Anda di halaman 1dari 16

1

1. MAKNA ESA MENURUT HUKUM ADAT

Esa menurut hukum adat bermakna satu. Jika sebahagian zat atau anggota
diambil,1 maka tidak sempurna zat atau bahagian yang lain. Anggap dan jadikan diri
sendiri sebagai contoh. Jika tidak ada tangan, maka tidak sempurna zat. Jika tidak ada
jantung, maka tidak sempurna zat. Jika tidak ada roh maka tidak sempurna zat dan
sebagainya. Semua anggota itu adalah dalam bentuk satu kesatuan yang TIDAK boleh
dipisahkan. Justeru, jika sebahagian zat diambil, maka tidak sempurna zat atau bahagian
yang lain. Apakah maksud tidak sempurna? “Tidak sempurna” bermaksud :

i. Semua anggota, sama-sama bertanggungjawab pada zat yang satu.


ii. Tidak ada bahagian anggota yang berdiri pada zat.
iii. Cacat,
iv. Sakit, atau
v. Mati @ Binasa

Ingat semula hadith Nabi yang menerangkan makna esa. Mafhum hadith
berkenaan ialah : ”orang mukmin itu ibarat satu jasad (diri)”.

Kenapa ibarat satu jasad atau diri? Ini adalah kerana, jika tangan yang mencuri,
bukan tangan sahaja yang dipenjarakan. Jika kaki yang menendang orang tanpa sebab,
hingga patang tengkuk, bukan kaki sahaja yang mendapat hukuman. Jika sebelah tubuh
sahaja yang boleh berfungsi, sebelah lagi bukan bermakna mati, ia sekadar tidak
berfungsi. Jika tangan yang sebelah itu membuat dosa, tangan yang tidak berfungsi,
tidak akan terlepas daripada menerima hukuman. Jika mulut dan hati sahaja yang
berzikir, bukan mulut dan hati sahaja yang menerima ganjaran. Jika perut sahaja yang
mengisar makanan, bukan perut sahaja yang menerima zat makanan, tetapi semua
anggota tubuh. Jika jantung sahaja yang berhenti mengepam darah, bukan jantung
sahaja yang mati, tetapi kesatuan semua zat pada diri yang satu. Jika diri sendiri (yakni
keseluruhan anggota zahir dan batin) yang membuat kebaikan, bukan roh sahaja yang
menerima pahala. Tetapi yang menerima balasan ialah kesatuan semua zat pada diri
yang satu. Semua zat itulah yang esa, bekerjasama dalam bentuk satu KESATUAN.2

1
Anggota bermaksud, kelengkapan diri seperti pancaindera, jantung, hati, roh dan sebagainya.
2
Yakni semua anggota, tanpa ada yang dikecualikan. Tiada anggota yang menerima, lebih atau menerima kurang,
menerima lambat atau menerima awal. Inilah bukti menunjukkan bahawasanya, roh dan jasad, anggota tubuh yang
zahir atau yang batin adalah ESA pada adat. Dan inilah dalil akal yang menunjukkan bahawasanya, sifat, zat dan
kelakuan Allah adalah ESA PADA AKAL.
2

2. MAKNA ESA MENURUT HUKUM AKAL

Makna esa menurut hukum akal : Mafhum bagi sifat-NYA, isim-NYA dan
perbuatan-NYA ialah Allah, bukan berlainan. Allah itulah yang Wujud, yang Qidam,
yang Baqo hingga yang Mutakallimun.

Dalil akalnya :

Katalah ada seorang lelaki bernama Ali yang sedang mengaji.


Mafhum SIFATnya, NAMAnya dan PERBUATANnya ialah ALI.

Manusia Yang Menjadikan Alam Semesta


Nama Ali Allah
Sifat Lelaki W Wujud, Qidam, Baqo,.. hingga Mutakallimum
Perbuatan Sedang Sedang memerhatikan perbuatan sekalian
mengaji hamba-Nya

Itulah dalil akal menunjukkan bahawasanya, mafhum bagi NAMA, SIFAT dan
PERBUATAN adalah sama. Bukan merujuk kepada zat yang berlainan. Lelaki itu ialah
si Ali yang sedang mengaji. Yang kita lihat itulah zat si Ali. Dalil menunjukkan pada akal,
yang wujud, yang qidam, yang baqo hingga mutakallimun, itulah zat Allah yang sedang
memerhatikan semua perbuatan hamba-Nya. Yang Qidam, Yang Baqo, Yang
Mukholafatuhulilhawadith, Yang Qiyamuhubinafsih itulah Yang Wajib WUJUD dan Yang
Wahdaniah. Itulah juga Yang Qudrat, Yang Iradat hingga Yang Mutakallimun yang ESA
TIADA UMPAMA AKAN SESUATU.

