Anda di halaman 1dari 6

BAB 1 : Sunnatullah di alam ini.

Seboleh-boleh dah tak mahu sebut sangat banyak-banyak perkataan Arab macam
ni. Tapi nampaknya terpaksa juga kali dimulakan dengan satu tajuk yang agak
berbunyi Arab. Memang perkataan Arab pun.
Tapi perlu sangat ke kita guna perkataan arab macam ni?
Masalahnya bukan perlu atau tak perlu. Tapi kita kena mulakan juga buku ini
dengan perkataan sunnatullah ni.
Sebab? Sebab tak ada perkataan lain yang dapat menepati maknanya. Itulah
kehebatan istilah dan kata-kata al-Quran !

Barakah kalimah Quran !


Quran sangat hebat. Quran bukan kata-kata manusia. Quran kata-kata pencipta
manusia dan pencipta segala yang wujud. Jika Ia sangat hebat, maka begitulah
kata-katanya. Oleh kerana tidak kata-kata Allah yang masih kekal selain dari Al-
Quran, maka seboleh-bolehnya kita mahu melekat dengan Al-Quran. Kita mahu
melekat dengan bahasa Al-Quran dan istilah Al-Quran.

Bahasa Arab bukan hebat kerana bahasanya, tetapi hebat kerana Allah
memilihnya menjadi bahasa Al-Quran. Bahasa Arab telah wujud sejak beribu-ribu
tahun. Tidak ada apa yang hebatnya. Hingga turunlah Al-Quran. Akhirnya bahasa
Arab dan orang Arab sendiri menjadi hebat kerana adanya Quran.
Oleh itu dalam buku ini kita seboleh-bolehnya menggunakan istilah yang
digunakan dan dipilih oleh Allah dalam Al-Quran. Allah tak akan pilih satu-satu
istilah melainkan itulah istilah yang paling tepat. Kalau ada istilah lain yang lebih
tepat, nescaya Allah pilih perkataan tersebut.

Oleh itu kita cuba sedaya upaya untuk guna istilah dari Al-Quran. Mula-mula
mungkin kita akan keliru dan mungkin juga akan terkomfius dengan istilah
melayu kadangkalanya. Sebabnya.. kadangkala banyak perkataan melayu yang
diambil dari bahasa Arab atau dari Al-Quran, tetapi orang melayu
menggunakannya dengan makna yang lain. Oleh itu bila kita baca Quran, kita
kadangkala silap faham. Banyak perkataan macam tu. Nanti dalam bab-bab akan
datang kita akan jumpa banyak lagi.
Kita cuba betulkan perkara ni. Kita gunakan perkataan dari Quran dengan ertinya
yang betul. Insya Allah lama-kelamaan bila kita telah faham dan faham, kita akan
dapat faham Al-Quran dengan baik. Kalau kita dah faham istilah dan term quran,
maka kita akan dapat faham Quran.
Kemudian juga, bila kita gunakan bahasa dan term Quran, kita dapat berkat dari
kata-kata tu. Kata-kata manusia tak tentu lagi betul ke tidaknya. Kata-kata Allah
sudah mestinya betul.

Sunnatullah dalam Quran.


Sebab tu tajuk ni kita gunakan perkataan sunnatullah. Mungkin ada orang kata
maknanya ketentuan dan peraturan Allah. Kita tak tahu tepat ke tidaknya. Kita
akan sama-sama lihat dalam perbincangan bab ni.
Kita mulakan buku ni dengan tajuk ni. Kenapa? Dah habis ke penghujung nanti
tahulah kenapa faham sunnatullah ni sangat penting.
Allah sebut term ni berkali-kali dalam Quran. Berapa kali? Saper tahu.......? Ada
saper-saper boleh cakap? JAWABNYA: 6 kali.
(23)

Isra:77
Ahzab:38
Ahzab:62
Fatir:43
Ghafir:85
Fath:23
Kerana ada 6 kali disebut ni, mesti ada sebab yang besar. Kalau tidak Allah tak
akan ulangkan term ni berkali-kali. Bila Allah sebut dan ulang-ulangkan sesuatu
perkara, mesti perkara tu penting dan perlu difahami oleh kita sungguh-sungguh.
Oleh itu, apa maksudnya sunnatullah sebenarnya?

