Anda di halaman 1dari 6

Ketahuilah bahawa Allah Taala menjadikan manusia ini terdiri daripada dua suatu

yang berbeza iaitu:

 Jisim yang gelap, tebal, termasuk di bawah kejadian dan kebinasaan (Al-
Kun Wal-Fasad) yang tersusun, bersifat ketanahan yang tidak dapat
melaksanakan urusannya melainkan dengan yang lain.
 Jiwa Jauhari yang tunggal yang bercahaya, mencapai, bertindak lagi
menggerakkan dan menyempurnakan alat-alat (alat-alat dalam badan
manusia baik yang bersifat ruhaniah seperti Ruh Haiwani, Ruh Tobie dan
lain-lain atau bersifat jasmaniah seperti otak dan bahagian-bahagiannya dan
lain-lainnya.

Allah Taala menyusun jasad-jasad dari bahagian-bahagian makanan dan menjaganya


dengan bahagian-bahagian zat makanan yang lebur menyerap ke dalam jasad,
menyediakan asas, menyempurnakan anggota-anggota penting, menentukan
anggota-anggota kaki dan tangan dan melahirkan jauhar jiwa dari urusan yang
tunggal, sempurna menyempurna lagi memberi faedah.

Bukanlah saya(Imam Ghazali) maksudkan 'jiwa' itu kekuatan untuk mendapatkan


makanan;

 bukan kekuatan yang menggerakkan syahwat (Al-Nafsu) dan kemarahan;


 bukan kekuatan yang berada dalam jantung(Al-Kolbu) yang melahirkan
hidup, menimbulkan rasa dan gerak dari jantung kepada seluruh anggota,
kerana kekutan ini dinamakan 'Ruh Haiwani'.

Rasa, gerak, syahwat adalah dari tentera Ruh Haiwani ini.

Kekuatan mendapatkan makanan yang berada dan menguruskan dalam hati(Al-


Kabad) dinamakan 'Ruh Tobie.' Pencernaan dan penolakan adalah daripada sifat-
sifatnya. Kekuatan merupa, melahir, menyubur dan lain-lain kekuatan tobie
semuanya menjadi khadam-khadam bagi jasad dan jasad pula adalah khadam kepada
Ruh Haiwani, kerana jasad menerima kekuatan-kekuatan dari Ruh Haiwani dan
bekerja menurut geraknya.

Sebenarnya yang saya maksudkan dengan 'JIWA' itu ialah JAUHAR YANG
SEMPURNA LAGI TUNGGAL (Al-Jauhar Al-Kamil Al-Mufrad) yang kerjanya
hanya

 mengingat
 menghafaz
 memikir membeza dan
 mengamat-amati; juga
 menerima segala ilmu dan
 tidak jemu-jemu menerima rupa-rupa abstrak yang bersih dari benda.
Jauhar ini adalah ketua segala ruh dan raja. Segala kekuatan semuanya berkhidmat
kepada jauhar ini dan menjunjung perintahnya. Jauhar ini tidak lain tidak bukan dari
JIWA BERAKAL (Al-Nafs An-Naathokoh) yang diberikan berbagai-bagai nama.
Para ahli falsafah menamakan jauhar ini sebagai JIWA BERAKAL(Al-Naf An-
Naathokah).Al-Quran menamakannya sebagai JIWA YANG TENANG(Al-Nafsul
Mutomainnah). Al-Quran juga menamakannya sebagai RUH URUSAN (Al-Ruh Al-
Amri). Ahli Tasauf menamakannya sebagai QALBU(Al-Qalbi). Perbezaan cuma pada
segi nama-nama sahaja tetapi ertinya satu, tidak ada perselisihan. Oleh itu 'QALBU'
dan 'RUH' pada kita juga 'YANG TENANG' semua nama-nama itu adalah bagi 'JIWA
BERAKAL' (Al-Nafs Al-Naathokoh). Jiwa berakal ialah 'Jauhar yang Hidup', 'aktif',
lagi mencapai kalau disebut Ruh Mutlak atau Qalbu. Maksudnya ialah jauhar ini
juga.

Ahli-ahli Tasauf menamakan 'Ruh Haiwani' pula dengan nafsu. Syarak juga
memberikan pengertian yang sama sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W. yang
bermaksud:

"Musuh engkau yang paling ketat ialah nafsu engkau".

Baginda bersabda lagi dengan maksud:

"Nafsu engkau ialah yang terletak di antara dua pihak".

Perkataan nafsu yang dimaksudkan oleh syarak di sini ialah kekuatan 'syahwaaniah'
dan kemarahan kerana kedua-duanya muncul dari jantung yang terletak di antara
dua pihak(dari tubuh manusia).

