Anda di halaman 1dari 5

Ayat 2:

ُُ ُ‫يز ْٱلغَف‬
‫ور‬ ُُ ‫ل ُۚ َو ُه َُو ْٱل َع ِز‬
ُ ً ‫ع َم‬ َ ‫ت َو ْٱل َح َي ٰوُةَ ِل َي ْبلُ َو ُك ُْم أَيُّ ُك ُْم أَ ْح‬
ُُ ‫س‬
َ ‫ن‬ َُ ‫ى َخلَقَُ ْٱل َم ْو‬
ُ ‫ٱلَّ ِذ‬
Dialah yang telah menjadikan adanya mati dan hidup – untuk menguji kamu:
siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa, lagi
Maha Pengampun;

َُ ‫ى َخلَقَُ ْٱل َم ْو‬


‫ت‬ ُ ‫ٱلَّ ِذ‬
Dialah yang menjadikan adanya mati;

Sekali lagi, Allah tidak meletakkan namaNya dalam ayat ini. Dia cuma
mengatakan ‘yang’ menjadikan mati sahaja. Kerana tidak ada entiti lain yang
boleh menjadikan kematian dan kehidupan melainkan Dia sahaja. Di sinilah
letaknya keindahan bahasa Al-Qur’an. Tidak perlu disebut pun kita manusia
sepatutnya sudah tahu.
ْ Bukankah
Kenapakah Allah meletakkan matiَ‫ا ْل ومَ ْْ و‬sebelum disebut ََ ‫?ال َح َيَة‬
kita hidup dahulu dan kemudian baru mati? Jangan kita faham itu sebagai
maksud ‘mati selepas hidup’ sahaja. Ianya mempunyai makna yang lebih luas
lagi. Makna َ‫ا ْل ومَ ْْ و‬adalah ‘tanpa kehidupan’. Oleh itu, sebelum kita dilahirkan,
kita dalam keadaanََ ْْ َ‫ ْال َم‬sebab kita tidak ada kehidupan pada waktu itu. Sebab
itu Allah letakkan perkataan َ‫ ا ْل وم ْْ و‬dahulu kerana ia yang datang dahulu.

Dalam ayat-ayat lain pun, Allah menggunakan perkataan َ‫ ا ْل ومَ ْْ و‬dalam


makna yang lain. Sebagai contoh, Allah menggunakan perkataan َ‫ا ْل ومَ ْْ و‬untuk
menerangkan keadaan orang yang tidak mempunyai iman. Kerana mereka yang
tidak ada iman, walaupun mereka nampaknya hidup, tapi sebenarnya hati
mereka mati.

َ‫ ا ْل و‬dahulu adalah
Satu lagi sebab kenapa Allah letakkan perkataan َ‫مَ ْْ و‬
kerana ayat ini ditujukan kepada makhluk yang sedang hidup sekarang. Kepada
makhluk yang hidup, yang manakah mereka akan jumpa dahulu? Kematiankah
atau kehidupan? Tentulah kita akan menemui kematian dahulu, kemudian
barulah kita akan dihidupkan semula di alam barzakh nanti. Jadi Allah sebut
perkara pertama yang kita akan bertemu dahulu, iaitu ‘mati’.Allah memberi
peringatan kepada kita tentang mati dahulu. Kerana kematian adalah satu
motivasi yang paling kuat. Kalau kita ingat bahawa kita akan mati akhirnya, kita
akan berjaga-jaga dengan amalan dan agama kita. Kita akan buat sebaik
mungkin.Begitulah yang sepatutnya. Tapi banyak antara kita, menjalani
kehidupan seperti mereka akan hidup selamanya. Mereka tak terfikir bahawa
mereka akan mati dan menemui Tuhan dan kena menjawab diatas segala
perbuatan mereka. Begitulah tema surah ini dengan menyuruh kita memikirkan
dan melihat sedalam-dalamnya. Kita tidak banyak masa di dunia ini. Kita kena
kaut sebanyak mungkin pahala yang boleh kita kaut, bukan kumpul dosa yang
memberatkan kita.

َ‫َو ْٱل َح َي ٰوُة‬


dan kehidupan

Maksud pertama yang kita boleh ambil dari ayat ini adalah, Allah
menjadikan ‘mati’ dan ‘hidup’ itu dalam bentuk ‘makhluk’. Macam juga Allah
jadikan makhluk seperti kambing, Allah juga telah menjadikan ‘mati dan
‘hidup’.Sebab ada hadis yang mengatakan Allah akan panggil ‘mati’ pada hari
akhirat nanti dalam bentuk kibas dan Allah akan sembelih ‘mati’ itu
menunjukkan bahawa selepas itu tidak ada lagi kematian. Maka, bergembiralah
ahli syurga kerana mereka tahu mereka akan kekal dalam syurga, dan
bersedihlah dan berputus asalah ahli neraka kerana mereka tahu bahawa mereka
akan kekal dalam neraka sampai bila-bila kerana mereka tidak akan mati-mati.

