Anda di halaman 1dari 20

TING 2

BAB 1: HIDAYAH SUMBER KEBAHAGIAAN

The Basis of Muslim Belif merupakan hasil tulisan Gary Miller atau nama Islamnya ialah Abdul Ahad
Omar.Beliau merupakan seorang pakar matematik dan ahi teknologi yang telah memeluk Islam setelah
melakukan kajian mengenai kandungan kitab al-Quran sebagai perbandingan dengan kitab Bible.Beliau
dahulunya adalah seorang paderi yang aktif dalam menyebarkan agama Kristian dan kini bergelar seorang
pendakwah islam yang hebat dan berpengaruh.
1. Berdasarkan kisah Garry Miller di atas, huraikan bagaimana GARY Miller memeperoleh hidayah daripada
Allah SWT dan terus berpegang teguh dengan ajaran Islam sehingga menjadi seorang pendakwah
Islam yang hebat.

JAWAPAN:
Garry miller memperoleh hidayah daripada Allah SWT kerana dia yakin kepada kebenaran akidah islam dengan
sentiasa mengakui kebesaran Allah SWT yang menciptakan manusia dan segala isi bumi dan langit.Contohnya,
Allah SWT menjadikan manusia mengikut proses biologi dan bukan terjadi dengan
sendirinya.Kesimpulannya ,pegangan akidah yang teguh dapat menjadikan seseorang muslim itu kuat dan tidak
mudah sesat dari ajaran Islam yang sebenar.

Haikal merupakan seorang usahawan yang Berjaya dan hampir setiap tahun dia ke Mekah untuk mengerjakan
umrah.Walau bagaimanapun sikap haikal yang riak dan suka bangga diri dengan harta dan kemampuannya
menunaikan umrah saban tahun tetap tidak berubah walaupun sering dinasihati oleh keluarga dan rakan-
rakannya.
2. Pada pendapat anda,mengapakah Haikal masih berkelakuan sedemikian?
JAWAPAN:
Haikal masih berkelakuan sedemikian kerana memiliki sifat-sifat mazmumah seperti takbur,tamak,riak,sumaah
dan ujub melalui perbuatan dan percakapan.Sifat-sifat tersebut merupakan sifat yang dibenci oleh Allah
S.W.T.Hal ini akan menyebabkan amalan-amalan yang dikerjakan oleh Haikal tidak diterima oleh Allah S.W.T
sekaligus menyebabkannya tidak mendapat hidayah daripada Allah S.W.T.Kesimpulannya,Haikal perlulah
mengubah sikapnya daripada sifat mazmumah kepada sifat mahmudah agar disenangi oleh rakan-rakan dan
masyarakat di sekelilingnya.

Rahmat ialah segala anugerah yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia.
3. Berdasarkan pernyataan di atas, bagaimanakah kita dapat memelihara anugerah Allah SWT tersebut ?Berikan
hujah anda.

JAWAPAN:
Menggunakan tubuh badan yang sihat untuk mengerjakan perintah Allah SWT dan menjauhi
larangannya.Misalnya berjalan kaki ke masjid untuk menunaikan solat secara berjemaah .Ini dapat menambahkan
pahala di samping mengeratkan ukhuwah dengan penduduk setempat.Oleh itu, kita seharusnya menjadi seorang
yang bersyukur terhadap rahmat Allah SWT yang dilimpahkan kepada hambanya tanpa mengira pangkat, status
dan kedudukan dalam masyarakat.

“Ilmu fardu ain dan fardu kifayah wajiblah dituntut”


4. Berdasarkan pernyataan diatas, mengapakah umat Islam diwajibkan menuntut kedua-dua ilmu tersebut
JAWAPAN:
Kerana dengan ilmu manusia dapat mengenali Allah Swt dan dapat membezakan perintah dan laranganNya. Hal
ini membolehkan mereka diberi petunjuk oleh Allah ZWT dan menjauhkan diri daripada
kemungkaran.Kesimpulannya ,kita perlulah meningkatkan keimanan kepada Allah SWT dengan memepelajari
ilmu yang bermanfaat supaya kehidupan sentiasa dalam lindungan Allah SWT.

BAB 2: ILMU PENYULUH KEHIDUPAN

Ilmu amat berguna kepada semua manusia .Ilmu pengetahuan dapat diperoleh melalui pembelajaran secara
formal,pengalaman dan sebagainya.Islam telah mewajibkan umaatnya menuntut ilmu kerana dengan ilmulah
mereka dapat mengenal Allah SWT pencipta sekelian alam.Selain itu, manusia juga dapa menjalankan
tanggungjawab mereka sebagai khalifah Allah SWT untuk memakmurkan bumi Allah SWT ini.

1. Apakah yang akan berlaku kepada seseorang manusia yang mengabaikan tanggungjawab menunut ilmu
agama sedangkan ilmu dunia dituntut sehingga ke peringkat yang tertinggi

JAWAPAN:
Seorang manusia yang mengabaikan tanggungjawab tersebut,hidup mereka tidak akan tenteram kerana
meninggalkan ilmu ukhrawi yang wajib dituntut oleh semua umat Islam.Kesannya, seseorang itu akanterpesong
jauh daripada ajaran Islam dan dimurkai oleh Allah SWT.Kesimpulannya ,kedua-dua ilmu ukhrwi dan duniawi
haruslah seimbang untuk mendapat kebaikan di dunnia dan juga diakahirat.

Ilmu pengetahuan memainkan peranan yang penting dalam kehidupan manusia.Ilmu banyak mempengaruhi
seseorang individu dalam menyumbangkan ilmu pada diri sendiri, masyarakat dan juga negara.Hal ini dapat
dilihat menerusi tokoh ilmuan negara iaitu Prof. Dr Muhaya yang telah Berjaya menjadi seorang pakar mata
yang terkenal di Malaysia dan banyak memberi sumbangan yang besar dalam bidang beliau ceburi kepada
masyarakat dan negara.
2. Huraikan hujah anda, kesan daripada ilmu Prof. Dr Muhaya tersebut kepada masyarakat
JAWAPAN:
Kesan daripada ilmu Prof. Dr Muhaya tersebut kepada masyarakat ialah memudahkan interaksi dalam
kehidupan. Seseorang muslim yang telah diberikan kesembuhan penyakit mata akan memudahkannya
menjalani kehidupan seharian seperti orang lain.Misalnya, dapat bergerak ke masjid atau surau untuk beribadah
kepada Allah S.W.T di samping dapat merapatkan hubungan silaturahim dengan orang sekeliling.Oleh itu, kita
perlulah menggunakan ilmu ke jalan Allah S.W.T agar ilmu tersebut memberi manfaat kepada orang lain dan
mendapat ganjaran pahala daripada Allah swt

BAB:3 MENGINSAFI KEKUASAAN ALLAH SWT

Bani Israel pernah dimulikan oleh Allah SWT pada suatu ketika dahulu.Namun, atas sikap mereka yang
angkuh ,sombong megah dan sebagainya akhirny mereka dimurkai oleh Allah SWT. Bani Israel banyak
kehilangan harta benda termasuklah tanah air mereka sendiri.Mereka dihina akibat daripada perilaku dan
tindak tanduk mereka sendiri.

1. Pada pendapat anda, mengapakah Banii Israel mendapat kemurkaan Allah Swt semasa di atas dunia lagi

JAWAPAN:
Bani Israel mendapat kemurkaan Allah Swt semasa di atas dunia lagi kerana melanggar larangan Allah SWT
yang wajib dipatuhi dan dilaksanakan oleh setiap umat Islam.Contohnya, minum arak, berjudi,melakukan
maksiat dan sebagainya.Hal ini akan mengundang kemarahan dan kemurkaan Allah SWT dan kesannya Allah
SWT akan menarik balik nikmat yang diberikan kepada mereka selama ini.Kesimpulannya, sebagai seorang
umat Islam,kita wajiblah menjauhi larangan Allah SWT an sentiasa melaksanakn perintahnya.