Tetapi JANGAN pula dianggap, kita `sedang memikirkan zat Allah, atau sifat-Nya
atau perbuatan-Nya’ kerana Allah tidak seumpama dengan sesuatu. Justeru
pengenal kepada Allah pun tidak seumpama dengan sesuatu yakni TIDAK SAMA
DENGAN PENGENAL KEPADA SEBARANG MAKHLUK Sesiapa yang memikirkan
Allah bermakna menganggap Allah itu serupa dengan makhluk dan perbuatan itu
membatalkan makna esa. Mustahil akal manusia, mampu memikirkan semua itu.
3

Manusia hanya mampu memikirkan tanda atau dalil yang ada pada diri sendiri
sahaja, yang menunjukkan bahawa, mustahil Allah Ta’ala mempunyai persamaan
dengan sebarang makhluk. Menurut hukum adat :

Jika A mempunyai persamaan dengan B,


maka A seumpama dengan B.

Begitulah juga menurut hukum syara.‘ (Lihat, al-Baqarah ayat ke- 25).

Dalam ertikata lain, jika tidak ada persamaannya, maka mustahil ada yang
seumpama dengan-Nya. Itulah dalil akal yang menunjukkan bahawa, mustahil akal
manusia mampu memikirkan zat Allah, atau sifat-Nya atau perbuatan-Nya. Juga ditegah
mengatakan : “zat Ali lain daripada sifatnya atau perbuatannya’. Ini adalah kerana ianya
membatalkan makna esa, yang membawa maksud,“zat Allah lain daripada sifat-Nya
atau perbuatan-Nya“.

Pengertian ayat tersebut adalah seperti berikut :

1. Manusia Pengertiannya Pada Adat

Ali (iaitu nama zat) Membatalkan makna esa kerana mafhum


lain daripada sifatnya zat, sifat dan perbuatan yang sedang
(iaitu lelaki) mengaji adalah sama
atau perbuatannya iaitu si Ali. Itulah makna
(yang sedang mengaji) esa makhluk, tetapi berbilang-bilang.
2. Yang Menjadikan Alam Semesta Pengertiannya Pada Akal

Allah (iaitu nama zat) Membatalkan makna esa kerana mafhum


lain daripada sifat-Nya zat, sifat dan perbuatan yang sedang
(iaitu Yang Wujud, Qidam, Baqo,.. memerhatikan hamba-Nya, adalah sama
hingga Mutakallimum) iaitu Allah. Itulah makna Esa zat, sifat dan
atau perbuatan-Nya perbuatan-Nya, tiada berbilang-bilang dan
(Yang sedang memerhatikan perbuatan tiada yang seumpama-Nya.
hamba-Nya)
4

Dalam erti kata lain, perkataan “LAIN“ pada kalimah “lain sifat daripada zat“
membawa makna dua atau banyak. Justeru perkataan itu adalah “membatalkan makna
esa“ kerana “menduakan yang satu“.

Menurut hukum ADAT, perkataan “LAIN“ membawa makna DUA zat yang berbeza.

Menurut hukum AKAL pula, ia adalah mustahil. Perkataan itu bermaksud, Allah itu tidak
wujud, tidak qidam, tidak baqo hingga tidak mutakallimun, tidak ada kelakuan dan
sebagainya.

Menurut hukum SYARA‘ pula, Maha Suci Allah dan pengenal kepada-Nya daripada
seumpama dengan sesuatu.

Perkataan “LAIN“ adalah mustahil pada akal dan dan pada syara‘, perkataan itu jatuh
kepada mengumpamakan Allah Ta’ala dengan makhluk seperti syurga dan neraka.3 Kita
tahu sifat syurga tetapi belum pernah dilihat.

Lihat maksud perkataan tersebut :

Ditegah Mengata Kerana Ia Bermaksud


Lain sifat daripada zat Lain Yang Maha Pemurah (sifat-Nya) daripada Allah
Lain perbuatan daripada zat Lain Yang Menunjuki (perbuatan-Nya) daripada Allah
Lain nama daripada zat Lain al-Malik (nama-Nya) daripada Allah

Mafhum bagi sifat-Nya, perbuatan-Nya dan nama-Nya adalah yang itu jua, iaitu
Allah, itulah MAKNA ESA PADA AKAL DAN PADA SYARA’. Allah itulah yang dipuji,
yang menjadikan, yang Maha Pemurah, yang Maha Penyayang, yang menguasai hari
kiamat, yang disembah, yang menjadi tempat mengadu, yang memberi petunjuk, yang
Qudrat, Iradat, Ilmu, Hayat hingga Mutakallimun dan sebagainya. Sesiapa yang tidak
mengesakan Allah Ta’ala, JELAS hukumnya terkeluar daripada Islam.

3
”Kita TAHU sifat-sifat syurga berdasarkan hadith dan keterangan al-Quran tetapi keadaan zatnya yang sebenar-
benarnya TIDAK DIKETAHUI kerana ....”. Itulah dalil akal yang menunjukkan perkataan sedemikian adalah ditegah
dalam Islam.
5

3. MAKNA ESA MENURUT SYARA’

ESA menurut hukum syara’ bermakna SATU. Dalilnya ialah Firman Allah yang
bermaksud : Allah tiada menjadikan seorang mempunyai dua hati di dalam dadanya.
Al-Ahzab 33 : 4

Ayat ini menerangkan bahawa hati (alat yang dianugerahkan oleh Allah untuk
berfikir) hanya satu. Hati dan diri manusia adalah esa pada adat. Jika ada dua hati maka
ada dua diri iaitu mustahil menurut hukum adat dan mustahil pula menurut hukum syara’.

