Anda di halaman 1dari 6

LAPORAN KEJOHANAN TENIS PERINGKAT MSS NEGERI SABAH

11-13 MAC 2019


KOMPLEKS SUKAN LIKAS KOTA KINABALU, SABAH

1.0 PENGENALAN

Kejohanan Tenis MSS Negeri Sabah disertai oleh dua zon dan tujuh daerah di negeri
Sabah. Berbanding dengan tahun sebelumnya, pertandingan kali ini mempunyai kelainan
dari aspek penganjurannya. Kejohanan ini dianjurkan bersama oleh MSS Daerah Kota
Kinabalu dan Persatuan Tenis Negeri Sabah. Ia diadakan secara terbuka dan boleh
disertai mana-mana zon dan daerah mengikut keupayaan masing-masing. Segala
perbelanjaan telah ditanggung oleh pihak sekolah dan ibu bapa pelajar-pelajar yang
terlibat. Kejohanan ini menjadi medan terbaik untuk menguji kemampuan para pelajar
sekolah dalam sukan tenis di peringkat yang lebih tinggi. Pada masa yang sama
pertandingan ini diadakan untuk memilih pemain-pemain tenis yang berpotensi untuk
diketengahkan bagi mewakili Negeri Sabah ke Kejohanan Tenis MSSM di Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur bermula 23 hingga 29 Mac 2019.

2.0 NAMA PERTANDINGAN

Pertandingan Tenis MSS Negeri Sabah tahun 2019

3.0 TARIKH

11 -13 Mac 2019 (Isnin-Rabu)

4.0 TEMPAT PERTANDINGAN

Gelanggang Tenis Kompleks Sukan Likas , Kota Kinabalu, Sabah.

5.0 TEMPAT PENGINAPAN KONTINJEN

Kontinjen Daerah Keningau telah menginap di asrama Kompleks Sukan Likas, Kota
Kinabalu. Lokasi tempat penginapan yang dekat dengan venue pertandingan turut
menjadi faktor pemilihan tempat penginapan. Kos penginapan ialah hasil sumbangan ibu
bapa masing-masing.

1
6.0 PERUNTUKAN/PERBELANJAAN

Peruntukan kewangan atau perbelanjaan semua atlet ke kejohanan ini telah ditanggung
sepenuhnya oleh ibu bapa dan pihak sekolah ( pemberian wang poket ) yang terlibat.
Pihak MSSD Keningau tidak menyediakan sebarang peruntukan.

7.0 VVIP PERASMI DAN HADIR

Kejohanan ini telah dirasmikan penutupannya oleh En. Abdul Hakim Bin Awang Ali,
Penyelaras Sukan Tenis MSS Sabah dan dihadiri oleh atlet-atlet, ibu bapa dan orang
ramai.

8.0 KEPUTUSAN KESELURUHAN

6.1 KATEGORI INDIVIDU

MSSB/DAERAH P12 L12 P15 L15 P18 L18 JUM P KDKN


PINGAT E P G E P G E P G E P G E P G E P G E P G
MSSD Kota / // / / / // / / / / 3 2 4 1
Kinabalu
MSSB UTARA - - - 8
MSSD / / - 1 1 3
Keningau
MSSB - - - 9
SELATAN
MSSD / / / / / / 2 2 1 2
SANDAKAN
MSSD Tawau / - - 1 4
MSSD / - - 1 5
Semporna
MSSD Lahad / - - 1 6
Datu
MSSD Tenom / - - 1 7

2
6.2 KATEGORI BEREGU

MSSB/DAERAH P12 L12 P15 L15 P18 L18 JUM P KDKN


PINGAT E P G E P G E P G E P G E P G E P G E P G
MSSD Kota / / / 3 - - 1
Kinabalu
MSSB UTARA 1 - - 1 7
MSSD / / - - 2 3
Keningau
MSSB / / - - 2 6
SELATAN
MSSD - - - 8
SANDAKAN
MSSD Tawau / / 1 1 - 2
MSSD / - 1 - 4
Semporna
MSSD Lahad / / - - 2 5
Datu
MSSD Tenom - - - 9

6.3 ANALISIS KUTIPAN PINGAT KESELURUHAN

MSSB/DAERAH JUMLAH PINGAT


PINGAT EMAS PERAK GANGSA KEDUDUKAN KESELURUHAN
MSSD Kota 8 2 4 1
Kinabalu
MSSB UTARA - - 1 9
MSSD - 1 3 4
Keningau
MSSB 2 7
SELATAN
MSSD 2 2 1 2
SANDAKAN
MSSD Tawau 1 - 2 3
MSSD - - 2 6
Semporna
MSSD Lahad - - 3 5
Datu
MSSD Tenom - - 1 8

