Anda di halaman 1dari 25

TA D A B B U R

SURAH AL-MULK
——

AYAT 22 - 23
AYAT 22

AYAT.

Maka adakah orang yang berjalan tersungkur di


TERJEMAHAN.
atas mukanya boleh mendapat hidayah – atau
orang yang berjalan tegak melalui jalan yang
lurus rata?
PENERANGAN AYAT

Maknanya, orang yang berjalan begitu tidak boleh lihat di hadapannya. Ini
adalah orang yang semasa hidupnya tidak memandang Al-Qur ’an sebagai
pedoman hidupnya maka Allah balas di akhirat nanti tidak melihat di
hadapannya.

Ada huruf ‫ َفـ‬dalam perkataan ‫ َأ َفـ َمـ ْن‬itu. Ianya digunakan sebagai menunjukkan
bahawa ini adalah sebagai konklusi perbincangan sebelum ini. Setelah diberikan
segala hujah dan disuruh manusia melihat segala bukti yang ada, maka apakah
balasan yang manusia akan terima?
SAMB...
Mereka akan diberikan dua pilihan: sama ada mengikuti jalan kebenaran atau jalan kesesatan. Mana satu yang
mereka hendak pilih? Kepada mereka yang mengikut jalan kesesatan semasa di dunia, di akhirat nanti mereka
akan berjalan menggunakan muka mereka.
SAMB...
Perkataan ‫ ُمـ ِكـ بًّـ ا‬bermaksud ‘diterbalikkan’. Macam kalau kita masak roti canai, selepas satu
bahagian telah masak, kita akan terbalikkan roti canai untuk masak bahagian yang lagi satu
pula. Begitulah nanti manusia akan diterbalikkan di akhirat kelak. Semasa mereka di dunia,
muka mereka berada di atas, tapi di akhirat nanti muka mereka akan tersembam di tanah.

Bolehkah Allah membuat manusia berjalan dengan mukanya? Bagaimanakah Allah


memperjalankan manusia dengan mukanya? Ini tidak menghairankan kerana Allah boleh
memperjalankan ular yang tidak mempunyai kaki, apakah Allah tidak boleh menjalankan
manusia menggunakan mukanya?
SAMB...
Maka, kita tidak pasti bagaimanakah nanti Allah akan memperjalankan mereka dengan muka mereka, tapi kita
tahu bahawa Allah mampu untuk buat apa sahaja. Kita mungkin tidak boleh bayangkan, tapi terimalah dengan
bulat hati bahawa ianya akan terjadi.
PENERANGAN AYAT

Allah memberi perbandingan antara orang kafir dan orang mukmin. Adakah
orang yang berjalan atas mukanya itu lebih terpimpin? Allah tidak menjawab di
sini, tapi dalam sambungan ayat seterusnya, Allah mengatakan bahawa
bandingannya adalah orang yang berada di atas jalan yang lurus.

Maka, ini bermaksud orang yang berjalan atas mukanya itu bukanlah orang
yang terpimpin. Allah tidak beri jawapan terus kerana Allah hendak kita
menggunakan akal kita; inilah tema surah ini yang suruh kita berfikir sendiri.
PENERANGAN AYAT

Bandingkan orang yang berjalan atas mukanya


dengan orang yang berjalan tegak dengan dua
kaki? Perkataan ‫ســ ِـوـ يًّـ ا‬
‫ َـ‬bermaksud yang tegak,
lurus yang sama rata. Tidak bengkang
bengkok. Adakah sama dengan orang yang
sebelum ini?
PENERANGAN AYAT

Mereka ini seumpama orang yang berjalan di atas jalan raya, iaitu jalan yang
jelas kalau dibandingkan dengan orang yang berjalan mukanya dalam lumpur.
Mereka inilah yang mengambil agama mereka dari sumber yang jelas dan sahih
– Al-Qur ’an dan sunnah.

Maka, dua jenis golongan ini adalah sama seperti tema Surah Mulk ini: golongan
yang benar dan golongan yang salah. Mereka akan diberikan pilihan dan pilihan
mereka itu akan menentukan nasib mereka di akhirat kelak. Jadi, jalan manakah
yang kita hendak pilih? Jalan selamat atau jalan yang sesat? Nak jalan tegak
atau jalan atas muka?
SAMB...

Untuk lebih memahami ayat ini, kita perlu lihat ayat selepasnya ini nanti. Allah telah memberikan
pendengaran, penglihatan dan hati kepada manusia. Itulah sumber pancaindera kita untuk
membuat keputusan. Kita akan dengar, lihat dan kita akan nilai.

Tapi bukan itulah sahaja pancaindera kita. Kita juga ada deria rasa, sentuh dan sebagainya. Tapi
deria-deria lain itu tidak digunakan oleh Allah dalam surah ini kerana deria-deria itu bukan
digunakan untuk membuat keputusan dalam agama. Tapi mereka yang buat pilihan dalam agama
berdasarkan kepada deria selain pendengaran, penglihatan dan hati, maka mereka akan
terjerumus ke dalam lembah kehinaan.
SAMB...

