Anda di halaman 1dari 5

bertujuan untuk membangun dan menyerlahkan potensi diri para peserta untuk

manfaat diri dan masyarakat, serta menyemarakkan motivasi diri agar terus istiqamah
menjadi insan yang bermanfaat.

Definisi : (poténsi) kemampuan (mencapai, menghasilkan, atau melakukan sesuatu),


kebolehan, kekuatan, kesanggupan, keupayaan utk berkembang maju dsb: EEC akan
memberikan penerangan kpd Asean tentang hasil kajian berhubung dgn ~ usaha sama antara
negara-negara Asean; berpotensi mempunyai potensi, berkemampuan, berkebolehan,
berkesanggupan, berkeupayaan (utk berkembang maju dsb): rasional, sikap yg mengabaikan
pasaran ASEAN yg jelas ~ sesungguhnya sukar hendak difahami; pemimpin yg ~; adakah kata-
kata itu ~ utk digunakan? (Kamus Dewan Edisi Keempat)

18 LANGKAH MEMPERKASA POTENSI DIRI

Situasi 1
“Saya sudah bekerja bersungguh-sungguh, namun tidak ada apa-apa dari bos.”

Situasi 2
“Saya sudah melaksanakan tanggungjawab sebagai isteri sepenuh hati, namun suami
tidak menghargai.”

Situasi 3
“Saya telah belajar sekuat hati, namun setiap kali peperiksaan saya gagal mendapat
A.”

Ketiga-tiga situasi di atas menggambarkan seseorang yang ada potensi diri untuk maju
dan berjaya, namun belum mampu berupaya mengembangkannya untuk mengatasi
sebarang halangan. Apatah lagi untuk berhadapan dengan lingkungan yang lebih luas dan
masalah lebih kompleks.

Antara petua untuk mengembangkan potensi diri adalah :

1.Bermula Dengan Niat.

Berniatlah untuk mencari keredhaan Allah dan dijauhkan daripada terlibat dengan
maksiat, kesombongan, ujub dan kemurkaan Allah. Jangan sekali-kali menzalimi orang lain
dan mengabaikan tanggungjawab asas seperti solat fardhu , menjaga ibu bapa, mengurus
rumah tangga dan sebagainya.

2.Kenali Kekuatan Diri.

Senaraikan soalan tentang diri dan jawab dengan jujur. Contohnya:

 Apa kekuatan dan kelebihan saya?


 Apa yang membuatkan saya bahagia?
 Apa yang ingin saya capai dalam hidup?
 Bagaimana saya boleh memberi manfaat kepada orang lain?
3.Tentukan Sasaran Hidup.

Jangka pendek seperti:

 Lulus peperiksaan.
 Dapat jawatan yang baik.
 Menubuhkan syarikat perniagaan.
 Bertemu jodoh yang sekufu.
 Memiliki kenderaan yang mantap.
 Memilik rumah yang selesa.

Jangka panjang seperti :

 Kerjaya yang cemerlang.


 Tahap kewangan yang stabil.
 Kesihatan yang baik.
 Keluarga yang harmoni.
 Anak-anak soleh dan solehah.
 Dapat mengerjakan ibadah haji.
 Penutup kehidupan dalam husn al-khatimah.

4.Kenali Motivasi Hidup.

Setiap insan harus mempunyai motivasi diri untuk mencapai tujuan hidup. Tidak ada apa-
apa yang akan menghalang anda daripada mencapai hasil terbaik.

5.Berfikiran Positif.

Ingatlah bahawa Allah berserta dengan apa-apa yang anda sangka. Kita boleh capai apa-
apa yang minda kita gambarkan. Ahli motivasi berkata,” Untuk mencapai sesuatu tahap,
hantarkan minda anda terlebih dahulu ke tahap itu.”

Jangan menyalahkan orang lain ketika menghadapi hambatan hidup. Yang penting
sentiasa menilai langkah dan tindakan anda. Kemudian terus melangkah lagi. Jangan
meletakkan hijab di hadapan laluan anda.