Firman Allah yang bermaksud : Kata olehmu, Allah Ta’ala ESA. (Al-Ikhlas 112 : 1)

Dalil menunjukkan, perintah yang amat-amat kuat, supaya mengesakan Allah,


tiada yang seumpama-Nya dari segi perkataan, perbuatan dan iktikad.
Lihat kandungan surah al-Fatihah, ayat 1 hingga 7
Sifat-Nya Perbuatan-Nya Nama-Nya
Ayat ke-1 Ar Rohman Bersumpah Allah


Ar Rohim Bersaksi

Ayat ke-2 Yang dipuji Allah

   


Menjadikan Yang
menjadikan
Ayat ke-3 Maha Pemurah,

 
Maha Penyayang

Ayat ke-4 Yang Menjadikan al-Malik

 
menguasai hari Qiamat

Ayat ke-5 Yang disembah

   


Tempat mengadu

Ayat ke-6 Yang

   


Menunjuki jalan

Ayat ke-7 Yang

   


memperkenan
kan

    


6

Semua ayat dalam surah al-Fatihah di atas adalah dalil menunjukkan bahawa
sifat, perbuatan dan nama-Nya adalah ESA. Semua yang dimaksudkan ialah zat Allah
yang maha Esa. Sesungguhnya sifat Allah, perbuatan-Nya dan nama-Nya adalah esa,
bukan berlainan. DITEGAH mengata, “lain sifat daripada zat”, “lain perbuatan
daripada zat”, “lain nama daripada zat” dan sebarang perkataan yang membatalkan
makna esa, kerana perkataan itu membawa makna DUA, BERBEZA dan MENDUAKAN
YANG SATU.

4. MAKNA MENGESAKAN ALLAH 3 PERKARA 4

i. Dibenarkan dengan hati,

ii. diikrarkan dengan lidah ُ‫◌َ ﻻَ ﺇِﻟَﻪَ ﺇِﻻﱠ ْﷲ‬ bahawasanya tiada yang

menjadikan sekalian alam yang disembah dengan sebenar-benarnya


melainkan Allah. Esa zat-NYA, sifat-NYA, fiil-NYA, isim-NYA, tiada
berbilang-bilang dan tiada berlapis-lapis dan tiada bersusun-susun dan
lainnya daripada suatu yang thabit pada segala yang baharu

iii. Mengikut firman-NYA (dibuktikan dengan perbuatan anggota).

“Bahawasanya, tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya


melainkan Allah”. Maka sesiapa yang mengikut perkataan, selain daripada firman dan
hadith tidaklah dinamakan sebagai orang yang mengesakan Allah, maka telah batal
pengakuan dan ikrarnya.

Dalam satu bahasa yang mudah sebarang perbuatan hati, lidah atau
anggota yang jatuh pada perkara yang DITEGAH oleh Allah seperti SIA-SIA
pada syara’ TIDAKLAH DIKATAKAN MENGESAKAN ALLAH. Terlebih lagilah
apabila dilakukan perkara yang MAKRUH. Terlebih-lebih lagilah apabila
dilakukan perkara yang HARAM. Perbuatan itu sebenarnya jatuh kepada makna
SYIRIK samada syirik kecil ataupun syirik yang menyebabkan KAFIR. Orang
yang MENGESAKAN ALLAH ialah orang yang perbuatannya hanya berkisar
kepada perkara yang FARDU atau SUNAT sama seperti perbuatan Nabi-Nabi.
Wallohua’lam.

4
Istilah lain ialah MENTAUHIDKAN ALLAH. Lihat dan fahamkan terlebih dahulu kalimah Nafi Isbat
Maksud Dalilnya, rujuk surah Al-Ikhlas 112 : 1– 4. Sila baca huraian panjang lebar tentang makna mengesakan seperti
yang dimaksudkan dalam kitab khusus Tuan Guru berjudul Tafsir 4 ”Qul” atau Tafsir Surah Al-Ikhlas.
7

5. MAKNA ALLAH TA’ALA ESA 4 PERKARA


5.1 Makna Esa Pada ZAT-NYA

Maknanya, QUDRAT, IRADAT, ILMU, HAYAT, SAMI’, BASIR dan QALAM


itulah yang dikata ZAT ALLAH. Zat itulah Yang Wujud, Yang Qidam, Yang
Baqo, Yang Mukholafatuhulilhawadith Yang Qiyamuhubinafsih dan Yang
Wahdaniyat. Zat itulah yang ada KELAKUAN. Semua sifat itulah Yang ESA
tiada seumpamanya.