Gambar-gambar di atas merupakan salah satu nikmat yang diberikan Allah S.W.T kepada seluruh umat
manusia namun nikmat yang paling utama bagi seseorang yang beragama Islam ialah iman dan islam. Segala
perkara yang menyebabkan manusia berasa selesa dengannya adalah dinamakan nikmat. Kita perlulah
menjaga dan menghargai apa-apa yang diberikan oleh Allah S.W.T dengan sebaik mungkin.
2. Bagaimanakah anda menggunakan nikmat yang diberikan oleh Allah S.W.T?
JAWAPAN:
Saya menggunakan nikmat yang diberikan oleh Allah S.W.T dengan melakukan kebajikan iaitu berkongsi
nikmat yang diberikan oleh Allah S.W.T serta mengagihkan nikmat tersebut kepada orang yang memerlukan
seperti golongan fakir miskin,anak yatim dan sebagainya. Hal ini dapat meringankan lagi beban yang
ditanggung dan mereka dapat menjalani kehidupan seperti orang lain.Justeru itu, kita mestilah menggunakan
nikmat pemberian Allah S.W.T ke jalan yang benar agar dipandang mulia oleh masyarakat sekeliling

Nikmat alam sekitar perlu dihargai untuk mendapatkan keberkatan Allah SWT
3. Mengapakah masih ada segelintir umat Islam tidak menghargai nikmat tersebut
JAWAPAN:
Tidak mempunyai pegangan agama yang cukup dalam diri.Ini menyebabkan mereka mudah melakukan
kemungkaran terhadap Allah Swt seperti membuang sampah ke dalam sungai.Kesannya, hidupan akuatik
akan terancam dan mati.Kesimpulannya, kita hendaklah bersyukur dengan nikmat yang ada dan tidak
menyalahgunakannya untuk perkara yang sia-sia

4. Jelaskan cara anda mendapatkan kemuliaan Allah SWT melalui hubungan dengan adik beradik,ibubapa dan
guru-guru
JAWAPAN:
a. adik beradik:
Kita perlulah sentiasa melayan adik beradik danmenyayangi mereka dengan baik .Misalnya sebagai seorang
kakak, atau abang, kita harus menjadi contoh yang bik kepada mereka serta menasihati mereka agar tidak
melakukan perkara yang menyalahi hukum agama Islam.
b.Ibubapa:
Kita perlulah sentiasa menghormati ibubapa yang telah membesarkan kita sehingga dewasa.Jadi kita perlu
menjadi anak yang baik dengan mendengar segala nasihat dan tidak melawan percakapan
mereka.Kesimpulannya, ibubapa mereka insan yang mulia yang perlu dihormati dan disayangi.
c. Guru-guru
Kita perlulah sentiasa menghormati guru-guru.Guru merupakan seorang insan yang mulia di sisi Allah
SWT.Semasa proses pengajaran dan pembelajaran ,kita perlu memberi tumpuan sepenuhnya supaya tidak
mengguris perasaan mereka.Oleh itu, kita mestilah menjadi murid yang baik dan berjaya supaya dapat
membanggakan guru-guru.
Nikmat alam sekitar perlu dihrgai untuk mendapatkan keberkatan Allah SWT.
5. Mengapakah masih terdapat segelintir umat Islam tidak menghargai nikmat tersebut?Huraikan
JAWAPAN:
Tidak mempunyai pegangan agama yang cukup dalam diri.Ini menyebabkan mereka mudah melakukan
kemungkaran terhadap Allah SWT seperti membuang sampah ke dalam sungai.Kesannya hidupan akuatik
akan terancam dan mati.Kesimpulannya,kita hendaklah bersyukur dengan nikmat yang ada dan tidak
menyalahgunakannya untuk perkara yang sia-sia.

BAB 4; MENGHARGAI SUNNATULLAH


Tumbuh-tumbuhan merupakan makhluk Allah SWT yang boleh membuat makanan sendiri melalui proses yang
dinamakan fotosintesis.Fotosintesis hanya akan berlaku dengan adanya cahay matahari.Kebanyakan tumbuh-
tumbuhan akan mati jika tiadanay siang dan malam kerana ia tidak dapat menghasilkan makanan.

1. Berdasarkan pernyataan di atas, bagaimanakah manusia memanfaatkan kejadian siang dan malam dalam
kehidupan seharaian mereka

JAWAPAN:
Manusia memanfaatkan kejadian siang dan malam dalam kehidupan seharaian mereka iaitu pada waktu siang,
manusia menjalani aktiviti kemasyarakatan manakala pada waktu malam pula, manusia menjalani aktivit bersama
keluarga.Hal ini dapat membantu manusia mengerjakan ibadah kepada Allah SWT.Contohnya ,pada malam
hari,mereka dapat mengerjakan solat secara berjeaah dan mebaca al-Quran bersama keluarga.Oleh itu, kita
seharusnya menyedari kekuasaan Allah SWT melalui kejadian siang dan malammdan bersungguh-sungguh
menjalani ibadah kepada Allah SWT.

2.Gambar di atas ialah merupakan proses kejadian manusia menurut Al-Quran. Manusia di lengkapi akal
untuk berfikir yang membezakannya dengan binatang. Mengenai proses kejadian manusia , dalam Al-Quran
diterangkan bahawa manusia diciptakan daripada tanah dengan berniat dengan bentuk yang sebaik-baiknnya
kemudian ditiupkan roh kepadanya hingga menjadi hidup.
JAWAPAN:
Allah S.W.T mencipta manusia sebaik-baik kejadian berbanding dengan makhluk-makhluk lain kerana
manusia menjadi seorang yang rendah diri kepada Allah S.W.T. Kita akan menyedari bertapa kerdilnya kita
disisi Allah S.W.T dan seterusnya taat dengan perintah-Nya. Misalnya, mengejarkan solat, puasa, zakat dan
sebagainya serta tidak melakukan perbuatan yang dimurkai-Nya. Justeru itu, kita hendaklah menyedari
kebesaran dan kekuasaan Allah S.W.T dengan sentiasa melakukan amalan soleh diatas dunia lagi

“”Setiap makhluk yang bernyawa pasti akan menemui ajal””.


3. Sebagai seorang muslim,terangkan apakah persediaan anda bagi menghadapi siuasi tersebut.
JAWAPAN:
Saya akan sentiasa berpegang teguh dan mengamalkan ajaran Islam dengan bersungguh-sungguh seperti
menunaikan solat lima waktu sehari semalam di awal waktu.Hal ini demikian kerana soalt adalah tiang agama
yang mana merupakan perkara pertama ayang akan dihisab .Kesimpulannya soalt juga membuka jalan kepada
kita untuk melakukan tuntutan agama yang lain.

“”Setiap manusia telah dijamin rezekinya oleh Allah SWT dan kita perlu berusaha untuk
mendapatkannya””
4. Berikan hujah anda untuk menyokong pernyataan di atas
JAWAPAN:
Bergantung atas usaha dan cara mereka untuk mendapatkan rezeki daripada Allah SWT Allah SWT hanya
memeberikan rezeki kepada orang yang benar-benar berusaha tanpa mengenal erti putus asa dalam hidup
mereka.Kesimpulannya , rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT perlu dimanfaatkan dengan sebaik
mungkin semata-mata kerana Allah SWT.

BAB 5: PERPADUAN ASAS KESEJAHTERAAN

Semasa di Madinah,Rasulullah SAW telah berusaha menyatukan dua kaum iaitu Ansar dan
Muhajirin.Walaupun berlainan tempat dan kebudayaan,mereka mengamalkan sikap bertolak ansur,tolong
menolong serta saling menyayangi antara satu sama lain atas akidah yang sama iaitu islam.Pada zaman kini di
Malysia,perpaduan amat penting bagi mengekalkan keamanan dan keharmonian rakyat yang terdiri dari
pelbagai kaum.
1. Apakah sifat-sifat yang perlu ada pada diri seseorang untuk menjamin kesejahteraan kaum di Malaysia.
JAWAPAN:
Sifat-sifat yang perlu ada pada diri seseorang untuk menjamin kesejahteraan kaum di Malaysia ialah berkenal-
kenalan dan beramah mesra dengan masyarakat setempat tanpa mengenal agama,bangsa mahupun
kaum.Misalnya,menunjukkan muka yang manis semasa terserempak dengan mereka.Hal ini akan
menyenangkan hati mereka untuk mdengenali kita dengan lebih dekat lagi.Ini menunjukkan Islam amat
menekankan umatnya supaya mempunyai sikap yang terpuji sama ada dengan orang Islam atau bukan Islam