Langit bumi untuk kitalah!


Bila Allah ciptakan alam ini, segalanya dengan hikmah. Tidak ada yang sia-sia.
Allah ciptakan alam ini sebelum manusia. Berapa lama antara ciptaan alam
dengan ciptaan manusia? Wallahu alam. Tanyalah ahli geologi, mereka pun
sebutlah entah berapa billion tahun. Pandailah mereka ni tetapi hakikatnya
mereka pun tak tahu dengan tepat.

Tanya pula ahli arkeologi, pandailah mereka sebut juta-juta tahun ini dan itu. Tapi
mereka main agak-agak juga kan?

Tanya ahli sejarah serupa juga. Tanya ahli falaq, lebih kurang juga. Semua main
sebut jer. Semua pakai dzon jer.

Yang penting, alam ni memang diciptakan sebelum manusia. Semasa hendak


diciptakan manusia, Allah menyebutkan: Aku mahu jadikan khalifah di atas bumi !
(2:30)
Ertinya, bumi telah ada sebelum Adam. Kalau tidak mana Allah sebutkan bumi.
Malaikat semua pula bila Allah sebutkan perkara tu, mereka bertanya: Ya Allah,
Engkau akan jadikan perosak dan penumpah darah pula atas bumi tu? (2:30)
Ertinya dah ada makhluk sebelum manusia di atas bumi ni sebelum Adam. Siapa
mereka? Jawabnya JIN.

Kemudian bila Allah mahu ciptakan manusia dari tanah, Allah suruh malaikat
ambil tanah dari banyak tempat atas bumi ni. Macam-macam jenis tanah yang di
ambil. Tanah putih, hitam, kelabu, merah dan lain-lain. Dari situlah lahirnya anak
Adam pelbagai warna dan pelbagai ragam.(Hadis riwayat Ahmad)
Yang penting di sini ialah bumi dah ada sebelum manusia.

Allah memang ciptakan dunia dan alam ni untuk manusia dan jin. Untuk manusia
dan jin sahaja. Bukan untuk malaikat. Malaikat tak perlukan dunia ni. Malaikat tak
makan dan tak minum. Malaikat bukan nak naik kenderaan dan nak seronok.
Malaikat tak nak tengok TV dan dengar radio dan MP3 player ! Malaikat bukan nak
pakai Levis dan Nike !
Kerana tu dunia dan alam ni diciptakan.

Kalau sepasang suami isteri yang susah nak dapat anak. Tiba-tiba nak dapat
anak. Maka segala benda disediakan awal-awal lagi. Botol susu, kain lampin,
buaian, kelambu baby dan entah apa lagi. Semuanya tak sabar nak sambut.
Padahal anak entah lahir hidup ke tidaknya.

Manusia disediakan siap sebelum dijadikan. Allah ciptakan manusia dengan penuh
penghormatan. Di suruh malaikat sujud lagi. Diletakkan di dalam syurga pulak.
Diberi kebenaran makan apa saja yang nak.(2:35) Dijadikan pasangan pula
supaya tidak kesik. Supaya ada teman hilangkan sunyi(4:1).

Ready semua sebelum digugurkan.


Bila Adam a.s dicampakkan ke dunia, segala benda telah ada di bumi. Air, udara,
tanah, pokok, binatang, logam dan semuanya. Bermulalah hidup baru Adam dan
Hawwa. Mereka pun mengorak langkah memulakan hidup dengan akal yang
diberikan oleh Allah.

Itulah besarnya manusia. Penghormatan, persiapan dan semua benda terpaksa


tunduk kepada manusia. Lembu bukan tidak kuat kan? Manusia dengan gajah
jangan di tanya saper yang lebih kuat. Begitu juga dengan segala benda yang
banyak di atas dunia ni. Tapi semua benda terpaksa akur kepada manusia.
Bukan benda hidup sahaja. Semua benda.