Bila kamu telah faham dan mengetahui perbezaan nama-nama itu ternyatalah
bahawa para pengkaji memberikan nama yang bermacam-macam terhadap Jauhar
yang bernilai ini dan mengemukakan pendapat-pendapat yang berbeza. Para ahli
Ilmu Kalam yang pandai dalam debat menganggap jiwa itu sebagai suatu jisim dan
menyatakan bahawa ia adalah jisim yang halus sebagai tantangan bagi jisim yang
tebal ini. Mereka hanya melihat perbezaan di antara ruh dan jasad dari segi kehalusan
dan ketebalan sahaja.

Sebahagian dari mereka menganggap ruh sebagi 'aradh. Sebahagian daripada ahli-
ahli kedoktoran cenderung ke arah pendapat ini. Ada pula yang menganggap darah
sebagai ruh.

Mereka semua merasa puas hati dengan pendapat mereka kerana dipengaruhi oleh
kecantikkan pandangan dan mereka 'TIDAK BERUSAHA' mencari bahagian ketiga
sedangkan sebenarnya ada tiga bahagi iaitu Jisim, Aradh dan 'Al-Jauhar-Al-Mufrad'.
Ruh Haiwani ialah jisim yang halus seolah-olah lampu bernyala terletak dalam kaca
jantung. Jantung yang dimaksudkan di sini ialah rangka sanubari yang tergantung
pada dada manusia. Hidup adalah lampu tersebut,

 Darah ialah minyaknya,


 Rasa dan gerak merupakan nurnya,
 Syhwat ialah kepanasannya,
 Kemarahan ialah wapnya,
 Kekuatan mencari makanan yang berada di dalam hati merupakan khadam
atau penjaganya dan wakilnya.

Ruh ini terdapat pada segala binatang. Ruh ini tidak menerima ilmu dan tidak
mengetahi soal yang berhubung dengan alam dan tidak mengetahui hak-hak Pencipta
Alam. Ia hanya merupakan khadam yang terikat. Ia mati bersama dengan matinya
badan. Jika bertambah darah, padam lampu itu kerana bertambah kepanasan dan
sebaliknya jika berkurangan darah, ia akan padam juga kerana bertambah kesejukan.
Padamnya menjadi sebab bagi matinya badan. Tidak ada 'khitob Tuhan' iaitu
(perkataan-perkataan Tuhan yang lazim yang dihadapkan kepada orang-orang
mukallaf berhubung dengan perbuatan-perbuatan mereka) dan tidak ada 'takhlif'
(pemikul tanggungjawab yang diamanahkan dari Allah melalui hukum syarak yang
lima) tuan punya syarak terhadap ruh ini. Kerana inilah segala binatang tidak
termasuk ke dalam makhluk-makluk yang menerima 'khitob' dengan hukum-hukum
syarak.

Manusia sebenarnya 'ditakhlif' dan 'dikhitob' kerana suatu makna yang lain terdapat
padanya sebagai suatu tambahan yang dikhaskan untuknya. Maknanya ialah pada
manusia ada 'JIWA YANG BERAKAL' (Al-Nafs-An-Naatokoh), 'RUH
URUSAN'(Ruhul-Amri) dan 'JIWA YANG TENANG'(Al-Nafsul Muthomainnah).

Ruh ini bukanlah jisim dan bukanlah 'aradh', kerana ia datang dari urusan Allah
Taala sebagaimana firmannya yang bermaksud:

'Katakanlah hai Muhammad bahawa Ruh itu adalah urusan Tuhanku.

(Surah Al-Israk ayat 85)

Allah berfirman lagi yang bermaksud:

'Hai Jiwa yang Tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan redho dan
diredhoi." (Surah Al-Tahrim ayat 12)

Urusan Allah bukanlah berupa jisim dan bukan pula 'aradh', malahan ia adalah suatu
kekuatan 'ILAHIYAH' seperti 'AKAL YANG PERTAMA' (Al-'Aklul-Awal), Luh
dan Qalam. Kekuatan Ilahiyah adalah Jauhar-Jauhar Tunggal yang bukan dari
benda, malah ia merupakan sinar-sinar abstrak yang dapat difahami oleh akal
(Ma'quulah). Bukan boleh dirasa. Apa yang kita sebut sebagai ruh dan Qalbu adalah
dari Jauhar-Jauhar itu. Ia

 tidak rosak
 tidak layu
 tidak binasa
 tidak mati bahkan;
 ia terpisah dari badan dan menantikan perkembaliaan pada hari kiamat