Puan Faziah baharu sahaja berpindah dari Selangor ke Kerteh, Terengganu kerana mengikuti suaminya yang
mempunyai komitmen kerja di syarikat pelantar minyak. Puan Faziah masih kekok dengan persekitaran
baharunya. Rumah Puan Faziah pula agak rapat dengan rumah yang lain. Ini kerana semasa di Selangor, jarak
antara rumahnya dengan rumah yang lain agak jauh sehingga menyebabkannya tidak mengenali jiran yang
tinnggal di kawasan tersebut.
2. Terangkan perkara yang perlu dilakukan oleh Puan Faziah bagi mewujudkan hubungan dengan masyarakat
setempat.
JAWAPAN:
Perkara yang perlu dilakukan oleh Puan Faziah bagi mewujudkan hubungan dengan masyarakat setempat ialah
mengamalkan budaya ziarah-menziarahi sama ada di musim perayaan, ketika jiran mendapat kejayaan atau
sebaliknya. Amalan ziarah ini akan terbentuklah satu ikatan kasih sayang yang dapat mengeratkan hubungan
silaturahim antara satu sama lain. Sesungguhnya, agama Islam sentiasa menyeru umatnya agar berusaha untuk
memperbaiki dan mempertingkatkan ikatan silaturahim sesama insan, apatah lagi sesama Islam

3. Berdasarkan gambar,(bersalam) ramalkan keadaan umat islam sekiranya mengamalkan tuntutan tersebut.
(ms 27) alaf sanjung
Berikan hujah anda
JAWAPAN:
Hidup dlam keberkatan Allah SWT .Hal ini demikian kerana ,Allah amat menyukai orang yang mengeratkan
hubungan silaturahim tanpa mengira udarjat,, pangkat dan agama.Oleh itu, kita seharusnya sentiasa bertanya
khabar dan tidak sombong dengan jiran tetangga atau sesiapa sahaja supaya mendapat keredaanAllah SWT.

BAB: 6 DAKWAH TANGGUNGJAWAB BERSAMA

Umat Islam merupakan umat yang terbaik yang dijadikan oleh Allah SWT untuk mengalas tugas sebagai
pendakwah.Dakwah juga merupakan usaha murni untuk menyebarkan dan menegakkan agama Islam di muka
bumi ini.Setiap muslim wajiblah berdakwah mwngikut keupayaan dan kemampuan masing-maisng.Pada masa
ini,terdapat pelbagai saluran dakwah boleh digunakan untuk disebarkan kepada orang lain seperti
facebook,youtube,blog dan sebagainya.
Terangkan bagaimana saluran dakwah dapat disebarkan dengan meluas
JAWAPAN:
Saluran dakwah dapat disebarkan dengan meluas meaallui pengajaran yang baik terhadap orang disekeliling
kita melalui tingksh lsku ysng sopan.Contohnya,nasihat dengan menggunakan perkataan hang lemah
lembut,tidak menengking dan berbudi Bahasa.Iini akan menjadikan seseorang bersikap terbuka apabial
dinasihati.Iini menunjukkan Islam sentiasa menitikbertakan penyampaian dakwah yang baik agar dakwah
dapat diperluaskan termasuklah kepada orang bukan Isla

Sejak dahulu lagi, orang Islam telah dipecahkan kepada dua golongan iaitu mukmin dan fasik. Golongan
mukmin sentiasa mentaati Allah SWT dan umat Islam seharuslah menjadi seorang mukmin yang sebenar-
benarnya. Namun berbeza pula dengan fasik, pendakwah perlulah menjadikan mereka sasaran untuk
mengembangkan dakwah agar agama Islam dapat disebarkan dengan meluas.
Huraikan hujah anda mengenai pernyataan di atas.
JAWAPAN:
Pada pendapat saya, orang mukmin melaksanakan ibadah dengan tekun dan ikhlas manakala orang Fasik
melaksanakan ibadah dengan sambil lewa dan malas. Ibadah perlulah dilaksanakan dengan ikhlas semata-
mata kerana Allah SWT. Hal ini kerana Allah SWT tidak menerima ibadah yang dikerjakan dengan tidak
bersungguh-sungguh walaupun sering melaksanakan ibadah. Oleh itu, kita sebagai umat Islam hendaklah
menjadi seorang mukmin yang taat dengan perintah Allah SWT agar ibadah kita diterima oleh-Nya

BAB: 7 SEGERA BERTAUBAT DAN BERISTIGHFAR

Takwa merupakan perkara teratas yang amat penting dalam Islam.Takwa telah diambil mudah oleh segelintir
umat Islamyang hanya mengatakann takwa semata-mata melaksanakan perintah Allah SWT dan
meninggalkan larangann-Nya.Namun takwa mempunyai pengertian yang luas dan mendalam lagi.Hal ini
kerana takwa adalah perkara dalaman yang banyak meibatkan amalan hati serta dikerjakan dengan
bersungguh-sungguh sehingga menimbulkan sifat-sifatmahmudah dzlam diri seseorang.
Apakah ciri-ciri mahmudah yang perlu ada pada seseorang yang bertakwa
ciri-ciri mahmudah yang perlu ada pada seseorang yang bertakwa ialah membelanjakan harta di jalan Allah
dengan bersedekah kepada orang yang lebih memerlukan.Misalnya,golongan fakir miskin yang memrlukan
bantuan berupa makanan,pakaian dan sebagainya untuk meneruskan hidup seperti orang lain.Hal ini akan
mengurangkan beban yang ditanggung oleh meraka.Kesimpulannya,kita hendaklah sentiasa berbuat baik
terhadap orang yang kurang bernasib baik agar tingkat ketakwaan dan keimanan kita semakin bertambah
kepada Allah SWT

BAB: 8 MENCONTOHI DAKWAH RASULULAH SAW

Rasulullah SAW mmepunyai perancangan yang rapi dalam mengatur strategi dakwah untuk melaksanakan
tangghungjawab dan tugasnya sebagai seorang rasul.Baginda juga sentiasa menunjukkan sifat keperibadian
uyang unggul dan contoh teladan yang baik kepada masyarakat.Pada maas kini,ramai pendakwah yang
menggunakan pendekatan dakwah yang dibawa oleh Rasulullah SAW termasuk Tuan Guru Nik Aziz Nik
Mat,Ustaz Azhar Idrus,Ustaz Kazim Elias dan lain-lain lagi.
Huraikan pendekatan yang sesuai digunakan oleh pendakwah seperti Rasulullah SAW
JAWAPAN:
pendekatan yang sesuai digunakan oleh pendakwah seperti Rasulullah SAW ialah lemeh lembut dalam
pertuturan,perbuatan dan pergaulan dengan orang lain.Misalnya,seseorang yang ingin menenasihati orang lain
perlulah menggunakan cara yang lemah lembut agar dapat membuka hati orang tersebut untuk berubah kea
rah yang lebih baik.Kesimpulnnya,kita haruslah mencontohi dakwah seperti Rasulullah SAW agar mendapat
kebaikan di dunia dan juga di akhirat kelak

Setelah bertungkus-lumus mengadakan persiapan sukan rakyat, Encik Rahman selaku ketua program dan
penduduk Kampung Sentosa telah menganjurkan solat hajat bagi memohon pertolongan daripada Allah SWT
agar perjalanan program sukan nanti berjalan dengan lancar.
Pada pendapat anda, apakah kebaikan yang diperoleh oleh Encik Rahman dan penduduk kampung daripada
sikap tersebut ?
Encik Rahman bersyukur dan menikmati kejayaan bersama penduduk kampung kerana program tersebut
mendapat sambutan orang ramai tanpa adanya perasaan riak dan takbur dalam diri. Ini akan dapat melahirkan
ketenangan dalam diri masing-masing dengan nikmat Allah SWT kurniakan kepada mereka. Oleh sebab itu,
kita hendaklah sentiasa bertawakal kepada Allah SWT dalam melaksanakan sesuatu perkara agar mendapat
keberkatan daripadanya

BAB 9: MENCEGAH KEMUNGKARAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA

Kemungkaran ialah perkara yang bertentangan denan perintah Allah SWT dan rasul.Misalnya, mencuri,
berjudi, menghisap rook dan sebagainya.Tanggungjawab membendung kemungkaran ini bukan sahaj terletak
pada pihak bekuasa, pendakwah, mufti,ustaz semata-mata malah setiap orang muslim wajib melaksnakan
amar amkruf dan anhi mungkar yang erlaku d sekeliling mereka.
Terangkan pendekatan yang sesuai dgunakan semasa berhadapan xengankemungkaran yang erlaku di
sekeliling kita
Pendekatan yang sesuai digunakan semasa berhadapan dengan kemungkaran yang berlaku di sekeliling kita
iLh mengubah dengan tangan iaitu mengubah dengan kuasa yang ada pada seseorang mengikut kemampuan
dan bidang masing-masing.Contohnya,seorang bapa bertanggungjawab melarang anak-anaknya agar tidak
kelauar rumah dengan berpakaian yang tidak mengikut syariat IslM.Kesimpulannya,kita perlulah mencegah
kemungkaran mengikut keupayaan masing-maisng agar anam baik Islam tidak tercemar dan sentiasa
terpelihara