Lihat lagi pada logam. Allah dah siapkan logam dalam bijihnya. Manusia cari dan
gali, jumpa. Dah tu.. macamana nak gunakan logam? Mesti dilebur dulu. Guna
api. Berapa suhu nak leburkan?
Orang zaman dulu kala, mereka tak tahu berapa suhu nak cairkan besi. Yang
mereka tahu, mereka panaskan besi tu, lama-lama besi tu cair atau lembut. Bila
dah lembut, boleh dibentuk jadi kapak, keris, lembing atau cangkul atau apa saja.

Sampailah satu zaman bila dah ada jangka suhu. Dah tahu pasal ukuran suhu.
Barulah tahu suhu 4210 darjah celcius titanium akan lebur. Besi akan lebur pada
. Timah akan cair pada. Akhirnya dibuatlah buku dan diajar kepada orang
lain.

Begitu juga benih. Manusia letak biji, tiba-tiba tumbuh. Bila letakkan baja, tiba-
tiba pokok jadi subur. Kalau tak ada air, pokok moyok. Kalau buat begini, buah
jadi banyak. Kalau begitu, jadi entah apa-apa lagi. Manusia melihat.. memerhati
pattern ni. Corak ni diingat dan diberitahu kepada orang lain. Orang yang datang
kemudian dapat belajar. Jadilah satu ilmu lagi ilmu pertanian.

Allah ciptakan.. manusia hanya cari dan jumpa !


Oleh kerana manusia ada akal, manusia perhati, tengok dan buat kesimpulan.
Kesimpulan-kesimpulan ni lama kelamaan jadi banyak dan banyak. Ia ditulis. Di
jadikan buku, dicetak dan dijadikan ilmu. Mereka buka tempat belajar. Lahir
universiti. Universiti berkembang makin besar, banyak fakulti dan jabatan.

Tapi akhirnya manusia hilang dan sesat dalam fakulti dan jabatan. Apa
maksudnya?
Mereka akhirnya lupa siapa yang tetapkan segala benda jadi tetap. Kalau tak ada
suatu yang tetap nescaya tak akan ada universiti. Kalau air tidak tetap suhu
menggelegaknya pada 100 darjah, bagaimana guru akan memberitahu
pelajarnya?

Kalau semua benda tidak tetap, ertinya tiada buku dan ilmu. Semua orang kena
test sendiri apa yang akan jadi pada apa yang dibuat.
Bukan ker dunia akan huru hara?
(kena banyakkan contoh kat sini camner co-writer?)

Oleh itulah bila Allah ciptakan alam ni untuk manusia, Dia tidak biarkan alam ni
begitu jer. Tapi Allah tetapkan satu sistem yang tetap supaya manusia dapat
hidup dengan mudah. Undang-undang yang tetap ni akan tetap, tidak berubah
dari dulu sampailah ke masa yang Dia izinkan. Ini supaya manusia tidak perlu
pening. Manusia hanya perlu perhati sedikit, fikir dan buat kesimpulan setelah
eksperimen. Kalau belum tentu 100%, maka namakan dia teori. Kalau dah
komfem 100%, maka namakan dia undang-undang, law atau apa saja. So ada di
sana macam-macam law.

Jadi, itulah sains. Kerana itu, sains ada teori dan dan law.
Jadi bukankah sains tu adalah ketetapan Allah.? Sains bukan ketetapan manusia.
Manusia hanya mencari dan menjumpai. Ketetapan tu dah ada. Allah yang
tetapkan. Oleh itu, manusia tak hebat kerana jumpa. Allah yang hebat kerana
ciptakan!

Ketetapan Allah pada alam ini itulah sebenarnya yang dikatakan SUNNATULLAH.