6.Jangan Mengadili Diri Sendiri.

Setelah anda berusaha dengan gigih, seandainya berlaku hambatan dan gagal mencapai
tujuan hidup, jangan meyesal dan menghukum diri sendiri berlarutan. Jadikan kegagalan
sebagai pengalaman dan bahan pelajaran yang berharga untuk terus maju.

7.Selalu Bertanya Orang Terdekat.

Selalulah meminta pandangan ibu bapa, pasangan, ahli keluarga, kawan baik, jiran, guru,
bos atau orang bawahan. Orang yang paling tahu tentang diri kita ialah orang terdekat. Ada
ketikanya kita tidak menyedari potensi cemerlang yang kita miliki. Kerana itu kita perlukan
orang lain untuk menyedarkan diri kita.
8.Banyak Membaca, Mengamati dan Merasai.

Sentiasa mengembangkan potensi diri dan minda dengan ilmu, maklumat, pengetahuan
dan isu semasa melalui bacaan, tontonan, diskusi dan pemikiran. Bahan-bahan ini boleh
mengampuhkan potensi diri secara tanpa anda sedari.

Potensi diri harus dicari dan digali, sama seperti minyak di dalam perut bumi. Kita harus
mencari lokasi yang tepat untuk menggali minyak. Kedalamnnya juga tidak sama. Ada yang
cepat ditemui, dan ada yang perlu menggali lama.

9.Miliki Komitmen Yang Tinggi.

Tabiat sambil lewa tidak akan mengubah gaya hidup seseorang. Hidup ini seperti
menolak objek di atas permukaan yang kesat. Lebih berat bebanan yang ditolak, lebih
banyak daya yang diperlukan untuk menggerakkan objek tersebut.

10.Jangan Menganggap Orang Lain Remeh.

Menganggap orang lain remeh hanya jalan keluar daripada kelemahan diri sendiri.
Jangan bersaing dengan orang yang lemah. Kita harus bersaing dengan diri sendiri kerana
itu merupakan potensi diri yang sebenar.

11.Menerima Saranan dan Kritikan Dengan Hati Yang Terbuka.

Saranan dan kritikan merupakan asam garam hidup. Orang menegur kita kerana mereka
sayang diri kita. Sifat buruk pada diri kita harus dicantas seperti mencantas pohon yang
telah rosak dari sebatang pokok untuk menyelamatkan pokok itu.

12.Istiqamah ( Konsisten )

Sentiasa melakukan yang terbaik walaupun mudah. Titisan air yang lembut mampu
mengukir batu yang keras jika dilakukan berterusan. Stalaktit dan stalagmite dalam gua batu
kapur memakan masa ribuan tahun untuk terbentuk, namun mantap dan kukuh.

13.Yakin Mampu.

Masalah individu berpunca daripada kesukaran menerima diri sendiri seadanya.


Percayalah, semua orang mampu mengubah persepsi diri. Seorang yang mempunyai
pandangan rendah terhadap dirinya sendiri bukan bermakna telah ditakdirkan untuk
menjalani kehidupan yang malang dan penuh dengan kegagalan.

Orang yang memilik keyakinan bahawa dirinya berpotensi, nampak seperti magnet
terhadap hasul usahanya. Pekerjaan yang mereka usahakan biasanya akan berjalan
sehingga selesai.
Sebaliknya orang yang menjadi seperti magnet terhadap kegagalan dan ketidak berhasilan
akan terus gagal. Perancangan yang disusun menjadi berkecamuk. Tidak ada perkara baik
terlaksana pada diri mereka.

14.Jadikan Tugas Sebagai Hobi.