BAB 10: SEDEKAH PEMANGKIN KESEJAHTERAAN

1. Setiap umat Islam ditunut membantu orang yang memerlukan dan berkongsi nikmat pemeberian Allah
SWT.Orang yang rajin bersedekah mendapat nikmat dan kelebihan yang tidak diperolehi oleh orang
yang tidak bersedekah.Sedekah juga dapat meningkatkan darjat seseorang yang bersedekah apabila
tangan kanannya bersedeah tetapintangan kirinya tidak mengetahuinya.
Huraikan manfaat yang diperoleh sekiranya anda seorang pemberi dan penerima sedekah
manfaat yang diperoleh sekiranya anda seorang pemberi dan penerima sedekah.ialah pemberi dapat
melatih menjadi seorang yang pemurah dan menghayati penederitaan orang lain mankala penerima dapat
sama-sama menikmati pemberian Allah SWT. Iini kerana sedekah merupakan amlaan sunat yang dituntut
dalam islam.Misalnya memberi bntuan kepada bangsa banjir berupa barangan asa, pakaian,dan
sebagainya.Oleh itu, kita hendklah sentiasa bersedekah kepada orang yang lebih memerlukan agar mereka
dapat menjalani kehidupan sebagai seorang muslim seperti orang lain

Setiap umat Islam dituntut membantu orang yang memerlukan dan berkongsi nikmat pemberian Allah SWT.
Orang yang rajin bersedekah mendapat nikmat dan kelebihan yang tidak diperolehi oleh orang yang tidak
bersedekah. Sedekah juga dapat meningkatkan darjat seseorang yang bersedekah apabila tangan kanannya
bersedekah tetapi tangan kirinya tidak mengetahuinya.
Huraikan manfaat yang diperoleh sekiranya anda seorang pemberi dan penerima sedekah.
Manfaat yang diperoleh sekiranya saya seorang pemberi dan penerima sedekah ialah pemberi dapat melatih
menjadi seorang yang pemurah dan menghayati penderitaan orang lain manakala penerima dapat sama-sama
menikmati nikmat pemberian Allah SWT. Ini kerana sedekah merupakan amalan sunat yang dituntut dalam
Islam. Misalnya memberi bantuan kepada mangsa banjir berupa barang asas, pakaian dan sebagainya. Oleh
itu, kita hendaklah sentiasa bersedekah kepada orang yang lebih memerlukan agar mereka dapat manjalani
kehidupan sebagai orang Muslim seperti orang laiN

BAB 11: BERIMAN KEPADA AL-ASMA AL-HUSNA

1. Al-Asma al-Husna merupakan nama-namamAllah Allah SWT yang indah.Nama-nama Allah SWT
mempunyai 99 nama yang mempunyai maksud yangb tersendiri yang wajib kita fahami dan
haayati.Sebagai seorang Islam,kita dilarang untuk menamakan Allah SWT dengan sifat-sifat yang
tidak baik sepertimana sifat-sifat mazmumah yang ada pada manusia.Misalnya sombong,riak,takbur
kedekut dan sebagainya.

Apakah yang akan berlaku kepada diri anda seiranya anda mengamalkan al-Asma al-Husna ini dalam
kehidupan seharian anda
JAWAPAN:
seiranya anda mengamalkan al-Asma al-Husna ini dalam kehidupan seharian saya, akan sentiasa
mengharapkan pertolongan Allah SWT sama ada dalam keadaan senag mahupun susah.Ini kerana
hanya Allah SWT sahaja 9yang berhak memperkenankan permintaan hamba-hambanya dan bukannya
makhluk yang lain.Oleh itu, kita seharusnya memepercayai bahawa al-Asma al-Husna banyak
memberi kesan terhadap keperibadian umat islam daloam kehidupan seharian.

2. Masyarakat kita hari ini boleh dikatakan sebahagian besar mereka tidak terlepas
daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah SWT sama ada mereka
sedar ataupun mereka tidak sedar.Ini menunjukkan sebahagian umat Islam tidak
mengesakan Allah SWT dari segi zat, sifat dan juga perbuatan.
Apakah perkara-perkara yang menjadi malan sebahagian umat Islam pada hari ini.

JAWAPAN:
Perkara –perkara yang menjadi amalan sebahagian umat Islam pada hari ini ialah memuja kubur keramat dan
perkara khurafat lain untuk mendapat nama, pangkat, kekayaan serta kedudukan dalam masyarakat.Mereka
tidak melengkapkan ilmu agama yang secukupnya dalam diri mereka sehingga mudah terjebak dengan
perbuatan yang dilaknat Allah SWT .Kesimpulannya kita seharusnya insaf dan sedar dengan keesaan Allah
SWT di atas muka bumi ini agar hidup dalam keberkatan-Nya

BAB 12: KESAN BERIMAN DENGAN ALLAH SWT


1. Umat Islam hendaklah mengelakkan diri daripada menyamakan Allah SWT dengan sesuatu kerana
Allah SWT itu Maha Esa.Sekiranya seseorang tidak mempercayai keesaan Allah SWT atau
meningkari perkara-perkara yang menjadi dasar ilmu tauhid akan dianggap sebgai kafir.

Terangkan bagaimanakah cara untuk menjadi seseorang yang beriman terhadap Allah SWT.
JAWAPAN:
Cara untuk menjadi seorang yang beriman terhadap Allah SWT ialah beriman dengan ketiga-tiga
tauhid Rububiyyah,Uluhiyyah dan al-asma’wassifat.Setiap umat islam wajib beriman dengan ketiga-
tiga tauhid tersebut bag melengkapkan keimanan yang teguh terhadap Allah SWT.Jika seseoranng itu
beriman dengan salah satu tauhid sahaja, imannya akan terbtal.Justeru itu, kita hendaklah meyakini
ketauhidan Allah SWT agar mendapat kebahagiaan di dunia dan juga di akhirat kelak.

BAB 13: BERIMAN KEPADA MALAIKAT


1. Setiap umat Islam wajib beriman dengan kewujudan malikat.Beriman kepada malaikata tergolong
dalam rukun iman.Malaikat dan manusia merupakan makhluk Allah SWT yang berbeza yang
diciptakan oleh Allah SWT.
Huraikan pernyataan di atas.

JAWAPAN:
Malaikat sentiasa beribadah kepada Allah SWT manakala manusia beriman dan ada yang
kufur .Ini kerana malaikat tidak sama dengan manusia yang mempunyai hawa nafsu sehingga
melakukan dosa yang tidak disukai Allah SWT.Misalnya ,melakukan maksiat dengan lelaki atau
perempuan yang bukan mahram. .Oleh itu, sebagai umat islam hendaklah kita sentiasa beriman
dengan malaikat agar dapat menambahkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT.

BAB 14: BERIMAN DENGAN KITAB SUCI

1. Terdapat segelintir remaja sibuk menghabiskan masa dengan perkara yang tidak berfaedah seperti
melayari internet, melepak,dan bermain video berbending membaca al-Quran.Mengapakah keadaan
ini berlaku dalam kalangan remaja pada zaman sekarang?
Kerana mereka kurang menghayati isi kandungan yang terdapat di dalam al-Quran.Mereka hanya
membaca tanpa mengetahui makna yang terdapat di dalam al-Quran dan ganjaran orang yang
membacanya.Oleh itu,sebagai remaja Islam kita perlulah membaca dan memahami al-Quranagar
hidup mendapat keberkatan daripada Allah SWT.

2. Sebagai seorang murid, bagaimanakah cara anda untuk menjadikan al-quran sebagai amalan harian
anda.
Saya sentiasa membaca ayat al-Quran selepas menunaikan solat fardhu.Ayat-ayat yang dibaca perlulah
difahami dan dihayati maksudnya.Kesannya hati seseorang akan menjadi tenang dan tenteram.Oleh
itu, kita sebagai umat Islam haruslah menjadikan al-Quran sebagai amalan kita agar mendapat syaffaat
di akhirat kelak.

3. Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW melalui malaikat Jibril..AlQuran diturukan
secara beransur-ansur.Orang Islam wajib memepercaaaaaayai bahawa Allah SWT menurunkan kitab-
kitab-Nya dan salah satunya Al-Quran.