The concept "law of science" is an inheritance from the earliest days of science
when it was believed that the universe operated in the way it did because God
established natural laws which dictated how things should act. Of course,
everything but humans followed these laws, and so the movement of objects
could be accurately predicted simply by coming to better understand the laws
created by God. In this way, science in its infancy was very close to theology
http://atheism.about.com/library/FAQs/evo/blfaq_sci_law.htm
BAB 2 : Sains sosial dan sains tulin
Sejak dari kecil kita biasa di tanya: apa cita-cita kamu bila besar nanti?
Wahkita mesti menjawab dengan semangatnya: nak jadi doktor, nak jadi
enggineer, nak jadi pilot, nak jadi jururawat, nak jadi polis.. atau kalau lebih
moden lagi nak jadi artis AF..!

Ada ke budak kecil nak jadi menteri, peguam, politikus, negarawan atau pembela
hak asasi manusia ke? Ada ke budak kecil fikir nak jadi pejuang sesuatu ideologi
atau pegangan? Tentu tak ada. Kalau ada tu memang pelik. Kenapa?

Mudah.. doktor mudah dilihat. Enggineer mudah dilihat dan sering disebut.
Arkitek semua orang tahu sebab lihat bangunan dan langskap. Pilot sebab semua
orang lihat kapalterbang dan budak-budak sekarang semua dah naik
kapalterbang. Paling kurang AirAsia masa promosi RM10. Kalau artis lagilah boleh
dilihat setiap hari dalam TV dan majallah. Disanjung dan dipuji oleh ibu ayah ayah
atau abang kakak. Kawan-kawan di sekolah rendah pun semua bercerita pasal
kehebatan artis.

Tapi negarawan, politikus, peguam jarang diketengahkan. Aktiviti dan apa yang
mereka buat sukar difahami oleh kanak-kanak.

Otak kita. Terpecah !


Allah jadikan otak kita secara fizikalnya terbahagi kepada dua bahagian; otak
kanan dan otak kiri.

Kenapa?

Tugas keduanya berbeza. Fungsi bagi setiap kiri dan kanan adalah berbeza. Otak
kiri melakukan fungsi yang berada dalam kategori sama. Begitu juga kanan.
Otak Kiri Otak Kanan
Logical Random
Sequential Intuitive
Rational Holistic
Analytical Synthesizing
Objective Subjective
Looks at Looks at
parts wholes
Right Side vs. Left Side

Each side of the brain has its own unique and special abilities. The right side of the
brain is intuitive, while the left side of the brain is logical.

Left side Right side


processes: processes:
Speech
Analysis Creativity
Time Patterns
Spatial
Sequence Awareness

Context
It Recognizes: It Recognizes:

Letters Faces
Numbers Places

Words Objects

Kenapa yer begitu?

Kerana manusia dalam hidupnya ada dua perkara tu yang berlaku. Oleh tu kita
terpaksa ada dua alat yang berlainan untuk kenalpasti dan mengendalikan kedua
kategori yang berbeza tu.

Bukan ke dalam hidup kita ada benda yang tepat dan fakta? Ada juga perkara
yang tidak fakta dan tepat bahkan bergantung kepada perasaan dan emosi.

Bila kita melihat jam pada dinding, kita boleh memberitahu dengan tepat pukul
berapakah jam tersebut. Bila kita melihat warna, kita boleh menyatakan apakah
warna bunga dan langit (kecualilah kita memang buta warna !).

Tetapi bagaimanakah kita mendefinisikan cantik dan huduh? Bagaimana kita


mendefinisikan menarik atau tidak? Bagaimana kita boleh mengenali jalan ke
rumah seseorang yang tidak mempunyai no jalan dan no rumah? Bagaimana kita
mengenali muka seseorang?

Suatu yang abtsrak !

Melihat jam dan number, kita menggunakan otak kiri. Tetapi bila kita mengolah
sesuatu untuk mengatakan cantik atau tidak, kita menggunakan otak kanan.
Mengenali muka dan tempat, kita menggunakan proses otak kanan.

Siapakah yang telah menentukan fungsi kepada otak tersebut? Tentulah Allah.
Manusia tidak mampu menukar gantikan fungsi tersebut. Itu adalah satu
ketetapan.

Anda mungkin juga menyukai