MUSTAHIL LAIN Qudrat, Iradat, Ilmu, Hayat, Sami’, Basir dan Qalam daripada
Zat Allah Yang Wujud, Yang Qidam, Yang Baqo, Yang
Mukholafatuhulilhawadith, Yang Qiyamuhubinafsih dan yang Wahdaniyat.
MUSTAHIL LAIN SIFAT Allah daripada ZAT Allah atau LAIN Allah daripada
Yang ESA dan sebagainya kerana membatalkan makna esa. Perkataan itu
sebenarnya tanpa sedar bermaksud mengata Allah TIDAK Wujud, TIDAK
Qidam, menghina Allah dan sebagainya.

MUSTAHIL Yang ESA LAIN daripada Qudrat, Iradat, Ilmu, Hayat, Sami’, Basir
dan Qalam.
MUSTAHIL Yang ESA lain daripada Qodirun, Muridun, A’limun, Sami’un,
Basirun dan Mutakallimun.
MUSTAHIL Yang ESA lain daripada Yang Menjadikan alam semesta.
MUSTAHIL Yang Menjadikan alam semesta lain daripada Tuhan yang ESA.
MUSTAHIL Tuhan yang ESA lain daripada Allah.
MUSTAHIL Allah LAIN daripada Qudrat, Iradat, Ilmu, Hayat, Sami’, Basir dan
Qalam.

MUSTAHIL Allah Yang ESA LAIN daripada yang Wujud, Qidam, Baqo,
Mukholafatuhulilhawadith, Qiyamuhubinafsih, Wahdaniyat, Qudrat, Iradat,
Ilmu, Hayat, Sami’, Basir dan Qalam Qodirun, Muridun, A’limun, Sami’un,
Basirun dan Mutakallimun.
8

5..2 Makna Esa Pada SIFAT-NYA 5

Sifat Wujud, Qidam, Baqo, Mukholafatuhulilhawadith, Qiyamuhubinafsih


dan Wahdaniyat itulah yang Qudrat, Iradat, Ilmu, Hayat, Sami’, Basir dan
Qalam.

Sifat Qudrat, Iradat, Ilmu, Hayat, Sami’, Basir dan Qalam itulah yang
Qodirun, Muridun, A’limun, Sami’un, Basirun dan Mutakallimun.

Sifat Qodirun, Muridun, A’limun, Sami’un, Basirun dan Mutakallimun itulah


yang Wujud, Qidam, Baqo, Mukholafatuhulilhawadith, Qiyamuhubinafsih
dan Wahdaniyat.

Maknanya ialah sekurang-kurangnya 20 SIFAT iaitu WUJUD, QIDAM, BAQO


hingga MUTAKALLIMUN itulah yang dikata ALLAH. 20 sifat itulah zat Allah
Yang ESA tiada seumpama dengan sesuatu.

MUSTAHIL 20 SIFAT itu LAIN daripada Yang Menjadikan alam semesta.


MUSTAHIL 20 SIFAT itu LAIN daripada Tuhan yang ESA.
MUSTAHIL 20 SIFAT itu LAIN daripada Tuhan yang ESA lain daripada Allah.
MUSTAHIL 20 SIFAT itu LAIN daripada Zat Allah

MUSTAHIL ALLAH, LAIN daripada Yang Wujud, Yang Qidam, Yang Baqo,
Yang Mukholafatuhulilhawadith dan Yang Qiyamuhubinafsih kerana
membatalkan makna esa, mengata ada ”tuhan” selain Allah Yang Wujud,
Yang Qidam, menghina Allah dan sebagainya.

5
Yang dimaksudkan oleh Sifat 20 itu ialah Allah. Itulah makna Esa pada akal dan pada syara‘, yakni sifat
20 itu adalah esa dengan Allah. Dikata sifat bagi Allah bukan bermakna Allah mempunyai sifat. Dikata
sifat hanya kerana diterima oleh akal. Maha Suci Allah daripada sifat.
9

5.3 Makna Esa Pada ISIM-NYA atau NAMA-Nya

Maknanya ialah 99 NAMA ALLAH atau yang tidak terhingga itu seperti :

Yang Maha Pemurah ( ), Yang Maha Penyayang ( ) hingga

Yang Maha Sabar ( ) itulah Allah yang ESA tiada seumpama suatu.

Yang Maha Pemurah ( ) itulah Yang Maha Penyayang ( )

Yang Maha Penyayang ( ) itulah Yang Menguasai ( )

( ) itulah ( ). ( ) itulah ( )

hinggalah kepada ( itulah ( ).

Maksudnya ialah 99 NAMA ITULAH YANG TERHIMPUN dalam

satu KALIMAH AGUNG iaitu .


Semua 99 nama itulah yang WUJUD, QIDAM, BAQO hingga
MUTAKALLIMUN.

Semua 99 nama itu adalah ESA tiada seumpama dengan suatu.