Huraikan mengapa al-Quran menjadi ktab rujukan utama Umat Nabi Muhammad SAW.
JAWAPAN:
Al-Quran merupakan kitab rujukan utama kepadaa umat Nabi Muhammad SAW kerana merupakan
kitab yang lengkap merangkumi ajran tauhid, hukum syarak,akhlak dan peraturan yang membawa
kesejahteraan hidup di duia dan di akhirat, misalnya al-Quran banyak menceritakan tentang akidah
agar manusia sentias berpegang teguh denban aagama Allah SWT .Oleh itu, sebagai umat Islam, kkita
perlulah sentiasa membongkar dan menyelidik ini kandungan al-Quran untuk membangunkan
tamadun manusia agar amalan kita seimbang antara dunia dengan akhirat.

BAB 15: SOLAT QASAR DAN JAMAK

Sabda Rasulullah SAW:


Sesungguhnya Allah SWT suka dilaksanakan rukhsah (keringanan)yang diberikan
olehnya seperti Allah SWT membenci dilakukan maksiat kepadanya.

1. Mengapakah Islam mengharuskan solat Qasar dan Jamak kepada umat Islam?
Kerana umat Islam dapat menjalankan kewajipan agama dan urusan kehidupan dengan mudah.
Misalnya ,boleh melakukan solat dengan senang jika sedang bermusafir di dalam negara atau di luar
negara dan tiada alasan untuk meninggalkan solat.Hal ini menunjukkan Islam tidak membebankan
umatnya dalam mengerjakan ibadah kepada Allah SWT.

2. Encik Hisham menunaikan solat fardhu maghrib secara qasar semasa dalam
perjalanan dari Gombak ke Kajang.

2. Adakah solat yang dilakukan oleh Encik Hisham dikira sah.


Berikan alasan anda.

JAWAPAN:
Tidak sah solatnya.Hal ini kerana,solat fardhu maghrib tidak boleh diqasarkan dan hanya boleh
dijamakkan sahaja.Malahan jarak perjalana Encik Hisham juga kurang daripada dua marhalah
sedangkan ianya merupakan syarat-syarat rukhsah solat.Encik Hisham sepatutnya menunaikan solat
maghrib secara biasa.Ini menunjukkan bahawa rukhsah solat qasar ini perlu dilakukan menepati syarat
–syarat dalam Islam

3. Puan Rohani dan keluarganyabertolak dari rumahnya yang terletak di Pekan, Pahang menuju ke Johor
Bharu bagi menghadiri majlis perkahwinan anak saudaranya.SEmasa dalam perjalanan ,Puan Rohani
dan keluarganya singgah untyk berehat dan solat di masjid.Dia dan keluarganya menjamakkan solat
zohor dengan asar.
Huraikan hujah anda mengapa Puan Rohani dan keluarganya berbuat sedemikian.

JAWAPAN:
Puan Rohani dan keluarganya berbuat sedemikian kerana destinasi yang dituju melebihi dua marhalah
untuk mengerjakan solat Jamak dan qasar.Seseorang muslim perlu mendalami ilmu agama dengan
secukupnya agar peka dengan keadaan dan waktu semasa ingin mengerjakan rukhsah solat
tersebut.Oleh itu, kita seharusnya bersyukur kepada Allah SWT kerana memberikan kemudahan untuk
mengerjakan ibadah kepada-Nya walau di mana sahaj kita berada.

BAB 16: PUASA MENJANA KEPERIBADIAN MULIM


1. Puasa merupakan ibadah wajib yang dituntut oleh semua umat Islam.Ibadah ini dikerjakan pada bulan
Ramadhan setiap tahun.Allah SWT telah menjanjikan ganjaran kepada orang yang sempurna puasa
Ramadhannya ndenga dilimpahkan dan diberikan rahmat ke atasnya seperti mengerjakan ibadah seribu
bulan.
Sebagai seorang murid, bagaimanakah aanda menambahkan pahala ibadah puasa?

Cara saya menambahkan pahala ibadah puasa ilaah memperbanyakkan sedekah dan membaca al-
Quran serta beriktikaf di amsjid.Amalan-amaln ini perlu dilakukan dengan ikhlas daan semata-mata
untuk mendapat keredhaan Allah SWT. Ini akan dapat melahirkan ketengangan jiwa kepada seseorang
dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.Kesimpulannya ,kita hendaklah sentiasa mencari
kesempatan untuk mengerjakan ibadah-ibadah lain semasa di bulan Ramadhan agar puasa kita
diterimaoleh Allah SWT.

BAB 17: MENGHAYATI BULAN RAMADHAN


1. Sabda Rasulullah SAW:
Tuhan kamu berfirman: Tiap-tiap satu kebajikan diberi pahala sepuluh sehingga tujuh ratus kali
ganda.Dan puasa itu untukku dan aku yang memeberi pahalanya.Puasa ialah perisai darpada api
neraka.Bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah SWT daripada haruman kasturi.
Berdasarkan hadis di atas,apakah kelebihan-kelebihan lain yang diperoleh oleh umat Islam yang
mengerjakan ibadah di Bulan Ramadhan?

kelebihan-ke lebihan lain yang diperoleh oleh umat Islam yang mengerjakan ibadah di Bulan
Ramadhan doa dimakbulkan oleh Allah SWT bagi orang yang berdoa dengan bersungguh –sungguh
dan secara ikhlas.Ini kerana doa adalah senjat bagi orang mukmin.Allah SWT sentiasa
mendengarluahan dan rintihan daripada hamba-Nya yang berdoa terutamanya di Bulan Ramdhan.Oleh
itu, kita hendaklah mengambilkesempatan 8untuk sentiasa mengerjakan ibadah agar mendapat
keredhaan Allah SWT dalam bulan Ramadhan.
BAB 18: ZAKAT FITRAH

1. Zakat ftrah merupakan perkara yang wajib ditunaikan oleh se,uruh umat Islam.Zakat Fitrah boleh
dilakukan bermula pada Bylan Ramdhan sehingga sebelum menunaikan solat sunat Hari Raya
Aidilfitri pada setiap tahun.
Huraikan kesan sekiranya kita sentiasa mengeluarkan zakat fitrah.

kesan sekiranya kita sentiasa mengeluarkan zakat fitrah adalah dapat memupuk tabiat suka menderma
dan tidak mementingkan diri sendiri.Nikmat yang diberikan oleh Allah SWT perlu dikongsi dengan
orang yang kurang bernasib baik..Misalnya,
gakir miskin yang tidak berkemampuan untuk membeli barangan keperluan hari raya dan merekajuga
akan dapat merasai sambutan hari raya seperti orang lain.Kesimpulannya,sebagai seorang islam,
Kita ,hendaklah menjadi seorang yang pemurah dengan rezeki yang ada dengan melaksnakan rukun
islam yang keempat ini.

BAB 19: SAYIDINA UMAR BIN AL-KAHATTAB R.A PENTADBIR YANG ULUNG

1. Semasa jahiiyah, Sayidina Umar al-Khattab telah diberi kepercayaan oleh Kaum Quraisy untuk
menentang dakwah Rasulullah SAW .Namun setelah bealiau memeluk Islam,beliau telah mencabar
sesiapa yang berani menghalangnya berhijrah berhijrah ke Madinah secara terbuka.Bagaimanakah
anda mencontohi ciri-ciri yang dimiliki oleh Sayidina Umar al-Khattab yang sentiasa berjuang
mempertahankan agama Islam dan umatnya daripada kemunduran dan kemiskinan.
Saya mencontohi ciri-ciri yang dimiliki oleh Sayidina Umar al-Khattab dengan berani dalam
mempertahankan agama Islam daripada dipermainkan oleh pihak yang tidak
bertanggungjawab.Misalnya ,melaporkan kepada pihak berkuasa tentang orang Islam yang minum
arak di tempat awam.Justeru itu, kita mestilahmenjadikan Syidina Umar al-Khattab sebagai role model
agar agama Islam dapat berkembang luas juga kepada orang bukan islam.

BAB 20: SAYIDINA UTHMAN BIN AFFAN R.A KOPORAT YANG DERMAWAN
1. Sayidina Uthman termasuk dalam golongan yang mula-mula memeluk Islam.Be.iau memluk Islam
melalui dakwah yang telah disampaikan oleh Syaidina Abu Bakar As-Siddiq.Baliau mudah menrima
Islam kerana beliau mempunyai akhlak yang mulia.
Merujuk pernyataan di atas, apakah akhlak yang dimiliki oleh Syidina Uthman.
Akhlak yang dimiliki oleh Sayidina Uthman ialah seoranng yanng taat kepada Allah SWT dan rasul
dengan mengerjakan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.Mislanya beliau
sanggup meninggalkan kemewahan dan sanak saudaranaya demi Allah SWT dan Rasul.Oleh itu, kita
perlulah mencontohi sikap Sayidina Uthman yang sentiasa meletakkan Allah SWT dan Rasul di
tingkat yang teratas dalam kehidupannya untuk me jadi muslim yang mulia di sisi Allah SWT.

