Anda di halaman 1dari 1

1 malaysia

Pada dasar pemahaman saya, kewujudan kontrak sosial dalam negara kita
adalah merupakan satu wacana untuk memastikan kelangsungan keadaan yang
harmoni dan sejahtera dalam sesebuah negara itu. Kontak sosial merupakan satu
perjanjian rasmi yang termeterai antara semua kaum di Malaysia iaitu Melayu,
Cina dan India serta kaum-kaum peribumi yang lain tentang pelbagai aspek yang
begitu penting seperti konsep ketuanan Melayu, hak-hak kewarganegaraan,
keistimewaan orang Bumiputera dan bukan Bumiputera dan sebagainya.

Kewujudan kontrak sosial merupakan satu titik tolak kepada perpaduan dan
keharmonian yang kita capai hari ini. Tetapi mengapa setelah beberapa dekad
negara kita terus membangun seiring dengan negara-negara maju yang lain,
sesetengah individu terkebelakang semula dengan sengaja membangkitkan isu
kontrak sosial yang telah termeterai sejak sekian lama dahulu. Bukankah dengan
arus permodenan dan pembagungan yang kian pesat, setiap rakyat Malaysia
seluruhnya harus sama-sama terus kehadapan bagi memastikan negara kita
terus berada di persada dengan mengekalkan perpaduan dan kerharmonian.

Pada pendapat saya, konsep 1 Malaysia yang diutarakan oleh Perdana Menteri
kita sekarang, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak adalah merupakan satu
perspektif lain dalam usaha untuk menarik seluruh rakyat Malaysia dalam
memperhalusi dan memahami apa itu kontrak sosial yang merupakan satu
persetujuan penting yang telah dimeterai satu ketika dahulu. Pada umumnya
kontrak sosial merupakan satu perjanjian atau permuafakatan yang melibatkan
setiap individu dalam sesebuah negara yang menjadi cermin kepada dunia
dalam menunjukkan keadaan sesebuah negara itu samada masyarakat hidup
harmoni ataupun goyah.

Persoalannya kini, adakah setiap perincian dalam kontrak sosial hanya


dipersetujui oleh masyarakat dulu sahaja dan bagaimana pula dengan
masyarakat masa kini? Adakah mereka tahu tentang kewujudan kontrak sosial ini
ataupun mereka sekadar memekakkan telinga dan menidakkan sesuatu yang ada
dan benar. Sebab utama saya membangkitkan persoalan ini adalah kerana pada
masa kini wujudnya suara-suara sumbang yang sengaja mempertikaikan isu-isu
penting dan sensitiviti sesetengah masyarakat yang mampu mengganggu gugat
keharmonian yang kita capai pada hari ini. Adakah individu-individu ini sengaja
mahu menidakkan apa yang telah dipersetujui oleh nenek moyang kita suatu
ketika dahulu. Maka dengan itu sangat penting untuk masyarakat di negara kita
untuk betul-betul memhahami dan memperhalusi tentang apa itu kontrak sosial
bagi memastikan perpaduan terus dapat dicapai sampai bila-bila.

Anda mungkin juga menyukai