MUSTAHIL ALLAH LAIN daripada, Yang Maha Pemurah, Yang Maha


Penyayang hingga Yang Maha Sabar, kerana membatalkan makna esa, dan
tanpa sedar mengata Allah TIDAK bernama, TIDAK Pemurah, menghina
Allah dan sebagainya.

MUSTAHIL Yang Maha Pemurah, Yang Maha Penyayang hingga Yang Maha
Sabar LAIN daripada yang WUJUD, QIDAM, BAQO hingga
MUTAKALLIMUN kerana membatalkan makna esa, mengata Yang
Pemurah itu BUKAN Allah, menghina Allah dan sebagainya.
10

5.4 MAKNA ESA PADA PERBUATAN-NYA, 7 PERKARA 6

Sebelum diterangkan yang 7 perkara itu, kita fahamkan dahulu makna


MENJADIKAN menurut hukum adat, akal dan syara‘. Dari sudut hukum akal atau pada
akal, diri kita dan sekalian alam, samada makhluk zahir atau ghaib adalah ‘SEKALI
JADI‘ yakni TIADA YANG TERLEBIH DAHULU JADI dan TIADA YANG
TERKEMUDIAN JADI. Perkataan yang paling hampir maksudnya PADA ADAT ialah
semuanya JADI SECARA SERENTAK.

PADA AKAL, mustahil Allah Ta’ala menjadikan sekalian makhluk secara


berperingkat-peringkat kerana perbuatan itu SAMA SEPERTI PERBUATAN
MAKHLUK. Dalam ertikata lain, pada akal, dengan sifat kamalat Allah iaitu QUDRAT
maka `sekali jadi“ sekalian alam. Dalilnya didalam Qur’an ialah melalui ayat-Nya
`KUNFAYAKUN“ maka `SEKALI JADI“ segala-galanya yang zahir dan ghaib seperti
syurga, neraka, malaikat, manusia dan alam semesta, tanpa ada yang terdahulu dan
yang terkemudian, tapi ini adalah PADA AKAL.

PADA ADAT dan PADA SYARA‘, kejadian makhluk adalah secara


BERPERINGKAT-PERINGKAT. Contoh kejadian pada syara‘ ialah, alam semesta
dijadikan Allah terlebih dahulu dalam 6 hari atau 6 masa 7, kemudiannya barulah
dijadikan-Nya manusia dan tumbuh-tumbuhan. Contoh kejadian pada adat pula ialah,
manusia mempersiapkan terlebih dahulu batu, pasir dan simen, kemudiannya barulah
menjadikan rumah dan sebagainya. Maha Suci perbuatan Allah Ta’ala, pada menjadikan
sekalian alam, daripada seumpama dengan perbuatan makhluk.

Maka 7 perkara makna esa yang dimaksudkan ialah seperti berikut :

5.4.1 Makna Esa Pada MENJADIKAN (QUDRAT)


(Perbuatan Hati, Lidah Dan Anggota)

Tiada zat yang seumpama qudratnya dengan Qudrat Allah. Menurut


hukum akal, semua yang baik dan yang buruk HANYA Allah yang menjadikan-
Nya. 8 Dalilnya di dalam al-Qur‘an :

6
Sebenarnya tidak terhad kepada 7 perkara. Contohnya, apa makna esa pada menghukumkan?
7
Lihat surah Yunus ayat 3.
8
Lihat dalil syara’pada surah 64 : 11, 74 : 56, 76 : 30, 81 : 29, 87 : 6 - 7
11

“Allah yang MENJADIKAN kamu dan apa-apa yang kamu perbuat


(sama ada yang baik ataupun yang jahat)“.9 (As-Soffat 37 : 96)

Menunjukkan bahawa, MUSTAHIL BERBEZA tuhan yang menjadikan


“perbuatan baik/elok“ daripada tuhan yang menjadikan “perbuatan buruk/jahat“.

JANGAN DINAFIKAN KUASA “menjadikan″ pada adat, oleh makhluk

ketika menyebut kalimah Nafi Isbat ُ‫ﻻَ ﺇِﻟَﻪَ ﺇِﻻﱠ ْﷲ‬ seperti kuasa menjadikan rumah,

kerana ianya membatalkan makna esa. (Lihat dan fahamkan terlebih dahulu
penerangan kalimah Nafi Isbat. Secara tidak sedar dan “tanpa niat“ ianya mendakwa
ada “tuhan” selain Allah yang sama tarafnya dengan Allah, yang berkuasa
menjadikan daripada tiada kepada ada. 10

Lihat dalil akalnya yang bermakna ”menafikan sesuatu” iaitu :

”TIADA yang menjadikan kereta A, MELAINKAN B”.

Perkataan itu menunjukkan kita pernah melihat, ada kereta C yang dijadikan
oleh D. Maka menurut hukum adat, SEBENAR-BENARNYA, KITA MEMANG
MENAFIKAN KERETA A DICIPTA OLEH D. Penafian ini juga menunjukkan bahawa,
A, B, C dan D adalah sebanding dan seumpama kerana mempunyai persamaan.
Natijahnya, maksud tersirat ialah kita MENGAKUI bahawa B dan D, telah mencipta

kereta yang berlainan.