BAB 21: SAYIDINA ALI BIN ABU TALIB R.A PEMUDA YANG BERANI
1. Jadilah sebagai pokok.Walau dilempar dengan batu ,ia tetap memablas denagn buah.
Pernyataan di atas merupakan falsafah Sayidina Ali yang perlu dicontohi oleh umat islam.Falsafah
tersebut juga menggambarkan perwatakan Sayidina Ali YANG mulia.
Apakah kelebihan yang dimiliki oleh Syidina Ali sewaktu kecil sehinggalahbelau dilantik menjadi
khalifah.

Kelebihan yang dimiliki oleh Sayidina Ali sewakti kecl sehinggalah beliau menjadi khalifah ialh
seorang pemuda yang berani dalam menegakkan agama Islam di medan perang.Beliau menggunakan
pedangnya yang bernama zulfaqar dan menyertai hampir semua peperangan menentang musyrikin
kecuali perant tabuk.Oleh itu, kita hendaklha mencontohi keberanian yang ada pada Sayidina Ali yang
sentiasa mempertahankan Islam tidak kira di mana jua kita berada.
BAB 22: SAYIDINA HAMZAH BIN ABDUL MUTAOIB R.A PAHLAWAN YANG TERBILANG
1. Syidina Hamzah merupakan bapa saudara, sepupu, saudara susuan dan teman seeprmainan Rasululah
SAW .Sikap Sayidina Hamzah ini didorong oleh perasaan kasih saying dan cinta akan Rasulullah
SAW dan kebenaran yang dibawa oleg baginda.
Bagaimanakah anda mencontohi keepribadian yangterdapat pada Sayidina Hamzah dalam kehidupan
seharian.
Saya mencontohi keperibadian yang terdapat pada Sayidina Hamzah dalam kehidupan seharian dengan
tidak terlibat dengan adat jahiliah seperti berjudi, berfoya-foya dan sebagainya.Amalan tersebut boleh
menyebabkan seseorang muslim terhalang daripada menerima hidayah daripada Allah SWT malah
mendapat dosa kerana melanggar perintah-Nya.Oleh sebab itu, kita hendaklah menjauhkan diri
daripada perbuatan yang terkkutuk di sisi Islam seperti mana Syidina Hamzah.
BAB 23: SAYIDINA ABU HURAIRAH R.A PERAWI HADIS
1. Pada mulanya ,Abu HUrairajh r.a adalah seorang fakir dan miskin.Namun beliau telah dipinang oleh
salah seorang majikannya yang kaya raya untuk puterinya Bistah binti Gazwan.Ini memperlihatkan
betapa Islam telah mengubah pandangan seseorang dari membezakan kelas kepad menyanjung
keimanan.Beliau dipandang mulia kerana kealimannya dan kesalihannya.Tingkah laku Islam telah
memuliakan Abu Hurairah r.a lebih dari kemuliaan pada zaman jahiliyah yang hanya memandang taraf
dan kekayaan sebagai ukuran kemuliaan.
Merujuk pernyataan di atas, bagaimanakah cara Abu Hurairah mempamerkan tingkah lakunya yang
mulia.
Salah satu cara Abu Hurairah mempamerkan tingkah lakunay yang mulia ialah menghormati dan
berbuat baik terhadap ibunya walaupun ketika ibunya belum memeluk Islam maalh menghina
nabi.Buktinya,Abu Huairah selalu berdoa an meminta Rasulullah SAW berdoa supaya Allah SWT
memberi hidayah kepada ibunya.Berkat doa Rasulullah SAW ,ibu AbuHurairah memeluk
Islam..Kesimpulannya, sebagai seorang anak,kita wajiblah menyayangi ibubapa sebagaimana mereka
menyayangi kita sejak dari kecil dan mendoakan kesejahteraan mereka di dunia di akhirat.

BAB 24: SAYIDINA ABDUL RAHMAN BIN AUF AHLI PERNIAGAAN BERWAWASAN
1. Abdul Rahman bin Auf ialah ahli perniagaan yang Berjaya serta memiliki kekayaan yang
banyak.Beliaau tidak terlalu bergantung kepada orang lain untuk Berjaya sebaliknya beliau berdikari
bagii meneruskan kehidupannya.
Huraikan Sikap Abdul Rahman bin Auf yang boleh kita contohi dalam kehidupan seharian.
Salah satu contoh sikap Abdul Rahman bin Auf yang boleh kita contohi ialah beliau bersifat zuhud
dengan tidak memntingkan kemewahan diri sendiri.Misalnya,beliau menyumbangkan sebanyak 200
tahil emas,500 ekor kuda perang dan 1500 ekor unta untuk Perang Tabuk bagi menentang golongan
Musyrikin.Oleh sebab itu, kita seharusnya mengamalkan sikap mahmudah dalam diri gar menjadi
seorang muslim yang brtakwa di sisi Allah SWT.

BAB 25: KEPIMPINAN KERASULULLAH SAW DI MADINAH


1. Usaha pertama yang gelah dilakukan oleh Rasulullah SAW dalam membina masyarakat Islam di
Madinah ialah mendirikan masjid.Masjid amat penting dalam membina kecemerlangan umat
islam.Bagaimanakh cara yang boleh anda lakukan untuk mengimarahkan masjid
Salah satu cara untuk mengimarahkan masjid adalah dengan menjadikan masjid sebagai pusat
ibadat.Misalnya melaksanakan solat lima waktu secara berjemaah,membacaal-Quran berzikir dan
sebagainya.Dengan cara ini,dapat menyatukan umat islam.Kesimpulannya, seseorang muslim perlulah
menarik ramai lagi oraang lin untuk bersama-sama mengimarahkan masjid sebagai platform penyatuan
ummah.

BAB 26: NIKMAT DAN MUSIBAH UJIAN KEHIDUPAN


1. Nikmat yang dianugerahkan Allah SWT kepada manusia, merupakan pemeberian yang tidak terhitung
banyaknya.Setipa detik dan saat sejak kita dilahirkan sehinggalah dewasa ini, kita tidak putus-putus
diberikan oleh Allah SWT dengan pelbagai nikmat.
Pada pendapat anda, bagaimanakah kita mensyukuri rezeki yang dilimpahkan kepada kita.
Salah satu daripada tiga cara kita mensyukuri rezeki yang dilimpaahkan kepada kita adalah melalui
syukur amali iaitu menggunakan nikmat dengan cara yang terbaik dan bermanfaat.Cra ini boleh
diaplikasikan melalui perilaku kita dalam seharian.Misalnya kita mestilah menjaga sungai daripada
dicemari dengan sampah sarap.Kesimpulannya, kita hendaklah sentiasa berdoa kepada Allah SWT
agar sentiasa menjadi seorang muslim yang bersykur dengan nikmat yang dikurniakan-Nya.

2.

Gambar-gambar di atas merupakan salah satu nikmat yang diberikan Allah S.W.T kepada seluruh umat
manusia namun nikmat yang paling utama bagi seseorang yang beragama Islam ialah iman dan islam. Segala
perkara yang menyebabkan manusia berasa selesa dengannya adalah dinamakan nikmat. Kita perlulah
menjaga dan menghargai apa-apa yang diberikan oleh Allah S.W.T dengan sebaik mungkin.
Bagaimanakah anda menggunakan nikmat yang diberikan oleh Allah S.W.T?

Saya menggunakan nikmat yang diberikan oleh Allah S.W.T dengan melakukan kebajikan iaitu berkongsi
nikmat yang diberikan oleh Allah S.W.T serta mengagihkan nikmat tersebut kepada orang yang memerlukan
seperti golongan fakir miskin,anak yatim dan sebagainya. Hal ini dapat meringankan lagi beban yang
ditanggung dan mereka dapat menjalani kehidupan seperti orang lain.Justeru itu, kita mestilah menggunakan
nikmat pemberian Allah S.W.T ke jalan yang benar agar dipandang mulia oleh masyarakat sekeliling.
BAB 27: MENGHAYATI ADAB BERJIRAN
1. Islam sebagai agama syumul amat memandang berat mengenai jiran tetangga.Islam juga meletakkan
nilai yang tinggii kepada orang yang berbuat baik terhadap jiran mereka sehingga boleh dilabelkan
sebagai muslim yang sejati
Bagaimanakah cara yang dituntut oleh agama Islam dalam kehidupan berjiran ?
Cara yang dituntut oleh agam Islam dalam kehidupan berjiran ialah tidak membuat sesuatu yang
menyakiti hari jiran sehingga boleh menyebabkan berlakunya pergaduhan dan pertengkaran .Ini
menunjukkan tanda lemahnya iman dalam diri mereka dan penyelewengan daripada
Islam.Sesungguhnya,ajaran Islam sentiasa mengajar umatnya supaya beradab dan berakhlak mulia
dengan jiran tetangga.

