Anda di halaman 1dari 4

‫ّين‬

ِ ‫وم الد‬
ِ َ‫مٰ لِ ِك ي‬
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).

Seperti yang kita mungkin tahu, terdapat Qiraat lain bagi ayat ini.
Ada qiraat membacanya seperti yang kita tahu di Malaysia ini: ‫َم ٰـلِ ِك‬
ِ ‫( يَ ۡو ِم ٱلد‬yang memiliki Hari Pembalasan) dan ada juga qiraat yang
‫ِّين‬
memendekkan ‘ma’: ‫ِّين‬ ِ ‫( َملِ ِك يَ ۡو ِم ٱلد‬Raja Hari Pembalasan). Ini adalah
kerana Allah telah menurunkan Al-Qur’an dalam beberapa qiraat.

Qiraat pertama: Maalik. Ia bermaksud ‘mempunyai’ atau kita


kata: memiliki. Dan apabila kita ‘mempunyai’, memiliki sesuatu
benda, kita boleh buat apa sahaja kita nak dengan benda itu. Sebab
ianya adalah hak kita, bukan? Tapi, kadangkala, kalau kita
memiliki sesuatu pun, tidak semestinya kita boleh berbuat
dengannya sesuka hati kita. Ada halangan dalam kita
menggunakannya.

Contohnya, ada larangan undang-undang. Seperti kalau kita nak


ubahsuai rumah kita, kita kena dapatkan permit. Atau kalau kita
ada pistol, bukan boleh kita tembak sesuka hati. Kita juga tidak
boleh arahkan benda yang kita miliki itu untuk buat apa yang kita
hendak. Walaupun kita ada kereta dan kita boleh pakai kereta itu,
tapi ada masanya ia rosak dan kita tak boleh pakai. Tapi apabila
dikatakan Allah ‘memiliki’, Allah memiliki segalanya. Tidak sama
pemilikan Allah dengan manusia. Allah itu sempurna
kepunyaanNya.

Qiraat 2: Malik: bermaksud ‘raja’. Raja adalah seseorang yang


berkuasa di sesuatu negeri itu dan apabila dia beri arahan, rakyat
di bawahnya kena ikut. Tapi kalau kita lihat, kalau raja itu seorang
manusia, ada sahaja cara untuk rakyatnya tidak ikut. Lihatlah
sahaja di dunia ini, di negara-negara yang ada raja, ada sahaja cara
yang mereka boleh elak dari mengikut arahan dan undang-undang
raja mereka. Tapi tidak boleh buat begitu dengan Allah. Kita tidak
boleh lari. Allah tahu segalanya yang kita buat.

Kedua-duanya apabila kita kaji, menguatkan makna yang hendak


disampaikan dalam ayat ini. Kita seeloknya terima dua-dua bacaan
itu. Walaupun terdapat perbincangan ulama’ tentang mana
satukah bacaan yang lebih tepat. Tapi kita tidak mahu pergi ke situ.
Kita hendak menggunakan pembacaan kedua-duanya. Kerana,
apabila kita mengambil maksud kedua-dua makna itu, ia
memberikan pemahaman yang lebih lagi tentang maksud ayat ini.

Maksud ‘‫‘يَ ۡو ِم‬. Satu jangkamasa. Secara literal, ianya bermaksud


‘hari’. Tapi sebenarnya, ia bukan hanya bermaksud ‘hari’. Dalam
penggunaan biasa, selalunya ‘yaum’ ini bermaksud ‘satu hari’. Tapi
dalam penggunaan yang lebih luas, ianya lebih lagi. Ianya
merangkumi masa dari sesaat sampai beribu tahun.
Apabila Allah berkata bahawa Dia memiliki Hari Pembalasan,
bukanlah ini menyatakan Dia hanya berkuasa pada hari itu sahaja.
Jangan kita salah faham pula. Memang ada yang salah faham
apabila membaca ayat ini. Allah maha berkuasa pada waktu-waktu
lain juga, termasuklah hari dunia sekarang. Kerana banyak disebut
dalam ayat-ayat yang lain, bahawa Allah berkuasa ke atas
keseluruhan alam.

Tapi pada ayat ini, diberikan penekanan kepada kekuasaan Allah


kerana pada Hari Pembalasan ini, kerana pada waktu itu tidak ada
seorang pun yang dapat mengatakan sesuatu apa pun dan tidak
juga dapat berbicara kecuali dengan izinNya. Bermaksud, pada
hari itu, amat jelas kepada semua makhluk bahawa yang maha
berkuasa pada hari itu hanyalah Allah sahaja. Tidak ada lagi
sesiapa pun yang perasan mereka berkuasa. Semua akan tunduk
kepada kuasa Allah pada hari itu.

Hari pembalasan bererti hari perhitungan bagi semua makhluk.


Mereka diberi balasan sesuai dengan amal perbuatan mereka
semasa di dunia. Jika amalnya baik maka balasannya pun baik.
Jika amalnya buruk, maka balasannya pun buruk kecuali bagi
orang yang diampuni.

Al-Malik adalah salah satu dari nama Allah. Segala penyebutan


malik yang bermaksud ‘raja’ hanyalah secara kiasan sahaja.
Kerana memang ada raja-raja di dunia ini. Nampak macam mereka
ada kuasa juga, boleh buat undang-undang, boleh arah itu dan ini,
tapi kekuasaan mereka tidaklah mutlak sepertimana kekuasaan
Allah.

Perkataan ‘‫ِّين‬
ِ ‫ ‘ٱل(((د‬dalam ayat ini boleh jadi banyak makna.
Antaranya ianya bermakna: agama, doa dan beberapa lagi. Di sini,
kita tafsirkan sebagai ‘hari pembalasan’. Allah sahaja yang
menguasai Hari Pembalasan – Hari Kiamat. Tidak ada sesiapa lagi
yang boleh berkuasa pada hari itu.

Seperti yang kita telah sebut, ada banyak maksud bagi


kalimah ‫ِّين‬
ِ ‫ٱلد‬. Jangan sangka ada satu makna sahaja (seperti yang
disalahfahami oleh sesetengah orang). Kerana tidak faham, maka
sesetengah yang menterjemahkan ‫ِّين‬ ِ ‫ يَ ۡو ِم ٱلد‬sebagai ‘Hari Agama’. Ini
adalah kerana mereka tahu satu maksud sahaja. Sedangkan ianya
adalah satu perkataan yang menyeluruh. Merangkumi makna:

 Kekuasaan.
 Ketaatan.
 Cara hidup.
 Hukuman.
Jadi apabila Allah berkuasa penuh, Allah boleh berbuat apa sahaja.
Allah boleh memberikan nikmat dan Allah boleh tarik balik nikmat
itu. Semuanya itu berlaku dengan hikmahNya dan ilmuNya. Kita
sahaja yang tidak tahu mengapa Allah melakukan satu-satu
perkara itu kerana akal kita tidak sampai untuk memahaminya.
Tapi kita hendaklah tahu bahawa apa sahaja yang Allah lakukan
adalah perkara yang baik. Ada kebaikan di sebalik apa yang Allah
lakukan.

ِ ‫ َم ٰـلِ ِك يَ ۡو ِم ٱلد‬ini, kita diingatkan tentang kekuasaan


Jadi, dari makna ‫ِّين‬
Allah setiap kali kita membaca ayat ini, lebih-lebih lagi dalam solat.
Oleh itu, seeloknya kita memberi perhatian semasa membaca ayat
ini. Apabila kita faham maksud ayat ini, maka ianya akan memberi
kesan yang mendalam ke dalam hati kita.

Anda mungkin juga menyukai