Itulah dalil akal yang menunjukkan bahawasanya, jika DINAFIKAN ”TUHAN”

selain Allah, ketika menyebut ُ‫ ﻻَ ﺇِﻟَﻪَ ﺇِﻻﱠ ْﷲ‬secara tidak sedar dan “mungkin tanpa
niat“ TELAH MENGAKUI BAHAWASANYA, ADA TUHAN SELAIN ALLAH. Kalimah
itu sebenar-benarnya meletakkan Allah sama taraf atau sebanding dengan
”tuhan” selain Allah iaitu makhluk ataupun yang diada-adakan oleh hati. Iktikad
seperti itu BUKANLAH IKTIKAD ORANG YANG MENTAUHIDKAN ALLAH.

9
Pada akal dan pada syara‘, semua perbuatan manusia sama ada perbuatan hati seperti berfikir dan berangan-
angan, perbuatan lidah dan perbuatan anggota sama ada yang baik atau jahat, HANYA Allah yang menjadikannya,
10
Lihat 7 makna kalimah ”La” ( َ‫) ◌َ ﻻ‬ dan makna sebenar seperti yang diterangkan oleh hadith Nabi, ketika
melafazkan kalimah tauhid.
12

Natijahnya, maksud tersirat ialah mengakui Allah dan wujud ”tuhan selain
Allah”, yang telah mencipta alam semesta yang berlainan. Menurut hukum akal, ianya
MUSTAHIL kerana membatalkan makna esa. Menurut hukum syara’ pula, ianya
terkeluar dari akidah sebenar.

5.4.2 Makna Esa Pada KEHENDAK (IRADAT)

Menurut hukum akal, TIADA yang menyertai Allah menghendaki kebaikan


atau keburukan kepada sekalian hamba-Nya.11 Tiada zat yang seumpama
kehendaknya dengan kehendak Allah. Jika yang Islam itu dikehendaki-Nya
masuk ke dalam neraka, tiada sesiapa dapat membantahnya. Jika yang kafir itu
dikehendaki-Nya masuk ke dalam syurga, tiada sesiapa yang dapat
menghalangnya.

PADA AKAL, sekalian makhluk adalah `sekali jadi“ maka kehendak Allah
keatas sekalian makhluk adalah `sekali jadi“ yakni tiada kehendak-Nya yang
terdahulu dan tiada yang terkemudian. Kehendak yang datang secara
berperingkat-peringkat itu adalah kehendak makhluk iaitu mustahil bagi Allah pada
akal. Justeru, PADA HAKIKATNYA TELAH JADI KEHENDAK ALLAH PADA
SEKALIAN MAKHLUK YANG SUDAH ZAHIR, SEDANG ZAHIR DAN YANG
AKAN ZAHIR.

Maka JANGAN DINAFIKAN KEHENDAK MAKHLUK, ketika menyebut

kalimah Nafi Isbat ُ‫ﻻَ ﺇِﻟَﻪَ ﺇِﻻﱠ ْﷲ‬ seperti kehendak syaitan yang menyuruh

melakukan kejahatan, atau kehendak Nabi yang inginkan kebaikan, kerana ianya
membatalkan makna esa. Secara tidak sedar, ianya mendakwa, syaitan dan Nabi
itu, kedua-duanya sama taraf, sama pula taraf kedua-duanya dengan Allah,
berkehendak pada menjadikan daripada tiada kepada ada.

11
Ingat semula bahawa, perkataan ini adalah hukum akal, BUKAN hukum syara’. Menurut hukum syara’, HANYA
yang baik-baik yang dikehendaki Allah. Yang tidak baik adalah kehendak manusia. Yang baik-baik akan dimasukkan
ke dalam syurga. Yang jahat-jahat akan dimasukkan ke dalam neraka. Justeru, menurut hukum syara’, sesiapa yang
mengatakan kejahatan itu, kehendak Allah maka hukumnya KAFIR. Dalilnya telah dinyatakan di dalam buku ini.
Lihat semula di dalam surah an-Nahl, ayat 35.
13

5.4.3 Makna Esa Pada MENGETAHUI (ILMU)

Menurut hukum akal, TIADA yang menyertai Allah, mengetahui hal sekalian
hamba-Nya. Tiada zat yang seumpama pengetahuannya dengan
pengetahuan Allah keatas sekalian hamba-Nya.

Pada akal, sekalian makhluk adalah `sekali jadi“, maka pengetahuan Allah
Ta’ala keatas sekalian makhluk adalah `sekali tahu“ yakni pengetahuan Allah
itu tiada yang terdahulu dan tiada yang terkemudian. Pengetahuan yang
datang secara berperingkat-peringkat adalah pengetahuan makhluk iaitu mustahil
bagi Allah.

