Anda di halaman 1dari 6

ASSIGNMENT

DRM 2023
PENGENALAN PENILAIAN HARTA

a) Berikan Definisi Harta Tanah.

Di dalam istilah latin, definisi harta tanah “ad caelo usque ad centrum” yang membawa
maksud “dari ruang udara sehingga ke pusat bumi”. Ini dapat menunjukkan bahawa teori
tanah itu merupakan apa-apa yang ada di atas permukaan bumi, bumi sendiri dan apa-apa
yang ada di bawahnya hingga ke perut bumi.

Harta tanah terdiri daripada tanah, bangunan dan sumber sumber di atasnya. Ia termasuklah
rumah kediaman atau banguanan yang didirikan di atas tanah. Tanah yang kosong atau
kawasan yang lapang sama ada digunakan sebagai tempat letak kereta, kawasan hijau untuk
mengindahkan bandar, tanaman rumput atau tanah untuk pembangunan dan perindustrian.

b) Huraikan TIGA (3) jenis harta tanah yang terdapat di Malaysia matlamat pelabur
dalam pelaburan harta tanah.

1. Tanah Bermilik (Alienated Land)


Tanah yang pemilikan didaftarkan sama ada pada waktu tanah itu diperoleh,
sepanjang hayat atau tertakluk kepada kuasa negeri atau tertakluk mengikut undang-
undang tanah tetapi tidak termasuk tanah perlombongan. Kuasa Kerajaan Negeri akan
mengkhaskan tanah kepada pihak yang khas sahaja kecuali perlombongan. Tanah
khas ini termkasuklah :
 Dalam jangka hayat atau jangka masa setahun dan tidak melebihi 99 tahun.
 Tertakluk pada pembayaraan sewa tahunan.
 Tertakluk kepada pembayaran premium.
 Ketegori subjek tanah digunakan seperti bangunan, industry, atau pertanian.
 Subjek kepada keadaan dan daerah yang berkepentingan.

Pihak Berkuasa Negeri mempunyai kuasa untuk mengarahkan supaya tanah yang
sepatutnya dipegang di bawah hak milik Pejabat Tanah dipegang oleh pihak registra
tanah.
2. Tanah Pusaka
Tanah ini juga dikenali sebagai tanah warisan. Tanah ini diturunkan hak miliknya dari
satu generasi kepada generasi yang seterusnya. Sebagai contohnya, hak milik
sebidang tanah A diturunkan daripada seorang bapa kepada anaknya setelah
kematiannya dan begitulah seterusnya.

3. Tanah Ladang Kecil


Tanah ini boleh dimiliki oleh seseorang secara kesuluruhanya atau sebahagianya
sebagai harta yang tidak boleh dibahagi-bahagikan. Tanah ladang kecil biasanya
dimiliki oleh pekebun-pekebun kecil dan menjadi warisan yang didaftarkan.
Kegunaan tanah ini adalah untuk aktiviti penanaman seperti getah, kelapa sawit,
nanas,koko dan lain-lain.

c) Huraikan secara terperinci bagaimana faktor pertambahan penduduk dan faktor


peluang pekerjaan mempengaruhi faktor permintaan di dalam pasaran harta tanah.

i. Pertambahan Penduduk

Pertambahan penduduk sama ada secara kelahiran atau migrasi akan


meningkatkan permintaan harta tanah kediaman, pejabat dan juga industry. Ini
adalah kerana setiap penduduk memerlukan harta tanah kediaman untuk tempat
tinggal dan ruang pejabat atau industry untuk tempat mereka bekerja.

ii. Peluang Pekerjaan

Salah satu daripada factor yang akan mewujudkan permintaan terhadap pasaran
harta tanah ialah aktiviti ekonomi dan juga peluang pekerjaan yang diwujudkan
oleh aktiviti ekonomi tersebut. Kewujudan peluang-peluang pekerjaan akan turut
meningkatkan permintaan ke atas pasaran harta tanah. Sebagai contoh setiap
penambahan sebarang pekerjaan sama ada di sector perindustrian atau pejabat
akan memerlukan penambahan ruang tempat kerja. Fenomena ini akan
mewujudkan permintaan terhadap ruang pejabat atau industry.
d) Berikan Definisi laba modal.

Laba modal adalah keuntungan yang dibuat dari penjualan sebarang aset modal
(pelaburan atau hartanah) di mana harga jualan mengatasi harga pembelian untuk
pelaburan (dipanggil sebagai asas kos pelaburan). Laba modal boleh berlaku untuk
aset seperti hartanah atau barangan, dan juga seperti tabung amanah, bon, opsyen,
kolektibel dan perniagaan. Laba modal boleh jadi jangka pendek (setahun atau
kurang) atau jangka panjang (lebih setahun) dan harus dilaporkan dalam cukai
pendapatan. Pelaburan jangka panjang bagi kolektibel dicukai pada kadar rata 28%.
Pelaburan jangka pendek bagi kolektibel pula dicukai sebagai laba modal jangka
pendek pada kadar biasa cukai pendapatan.

e) Huraikan secara terperinci bagaimanakah pelaburan hartanah menjamin masa depan?

