Anda di halaman 1dari 13

Ayat 6: Ayat 6 – 16 adalah Perenggan Makro Kedua.

Ia mengandungi
dalil-dalil afaqi adanya Kiamat. Di sini juga kita boleh melihat bagaimana
Al-Qur’an membahagikan bahagian-bahagian dalam Al-Qur’an. Dalam Al-
Qur’an, tidak ada perenggan. Kita boleh tahu sesuatu kisah itu berpindah ke
topik yang baharu dengan perbezaan ritma di hujung ayat.
Kalau kita lihat dari ayat 1 sampai ayat 5, hujungnya sama sahaja semua ada
‫ ون‬di hujung ayat. Kecuali pada ayat ke 2, hujungnya lain sedikit. Itu pun kita
boleh lihat kesinambungan antara ayat 2 dan ayat 3. Kedua ayat itu
bersambung sebenarnya.

Dan sekarang, dalam ayat 6, kita akan lihat ritma yang digunakan akan
berubah. Menunjukkan masuk ke bahagian perbincangan yang baru.

َ َ‫أَلَم نَج َع ِل األ‬


‫رض ِمها ًدا‬
Sahih International

Have We not made the earth a resting place?

Malay

(Mengapa kamu ragu-ragukan kekuasaan Kami menghidupkan semula orang-


orang yang telah mati?) Bukankah Kami telah menjadikan bumi (terbentang
luas) sebagai hamparan?

Akhirat itu akan terjadi dari Qudrat Allah ‫ﷻ‬. Allah ‫ ﷻ‬berkuasa
untuk buat, sebab Dia memang berkuasa. Dia boleh lakukan apa sahaja yang
Dia kehendaki.

Tetapi puak Musyrikin Mekah tidak percaya ada entiti yang boleh buat
semua itu. Nabi ‫ ﷺ‬kata semua akan dibangkitkan sekali, semua
akan dibuat perkiraan hisab, syurga begitu besar, neraka begitu besar. Tetapi
Musyrikin Mekah rasa takkanlah ada yang boleh buat begitu.
Maka Allah ‫ ﷻ‬memberitahu mereka, QudratNya yang telah melakukan
macam-macam sebelum ini pun. Pertama sekali Allah ‫ ﷻ‬memberitahu
yang Dialah yang menjadikan bumi yang besar ini. Bumi bukan terjadi
sendiri tetapi Allah ‫ ﷻ‬yang jadikan. Allah ‫ ﷻ‬memberitahu yang
bumi begini punya besar pun Dia boleh jadikan.

Tidakkah Allah ‫ ﷻ‬telah menjadikan keseluruhan bumi ini sebagai


hamparan? Lafaz ‫ ِمهادًا‬ada persamaan dengan ‫ مهد‬iaitu ‘buaian’. Buaian itu
jadi tempat istirehat dan rasa senang kita tidur di atasnya (tidak kira kecil
atau besar). Allah beri isyarat yang Dia telah jadikan bumi ini selesa, mudah
supaya senanglah kita hidup atas dunia ini. Maka sekarang Allah  ‫ﷻ‬
beritahu sifat dunia ini yang selesa buat kita.

Ayat-ayat sebelumnya dalam surah-surah yang lain menceritakan tentang


kejadian hari Kiamat seperti bumi terbelah dan sebagainya. Orang kafir
(terutama yang tidak percaya kepada Tuhan) mengatakan Tuhan jenis apa ini,
kenapa ganas sangat? Tetapi Allah ‫ ﷻ‬menjawab dengan mengatakan
Allah ‫ ﷻ‬telah memberikan segalanya kepada manusia. Kesenangan
Allah ‫ ﷻ‬telah beri pun kepada manusia di dunia ini. Lihatlah dunia ini
yang menjadi buaian untuk kita, selesa untuk kita.

Mungkin kita tidak nampak pertalian antara topik ini dengan topik sebelum
ini. Tetapi sebenarnya ada. Topik yang baru dimasuki ini adalah juga untuk
menjelaskan tentang apakah yang telah disebutkan sebelum ini.

Allah ‫ ﷻ‬menceritakan tentang perbuatanNya dan jasaNya kepada


manusia. Antara sebab orang kafir tidak boleh percaya tentang hari Kiamat
adalah kerana akal fikiran mereka tidak dapat terima akan kejadian semacam
itu. Mereka tidak dapat terima ada satu kuasa yang cukup besar sampai boleh
menjadikan hari kiamat itu satu kenyataan. Kerana benda semua itu besar-
besar belaka – langit hancur, bumi terbelah, gunung menjadi debu dan
sebagainya.