Justeru PADA HAKIKATNYA, telah diketahui oleh Allah, semua yang


SUDAH berlaku, yang SEDANG berlaku dan yang AKAN berlaku, semua
yang ZAHIR dan yang GHAIB. Jika pengetahuan itu diberikan-Nya kepada orang
kafir, tiada sesiapa dapat membantahnya. Jika pengetahuan itu, di tarik dari dalam
dada orang mukmin, tiada sesiapa yang dapat menahannya.

JANGAN DINAFIKAN PENGETAHUAN MAKHLUK ketika menyebut

kalimah Nafi Isbat ُ‫ﻻَ ﺇِﻟَﻪَ ﺇِﻻﱠ ْﷲ‬, tentang alam ghaib seperti ilmu laduni,12

kerana ianya membatalkan makna esa. Secara tidak sedar, ianya meletakkan
makhluk itu, sama tarafnya, dengan Allah, sama-sama mengetahui, perkara yang
zahir dan perkara yang ghaib.

5.4.4 Makna Esa Pada MENGHIDUPKAN (HAYAT)

Menurut hukum akal, TIADA yang menyertai Allah hidup kekal. Tiada zat
yang seumpama hidupnya dengan hidup Allah. Jika DIA memendekkan umur
semua orang Islam, tiada sesiapa dapat memanjangkannya. Jika DIA
memanjangkan umur semua orang kafir sehingga berjuta-juta tahun, tiada sesiapa
yang dapat memendekkannya.

12
Ilmu laduni ialah anugerah Allah kepada hamba-Nya yang mencapai makam yang sangat tinggi. Ianya semata-mata
perbuatan atau pekerjaan Allah. Bukan sesuatu yang boleh diikhtiarkan. Lihat dan baca kisah kehebatan ilmu
pengetahuan Sayidina Umar yang telah diakui oleh Nabi.
14

JANGAN DINAFIKAN KEHIDUPAN MAKHLUK seperti kehidupan

manusia, ketika menyebut kalimah Nafi Isbat ُ‫ﻻَ ﺇِﻟَﻪَ ﺇِﻻﱠ ْﷲ‬ kerana ianya

membatalkan makna esa dan menghina Allah. Secara tidak sedar, ianya
meletakkan malaikat itu, sama tarafnya, dengan Allah, sama-sama hidup di alam
ghaib.

5.4.5 Makna Esa Pada MENDENGAR (SAMI‘)

Menurut hukum akal, TIADA yang menyertai Allah, mendengar


perkhabaran sekalian makhluknya. Tiada zat yang seumpama pendengarnya
dengan pendengar Allah. Telah di dengar-Nya perkataan semua makhluk,
yang dengan lidah huruf suara dan yang tiada dengan lidah huruf suara,
samada zahir atau ghaib, yang sudah berlalu, yang sedang berlaku dan yang
akan berlaku. Jika diperdengarkan-Nya sesuatu yang baik kepada orang kafir,
tiada sesiapa dapat membantahnya. Jika diperdengarkan-Nya sesuatu yang jahat
kepada orang mukmin, tiada sesiapa dapat menghalang.

PADA AKAL, sekalian makhluk adalah `sekali jadi“ maka pendengar Allah
keatas sekalian makhluk adalah `sekali jadi“ yakni tiada pendengar-Nya yang
terdahulu dan tiada yang terkemudian. Pendengar yang datang secara
berperingkat-peringkat adalah pendengar makhluk iaitu mustahil bagi Allah pada
akal. Justeru, PADA HAKIKATNYA ALLAH TELAH MENDENGAR
PERKATAAN DENGAN LIDAH HURUF SUARA dan YANG TIADA DENGAN
LIDAH HURUF SUARA, SEKALIAN MAKHLUK YANG SUDAH ZAHIR,
SEDANG ZAHIR DAN YANG AKAN ZAHIR.

13
JANGAN dinafikan karomah para sahabat atau suara melalui alat

perakam, ketika menyebut kalimah Nafi Isbat ُ‫ﻻَ ﺇِﻟَﻪَ ﺇِﻻﱠ ْﷲ‬ kerana ianya

membatalkan makna esa dan menghina Allah. Secara tidak sedar, ianya
meletakkan makhluk itu, sama tarafnya, dengan Allah, sama-sama boleh
mendengar suara yang perlahan dan suara yang kuat.

13
Lihat kisah para sahabat ketika bersama-sama solat dengan Nabi Muhammad s.a.w. , mereka mendengar suara
seperti air mendidih daripada dalam dada Nabi. Suara yang didengar adalah anugerah Allah untuk hamba-Nya yang
tertentu. Ianya semata-mata perbuatan atau pekerjaan Allah. Bukan sesuatu yang boleh diikhtiarkan oleh manusia.
15

5.4.6 Makna Esa Pada MELIHAT (BASIR)

Menurut hukum akal, TIADA yang menyertai Allah melihat sekalian


makhluknya. Tiada zat yang seumpama pelihatnya dengan pelihat Allah.

PADA AKAL, sekalian makhluk adalah `sekali jadi“ maka pelihat Allah
keatas sekalian makhluk adalah `sekali jadi“ yakni tiada pelihat-Nya yang
terdahulu dan tiada yang terkemudian. Pelihat yang datang secara
berperingkat-peringkat adalah pelihat makhluk iaitu mustahil bagi Allah pada akal.