Sebagai contoh, lihatlah seekor anjing yang Begitulah manusi a yang hanya menggunakan
mencari makanan. Bukankah anjing itu akan deria mereka dengan cara yang salah. Mereka
meletakkan mukanya ke tanah sahaja akan hanya fikirkan tentang perut mereka
semasa mencari makan? Anjing itu akan sahaja. Mereka fikir nak makan sahaja.
menggunakan deria hidunya dan rasanya Mereka akan buat keputusan berdasarkan apa
untuk mencari makanan – mana makanan yang mereka akan dapat di dunia sahaja dan
yang dia boleh makan atau tidak. Dia tidak apakah yang boleh memenuhkan perut mereka.
kisahkan pendengaran dan penglihatannya
lagi.
SAMB...
Maka, kerana itu ada mufti yang akan buat keputusan agama atas arahan
pemerintah, kerana kalau mereka lawan, mereka akan diturunkan pangkat dan
mereka hilang punca pendapatan.

Ada juga ustaz dan guru agama yang sanggup mengatakan sesuatu amalan bidaah
itu baik dalam agama kerana amalan bidaah itulah yang memberi punca
pendapatan kepada mereka. Kalau mereka kata salah, maka mereka hilang punca
pendapatan.
AYAT 23

AYAT.

Katakanlah (wahai Muhammad): “Allah yang


TERJEMAHAN.
menciptakan kamu (dari tiada kepada ada),
dan mengadakan bagi kamu pendengaran
dan penglihatan serta hati (untuk kamu
bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu
bersyukur”.
PENERANGAN AYAT

Apabila Allah suruh Nabi Muhammad yang memberitahu kepada mereka, ini
menunjukkan betapa Allah amat marah dan murka dengan mereka. Sampaikan Allah
tidak mahu lagi bercakap terus dengan mereka.

Kalau kita pun, kalau marah sangat dengan seseorang sampaikan ada ketikanya
nak bercakap dengan dia pun kita tak mahu. Kita akan gunakan perantaraan untuk
menyampaikan apa yang kita hendak cakap.

Keduanya, ini menunjukkan kepentingan Nabi Muhammad dalam menyampaikan


dakwah. Nabi Muhammad bukanlah calang-calang manusia. Baginda telah diberikan
tugas menyampaikan mesej dari Allah.
SAMB...
Dan Nabi mempunyai cara dakwah yang paling berhemah. Sememangnya lebih baik untuk seorang
manusia sendiri yang bercakap dengan manusia lainnya. Kerana umat lebih senang terima. Kalaulah
Allah turunkan malaikat untuk menyampaikan dakwah kepada manusia, manusia tentu akan ada
alasan untuk tidak mengikutinya, kerana mereka kata mereka tidak sama dengan para malaikat itu.

Lihatlah rahmat Allah. Walaupun Allah telah murka, dan tidak mahu berkata-kata secara terus dengan
orang kafir, tapi Allah masih lagi mengambil jalan untuk menyampaikan peringatan kepada mereka.
Allah tidak membiarkan terus. Begitulah sayangnya Allah kepada makhlukNya.
PENERANGAN AYAT

Allah yang menjadikan kita daripada tiada kepada ada. Dulunya, kita pun
tak pernah disebut lagi sebab tidak wujud lagi.

Perkataan ‫ـشـ َأ‬


‫ َأ ن ْـ َـ‬bukan sahaja bermaksud menjadikan sahaja tapi ia juga
ada maksud tambahan: iaitu menjadikan dan membangunkan makhluk itu.
Dari kecil sampai jadi besar. Dari sikit sampai jadi banyak. Allahlah yang
melakukannya.
PENERANGAN AYAT

Ayat ini menunjukkan bahawa ugama ini boleh kita dapat dengan
cara dengar. Maka gunakanlah ia.

Allah menyebut ‘pendengaran’ sebelum penglihatan kerana ianya


lebih penting daripada penglihatan untuk mendapatkan ilmu
pengetahuan. Ini kita boleh bandingkan antara orang yang cacat
pendengaran dan orang yang cacat penglihatan. Mereka yang
cacat penglihatan lebih berakal dari orang yang cacat
pendengaran. Kerana maklumat lebih banyak masuk dari telinga
dan kerana itu kalau ada masalah pendengaran, maka akan
susah untuk mendapat ilmu pengetahuan.
SAMB...
Lagi satu, dalam banyak-banyak deria, deria pendengaran tidak berhenti dari berfungsi.
Sebab itu, walaupun seseorang itu tidur, kalau bunyi bising, dia boleh terjaga lagi kerana
pendengarannya berfungsi. Kalau mata, kita boleh tutup lagi sampai tidak dapat
terangnya cahaya.

Sebab itu, dalam ayat al-Kahfi:11, apabila Allah hendak menidurkan pemuda-pemuda
Gua itu, Allah menutup pendengaran mereka supaya mereka boleh tidur lama.
PENERANGAN AYAT

Ilmu agama boleh juga didapati dengan cara lihat. Lihatlah kebenaran yang ada di
hadapan mata kita. Perhatikan dengan pandangan mata hati.