sebagaimana yang dinyatakan dalam syarak dan telah disahkan dalam ilmu-ilmu
'HIKMIAH' (Falsafah) dengan alasan-alasan yang tidak dapat ditolak lagi. Buktinya
yang nyata menunjukkan bahawa 'RUH YANG BERAKAL' bukanlah jisim dan
bukanlah 'aradh, malah ia adalah JAUHAR yang sabit(nyata) lagi kekal tiada binasa.
Di sini rasanya tidak perlu lagi kita menyebut alasan-alasan dan membentangkan
dalil-dalil kerana telah dibuat dan disebut orang. Sesiapa yang mahu
mengesahkannya silalah tatap kitab-kitab yang baik mengenai ilmu ini. Cara kita
memberi huraian dalam risalah ini bukanlah dengan mengemukakan alasan, malah
dengan berpegang pada apa yang telah dialami menerusi 'PENGLIHATAN YANG
YAKIN DAN PENGLIHATAN IMAM.' Allah Taala ada menghubungkan ruh
kepada urusan dan kadang-kadang kepada 'IZAH'Nya(zat yang tiada boleh dicapai
dengan akal dan fikiran) dengan firmanNya yang bermaksud:

'Dan Aku(Allah) tiupkan padanya ruh dariKU' (Surah Al-Hijr ayat 39).

dan firmanNya lagi yang bermaksud:

'Katakanlah (hai Muhammad) bahawa roh itu adalah urusan tuhanku' (Al-
Israk ayat 85)

dan firmanNya lagi yang bermaksud:

'Lalu kami tiupkan padanya dari roh kami.'(Surah Al-Tahrim ayat 12)

Bila roh itu dihubungkan oleh Allah Taala kepada diriNya tentulah ia bukan jisim
atau A'radh kerana rendah tingkat kedua-duanya, selalu berubah-ubah dan cepat
hilang serta akan rosak. Rasulullah S.W.T. bersabda yang bermaksud:

"Roh-roh adalah sebagai tentera yang lengkap"

dan dalam sabda Baginda yang lain lagi Beliau menyatakan:

"Roh para syuhadah terletak dalam bayang-bayang burung-burung hijau."

Begitu juga dengan A'radh tidak kekal selepas hilangnya jauhar kerana A'radh tidak
boleh berdiri dengan zatnya sendiri. Manakala jisim menerima peleburan kembali
sebagaimana asalnya sebelum penyusunan dari benda (Al Madah) dan rupa seperti
yang tersebut dalam kitab-kitab (kitab-kitab falsafah).

Setelah kita mengetahui ayat-ayat, hadis-hadis dan alasan-alasan akal, ketahuilah


kita bahawa ruh itu adalah JAUHAR MUFRAD YANG SEMPURNA (Al-Jauharul
Mufrad Al-Kamil) hidup dengan zatnya, baik dan buruknya agama adalah datang
daripadanya, manakala ruh Tobie dan Ruh Haiwani dan kekuatan badaniah
seluruhnya daripada tentara Jauhar Mufrad Yang Sempurna ini.
Jauhar ini menerima rupa-rupa maklumat dan hakikat maujudah (sesuatu yang
wujud di alam ini) dengan tidak diganggui oleh ain-ain dan peribadinya kerana jiwa
berkuasa mengetahui hakikat manusia tanpa melihat peribadi (manusia) itu sendiri;
begitu juga ia mengetahui malaikat dan syaitan-syaitan dengan tidak perlu melihat
peribadi-peribadi mereka. Ini adalah kerana kedua-dua jenis makhluk itu tiada dapat
dicapai oleh deria-deria kebanyakan orang.

Satu golongan ahli tasauf berkata bahawa ' Qalbu ' mempunyai dua mata, serupa juga
dengan dua mata bagi jasad ini. Jasad dapat melihat benda-benda yang zahir dengan
mata-mata zahir dan Qalbu melihat hakikat dengan mata akal. Rasulullah S.W.T.
bersabda yang bermaksud:

'Tiada ada seorang hambapun melainkan Qalbunya mestilah mempunyai dua mata.'

Dengan kedua-dua mata ini dapatlah dicapai apa yang ghaib. Bila Allah Taala hendak
memberikan kebaikan kepada hambanya, ia bukakan dua mata Qalbunya supaya
dapat melihat sesuatu yang ghaib dari pemandangan mata lahirnya. Roh ini tidaklah
mati dengan matinya badan kerana Allah Taala menyerunya supaya kembali
kepadaNya dengan firmanNya yang bermaksud:

'Kembalilah kepada Tuhanmua' (Surah Al Fajr Ayat 28).