Justeru, PADA HAKIKATNYA ALLAH TELAH MELIHAT, SEKALIAN


MAKHLUK YANG ADA RUPA atau WARNA dan YANG TIADA RUPA atau
WARNA YANG SUDAH TERJADI, SEDANG TERJADI DAN YANG AKAN
TERJADI. Jika diperlihatkan-Nya sesuatu yang baik kepada orang kafir, tiada
sesiapa dapat membantahnya. Jika diperlihatkan-Nya sesuatu yang jahat kepada
orang mukmin, tiada sesiapa dapat menghalang.

JANGAN dinafikan pelihat makhluk atau ilmu kasyaf,14 ketika

menyebut kalimah Nafi Isbat ُ‫ﻻَ ﺇِﻟَﻪَ ﺇِﻻﱠ ْﷲ‬ kerana ianya membatalkan makna

esa dan menghina Allah. Secara tidak sedar, ianya meletakkan jin itu, sama
tarafnya, dengan Allah, sama-sama melihat yang ghaib.

5.4.7 Makna Esa Pada PERKATAAN (QALAM)

15
Al-Qur’an ialah kalam Allah yang tiada dengan lidah huruf dan suara.
Mustahil ayat al-Quran bercampur dengan perkataan manusia atau Nabi.

14
Ilmu kasyaf ialah pengetahuan seseorang terhadap sesuatu yang SEDANG berlaku diluar kuasa pelihat manusia.
Allah membuka hijab dan memperlihatkan sesuatu yang sedang berlaku kepada hamba-Nya yang TAKUT. Ilmu
laduni ialah pengetahuan yang dianugerahkan Allah tentang sesuatu yang AKAN berlaku. Lihat kisah Saiyidina Umar
semasa membaca khutbah Jumaat, melihat tentera Islam terkepung di dalam satu peperangan. Sedangkan peperangan
itu jauhnya bertibu batu daripada masjid tempat beliau membaca khutbah. Apa yang disaksikan oleh Saiyidina Umar
itu, semata-mata perbuatan atau pekerjaan Allah. Kedua-duanya BUKAN ilmu yang boleh dipelajari atau
diikhtiarkan, ia semata-mata anugerah Allah.
15
Persoalan tambahan, apakah iktikad kita tentang ayat Qur’an yang kita baca? Bukankah ia dengan bahasa makhluk?
Bukankah ia dengan lidah huruf suara? Jadi apakah yang dimaksudkan dengan perkataan yang tiada dengan lidah
huruf suara? Dalam sejarah Islam, persoalan ini pernah menjadi punca permusuhan dan pembunuhan. Jawapannya
akan diberi pada buku yang seterusnya, insyaAllah.
16

PADA AKAL, sekalian makhluk adalah `sekali jadi“ maka perkataan Allah
yang tiada dengan lidah huruf suara keatas sekalian makhluk adalah `sekali
jadi“ yakni tiada perkataan-Nya yang terdahulu dan tiada yang terkemudian.
Perkataan yang datang secara berperingkat-peringkat adalah perkataan makhluk
iaitu mustahil bagi Allah pada akal.

Justeru, PADA HAKIKATNYA ALLAH TA’ALA TELAH MENGKHABAR-


KAN hal sekalian makhluk-Nya yang zahir dan ghaib dengan perkataan yang
tiada dengan lidah huruf suara. Contoh yang menjadi dalil perkhabaran yang
ghaib di dalam Qur’an ialah kisah semut dan Nabi Sulaiman a.s 16 dan penciptaan
manusia sebelum dilahirkan ke dunia.17

Tiada zat yang seumpama perkataannya dengan perkataan Allah.


Telah dikhabarkan-Nya semua perkara atau kejadian, samada zahir atau
ghaib, yang SUDAH berlalu, yang SEDANG berlaku dan yang AKAN berlaku,
segala-galanya telah dikhabarkan di dalam al-Qur’an.

Jika dikhabarkan-Nya sesuatu peristiwa seperti hari kiamat yang akan


berlaku, ia pasti akan berlaku, tiada sesiapa samada kafir atau Islam yang dapat
menghalangnya daripada terjadi.

JANGAN DINAFIKAN PERKATAAN MAKHLUK seperti sabda Nabi


Muhammad s.a.w tentang kejadian Qiamat yang akan berlaku ketika

menyebut kalimah Nafi Isbat ُ‫ﻻَ ﺇِﻟَﻪَ ﺇِﻻﱠ ْﷲ‬ kerana ianya membatalkan makna

esa dan menghina Allah. Secara tidak sedar, ianya meletakkan jin itu, sama
tarafnya, dengan Allah, sama-sama mengkhabarkan yang ghaib.

Wallohua’lam.

16
Lihat surah an-Naml ayat 18 – 19.
17
Lihat surah Maryam ayat 9.

Anda mungkin juga menyukai