Anda di halaman 1dari 7

AKADEMI PENGAJIAN MELAYU

UNIVERSITI MALAYA KUALA LUMPUR.

FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU

(JXEA 1104)
2008/2009
(SEM 1 )

TAJUK : TOKOH (ZABA)

NAMA PENSYARAH : DR. AMRAN MUHAMMAD

NAMA : FARIDAH BINTI AHMAD


NO. MATRIK : JEA 080017
PENGENALAN

Allahyarham zaba @nama sebenarnya Zainal Abidin b. Ahmad merupakan

seorang tokoh bahasa dan budaya melayu yang termasyhur dari sejak permulaan abad ke-

20 masihi lagi. Beliau mempunyai kebolehan tidak hanya dalam soal bahasa dan adapt

resm malah merangkumi kesemua aspek seperti soal kemiskinan,pendidikan,budi pekerti

dan cara-cara amalan agama orang melayu. Kesimpulannya,beliau mampu memikirkan

masalah-masalah kehidupan orang melayu dengan lebih luas.

Falsafah PERANGAI BERGANTUNG KEPADA DIRI SENDIRI merupakan

falsafah yang dipegang oleh allahyarham Zaba yang berlandaskan konsep keagamaan.

Perhatian Zaba dalam bidang keislaman amat besar dan beliau telah menumpukan

perhatian yang begitu lama hingga manghasilkan sejumlah karya yang berbahas kapada

beberapa aspek, yang amat dasar dalam konteks amalan dan pemahaman islam orang

melayu.
PERANGAI BERGANTUNG KEPADA DIRI

SENDIRI
PERANGAI BERGANTUNG KEPADA DIRI SENDIRI merupakan falsafah

Zaba yang secara dasarnya beliau menyeru orang melayu supaya berikhtiar dan berusaha

sendiri dengan seberapa usaha dan tidak bergantung kepada pertolongan orang lain dan

berdoa kepada tuhan untuk memohon pertolongan dari-Nya. Perangai bergantung kepada

diri sendari merupakan akar umbi bagi mencapai kejayaan hidup di dunia dan akhirat.

Kehidupan kita di dunia ini adalah kehidupan beramal atau bekerja dan berlawan-

lawan seperti perjuangan. Setiap orang mestilah mengerjakan bahagiannya sendiri tanpa

mengharapkan bantuan daripada pihak lain bagi menyempurnakan bahagiannya. Perangai

bergantung kepada diri sendiri membawa maksud seseorang itu perlu melakukan sendiri

segala pekerjaan yang diamanahkan kepadanya dan bersedia menanggung sendiri segala

kemungkinan yang boleh terjadi ekoran dari tindak-tanduk dan keputusan yang diambil

bagi menyempurnakan pekerjaannya itu. Seseorang itu tidak mengharapkan pertolongan

dari orang lain bagi menyempurnakan pekerjaannya kerana ingin melakukan sendiri

pekerjaannya itu.

Bagi menjadikan diri sendiri tidak bergantung harap kepada orang lain,seseorang

itu perlu memiliki sifat-sifat peribadi yang kental seperti tekun,sabar,berani dan lasak

kerana segala perbuatan yang ingin dilakukan baergantung sepenuhnya kepada ikhtiar

dan daya upayanya sendiri dan memohon pertolongan hanya kepada Allah S.W.T sahaja.
Perangai bergantung kepada diri sendiri merupakan akar umbi kepada kejayaan.

Hal ini berikutan apabila ingin mendapatkan kejayaan,seseorang itu akan berusaha

sendiri dengan bersungguh-sungguh dan lebih bekerja keras. Selain itu,seseorang itu juga

tidak akan mengharapkan pertolongan dari pihak lain kerana kejayaan yang ingin

dikecapi seharusnya berpunca dari titik peluhnya sendiri dan jika kejayaan tersebut

dicapai hasil dari bantuan orang lain sama,ini bererti kejayaan tersebut bukan miliknya

mutlak.

Perangai bergantung kepada diri sendiri ini merupakan antara sifat-sifat kelebihan

yang membawa kepada kemajuan sesebuah negara dalam melakukan sesuatu perkara

dengan menggunakan daya kemampuan sendiri tanpa berharap kepada pertolongan dari

negara-negara lain. Sebagai contoh,Negara Jepun yang suatu ketika dahulu pernah jatuh

teruk relah bangun dengan keazaman yang tinngi untuk memulihkan kembali keadaan

politik di negara mereka. Kini,negara Jepun telah pun berjaya membuktikan kemampuaan

diri apabila muncul dengan gah sebagai negara yang bukan sahaja maju malah termoden

dari segi teknologinya tanpa megharapkan sebarang pertolongan dari negara lain.

