Anda di halaman 1dari 5

SKRIP PENGACARAAN MAJLIS MAKAN MALAM

HARI KELUARGA SK KULIM, TAHUN 2015

MASA TEKS CATATAN


UCAPAN ALU-ALUAN

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum w.b.tuh,
Salam Sejahtera

Sayang selasih berisi minyak,


Bunga cengkih di atas jerami;
Terima kasih banyak-banyak,
Sudi datang ke majlis kami.

Melati kuntum tumbuh melata,


Sayang merbah di pohon cemara;
Assalammualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara.

Yang Berusaha, En. Kamaruzaman bin Hj Daud,


Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kulim, *check if
everyone is
Yang Berusaha, En Abdul Khalid B Mahmood, available,
Penolong Kanan Pentadbiran, especially
En Hamdi.
En. Mohd. Hamdi bin Ibrahim,
Penolong Kanan Hal ehwal Murid,

Pn. Azizah binti Junoh,


Mantan Penolong Kanan Ko-Kurikulum,

Yang dihormati, para guru bersama ahli keluarga yang dikasihi


sekalian.

SELAMAT DATANG KAMI UCAPKAN KE MAJLIS MAKAN


MALAM HARI KELUARGA SK KULIM
BAGI TAHUN 2015.

Kita bersyukur kerana berpeluang untuk sama-sama berkumpul


bagi meraikan Hari Keluarga Sk Kulim yang julung-julung
kalinya diadakan pada hampir setiap tahun.
Kami mengucapkan selamat datang dan ribuan terima kasih
kepada semua para guru yang hadir terutama suami, isteri, dan
anak-anak atas kesudian meluangkan masa untuk hadir
memeriahkan lagi Hari Keluarga kita selama dua hari ini.

Sarung Ketupat Berisi Inti,


Dibawa Budak Sambil Berlari,
Kehadiran Semua Sangat Dihargai,
Moga Majlis Bertambah Seri.

BACAAN DOA

Tetak buluh panjang suluh,


Mari jolok sarang penyengat;
Angkat doa jari sepuluh,
Doa minta biar selamat.

Hadirin yang dimuliakan,

Bagi memberkati lagi majlis kita pada hari ini, marilah kita sama-
sama mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin oleh,
alfadhil Ustaz Iramdi Bin Ismail.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

(Ustaz baca doa)

Amin, Amin Ya Rabbal Alamin..


Terima kasih diucapkan kepada Alfadhil Ustaz Tn Haji Iramdi B
Ismail atas bacaan doa sebentar tadi. InshaAllah, dengan
bacaan doa itu tadi, majlis kita mendapat berkat, dan sentiasa
berada di bawah lembayung rahmatNya.

UCAPAN PENGERUSI KKGK

Hadirin,

Tak kenal maka tak cinta. Maka, Hari Keluarga ini diadakan
bertujuan untuk memberi peluang kepada setiap daripada kita
untuk berkenalan dan sekali gus mengeratkan lagi hubungan
dan persefahaman antara setiap guru dan ahli keluarga masing-
masing.

Seterusnya, membuka tirai persada ucapan, majlis dengan


sukacitanya menjemput adik Wan Malissa Khaireen Bt Wan
Taufiq Khairee sebagai wakil murid bagi menyampaikan
ucapan.

Dipersilakan.

(Ucapan)

Majlis mengucapkan terima kasih diatas ucapan itu tadi.

UCAPAN GURU BESAR


*check if
Seterusnya, majlis dengan sukacitanya menjemput En. there is any
Kamaruzaman bin Hj Daud, Guru Besar SK Kulim bagi opening
menyampaikan ucapan sekali gus merasmikan Majlis Makan ceremony.
Malam Hari Keluarga Sk Kulim Tahun 2015.
Majlis mempersilakan.

(GB berucap)

Ribuan terima kasih diucapkan kepada En. Kamaruzaman bin


Hj Daud atas kesudian beliau berucap / merasmikan Majlis
Makan Malam Hari keluarga SK Kulim Tahun 2015 sebentar
tadi.

Tanam lenggun tumbuh kelapa,


Terbit bunga pucuk mati, *pantun
Budi tuan kami tak lupa, only if its
Sudah tersemat di dalam hati. needed.

JAMUAN MAKAN.

Jambangan Indah Berbunga Seroja


Diraut Dibelai Hiasan Taman
Hidangan Menyelera Penuh Semeja
Jemput Kalian Santapan Berteman

Hadirin,

Tanpa melengahkan masa lagi, majlis mempersilakan hadirin


untuk menjamu selera bersama keluarga tercinta.
Dipersilakan.
CABUTAN BERTUAH

Hadirin sekalian,

Sambil kita menghayati makan malam, marilah kita sama-sama


memberikan tumpuan kepada upacara cabutan bertuah pula.
Dengan segala hormatnya, majlis menjemput

Pn Azizah Bt Junoh, Mantan Penolong Kanan Ko kurikulum Sk


Kulim, diiringi oleh
______________________________________________
bagi mencabut 7 nombor bertuah. Dipersilakan.

(Cabut Nombor Bertuah)

Dibacakan, bagi nombor bertuah yang pertama, dipersilakan


nombor _____________________ untuk tampil menerima
hadiah. Dieprsilakan.

(Penyampaian hadiah cabutan)


(Selesai 7 nombor)

Majlis mengucapkan terima kasih Pn Azizah diatas kesudian


beliau menyempurnakan upacara cabutan bertuah itu tadi.

Seterusnya, majlis menjemput pula En Abdul Khalid B


Mahmood, Penolong Kanan Pentadbiran SK Kulim, diiringi oleh
____________________ untuk mencabut lagi 8 lagi nombor
bertuah mala mini. Dipersilakan.

(Cabutan)

Hadirin,
Nombor bertuah yang pertama, dipersilakan nombor _______
Untuk tampil menerima hadiah. Dipersilakan.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada En Abdul
Khalid B Mahmood atas kesudian menyempurnakan majlis itu
tadi.

Bagi menyempurnakan 10 lagi cabutan nombor bertuah, majlis


dengan sukacitanya menjemput Yang Berusaha, En
Kamaruzaman Bin Haji Daud untuk menyempurnakan majlis.
Dipersilakan.

(Cabutan 10 nombor)

Mengumumkan nombor bertuah yang pertama, dipersilakan


pemegang nombor _______ untuk tampil menerima hadiah.
Dipersilakan.

(Selesai 10 no)

Majlis mengucapkan terima kasih kepada tuan guru besar, En


Kamaruzzaman Bin Hj Daud diatas kesudian beliau
menyempurnakan upacara cabutan bertuah itu tadi.

Tahniah diucapkan kepada para pemenang yang bertuah.

BERSURAI

Hadirin sekalian,

Dengan berakhirnya cabutan bertuah itu tadi, maka berakhirlah


majlis makan malam disinilah memori tercipta kita pada hari
ini.

Majlis dah sampai ke penghujung... Tetamu kami sanjung..


Terima kasih datang berkunjung..

disini saya _______________ ingin memohon maaf atas


kekilafan sepanjang mengendalikan majlis pada malam ini..

Bunga seroja diatas para


Jatuh ditimpa buah berangan
Andai kata tersilap bicara
Kemaafan jua saya pohonkan.

Anda mungkin juga menyukai