Puan Faziah baharu sahaja berpindah dari Selangor ke Kerteh, Terengganu kerana mengikuti suaminya
yang mempunyai komitmen kerja di syarikat pelantar minyak. Puan Faziah masih kekok dengan
persekitaran baharunya. Rumah Puan Faziah pula agak rapat dengan rumah yang lain. Ini kerana
semasa di Selangor, jarak antara rumahnya dengan rumah yang lain agak jauh sehingga
menyebabkannya tidak mengenali jiran yang tinnggal di kawasan tersebut.
Terangkan perkara yang perlu dilakukan oleh Puan Faziah bagi mewujudkan hubungan dengan
masyarakat setempat.

2. Perkara yang perlu dilakukan oleh Puan Faziah bagi mewujudkan hubungan dengan masyarakat
setempat ialah mengamalkan budaya ziarah-menziarahi sama ada di musim perayaan, ketika jiran
mendapat kejayaan atau sebaliknya. Amalan ziarah ini akan terbentuklah satu ikatan kasih sayang
yang dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara satu sama lain. Sesungguhnya, agama Islam
sentiasa menyeru umatnya agar berusaha untuk memperbaiki dan mempertingkatkan ikatan
silaturahim sesama insan, apatah lagi sesama Islam.

BAB 28: MENJAGA MARUAH DIRI

1. Umat islam telah diperintahkan Allah SWT supaya menjaga maruah diri.Umat islam yang bermaruah
mempunayi jati diri dengan berpegang teguh kepada ajaran Islam dan tidak mudah terpengaruh dengan
anasir-anasir luar.
Pada pendapat anda, bagaimanakah cara kita menjaga maruah diri ketika berbual dengan orang
sekeliling?
Cara kita menjga maruah diri ketika berbual dengan orang sekeliling ialah bercakap benar tentang
perkara yang diketahui.sikap yang suka berbohong tidak disukai Allah SWT dan kata-kata daripada
seorang pembohong tidakakan dipercayai oleh masyarakat. Masyarakat akan menjauhkan diri
daripadnya dan sukar mendapat pertolongan ketika dalam kesusahan. Oleh sebab itu, kita wajib
memlihara maruah diri agar tidak tercemar untuk mendapat keberkatan daipada Allah SWT di dunia
dan di akhirat.

BAB 29: MENJANA KEHARMONIAN HIDUP


1. Islam merupakan agama kesejateraan yang mengajar umatnya sentiasa berakhlak mulia sama ada
kepada sesame Islam dan bukan Islam.Salah satufitarh manusia ialh hidup bermasyarakat.Sebab itulah,
Islam sering mengariskan adab supaya kita hidup bermasyarakat dalam keadaan berharmoni.
Huraikan hujah anda mengapa kita digalakkan untuk berbuat baik terhadap orang bukan Islam.
kita digalakkan untuk berbuat baik terhadap orang bukan Islam kerana dapat menarik minat mereka
untuk mmepelajari Islam yang merupakan agama yang mentauhidkan Allah SWT denhan penuh yakin
serta melaksanakan peruntahnya dan meninggalkan larangan-Nya.seterusnya dapat membuka pintu
hati mereka untuk memeluk agama islam.Justeru itu, agama Islam sentiasa menyarankan umatnya agar
menjaga hubungan manusia dengan manusia walaupun berlainan agama.
2. Rasulullah saw pernah menziarahi anak orang Yahudi yang erlantar sakit.Berdasarkan pernytaan di
atas, terangkan bagaimana anda boleh mencontohi sikap rasulullha SAW terhadap orang bukan Islam.
Mengadakan majlis hari keluarga dengan masyarakat setempat agar dapat merapatkan tali
persahabatan seterusnya dapat mengenali antara satu sama lain dengan lebih dekatlagi.Keadaan
inimenjadikan mereka mengenali cara hidup orang Islam yang lemah lembut dan bersopan
santun.Kesimpulannya, sebagai seorang Islam,kita dituntut untuk berbuat baik dengan orang bukan
Islam aagar dapat menarik minta mereka supaya mendekati Islam.
3. Setiap anggota masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum danbudaya hendaklah saling hormat
menghormati antara satu sama lain.Berikannhujah anda sekiranya masyarakat dalam negara kita
mengabikan sikap seperti di atas.
Berlakunya pergaduhan dan pertelingkahan antara satu sama lain kerana permasalahan tidak dapat
diselesaikan denhan baik.Kesannya hubungan antara masyarakat menjadi renggang menyebabkan
musuh musuh mengambil kesempatan untuk memcahbelahkan kesejahteraan masyarakat.Ole itu, kita
perlulah menanam sikap saling menghormati agar keharmonian antara msyarakat dapat dikekalkan.

BAB 30: MEMELIHARA KESUCIAN MASJID DAN SURAU

1. Kawasan tempat tinggal anda berdekatan dengan masjid.Anda sering ke masjid bersama –sama dengan
keluarga untuk mengerjakan solat secara berjemaah dengan penduduk di kawasan tempat tinggal anda.
Sebagai seorang islam,anda sentiasa menjaga adab-adab untuk menjamin kehormatan masjid dan
surau.
Apakah perkara yang anda lakukan selepas melangkah ke dalam masjid?
Perkara yang saya lakukan selepas melangkah masuk ke dalam amsjid ialah tidak melakukan perkara
yang tidak berfaedah yang boleh mengganggu orang lain untuk mengerjakan ibadah kepada Allah
SWT.Contohnya berbual dan bergelak ketawa dengan suara yang kuat tanpa memepdulikan orang
sekeliling yang beribadah.Perbuatan tersebut amat dimurkai oleh Allah SWT.Oleh sebab itu, kita
dituntut menjaga adab-adab ketika berada di masjid atau surau agar dihormati oleh masyarakat
sekeliling.
2. Masih terdapat segelintir orang Islam yang merokok, berbual perkara yang sia-sia dan mengumpat di
dalam perkarangan masjid dan surau.
Cadngkan tindakan yang perlu dilakukan terhadap mereka yang bersikap seperti di atas.
Menasihati mereka agar tidak mengulangi perbuatan tersebut dikemudian hari.Hal ini demikian
kerana, masjid dan surau mereupakan temppat yang suci dan wajib kita hormati.Perbuatan itu juga
tidak disukai oleh Allah SWT danmasyarakat setempat malah akan mendapat dosa daripada Allah
SWT.Jsteru itu, kita perlulah menjaga kesucian masjid agar umat islam dipandang mulia dan disanjung
tinggi oleh orang bukan Islam.

BAB 31: MEMELIHARA KESUCIAN MASHAF

Sejak dari kecil lagi Aina menjadikan al-Quran sebagai amanlan hariannya.Aina sering membaca al-
Quran selepas solat Fardhu Maghrib.Perbuatannya itu telah menjadi ikutan kepada adik-adiknya yang
lain.Dia juga sentiasa mengingatkan adik-adiknya yang lain agar menjaga adab yang betul terhadap
mashaf al-Quran.

1. Bagaimanakah Aina dan adik-adiknya menjaga tatatertib terhadap mashaf al-Quran.Aina dan adik-
adiknya menjaga tatatertib terhadap mashaf al-Quran dengan memuliakan mashaf al-quran dengan
meletakkannya di tempat yang tinggi agar tidak terlangkah atau terpijak oleh orang yang melalui
tempat tersebut.Ini kerana mashaf al-quran merupakan kalam Allah SWT dan tidak sama dengan
buku-buku lain.Oleh itu, kita hendaklah beradab dan menghormati mashaf al-quran agar dapat
membentuk diri menjadi seorang muslim yang berdisiplin.