Semua itu menyebabkan mereka tidak dapat hendak terima. Itu adalah kerana
mereka menggunakan akal mereka yang cetek. Dan mereka lihat kepada diri
mereka sendiri, yang memangnya tidak akan mampu hendak buat semua itu.
Tentulah mereka dan Allah ‫ ﷻ‬tidak sama. Kalau mereka tidak mampu
buat, tidaklah boleh kata Allah ‫ ﷻ‬tidak mampu buat pula sebab Allah
‫ ﷻ‬itu lain dari manusia.
Jadi dalam ayat ini dan ayat-ayat seterusnya, Allah ‫ ﷻ‬membandingkan
perbuatan manusia dan perbuatan Allah ‫ﷻ‬. Pertama, tentang bumi.
Bandingkan bumi ini dengan rumah kita. Manusia boleh membuat rumah
untuk didiami, bukan? Macam-macam jenis rumah kita boleh buat.

Tetapi Allah ‫ ﷻ‬hendak bandingkan, kalau manusia buat rumah sebagai


tempat istirehat, Allah ‫ ﷻ‬jadikan seluruh bumi ini sebagai tempat
istirehat! Rumah kita mungkin ramai boleh duduk, tetapi bumi ini seluruh
makhluk bumi boleh duduk! Sekarang bandingkan usaha manusia dan
perbuatan Allah ‫ﷻ‬. Tentu tidak sama langsung.

Ayat 7:

‫الجبا َل أَوتا ًدا‬


ِ ‫َو‬
Sahih International

And the mountains as stakes?

Malay

Dan gunung-ganang sebagai pancang pasaknya?

Sekarang Allah ‫ ﷻ‬gunakan perbandingan gunung ganang pula. Bangsa


Arab pun biasa tengok bukit dan gunung dan mereka terpesona dengan
kebesaran dan kekuatan gunung ganang itu. Sekarang Allah ‫ﷻ‬
bandingkan gunung ganang dengan pasak pula.

Pasak itu adalah bahagian terpenting dalam khemah, bukan? Allah ‫ﷻ‬
menjadikan perumpamaan khemah kepada manusia Arab kerana mereka
biasa pakai khemah dalam kehidupan mereka kerana mereka duduk di
padang pasir. Mereka selalu pasang khemah dan mereka pun tahu yang pasak
itu amat penting kepada khemah itu.
Kalau khemah memerlukan peg (pasak), maka bumi juga memerlukan pasak.
Dan pasak untuk bumi adalah gunung ganang! Ini boleh melihat proses alam
yang dinamakan ‘isostasi‘ dan boleh dijelaskan dalam bentuk sains. Apabila
kerak bumi ada pasak, maka tegaplah kedudukan hamparan bumi dan
bolehlah kita hidup di atasnya. Kalau tidak, tentulah pasak bumi ini sentiasa
bergerak dan apabila bergerak sahaja, tentu kita susah.

Proses Isostasi
Bandingkan perbuatan manusia dan perbuatan Allah ‫ﷻ‬, tentu tidak
sama. Manusia pasakkan kayu pada khemah kecil sahaja, sedangkan Allah
pasakkan gunung pada bumi! Jadi macam mana mereka hendak kata Allah
‫ ﷻ‬tidak mampu hendak buat semua apa yang telah disebut dalam Al-
Qur’an itu?

Ayat 8:

ً َ‫َو َخلَقنا ُكم أ‬


‫زواجا‬
Sahih International

And We created you in pairs

Malay

Dan Kami telah menciptakan kamu berpasang-pasang?

Dan Allah‫ﷻ‬lah yang menjadikan semua makhlukNya berpasangan.


Termasuklah manusia ada pasangannya – ada lelaki dan perempuan. Kita
semua ada pasangan kita masing-masing. Sekarang kenangkan: siapakah
yang menjadikan pasangan itu buat kita? Memang kita cari pasangan kita,
kemudian berkahwin, tetapi siapakah yang jadikan pasangan itu untuk kita?
Tentulah Allah ‫ﷻ‬, bukan?

Dalam alam juga begitu – ada matahari dan ada bulan; ada atas dan bawah;
kiri dan kanan; dan semuanya sekali ada pasangan. Kita tidak mampu hendak
buat apa-apa dalam hal ini. Kalau kita telah dijadikan sebagai lelaki oleh
Allah ‫ﷻ‬, kita tidak boleh hendak ubah apa yang telah ditakdirkan. Allah
‫ ﷻ‬yang jadikan kita berpasangan. Kita tidak mampu hendak buat
sendiri.