Allah menyebut pendengaran menggunakan ayat yang melambangkan ianya satu sahaja
(singular) tetapi kepada penglihatan dalam bentuk jamak (plural) kerana hanya ada satu
pendengaran tapi penglihatan ada banyak.

Setiap orang mempunyai penglihatan yang berbeza-beza. Kita boleh pilih bahagian mana
yang nak lihat dan kita boleh larikan pandangan kita dari sesuatu yang kita tidak mahu
lihat. Kerana kita boleh kawal penglihatan kita. Kita boleh alihkan pandangan atau kita
tutup mata kita.
PENERANGAN AYAT

Dan agama boleh juga didapati dengan cara fikir dengan


hati. Iaitu dengan memikirkan kejadian alam ini yang
akhirnya akan membawa kita kepada satu keputusan
bahawa tentunya ada Tuhan yang menjadikan alam ini.

Allahlah yang telah memberikan akal fikiran kepada kita.


Maka, hendaklah kita menggunakan akal fikiran kita
untuk mendapatkan kebenaran. Tema surah Mulk ini
memang menyuruh kita menggunakan pemikiran kita
yang jelas untuk mendapatkan kebenaran.
SAMB...

Perkataan ‫ اـلْـ َأ ْفـ ِئ َدـ ة َـ‬adalah jamak bagi perkataan Ketiga-tiga perkara atau pancaindera inilah
‘fuaad‘. Ianya bukan hanya bermaksud ‘hati’ yang menjadikan kita unik. Tiga perkara
kerana kalau hati sahaja, perkataan qalb akan inilah yang menjadikan kita sebagai
digunakan. Fuaad bermaksud hati yang manusia. Memang ada lagi pancaindera lain
sedang bekerja dan ada emosi. Dari hati dalam tubuh badan manusia, tapi ianya
sebeginilah akan ada keputusan yang dicapai tidaklah sepenting tiga perkara ini. Maka,
oleh manusia. Ianya dalam bentuk jamak kita sepatutnya menggunakan ketiga-tiga
kerana hati manusia mempunyai emosi yang kurniaan Allah ini untuk membuat keputusan
lain antara seorang dan seorang yang lain. yang baik.
PENERANGAN AYAT

Ta pi wa l a u p u n ma n u s ia t e l a h d i b e ri ka n d e ng a n se g a l a k e p e rl u a n
me re k a u n t u k b e rf i ki r, k e b a n y ak a n d a r i ma n u s ia t id a k b e rs y uk u r.
Me re k a t i d ak me n g g u n a k a n s eg a la k e l e b ih a n y a n g Al l a h b e ri ka n
i t u u n t u k me n g e n a l Al la h . Ke r a n a ka l a u k it a b e rsy u k u r d e n g a n
s e su a t u , t e n t u la h k it a gu n a ka n n y a , b u k a n ?

Pe rk a t a a n ‫ َـقــ ِـلـ يـلـًا‬b e rma k su d se d i k it s a n g a t s a mp ai k a n b o le h


d i ka t a k a n t i d a k a d a l a n g s u n g . I a n ya le b i h s e d ik it d ar i ‘s e d ik i t ’.
Ke ra n a k a la u ‘ s e d ik i t ’ s a h a j a , p e rk a t a a n q a ll a d i g u n a k a n .
Ma ks u d n y a me re k a ya n g d i ma k su d k a n d a l a m a y a t i n i, h a mp i r-
h a mp ir t id a k b e r sy u k u r d e n g a n s e g a l a pe mb e ri an A ll a h . K a la u a da
p u n , i a n ya s e d i ki t s a n g a t sa mp a i k an t id a k la ya k u n t u k d ik i ra .
SAMB...
Padahal Allah juga pernah mengatakan jikalau kita bersyukur, Allah akan tambah nikmat
kepada kita. Janganlah kita tidak bersyukur dengan nikmat Allah. Kenanglah selalu banyak
sekali nikmat yang Allah telah berikan kepada kita.

Syukur itu perlu dirasa oleh hati, disebut dengan mulut dan dilakukan oleh badan kita.
Jikalau kita bersyukur, kita perlu jelaskan dalam perbuatan kita dengan melakukan suruhan
Allah. Yang paling utama sekali adalah dengan melakukan ibadat solat. Kerana dalam
sunnah, semuanya percuma. Kerana kita tidak boleh ambil upah dalam perkara ibadat.
Malah dalam mengajar agama pun kena percuma.
SAMB...
Maknanya, syukur itu bukanlah dengan hanya sebut ‘alhamdulillah’, ‘alhamdulillah’
sahaja, tapi kenalah ditunjukkan dengan perbuatan kita. Iaitu kita hendaklah akur
dengan segala arahan Allah dan meninggalkan larangannya.
WALLA HU’ A LAM
——

Anda mungkin juga menyukai