Anda di halaman 1dari 1

Copy & paste

Oo.. rupanya terdapat salah faham asal usul sejarah Besut. (Mood baca sejarah). Catatan munsyi
abdullah, tuhfat al nafis, dan sejarah kedah. Aku baru tahu..

Besut pernah berada di bawah pengaruh Terengganu (baca pengaruh, bukan daerah) sebab yg merintah
Besut masa tu kerabat Sultan Terengganu. Dia kalah sabung ayam dengan Bugis dan hilang Besut, dia
mintak tolong Long Yunus, raja Kelantan yang hebat sabung ayam. Long Yunus tolong Terengganu sebab
Terengganu pernah tolong dia dapatkan balik kuasa di Kelantan. Long Yunus menang, Besut kembali
kepada Terengganu. Orang kampung dlu2 ingatkan Besut tu Kelantan punya bagi kat Terengganu sebab
wakil tu raja Kelantan.

Kisah sebelum cerita kat atas, Besut adalah sebuah negeri. Ada tiga negeri sini. Kelantan, Besut,
Terengganu. Ada kisah perang antara 3 negeri ni sebelum Besut berada bawah pengaruh Terengganu,
nama Perang Besut. Asalnya Besut diperintah oleh keluarga raja lain, sebelum Terengganu cuba surpress
Besut, dan Besut mintak bantuan Kelantan. Terengganu tulis surat ke Kelantan dan Anggora/Siam supaya
jangan masuk campur sebelum serang Besut melalui jalan laut, Besut kalah perang. Ada yang lari ke
Kelantan, ada yang lari ke Kedah (ada termasuk lak dalam sejarah Kedah pasal pelarian perang).
Terengganu lantik anak dia jadi raja Besut yang baru, jadilah Besut satu negeri dibawah pengaruh
Terengganu. (Besut tak kecik mcm skarang, kena tengok sejarah Setiu baru faham keluasan asal Besut)

Jadi mana datang plak nama Besut? Nama tu datang sebelum Besut jadi negeri lagi. Tok batin nama
Besut, jual kawasan dia kepada pedagang dan berpindah ke hulu besut. Pedangang tu tubuhkan negeri
pertama sebelum Terengganu datang kacau. Hehe.

Aku rasa tak ramai yang tau asal usul nama Jertih. Jertih tu dulu satu pengkalan. Dulu situ Sungai Besut
tu besar. Asal usul nama dia Pengkalan Aji Teh. Orang makin ringkas makin laju, Jiteh. Ejaan lama bandar
tu ialah Jerteh, sblm jadi sekarang Jertih. Persoalan aku, adakah Cik Latif, pedangang yang beli Besut dari
tok Batin tu dengan org kat nama pangkalan Aji Teh ni orang yang sama? Sebab catatan sejarah cakap
peristiwa berlaku kat Sungai Besut.

Aku fikir, loghat Besut ialah Kelantan sebab dua perkara. Satu sempadan, dan lagi satu pengaruh Siam
(tercatat kat sejarah istana kg raja). No wonder la orang Besut ni sangat attached dengan Kelantan.
Hehehe..