Anda di halaman 1dari 1

SOALAN LATIHAN SYARIAH USUL FIKAH (QAWAID FIKAH)

(6 MUSLIM 2)
PENGGAL: 2 /2017
NAMA PENSYARAH: USTAZ HASRIN HAKIM BIN SULONG (JABATAN SYARIAH)

TAJUK: PENGENALAN KAEDAH-KAEDAH FIKAH.

1. Jelaskan pengertian qawaid fikah.


2. Huraikan sandaran yang ada dalam qawaid fikah.
3. Pada pendapat anda, mengapakah qawaid fikah berbeza dengan usul
fikah dan fikah. Huraikan.

TAJUK: KAEDAH PERTAMA.

1. Jelaskan definisi qawaid, huraian dan contoh.


2. Kemukakan dalil yang berkaitan dengan kaedah al umur bi maqasidiha.
3. Kenalpasti amalan-amalan yang tidak memerlukan niat.
4. Huraikan pengertian kaedah terbitan dengan mengemukakan dua
contoh bagi setiap kaedah tersebut.
i. (Niat pada sumpah mengkhususkan lafaz umum, tidak
mengumumkan lafaz yang khusus).
ii. (Sesuatu lafaz adalah mengikut niat pelafaz).
iii. (Amalan fardu tidka terlaksana dengan amalan sunat).
iv. (Setiap perkara yang disyaratkan padanya berlaku penentuan
jika tersilap membuat penentuan maka terbatal).
v. Setiap yang diambil kira dalam sesuatu akad ialah maksud dan
maknanya, bukan lafaz dan bentuk perkataannya).
5. Dengan berpandukan kaedah al umur bi maqasidiha, nyatakan hukum dan
kaedah terbitan pada persoalan yang berikut.
a. Seorang suami memanggil isterinya yang bernama Taliqah dengan niat
menceraikannya.
b. Zawawi telah bersumpah dengan katanya, Demi Allah, aku tidak akan
bercakap dengan sesiapa pun hari ini. Walau bagaimanapun, dalam
hatinya sumpah itu ditujukan terhadap Ali sahaja. Kemudian, dia bertemu
Samad dan berbual-bual dengannya.
c. Seorang suami menceraikan isterinya dengan lafaz, Aku ceraikan engkau
Timah dengan talak satu. Dia mengulangi lafaz itu sebanyak tiga kali
dengan tujuan untuk menguatkan tindakannya apabila isterinya meragui
talak yang dilafazkannya.
d. Seorang berniat menunaikan solat jenazah tetapi ternyata bahawa
jenazah itu ialah wanita.
e. Denial berjemaah solat subuh di masjid tetapi dalam solat dia berniat
solat sunat tahiyyatul masjid.

Anda mungkin juga menyukai