Sesebuah negara menjadi naik atau turun,maju atau mundur adalah terikat dan

bergantung kepada sifat-sifat dalam diri tiap-tiap orang sama ada mereka kuat atau goyah

dalam memegang prinsip bergantung kepada diri sendiri. Jika berterusan bergantung

harap kepada negara lain,hal ini jelas menunjukan negara tersebut sangat lemah kerana

tidak mampu melakukan sesuatu perkara dengan menggunakan daya sendiri dan

sekaligus membuka ruang kepada penjajahan dan penindasan dari negara lain yang mersa

yakin kepada kemampuan sendiri.


Dari segi keagamaan,kita dapat melihat bahawa perangai bergantung kepada diri

sendiri membawa maksud kita perlu melakukan amal dan taqwa dengan sendiri dan

menjaga segala suruhan dan larangan Allah dalam mendapat keredaan dari-Nya. Islam

tidak pernah menyuruh seseorang itu bergantung kepada doa orang sahaja dan fidyah

penebus yang dilakukan oleh orang dan bagi mendapatkan kejayaan dan keselamatan di

akhirat kelak. Tuhan tidak pernah menyuruh kita mengharapkan kepada sedekah tahlil

dan bacaan-bacaan Qul Huwallah dari orang apabila mati kelak.Kita juga tidak

digalakkan mesti berharap kepada syafaat Nabi Muhamad S.A,W bagi melepaskan diri

dari terjerumus ke api neraka

Sifat bergantung kepada diri sendiri bukanlah bermaksud kita harus

memperlengkapkan diri bagi mencapai kejayaan di dunia sahaja tetapi merangkumi ke

semua aspek termasuklah di akhirat kelak.Kita wajib memperlengkapkan diri dengan

segala suruhan Allah S.W.T iaitu fardhu kifayah dan fardhu ain bagi menempatkan diri

kita seiring dengan oaring-orang yang beriman. Oleh itu, kita mesti berusaha agar dapat

menjaga dengan sempurna 5 rukun islam iaitu mengucap 2 kalimah syahadah,

sembahyang 5 wktu sehari semalam, berpuasa di bulan ramadhan, menunaikan zakat dan

mengerjakan haji. Kelima-lima perkara ini wajib dilakukan sendiri dan bukannya

dilakukan oleh orang lain.

Oleh itu,menurut ajaran islam,kita diwajibkan beramal,berusaha bekerja dan

berjuang sendiri dengan segala kebolehan dan kudrat sendiri jika hendak mendapat

kejayaan baik di dunia mahupun di akhirat.


KESIMPULAN
Sebenarnya,masih ramai yang di antara kita yang masih bergantung harap kepada

orang lain kerana masih kekurangan sifat kuat berusaha,bekerja dan berbuat sendiri

dalam melakukan sesuatu perkara. Dalam sesetengah perkara yang dirasakan agak

berat,kita pula mengharapkan pertolongan dari tuhan yang maha esa kerana kita sering

mengaku bahawa diri kita lemah dan tiada berdaya bagi melakukannya. Kita seharusnya

sedar bahawa Allah tidak akan menolong hambanya jika hambanya tidak berusaha

sendiri.

Kita juga seringkali mendengar pepatah ‘yang bulat tidak datang bergolek dan

yang pipih tidak datang melayang’ yang membawa setiap rezeki tidak akan datang

dengan sendirinya jika kita tidak berusaha untuk mendapatkannya sendiri.

Selain itu, kita seharusnya sedar hidup pada zaman moden sekarang yang

mempunyai persaingan yang sangat sengit adalah sangat sukar. Bagi orang yang takutkan

persaingan dan cabaran yang hanya mampu bergantung harapan kepada orang lain pasti

akan ketinggalan ke belakang dan bagi orang yang mampu berdikari dan tahu mencari

inisiatif apabila menghadapi kesulitan pasti akan berjaya mengharungi cabaran hidup

seterusnya menjadi seorang yang berjaya dalam hidup.

Oleh itu,kita harus memperlengkapkan diri dengan sifat-sifat yang kental seperti

berani,berinisiatif dan rajin agar dapat menempatkan diri seiring dengan orang-orang

yang telah maju bagi menjadi seorang yang telah berjaya mengharungi kesulitan hidup di

era globalisasi.
RUJUKAN
BUKU;PERANGAI BERGANTUNG KEPADA DIRI SENDIRI ( PENDITA ZA’BA)

-DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA,KUALA LUMPUR,2007-

Anda mungkin juga menyukai