Jantina kita pun kita tidak dapat hendak tentukan kerana kita makhluk yang
lemah. Allah ‫ ﷻ‬yang jadikan kita, dan pasangan buat kita, tentulah Dia
mampu untuk menjadikan hari pembalasan, bangunkan kembali semua
makhlukNya. Kalau Dia boleh jadikan dari tidak ada kepada ada, kemudian
matikan makhluk itu, tentulah Dia ‫ ﷻ‬juga boleh jadikan semula.

Ayat 9:

ُ ‫َو َج َعلنا نَو َم ُكم‬


‫سباتًا‬
Sahih International
And made your sleep [a means for] rest

Malay

Dan Kami telah menjadikan tidur kamu untuk berehat?

Dan Allah ‫ ﷻ‬telah menjadikan malam untuk kita berehat. Lafaz ‫سُباتًا‬
asalnya bermaksud ‘memotong’. Maksudnya kita ‘dipotong’ dari nyawa kita
semasa kita tidur. Waktu kita tidur, roh kita keluar dan kita sudah tidak dapat
kawal lagi kerana telah ‘terputus’ dari kita. Sebab itu merata roh kita pergi
dalam mimpi. Dan terputus antara otak dan tubuh kita – kerana itu kalau kita
mimpi berlari, tidaklah kita berlari waktu kita tidur!

Ia juga bermaksud seseorang yang tidur itu ‘terputus’ dari kehidupan pada
ketika itu. Seolah-olah kita sudah mati. Orang panggil kita pun mungkin kita
tidak dengar lagi kerana roh kita sudah keluar dari tubuh kita. Orang
melompat dan buat muka lawak depan kita pun kita tak perasan.

Nanti apabila kita mati, kita pun akan jadi begitu juga. Tetapi pemotongan
roh dari tubuh itu kekal selepas mati. Masa tidur bolehlah roh itu masuk
balik. Maka kerana itu Allah ‫ ﷻ‬selalu gunakan contoh tidur sebagai
perbandingan bagi mati. Setiap hari Allah ‫ ﷻ‬beri peringatan kepada kita
tentang mati. Kerana setiap kali kita tidur, itu pun satu tahap ‘mati’ juga
sebenarnya.

Tiada siapa yang dapat kawal roh kita hendak keluar atau tidak. Kita tidak
ada kuasa apabila sudah sampai masa roh kita keluar. Kalau orang kafir pun
kena terima perkara ini. Mereka pun tahu yang mereka tidak boleh kawal
perkara itu dan apabila mereka mati, malah mereka tidak boleh kawal tidur
pun.

Berapa ramai yang tahan tidur, sengkang mata, tetapi kalau sudah penat
sangat, dia tertidur juga? Ini dinamakan ‘micro sleep’. Perkara ini selalu
terjadi semasa memandu di lebuhraya (highway effect). Semasa memandu
dan kalau mengantuk sangat, kita selalunya cuba untuk tahan dari tidur.
Tetapi otak kita akan ambil keputusan untuk tidur sendiri kerana badan sudah
sangat penat. Maka kerana itulah kalau sedang memandu dan penat,
dinasihatkan untuk berhenti dahulu dan rehat kerana ia amat merbahaya bagi
kita dan keluarga kita.

Ayat 10: 

ً ‫َو َج َعلنَا اللَّي َل لِبا‬


‫سا‬
Sahih International

And made the night as clothing

Malay

Dan Kami telah menjadikan malam (dengan gelapnya) sebagai pakaian (yang
melindungi)?

Allah ‫ ﷻ‬menjadikan malam itu dan tutup pandangan mata kita untuk


kita rehat. Malam seperti ‘pakaian’ yang menyeliputi manusia. Banyak
kejadian berlaku di malam hari dan kita tidak nampak. Ramai yang
mengambil peluang untuk menyorok di malam hari kerana pandangan mata
sedang dilindungi, susah orang hendak nampak. Kerana kegelapan itulah juga
penyamun dan kecurian bermaharajalela dengan banyak kalau dibandingkan
dengan siang.