3
6.4 JOHAN KESELURUHAN BERPASUKAN

KATEGORI MSS ZON/ MSSD


Kategori Lelaki 12 Tahun Ke Bawah SANDAKAN

Kategori Perempuan 12 Tahun Ke Bawah KOTA KINABALU

Kategori Lelaki 15 Tahun Ke Bawah KOTA KINABALU

Kategori Perempuan 12 Tahun Ke Bawah KOTA KINABALU

Kategori Lelaki 18 Tahun Ke Bawah SANDAKAN

Kategori Perempuan 18tahun Ke Bawah KOTA KINABALU

9.0 LAPORAN DISIPLIN PEGAWAI DAN ATLET ( RUJUK LAMPIRAN A )

Semua pegawai dan atlet mematuhi disiplin semasa pertandingan berlangsung. Oleh itu
tidak ada masalah berkaitan pelanggaran disiplin telah berlaku. Kelemahan dari aspek
disiplin atlet yang dikenalpasti telah berjaya diatasi.

10.0 KELEMAHAN KONTINJEN DAN TEKNIKAL

8.1 Kelemahan Kontinjen


Kontinjen ( Atlet ) dilihat mempunyai kelemahan dari aspek kemahiran. Mereka gagal
menyaingi kemahiran atlet-atlet tenis dari MSSD Kota Kinabalu terutamanya. Dari aspek
pembangunan pula, sukan tenis MSSD Keningau ketinggalan lebih kurang 5 tahun di
belakang berbanding pembangunan sukan tenis MSSD Kota Kinabalu.

8.2 Kelemahan Teknikal


Dari aspek teknikal pengelolaan pula, wujud kelemahan berkaitan pemilihan pemain
rangking utama. Kesilapan pemilihan pemain rangking telah menyebabkan pasukan
MSSD Keningau berputih mata dalam acara individu L12 TKB. Dua pemain rangking
teratas telah diletakkan dalam kumpulan yang sama. Keadaan ini telah merugikan atlet
tenis yang terlibat kerana hanya seorang pemain sahaja yang terpilih ke separuh akhir.

Penyusunan jadual kurang sistematik. Ada pasukan dari MSSD lain yang tidak dipanggil
untuk bermain untuk tempoh yang lama kerana pihak Pengelola tersilap membuat jadual
pertandingan.

11.0 KEKUATAN KONTINJEN DAN TEKNIKAL

11.1 Kekuatan Kontinjen


Semua ahli dalam kontinjen mempunyai kerjasama yang sangat kuat antara satu
sama lain. Oleh itu, segala perancangan telah berjaya dilaksanakan dengan baik.
Tiga atlet tenis MSSD Keningau telah dipilih untuk mewakili Sabah ke peringkat
kebangsaan pada 23-29 Mac 2019. Mereka yang terpilih adalah seperti berikut:

4
1. Miza Rasyidah Zakirah Binti Mohd Rasyid (P12TKB) SK Luagan, Keningau
( Pingat Perak individu)
2. Divyesh A/L Subramaniam (L12TKB) SK St. Francis Xavier, Keningau
(Merit kerana bermain cemerlang dan menggantikan pemain Kota kinabalu
yang menarik diri) / Kesilapan sistem rangking.
3. Sabrina Trisha A/P Siva Muniandy (P15TKB) SMJK Ken Hwa, Keningau
(Pingat Gangsa individu)

11.2 Kekuatan Teknikal


Dari aspek teknikal pula, MSSD Kota Kinabalu telah dibantu mengelolakan
kejohanan ini oleh pegawai teknikal daripada Persatuan Tenis Negeri sabah
(STA) yang berkemahiran. Kelemahan yang dikenalpasti telah berjaya diatasi
sehinggakan semua perancangan berjalan lancar dan mengikut jadual.

10.0 KOMEN DAN CADANGAN

Semua atlet tenis dari MSSD Keningau wajar melibatkan diri dalam pertandingan
seumpama ini demi mencungkil bakat sukan tenis mereka. Latihan yang berterusan perlu
dilakukan oleh atlet MSSD Keningau bagi menghasilkan pemain tenis di peringkat
sekolah, daerah dan negeri yang lebih berkualiti.