Hobi ialah sesuatu aktiviti yag dilakukan dengan sepenuh hati dengan keghairahan dan
semangat yang jitu tanpa diminta atau disuruh. Anda akan melakukannya secraa sukarela
tanpa dibayar, bahkan anda rela mengeluarkan wang sendiri. Hobi boleh membawa
kebahgiaan dan juga penghasilan. Perumpamaan Inggeris menyebut : “If we do what we
love, then money will follow.”
15.Mencuba Perkara Baharu

Jangan leka duduk dalam zon selesa. Cuba perkara baharu yang belum pernah kita
lakukan. Ziarahi orang baharu. Kunjungi tempat dan lokasi baharu. Pelajari kemahiran
baharu walaupun pada awalnya nampak susah. Mungkin dalam salah satu aktiviti itu akan
menampakkan potensi diri kita yang sebenar.

16.Kuasai Bidang Yang Disukai.

Pelajari dan kuasai bidang yang anda suka. Galilah ilmu pengetahuan sebanyak
mungkin. Dalami aspek tertentu. Jika perlu belajarlah secara jarak jauh, hujung minggu atau
secara formal di kolej. Setidak-tidaknya hadiri seminar, pelajari melalui buku dan internet.
Dengan belajar, potensi diri yang sudah anda miliki akan berkembang menjadi kemahiran.

17.Bergaul Dengan Orang Yang Berjaya.

Bergaullah dengan lingkungan orang yang berjaya. Mungkin mereka senior anda.
Mungkin mereka memiliki minat yang sama dengan anda. Contohnya, anda ingn menjadi
seorang penulis yang lebih baik, maka bergabunglah dengan persatuan atau kelompok
penulis .

Dengan bergaul, kita dapat saling mengasah kemampuan masing-masing. Peluang untuk
tampil dan menunjukkan kemampuan potensi diri akan terbuka.

18.Berani Menampilkan Potensi Diri.

Jangan teragak-agak untuk menampilkan potensi diri apabila anda merasakan anda
memilikinya. Potensi diri anda akan terus terbenam jika tidak ditonjolkan. Orang lain tidak
nampak.

Jadi, serlahkan potensi untuk menjadi lebih baik. Diri tidak akan berubah selama tidak
digerakkan. Mulakan dengan mengamalkan petua-petua yang disebutkan tadi.

UNGGUL PRESTASI

unggul dalam prestasi yaitu seseorang yang memiliki


prestasi yang besar dalam sebuah ke ahlian yang ia miliki
yang membuatnya menjadi orang yang hebat,pintar dan
sukses

Unggul seperti apakah itu? semua orang mempunyai pendapat berbeda mengenai
arti unggul, kebanyakan dari Mereka berpendapat sesuai keberadaan mereka,
unggul dapat di artikan baik yang positif mapun negative. Keunggulan menurut
Kamus Besar Bahasa Indonesia keadaan lebih unggul, keutamaan, kepandaian
( kecakapan, kebaikan, kekuatan dan sebagainya) yang lebih dari yang lainnya.
Makna unggul disini berkaitan dengan keunggulan yang diraih oleh manusia,
dimana setiap manusia mencapai atau berkembang dalam membangun potensi
dalam diri mereka masing-masing, melalui pemikiran dan ilmu pengetahuan dalam
memecahkan masalah hidup dan segala kehidupan manusia sampai dititik manusia
tersebut lebih unggul dari manusia lainnya.

Prestasi Menurut Kamus Besar Bahasa Indonesia diartikan sebagai hasil usaha
yang dicapai dari apa yang dikerjakan atau yang diusahakan. Seseorang dianggap
berprestasi, jika dia telah meraih sesuatu hasil dari apa yang diusahakannya, baik
karena hasil belajar, bekerja, atau berlatih keterampilan dalam bidang tertentu

Unggul seperti apakah itu? Kurasa semua orang mempunyai pendapat


berbeda mengenai arti unggul. Makna unggul disini berkaitan dengan
keunggulan yang diraih oleh manusia, dimana setiap manusia mencapai
atau berkembang dalam membangun potensi dalam diri mereka
masing-masing, melalui pemikiran dan ilmu pengetahuan dalam
memecahkan masalah hidup dan segala kehidupan manusia sampai
dititik manusia tersebut lebih unggul dari manusia lainnya.

Anda mungkin juga menyukai