Allah ‫ ﷻ‬menjadikan gelap malam itu sebagai satu suasana di mana


manusia berasa tenang semasa malam. Dengan ini membolehkan kita tidur
dengan tenang, bukan? Apabila cahaya tidak ada, maka badan akan
merembeskan melatonin yang menyebabkan kita senang tidur

Dan seperti juga siang, kita tidak dapat kawal bila datangnya malam. Allah
‫ ﷻ‬yang kawal. Malam itu bukannya terjadi sendiri, bukan bergerak
sendiri kerana tiadanya matahari. Buktinya, nanti ada masa apabila hari lebih
panjang dari biasa. Kerana Allah ‫ ﷻ‬kawal siang itu supaya malam tidak
datang seperti yang biasa. Maknanya, memang kita boleh jelaskan
kedatangan malam dan siang itu kerana peredaran matahari, tetapi kalau
Allah ‫ ﷻ‬tahan, bagaimana?

Ayat 11: Tadi cerita tentang malam, sekarang Allah ‫ ﷻ‬ceritakan


tentang siang pula. Ayat sebelum itu telah disebut tentang ‘pasangan’. Dan
pasangan bagi malam adalah siang, bukan?

ً ‫َو َج َعلنَا النَّها َر َمعا‬


‫شا‬
Sahih International

And made the day for livelihood

Malay

Dan Kami telah menjadikan siang (dengan cahaya terangnya) – masa untuk
mencari rezeki?

Sebelum ini Allah ‫ ﷻ‬sebut gunanya malam – untuk berehat. Dan siang
pula secara umumnya masa untuk manusia mencari rezeki untuk kehidupan.
Petani memang perlukan matahari untuk tanaman mereka tumbuh subur. Dan
mereka yang bekerja pun selalunya bekerja di siang hari kerana senang
nampak apa yang dilakukan. Walaupun memang ada orang yang kerja
malam, tetapi Allah ‫ ﷻ‬menyebut kebiasaan yang dilakukan oleh
manusia.

 
Ayat 12: Ayat-ayat sebelum ini tentang benda-benda yang Allah ‫ﷻ‬
jadikan untuk kita gunakan. Sekarang Allah ‫ ﷻ‬sebut tentang alam atas
pula.

‫شدا ًدا‬ َ ‫َوبَنَينا فَوقَ ُكم‬


ِ ‫سب ًعا‬
Sahih International

And constructed above you seven strong [heavens]

Malay

Dan Kami telah membina di atas kamu tujuh petala (langit) yang kuat kukuh?

Dan Allah ‫ ﷻ‬menjadikan di atas manusia tujuh langit yang kukuh.


Allah ‫ ﷻ‬suruh kita tengok alam langit, tengok bintang, tengok matahari,
dan cari jika ada kerosakan padanya. Tentu tidak ada. Begitu kukuh sekali
binaan yang Allah ‫ ﷻ‬buat.

Bandingkan dengan binaan kita. Kita pun ada bina seperti bangunan, rumah
dan sebagainya, tetapi tidak sama macam binaan yang Allah ‫ ﷻ‬jadikan.
Binaan kita tidak sempurna dan tentu ada kerosakan di mana-mana, retak di
sana sini. Tetapi binaan Allah ‫ ﷻ‬langsung tidak ada perkara itu. Maka
sedarlah beza kita dengan Allah ‫ﷻ‬.

Allah ‫ ﷻ‬boleh jadikan langit itu dengan sebegitu benar dan indah, dan
tentu juga Allah ‫ ﷻ‬mampu untuk menjadikan alam kiamat nanti. Allah
‫ ﷻ‬boleh jadikan Mahsyar sebagai tempat untuk semua makhlukNya
dari yang mula dicipta sampai yang terakhir sekali dimatikan untuk
berkumpul. Tidak ada masalah untuk Allah ‫ﷻ‬.

Ayat 13: Selepas disebutkan tentang langit, Allah ‫ ﷻ‬terus menyebut


antara benda yang ada di langit itu. Pertamanya adalah matahari.
‫ّاجا‬
ً ‫راجا َوه‬
ً ‫س‬ ِ ‫َو َج َعلنا‬
Sahih International

And made [therein] a burning lamp

Malay

Dan Kami telah mengadakan matahari menjadi lampu yang terang-benderang


cahayanya?

Lafaz ‫ ِسراجًا‬asalnya adalah apa sahaja yang mengeluarkan cahaya termasuk


lampu pelita. Lafaz ‫ َوهّاجًا‬pula bermaksud sesuatu yang membakar. Yang
dimaksudkan dalam ayat ini adalah matahari. Allah ‫ﷻ‬lah
yang menjadikan matahari yang bersinar itu.