2. Berikan hujah anda, mengapakah kita perlu beradab seperti dalam gambar.
Kerana al-Quran merupakan Klam Allah SWT yang diturunkan untuk menjadi panduan hidup.Al-Quran
merupakan kitab yang bernilai dan tidak boleh disamkan dengan buku-buku lain yang ditulis oleh
manusia.Kesimpulannya,orang yang menjaga adab terhadap mashaf al-Qran akan dikurniakan pahala oleh
Allah SWT

BAB 32: DOA PENYERI KEHIDUPAN


1. Doa merupakan penghubung antara manusia dengan Allah SWT.Hal ini dapat dilihat menerusi
peristiwa keislaman Sayidina Umar al-Khattab .Hati Syidina Umar menjadi lembut dan memluk Islam
hasil keberkatan doa Rasulullah SAW.
Berdasarkan penyataan di atas,apakah panduan yang perlu dipatuhi semasa berdoa
panduan yang perlu dipatuhi semasa berdoa ialah berdoa dengan penuh yakin terhadap Allah SWT
dengan bersungguh-sungguh memohon sesuatu kepada-Nya.Allah SWT tidak menyukai orang yang
lalai serta tidak khusyuk semasa berdoa.Justeru itu, kita hendaklah menjaga adab-adab ketika berdoa
supaya doa kita diperkenankan oleh Allah SWT dan diterima sebagai amalan soleh
2. Menurut pendapat anda,mengapakah umat Islam dilarang mendoakan keburukan orang Islam yang
lain.
Perbuatan tersebut menghilangkan keharmonian dalam masyarakat yang boleh menyebabkan
terbantutnya perkembangan yang sihat ,Kurangnya suasana yang harmoni dalam masyarakat mebawa
kepada putusnya tali persaudaraan islam.Selain itu, perbuatan tersebut dibenci dan dimurkai oleh
Allah SWT.Oleh itu, kita hendaklah mendoakan kebaikan untuk saudara seislam kita
3. Huraikan hujah anda mengapa orang yang enggan berdoa dikatakan sebagai seorang yang sombong.
Kerana merasakan diri mereka mencukupi dan tidak mahu bergantung harap terhadap pertolongan
Allah SWT. Mereka merasakan mereka boleh berjaya bahagia dan hidup senang tanpa berdoa kepada
Allah SWT dan mengangganp itu semua adalah hasil uaha nmereka sendiri tanpa bantuan daripada
aLLha swt.

4. Doa dapat mengurangkan sifat perkauman


Berdasarkan pernyataan di atas, huraikan hujah anda untuk meyokong pernyataan tersebut.
Dengan doa orang Islam bukan hanya mendoakan untuk dirinya tetapi mendoakan juga umat
Islam diserata dunia yang berlainan bangsa dan warna kulit seperti umat Islam di
Palestin,Syria, Mesir malah di seluruh pelusuk dunia.Oleh itu,doa dapat mengurangkan
semangat asabiah atau semangat perkauman.

Setelah bertungkus-lumus mengadakan persiapan sukan rakyat, Encik Rahman selaku ketua program
dan penduduk Kampung Sentosa telah menganjurkan solat hajat bagi memohon pertolongan daripada
Allah SWT agar perjalanan program sukan nanti berjalan dengan lancar.
Pada pendapat anda, apakah kebaikan yang diperoleh oleh Encik Rahman dan penduduk kampung
daripada sikap tersebut ?

5. Encik Rahman bersyukur dan menikmati kejayaan bersama penduduk kampung kerana program
tersebut mendapat sambutan orang ramai tanpa adanya perasaan riak dan takbur dalam diri. Ini akan
dapat melahirkan ketenangan dalam diri masing-masing dengan nikmat Allah SWT kurniakan kepada
mereka. Oleh sebab itu, kita hendaklah sentiasa bertawakal kepada Allah SWT dalam melaksanakan
sesuatu perkara agar mendapat keberkatan daripadanya.

BAB 33: WAWASAN BERIBADAH


1. Kunci kemuliaan manusia adalah beribadah kepada Allah SWT .Ibadah terbahagikepada dua bahagian
iaitu ibadah wajib dan ibadat sunat.Kedua-dua jenis ibadat ini telah ditentukan oleh syariat Islam
sebagai amalan yang mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Bagaimanakah orang islam mematuhi panduan yang betul semasa beribadat kepada Allah SWT.
orang islam mematuhi panduan yang betul semasa beribadat kepada Allah SWT dengan niat yang
ikhlas kerana Allah SWT iaitu melakukan sesuatu ibadat untuk mendapatkan keredaan Allah SWT
tanpa dicampurfi dengannhal duniawi.Sifat-sifat seperti sombong,takbur dan menunjuk-nunjuk
iabadah yang dilakukan untuk mendapatkan pujian atau sanjungan dari orang lain perlu
dielakkan.Sesungguhnya ,orang yang benar-benar beriman akan menjaga adab agar ibadahnya tidak
menjadi sia-sia dan diterima oleh Allah SWT
2. Halim menunaikan solat subuh sebanyak lapan rakaat kerana ingin mendekatkan diri kepada Allah
SWT dan supaya Allah SWT mengasihinya.HUraikan hujah anda mengapa ibadah Halim tidak
diterima oleh Allah SWT walaupun niatnya ikhlas keran Allah SWT
Kerana ibadat yang dilakukan tidak mengikut syariat.Solat subuh adalah dua rakaat dan
dengan melakukannya sebanyak lapan rakaat adalah menyalahi syariat dan tidak diterima oleh
Allah swt.
3. Allah swt berfirman:
Tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepadaku
Berdasarkan ayat di atas, mengapakah manusia enggan beribadat kepada Allah SWT
Tahap keimanan dan ketakwaan yang rendah .Disamping itu, mereka tidak benar-benar
mengenali Allah SWT dan tidak berasa takut dengan ancaman azab Allah SWT d akhirat
kelak.Justeru, mereka merasa hidup bebas tanpa perlu beribadat kepada Allah swt

Surah Al-Bayyinah:5
Maksud: Pada hal mereka tidak diperintah kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan
ketaatan kepadanya dalam menjalankan agama dengan lurus ,supaya mereka mendirikan solat,
mengeluarkan zakat dan yang demikian itulah agama yang benar.

4. Berdasarkan maksud ayat di atas, terangkan bagaimanakah untuk mendapat khusyuk dan ikhlas dalam
beribadah.
Menumpukan sepenuh perhatian terhadap ibadat yang dikerjakan tanpa memikirkan hal-hal
duniawi.Contohnya memahami dan menghayati maksud ayat yang dibaca .Hal ini dapat memantapkan
keimanan dan ketakwaan kita kepad Allah SWT .Kesimpulnnya kita wajiblah melaksankan ibadat
dengan baik dan sempurna agar mendapat kemanisan iman daripada –Nya.

Aiman sering melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah SWT misalnya berjudi, mencuri
dan sebagainya. Dia telah berjaya ditangkap oleh penduduk kampung setelah mencuri di salah sebuah
rumah di kampungnya. Atas simpati penduduk kampung terhadap ibu bapa Aiman, mereka tidak
menyerahkan Aiman kepada pihak berkuasa. Aiman menyesal atas perbuatannya sehingga
menyebabkan ibu bapanya menanggung malu.
Apakah tindakan yang patut Aiman lakukan selepas peristiwa tersebut ?

5. Tindakan yang patut Aiman lakukan selepas peristiwa tersebut ialah meninggalkan perbuatan dosa
yang pernah dilakukan sama ada dosa besar atau dosa kecil. Perbuatan seperti mencuri dilarang sama
sekali dalam agama Islam dan dimurkai Allah SWT serta akan dipinggirkan oleh masyarakat
sekeliling. Kesimpulannya, Aiman perlulah menyegerakan taubatnya dan kembali taat kepada perintah
Allah SWT serta menjauhi larangannya agar menjadi orang yang bertakwa.

Sejak dahulu lagi, orang Islam telah dipecahkan kepada dua golongan iaitu mukmin dan fasik.
Golongan mukmin sentiasa mentaati Allah SWT dan umat Islam seharuslah menjadi seorang mukmin
yang sebenar-benarnya. Namun berbeza pula dengan fasik, pendakwah perlulah menjadikan mereka
sasaran untuk mengembangkan dakwah agar agama Islam dapat disebarkan dengan meluas.
Huraikan hujah anda mengenai pernyataan di atas.

6. Pada pendapat saya, orang mukmin melaksanakan ibadah dengan tekun dan ikhlas manakala orang
Fasik melaksanakan ibadah dengan sambil lewa dan malas. Ibadah perlulah dilaksanakan dengan
ikhlas semata-mata kerana Allah SWT. Hal ini kerana Allah SWT tidak menerima ibadah yang
dikerjakan dengan tidak bersungguh-sungguh walaupun sering melaksanakan ibadah. Oleh itu, kita
sebagai umat Islam hendaklah menjadi seorang mukmin yang taat dengan perintah Allah SWT agar
ibadah kita diterima oleh-Nya.

________________________________________________________________________

Anda mungkin juga menyukai