Anda di halaman 1dari 21

Story 2

Lesson?
1. Umur hanya sekadar angka

2. Jangan Tangguh masa untuk melakukan perubahan

3. Strategi + keyakinan yang tinggi kepada Allah: KEY


Jom kita try jawab
S1: Mukmin yang cemerlang ialah yang menjadikan doa sebagai amalan harian semasa senang mahupun susah.
Sebagai pelajar, bagaimanakah anda membudayakan amalan berdoa dalam kehidupan?
Jawapan:
• Saya amalkan doa setiap kali selepas solat kerana doa yang dipohon
berulang kali selepas solat akan dimakbulkan Allah. Orang yang tidak
berdoa dalam kehidupannya adalah orang yang sombong kepada
Allah. Oleh itu, kita hendaklah menjadikan dia sebagai amalan harian
yang dilakukan dengan istiqamah
S2:Gejala social melibatkan remaja di bawah umur semakin membimbnagkan ketika ini.
Berdasarkan pernyataan di atas, pada pandangan anda bagaimanakah cara menanganinya?
Jawapan:
• Ibu-bapa bertanggungjawab mengawasi anak-anak kerana mereka
mudah terpengaruh dengan rakan sekeliling yang mungkin telah
terlibat dengan gejala social. Ibu-bapa perlu mengenalpasti siapa
rakan-rakan mereka, mengetahui aktiviti mereka dan sentiasa
medampingi mereka. Oleh itu, ibu-bapa mestilah mengambil
tanggungjawab ini agar anak-anak tidak terlibat dengan gejala social
yang semakin berluas-luasa.
S3:“ Kekuasaan Allah SWT adalah mutlak dan tidak terbatas”
Berikan hujah anda bagi menyokong pernyataan di atas?
Jawapan:
• Allah memiliki dan menguasai alam yang serba indah ini supaya
manusia bersyukur dan menghampirkan diri kepada-Nya. Kekuasaan
Allah tidak terhad berbanding dengan kekuasaan manusia yang
bergantung dengan Allah. Oleh itu, manusia tidsk perlu sombong
dengan apa yang dimiliki kerana semua milik Allah semata-mata.
S4:“Solat berjemaah dapat mengeratkan ukhuwah”.
 
Berikan hujah anda bagi menyokong pernyataan di ats?

• Para Jemaah dapat bertemu dan bertukar fikiran untuk kemaslahatan


umat Islam dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan. Secara tidak
langsung umat Islam dapat mengeratkan silaturrahim yang sangat
diperlukan bagi mewujudkan umat Islam yang kuat. Oleh itu, solat
berjemaah amat penting dalam mewujudkan keharmonian hidup
bermasyarakat.
S5:“Keunggulan sifat dakwah Rasulullah perlu dicontohi oleh semua umat Islam”.
Pada pandangan anda, bagaimanakah sifat lemah lembut dalam berdakwah terhadap orang bukan Islam dapat dipraktikkan dalam masyarakat di Malaysia?
Jawapan:
• Sifat berlemah lembut dapat melunakkan hati untuk menerima Islam
kerana dalam Islam tiada paksaan. Islam boleh digambarkan sebagai
agama yang mudah untuk diamalkan dimana sahaja dan sesuai
sepanjang zaman. Oleh itu, dengan diplomasi Islam dapat disebarkan
ke seluruh alam tanpa halangan
S6:Berdasarkan hadis di atas, keimanan adalah berkait rapat dengan sifat malu seseorang kepada Allah SWT.
Berikan ulasan anda berdasarkan penyataan di atas.
Jawapan:
• Orang yang beriman akan merasa malu sekiranya melakukan dosa
atau maksiat kerana hatinya tidak tenang dan berasa bersalah dengan
Allah. Sifat malu menyedarkan seseorang bertapa kerdilnya diri
berhadapan dengan Allah Maha Agung. Oleh itu, kita hendaklah
menyemai perasaan malu dalam diri agar iman kita kepada Allah
sentiasa terpelihara.

Anda mungkin juga menyukai