Bandingkan dengan api yang kita nyalakan. Kita pun ada juga nyalakan api
tetapi tidak sama dengan matahari. Api pada matahari itu telah lama menyala
dan entah bila akan padam. Dan matahari itu memberi sinaran kepada semua
makhlukNya yang memerlukan.

Terlalu banyak gunanya sinaran matahari itu. Siang hari yang disebut dalam
ayat sebelum ini memerlukan matahari untuk membolehkan kita nampak di
siang hari itu. Kalau tidak ada matahari, susah kita hendak buat kerja. Nanti
akan disebutkan tentang tumbuh-tumbuhan, yang tidak dapat hidup kalau
tidak mendapat pancaran sinar matahari.

Ayat 14: Dari atas juga, ada awan yang darinya diturunkan air, yang juga
diperlukan oleh kita untuk hidup.

ً ‫ت ما ًء ثَ ّج‬
‫اجا‬ ِ ‫َوأَن َزلنا ِم َن ال ُم‬
ِ ‫عصرا‬
Sahih International

And sent down, from the rain clouds, pouring water

Malay

Dan Kami telah menurunkan dari awan, air (hujan) yang mencurah-curah, –

Lafaz ‫ت‬ِ ‫عصرا‬


ِ ‫ ال ُم‬diambil dari katadasar ‫ ع ص ر‬yang bermaksud ‘perah’. Jadi
lafaz ‫ت‬
ِ ‫را‬e ‫عص‬
ِ ‫ ال ُم‬bermaksud ‘yang diperah’. Macam kita perah baju basah
untuk mengeluarkan air dari baju. Allah ‫ ﷻ‬hendak memberitahu
bahawa awan itu seolah-olah diperah untuk mengeluarkan air.

Kalau awan dalam bahasa Arab adalah ‫سحابة‬. Allah ‫ ﷻ‬hendak


memberitahu, bahawa Dia lah yang menjadikan awan yang mengandungi air.
Awan itu Allah ‫ ﷻ‬juga yang kawal. Dia lah yang menentukan manakah
tempat air hujan akan diturunkan dan berapa banyak.

Allah ‫ ﷻ‬memberi air yang berlimpah ruah untuk manusia. Air itu untuk
kebaikan manusia dan kadangkala boleh juga menyusahkan manusia. Kerana
kalau banyak sangat, sampai boleh banjir dan merosakkan tanaman dan
kehidupan di dunia.

Ini menunjukkan yang kita bergantung kepada Allah ‫ﷻ‬. Kalau Allah
‫ ﷻ‬tidak beri air kita susah, dan kalau Dia beri banyak sangat pun susah.
Tetapi sebagai hamba, memang kita bergantung kepada Allah ‫ﷻ‬. Allah
‫ ﷻ‬boleh buat apa sahaja yang Dia hendak.

Ayat 15:

‫ًّا َونَباتًا‬Sّ‫لِنُخ ِر َج بِ ِه َحًب‬


Sahih International

That We may bring forth thereby grain and vegetation

Malay

Untuk Kami mengeluarkan dengan air itu, biji-bijian dan tumbuh-tumbuhan,


Dengan air itu dapat mengeluarkan segala bentuk tanaman. Lafaz


‫ًّا‬eّ‫ َحًب‬ digunakan untuk segala bentuk tanaman yang bijirin. Sedangkan lafaz ‫نَباتًا‬
pula untuk segala jenis tanaman yang jenis lain seperti rumput dan sayur-
sayuran. Kedua-duanya menjadi sumber makanan kita.

Ayat 16:

‫ت أَلفافًا‬
ٍ ‫َو َجنّا‬
Sahih International

And gardens of entwined growth.

Malay

Serta kebun-kebun yang subur bertaut-taut pokoknya?

Dengan air hujan itu juga dapat menumbuhkan taman-taman dan kebun
dengan segala jenis tumbuhan yang lebat. Lafaz ‫ أَلفافًا‬bermaksud ‘menyeliputi
sekelilingnya’. Kalau kita lihat tanaman dan kebun yang lebat, memang
tanaman itu bertaut antara satu sama lain.
Allah ‫ﷻ‬lah yang boleh menjadikan semua itu dengan QudratNya.
Dengan Qudrat yang sama akan menghidupkan yang telah mati. Dan dengan
Qudrat yang sama juga akan buat hari perhitungan. Kalau Allah ‫ﷻ‬
boleh jadikan segala itu untuk keperluan kita, takkan Allah ‫ ﷻ‬tidak
boleh jadikan Hari Pembalasan itu?

Anda mungkin juga menyukai