Atau bermaksud Allah menjadikan ‘proses’ kehidupan dan kematian itu.


Proses kehidupan adalah persenyawaan antara benih bapa dan ibu, kemudian
mengandung, kemudian dilahirkan. Proses kematian bermula dari seseorang itu
sakit, kemudian nazak, kemudian tidak bernafas lagi.Proses kehidupan berbeza
dari jenis makhluk dan makhluk yang lain dan begitu juga proses kematian tidak
sama. Ada yang mati dengan mudah, ada yang mati dalam seksa dan ada yang
mengambil masa yang lama. Semua itu, Allah yang uruskan.

Allah sebut ‘kematian’ sebelum ‘kehidupan’ kerana kematianlah yang


mencabar manusia. Kematian itu lebih memberi kesan kepada kita. Kita akan
suka kalau ada yang baru lahir. Tapi apabila ada kematian dalam keluarga kita,
atau kawan-kawan kita, itulah yang lebih memberi kesan kepada kita. Kita akan
jadi amat sedih, sentiasa teringatkan mereka yang telah tiada, terkenang
kekesalan yang mungkin ada, kerinduan dan macam-macam lagi. Macam mana
kita tolak pun perasaan itu, ianya akan datang dari masa ke semasaTema surah
ini adalah menyuruh kita berfikir. Allah suruh kita lihat sekeliling kita. Lihatlah
bagaimana setiap hari, ada sahaja yang mati dan ada sahaja yang hidup. Semua
itu memberi peringatan kepada kita. Apabila ada kehidupan baru, kita tahu itu
adalah urusan Allah.

Apabila ada kematian, kita pun tahu itu juga urusan Allah. Ianya adalah
kitaran hidup yang akan sentiasa berlaku. Kita juga telah pernah memulakan
kehidupan kita semasa kita lahir dan kita juga akan menghadapi saat kematian
kita. Persoalannya, apakah yang kita buat semasa kita hidup di dunia ini? Fikir
dan terus fikirkan sehingga kita tiba pada hari keatian kita

ًُ ‫ع َم‬
‫ل‬ َ ‫ِل َي ْبلُ َو ُك ُْم أَيُّ ُك ُْم أَ ْح‬
ُُ ‫س‬
َ ‫ن‬
Supaya Dia menguji kamu semua, siapakah yang terbaik amalannya;

Allah hendak lihat siapakah yang buat amalan yang terbaik, bukan Allah
nak tengok siapakah yang mempunyai amalan yang terbanyak. Kita banyak buat
ibadat, tapi kadang-kadang tak sempurna amalan itu. Kita buat sambil lewa
sahaja seperti melepaskan batuk di tangga sahaja.Maka, yang kita harapkan
adalah buat amalan yang terbaik. Tapi kalau kita boleh buat yang terbaik dan
terbanyak, itu lagi baik. Inilah tujuan kita dihidupkan di dunia ini, kerana Allah
hendak melihat siapakah yang terbaik amalannya.Jadi, kita hendaklah berusaha
untuk mencantikkan amalan kita. Jangan kita sambal lewa dalam melakukan
amalan dalam ibadah kita kepada Allah tanpa kita tidak melihat kualiti amalan
kita. Antaranya, dalam kita belajar tafsir ini, janganlah kita hanya hendak
menambah berapa banyak ayat dan surah yang kita sudah belajar, tapi
pemahaman kita kurang.

Adalah lebih baik kalau hanya sedikit ayat yang kita belajar dahulu, tapi
kita tahu dengan mendalam apakah maksud ayat itu dan kita boleh
mengamalkan kehendak ayat itu. Kalau kita tahu makna dua ayat dengan
mendalam, dan kita amalkan, itu lebih baik dari kita tahu seratus ayat tapi kita
tidak berapa faham dan kita tidak amalkan. Kemudian tambahlah lagi
pembelajaran supaya habis 30 juzuk pula.