Kerajaan tidak dapat menyelamatkan anda atau keluarga anda, atau memastikan
kebebasan kewangan anda. Tetapkan minda anda mengenai wang yang diperolehi.
Lebih banyak tunai = lebih banyak kebebasan!

Wang itu sendiri tidak akan membuat anda bahagia, tetapi ia akan memberikan anda
keupayaan untuk memberikan kehidupan yang lebih baik untuk diri sendiri dan orang
tersayang. Cuba baca Hadiahkan Isteri Pembantu Rumah – Tanpa Ejen, Tanpa Permit.

Anda mesti melabur dalam aliran pendapatan yang memberi anda aliran tunai yang
positif dan belajar untuk memanfaatkan hutang anda dan dalam pada masa yang sama
belajar mengendalikan inflasi dan mengawal aset fizikal anda. Disebabkan itu,
pelaburan hartanah adalah pelaburan yang terbaik.
Berikut merupakan 5 sebab mengapa hartanah merupakan pelaburan terbaik.

Sebab 1: Aliran Tunai Positif

Salah satu manfaat terbesar untuk pendapatan yang menghasilkan pelaburan hartanah
adalah pelaburan ini menjamin aset. Ini menyediakan aliran pendapatan tetap yang
jauh lebih tinggi daripada hasil dividen biasa.

Sebab 2: Dapat “Membiak” Aset Lain

Satu lagi ciri penting pelaburan hartanah komersial adalah keupayaan untuk
meletakkan hutang ke atas aset, yang harga lebih kurang beberapa kali dari ekuiti asal.
Ini membolehkan anda membeli lebih banyak aset dengan wang yang sedikit dan
dapat membiak nilai aset dan meningkatkan ekuiti apabila pinjaman dibayar.

Sebab 3: Meningkatkan Nilai Fizikal Aset

Penghasilan harta adalah salah satu daripada pelaburan yang mempunyai nilai yang
bermakna. Tanah mempunyai nilai, seperti strukturnya sendiri, dan pendapatan yang
dihasilkannya mempunyai nilai kepada pelaburan masa depan. Hal ini kerana,
hartanah tidak mempunyai susut nilai yang ketara.

Sebab 4: Penghargaan Nilai Aset

Dari masa ke masa, inflasi yang terlibat secara langsung dalam ekonomi secara
drastik mengurangkan kuasa beli. Walau bagaimanapun, pendapatan yang dihasilkan
oleh pelaburan hartanah memberikan impak dan nilai penghargaan yang tinggi kepada
hartanah melebihi jenis pelaburan yang lain. Hal ini disebakan, hartanah tidak
dipengaruhi oleh susut nilai meskipun berlaku inflasi dalam negara.
Sebab 5: Berasa Bangga Memiliki Sesuatu

Harta yang tepat di lokasi yang tepat dengan penyewa yang betul dan pemikiran
pemilikan dapat menghasilkan kebanggaan besar sebagai seorang pemilik aset. Anda
tahu anda mempunyai sesuatu sebagai hartanah anda atau aset anda meskipun tidak
dapat dilihat secara umum. Bayangkan anda memiliki aset yang disewa kepada orang
lain dan anda mendapat pulangan hasil sewaan aset anda setiap bulan!

f) Huraikan EMPAT (4) kebaikan melabur di dalam harta tanah.


1) Ia Dibatasi dengan inflasi
Pelaburan harta tanah dapat melindungi pelabur dari inflasi. Inflasi dalam bidang
harta tanah adalah sangat kurang berbanding dengan sektor lain seperti
perdagangan. Contohnya, apabila harga tanah naik dan harga mata wang negara
tersebut turun, bidang harta tanah akan mengalami pertumbuhan. Ini disebabkan
oleh nilai harta tanah tidak boleh dikira berdasarkan perubahan nilai mata wang.
Ia sentiasa berubah dalam jangka masa panjang

2) Guna Milik
Keuntungan daripada pemilikan tidak semestinya dalam bentuk wang tunai
semata-mata. Keuntungan boleh juga dalam bentuk kepuasan memiliki harta tanah
dan mendudukinya sendiri tanpa perlu membayar sewa. Terdapat juga kebanyakan
pelabur mendapatkan harta tanah untuk kegunaan mereka atau kegunaan lain serta
untuk tujuan pelaburan. Oleh itu, pemilik mendapat faedah daripada nilai harta
tanahnya dan juga dari segi penjimatan sewa.

3) Keselamatan Modal
Adalah penting kepada pelabur untuk memastikan keselamatan modalnya. Harta
tanah adalah satu bentuk aset yang selamat untuk melabur dan lazimnya ia tahan
lama dan sesetengah harta tanah adalah sukar untuk didapati.
4) Perlindungan Cukai
Pendapatan sewa daripada harta tanah adalah subjek kepada pendapatan cukai.
Seseorang itu boleh menolak belanja operasi seperti pembaikan dan
penyelenggaraan, cukai harta tanah, insurans daripada sewa ketika pengiraan
cukai. Perlindungan cukai dicipta bila berlakunya penolakan ke atas lebih sewa
supaya berlakunya kerugian dalam pendapatan. Ini akan mengurangkan liabiliti
cukai untuk pendapatan sumber lain seperti gaji.

g) Huraikan LIMA (5) prinsip asas penilaian harta tanah

1)

Anda mungkin juga menyukai