11.0 Penutup

Secara keseluruhannya, Kontinjen Tenis MSSD Keningau masih berada di tahap yang
memuaskan. Kini, saingan utama kontinjen Tenis MSS Zon Pedalaman ialah Kontinjen
Tenis MSSD Kota Kinabalu, MSSD Sandakan dan MSSD Tawau. Pembangunan sukan
ini dari akar umbi perlu dilakukan dengan segera bagi membolehkan MSSD Keningau
menyaingi atlet-atlet tenis dari MSSD yang lain. Oleh itu, semua pihak terutamanya
MSSDKeningau wajar membantu dari aspek pembangunan sumber manusia dan
material bagi memastikan program pembangunan sukan tenis di Keningau dan
Pedalaman amnya membuahkan kejayaan.

Laporan disediakan oleh , 18 Mac 2019

MOHD RASYID BIN ABD GHANI


Pengerusi Teknik dan Pembangunan Sukan Tenis
Daerah Keningau

s.k-
1. Unit Sukan PPD Keningau
2. Fail PTPS

LAMPIRAN A

5
KEJOHANAN TENIS MSS SABAH 2019
11-13 Mac 2019
MSSD Kota Kinabalu, sabah

LAMPIRAN 1

KETUA KONTINJEN EN. MASLY WAHIP PPD KENINGAU, KENINGAU


TIMBALAN KETUA KONTINJEN EN. HALIMAN BIN NARION TIMBALAN PPD KENINGAU
PENYELARAS EN. ASRI BIN HJ. ABU BAKAR PENYELIA SUKAN PPD KENINGAU

SENARAI PEGAWAI

Bil JAWATAN NAMA PEGAWAI NO. MY KAD ALAMAT/ SEKOLAH


1 Pegerusi Teknik En. Mohd Rasyid Bin Abd Ghani 770512-11-5305 SMJK Ken Hwa, Keningau
2 Pengurus Pasukan Pn. Clara S. Joseph 701117-02-5458 SMJK Ken Hwa, Keningau
3 Jurulatih B12T - L/P Pn. Mahesuari Thirumalai Naidu 810219-05-5378 SK St. Francis Xavier, Keningau
4 Jurulatih B15T - L/P En. Subramaniam A/L Soorinarayanan 740207-08-5763 IPG Kampus Keningau, Keningau
5 Jurulatih B18T - L/P En. Muhaimin Bin Mat Junoh 830424-03-5235 SMJK Ken Hwa, Keningau

SENARAI ATLET

NOMBOR MY
BIL NAMA KATEGORI SEKOLAH
KAD / S. B
1 Miza Rasyidah Zakirah Binti Mohd Rasyid 080426-12-1276 P12 TKB SK Luagan, Keningau
2 Tiffany OrnielaTadias 080628-12-0538 P12 TKB SJK ( C ) Yuk Yin, Keningau
3 Iris Lin Zi yi 080407-12-0550 P12 TKB SJK ( C ) Yuk Yin, Keningau
4 Christle Amber Christopher 070924-12-0840 P12 TKB SK St. Francis Xavier, Keningau
5 Divyesh A/L Subramaniam 080708-05-0429 L12 TKB SK St. Francis Xavier, Keningau
6 Mohammad Irsyad Izuddin Bin Jasimin 071124-12-0855 L12 TKB SK Pasir Puteh Keningau
7 Muhammad Irzat Izuddin Bin Jasimin 100525-12-1525 L12 TKB SJK ( C ) Cheng Ming, Keningau
8 Ezekiel Wilson Sylvester 040421-12-0235 L15 TKB SMJK Ken Hwa, Keningau
9 Mohd Hanif Firdaus 050425-06-0777 L15 TKB SMJK Ken Hwa, Keningau
10 Nicholas Thien Wen Tung 040628-12-0427 L15 TKB SMJK Ken Hwa, Keningau
11 Mohd Arif Adham Bin Mohd Karizam 050313-12-0333 L15 TKB SMK Keningau 2, Keningau
12 Muhamad Nuaim Nubli Bin Muraddi 050715-12-0045 L15 TKB SMK Keningau 2, Keningau
13 Lim Der Fu 031103-12-0905 L18 TKB SMJK Ken Hwa, Keningau
14 Johsen Thien Zher Syen 000504-12-1579 L18 TKB SMJK Ken Hwa, Keningau
15 Nor Ainnattassha Bte Jasimin 040518-12-0696 P15 TKB SMK Keningau 2, Keningau
16 Shervina Tracy A/P Siva-Muniandy 050607-12-1024 P15 TKB SMJK Ken Hwa, Keningau
17 Sabrina Trisha A/P Siva-Muniandy 040214-12-0566 P15 TKB SMJK Ken Hwa, Keningau
18 Serena Taherin A/P Siva-Muniandy 020801-02-0326 P18 TKB SMJK Ken Hwa, Keningau
19 Mexing Chew 030920-12-0812 P18 TKB SMJK Ken Hwa, Keningau

Anda mungkin juga menyukai