Sebenarnya ruh ini hanya bercerai dan berpaling dari badan. Oleh kerana berpaling
ini maka kakulah segala yang bersangkut dengan kekuatan-kekuatan Haiwaniah dan
Tabii'yah. Maka diamlah yang bergerak itu dan dikatakan kepada yang diam itu, ialah
MATI.

Ahli-ahli Thorikat atau ahli Tasauf lebih banyak berpegang pada roh dan Qalbu dari
berpegang pada peribadi. Apabila roh itu dari urusan Allah Taala, maka beradanya
dalam badan adalah sebagai orang dagang. Mukanya mengarah pada asalnya dan
tempat datangnya. Ia dapat mengambil faedah-faedah dari pihak asalnya lebih
banyak dari apa yang ia dapat dari pihak peribadi bila ruh itu kuat dan tidak dikotori
oleh kekotoran-kekotoran tabiat.

Bila anda mengetahui ruh adalah Jauhar Mufrad dan mengetahui pula jasad
memerlukan ruang dan A'Radh maka selain dari ini tidak ada lagi melainkan Jauhar.
Ketahuilah bahawa Jauhar ini tidak menempati pada sesuatu tempat dan tidak
mendiami pada sesuatu ruang. Bukanlah badan adalah ruang bagi ruh dan bukan
pula tempat bagi Qalbu malahan badan adalah alat ruh, alat Qalbu dan kenderaan
jiwa. Zat ruh sendiri tidak bersambung dengan bahagian-bahagian badan dan tidak
berpisah daripadanya bahkan ia menhadap kepada badan, memberi faedah dan
melimpah kepadanya.

Mula-mula lahir nur ruh pada otak kerana otak tempat kenyataan yang khas.

 Pada bahagian depannya ia menjadi penjaga


 Pada bahagian tengahnya ia menjadi menteri dan pentadbir
 Pada bahagian belakangnya ia menjadi perbendaharaan. Ahli
perbendaharaan dan seluruh bahagian manjadi kakitangan dan kenderaan
 Roh Haiwani menjadi khadam
 Roh Tobie menjadi wakil
 Badan menjadi kenderaan
 Dunia menjadi medan
 Hayat menjadi barang (modal)
 Gerak menjadi perniagaan
 Ilmu menjadi keuntungan
 Hari akhirat menjadi matlamat dan tempat pulang
 Syarak menjadi jalan dan cara
 Terhadap jiwa pendorong kejahatan (nafsu Amarah) menjadi penjaga dan
pemerhati
 Terhadap jiwa pengkritik (nafsu Lawamah) ia menjadi penyedar.
 Pancaindera menjadi pengikut-pengikut dan pembantu.
 Agama menjadi penghalang
 Akal menjadi mahaguru
 Rasa pancaindera menjadi murid
 Ar-Robh (Allah) menjadi pemerhati

Jiwa dengan sifat-sifat ini bersama dengan alat-alat ini tidak mengarah kepada
peribadi yang tebal ini dan tidak berhubung dengan zatnya, malahan ia mengarah
kepada Tuhannya dan Tuhannya memerintahkannya supaya mengambil
kesempatan mendapatkan sesuatu yang berguna hingga kepada satu tempoh yang
tertentu.

Oleh itu ruh tidaklah menumpukan pemerhatian ke arah memikirkan yang lain
dalam masa perjalanan (hidup di atas dunia) ini, melainkan berusaha mencari ilmu
untuk menjadi perhiasan di dalam negeri akhirat. Ini adalah kerana perhiasan harta
dan anak-anak adalah perhiasan hidup di dunia sahaja sebagaimana mata
menumpukan pemerhatian ke arah mendengar suara-suara, lidah siap sedia untuk
menyusun kata-kata, Ruh Haiwani tunduk kepada keenakkan marah, Ruh Tobie
cintakan kelazatam makan dan minum, maka ruh yang tenang (AL-Ruh Al-
Muthomainnah) ertinya Qalbu tidak menghendaki apa-apa selain daripada ilmu dan
tidak gemarkan sesuatupun selain daripada ilmu. Ia belajar dan belajar sepanjang
usianya. Ia menghiasi dirinya dengan ilmu dalam seluruh zaman hingga waktu
bercerainya dari badan. Jika ia menerima sesuatu yang lain daripada ilmu, maka
penerimaannya ini cuma untuk kepentingan badan, bukan untuk kepentingan
dirinya dan kecintaan asalnya. Bila anda telah mengetahui hal ehwal ruh,
kekalannya yang berterusan, kecintaannya dan pemerhatiannya kepada ilmu maka
patutlah anda mengetahui pula tentang jenis-jenis ilmu.

Anda mungkin juga menyukai