Anda di halaman 1dari 1

membaca

Dalam kebanyakan kes, kanak-kanak akan mengamalkan cara hafalan pada gabungan huruf yang dibaca dan
hanya dapat membaca beberapa sukukata yang biasa dilihatnya sahaja. Hanya segelintir kanak-kanak kecil
sahaja yang akan secara tidak langsung menangkap kaedah gabungan huruf dan mempraktikkan bunyi
tersebut pada bacaannya.

Contohnya, mengikut kaedah fonetik, apabila diperkenalkan huruf 'b' dengan bunyi "be" dan huruf 'a' dengan
bunyi "aaa", gabungan keduanya sudah pasti membentuk bunyi "baaa". Bunyi gabungan baru ini adalah
konsep asas kaedah fonetik, namun bagi kanak-kanak, bunyi gabungan huruf yang dibentuk itu merupakan
suatu misteri. Biasanya, kanak-kanak akan menjadi keliru dengan gabungan ini kerana bukankah sepatutnya
gabungan tersebut berbunyi "be aaa" ? Mengapa tiba-tiba bunyinya bertukar menjadi "baaa"?

menitikberatkan penguasaan dan kefahaman gabungan vokal dan konsonan yang membentuk bunyi dan
bukan 'memaksa' kanak-kanak untuk menerima bunyi-bunyi gabungan suku kata yang mengelirukan.
Pembelajaran kaedah i-Sina berbentuk menyeluruh dan ianya meliputi semua aspek pembelajaran membaca
termasuk memahami tanda-tanda bacaan, membaca mengikut nada yang betul dan memahami isi kandungan
bacaan yang dibaca. Kaedah i-Sina telah disusun dengan menggunakan dan mempermudahkan kaedah
membaca secara fonetik supaya ianya lebih efektif. Ianya ini menggunakan pendekatan asas yang
diperkukuhkan supaya kanak-kanak kecil lebih mudah memahami konsep asas gabungan bunyi huruf-huruf
vokal dan konsonan.

Anda mungkin juga menyukai