Begitu juga dalam solat. Kita hendaklah memperbaiki amalan solat kita.
Dari yang biasa-biasa sahaja, sehingga ke yang sebaik mungkin. Dari tidak
faham apa yang kita lafaz dalam solat itu, kita belajar sampai kita faham. Dari
kita tidak khusyuk dalam solat, kita cari khusyuk itu. Begitu juga dengan amalan
ibadat yang lain. Yang kita sasarkan adalah yang terbaik.Ayat ini menunjukkan
bahawa tujuan kita dijadikan Allah di dunia adalah supaya diuji. Sebab itulah
berbagai ujian akan dikenakan kepada kita. Ini adalah lumrah alam. Kerana
Allah hendak melihat bagaimana kita akan menanganinya. Adakah kita
menanganinya cara orang yang beriman atau tidak? Adakah kita redha dengan
ujian itu atau kita putus asa dan marah dengan Allah kerana beri kita ujian itu?

Dari perkataan ‫ ِليو ْبلُ وْ ُك َْم‬yang digunakan, ini menunjukkan ujian yang
diberikan adalah ujian yang kecil sahaja. Kerana kalau ujian yang besar,
perkataan ibtila‘ yang akan digunakan. Ini bermaksud ujian dalam ayat ini
adalah ujian yang umum, yang semua orang kena. Semua orang akan dikenakan
dengan ujian, tapi hanya orang tertentu sahaja yang diberikan dengan ujian yang
besar.

Sebab itu, dalam ayat ini, Allah menggunakan perkataan ‫ ُك َْم‬, untuk
merujuk kepada setiap makhluk yang akan diberikan ujian. Seperti juga
kematian dan kehidupan dalam sebelumnya, semua makhluk akan
melaluinya.Perkataan َُ‫سن‬ َ ْ‫ أَيُّ ُك ْمَ أَح‬menunjukkan ayat ini ditujukan kepada semua
orang, untuk melihat siapakah yang lebih baik amalan mereka. Ini adalah kerana
َ ْ‫ أَح‬bermaksud yang lebih baik. Allah membandingkan antara kita
perkataan َُ‫سن‬
semua. Ianya seperti satu pertandingan untuk melihat siapakah yang lebih baik
dan mereka yang lebih baik akan diberi hadiah.Kenapa pula Allah buat begini?
Kerana Allah tahu kita suka bertanding. Kita suka membandingkan pencapaian
kita dengan orang lain. Itu sudah naluri kita. Jadi, Allah tidak suruh kita
hilangkan naluri itu, tapi Allah suruh kita salurkan naluri pertandingan itu
kepada pertandingan yang baik.

Kalau kita hendak bertanding pun, bertandinglah dalam mengerjakan amal


kebaikan. Bertandinglah dalam siapakah yang lebih banyak tolong orang.
Berapa banyak yang kita infakkan kepada orang yang susah. Ingatlah bahawa
Allah sedang melihat segala apa yang kita sedang lakukan. Allah catit apa kita
buat dan Allah akan beri markah.Apabila perkataan ‫( أَيُّ ُك َْم‬antara kamu), Allah
mengisyaratkan kepada kita untuk melihat sekeliling dan bandingkan diri kita
dengan orang lain. Ini juga adalah satu lagi penggunaan tema dalam ayat ini
iaitu “memikirkan”. Melihat perbuatan orang lain dan memikirkan di manakah
kedudukan kita kalau dibandingkan dengan orang. Seeloknya, kita bandingkan
diri kita dengan orang yang lebih baik dari kita, bukan dengan orang yang di
bawah kita. Maka kerana itu kena banyak berkawan dengan orang yang lebih
baik dari kita.

ُُ ُ‫يز ْٱلغَف‬
‫ور‬ ُُ ‫َو ُه َُو ْٱل َع ِز‬
Dan Dia bersifat Maha Gagah Perkasa;

Tetapi kepada makhlukNya yang berdosa tapi hendak minta ampun, Allah
bersifat belas kasihan. Lihatlah, walaupun Allah Maha Gagah Perkasa, tapi
Allah masih lagi mahu memberi keampunan kepada mereka yang meminta
ampun. Ini adalah kerana sifat Rahman Allah. Walaupun Allah boleh buat apa
yang Dia hendak, tapi tidaklah Allah terus beri azab sahaja.

ُُ ُ‫ْٱلغَف‬
‫ور‬
amat belas kasihan;

Tetapi kepada makhlukNya yang berdosa tapi hendak minta ampun, Allah
bersifat belas kasihan. Lihatlah, walaupun Allah Maha Gagah Perkasa, tapi
Allah masih lagi mahu memberi keampunan kepada mereka yang meminta
ampun. Ini adalah kerana sifat Rahman Allah. Walaupun Allah boleh buat apa
yang Dia hendak, tapi tidaklah Allah terus beri azab sahaja

Anda mungkin juga menyukai