bagi progam ini adalah program ini hanya berlangsung selama 3 hari 2 malam. Tempoh masa yang diberikan tidak cukup untuk meningkatkan perasaan kasih sayang yang kuat antara anak angkat dan juga keluarga angkat masingmasing. Bukan itu sahaja, saya tidak dapat melakukan banyak perkara lain bersama keluarga memandangkan tempoh masa hanya 3 hari diberikan. Sepatutnya tempoh

masa bagi program seperti ini perlu ditingkatkan lagi kepada seminggu bagi memastikan kesan program ini betul-betul memberi makna yang mendalam kepada peserta.

Antara ancaman yang saya rasakan boleh menyukarkan perhubungan kami dengan penduduk kampung tersebut adalah dari segi bahasa percakapan yang digunakan. Rata-rata penduduk di kampung Bagan Datoh fasih bercakap dalam bahasa Jawa. Jadi, ini mungkin boleh menjadi halangan bagi keluarga kurang fasih berbahasa Melayu untuk berbual dengan anak angkat mereka memandang kami hanya pandai bercakap dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Namun begitu, saya merasakan ancaman ini tidak begitu kuat kerana reaksi semua peserta program ini sangat menggalakkan.

Saya berasa begitu gembira kerana dapat meluangkan masa bersama keluarga angkat saya walaupun dalam tempoh masa yang sekejap. Saya merasa seperti ingin berada di sana lebih lama lagi. Saya mendoakan mereka semua berada dalam keadaan yang sihat di samping melakukan tugasan harian mereka. Saya berharap dapat berjumpa lagi dengan keluarga angkat saya di lain hari dan masa. Akhir sekali, hasil dari aktiviti program BIG Fasa IV untuk semester ini, saya dapat merasakan aktiviti yang telah dijalankan banyak memberi pengalaman yang lebih bermakna kepada saya. Bukan itu sahaja, saya juga dapat memberikan komitmen yang baik sepanjang mengikuti program yang telah dianjurkan ini. Diharapkan BIG pada masa akan datang akan dapat memberikan lebih banyak pengalaman serta input yang berguna kepada saya dan rakan-rakan.

Anda mungkin juga menyukai