Anda di halaman 1dari 1

CADANGAN

Ssepanjang saya melaksanakan program PPGB ini saya telah mendapati beberapa
penambaikkan yang dapat dilaksanakan. Pemerhatian,penerangan, taklimat dan soal jawab
bersama pegawai PPD berkenaan program ini amat membantu saya dalam penyediaan fail
ini. Pertama, taklimat yang diberikan oleh pihak sekolah sedikit lewat menyebabkan saya
agak kalut untuk menyiapkan segala dokumen berkaitan fail ini yang sepatutnya dilakukan
dan direkodkan pada hari pertama saya melaporkan diri. Kelewatan yang berlaku boleh
menyebabkan maklumat yang agak banyak yang telah terlepas mungkin mengalami sedikit
perubahan atau tidak tepat.

Kedua, segala kertas,borang, dan buku panduan mengenai buku program ini juga
sedikit lewat dan kurang penerangan yang jelas pada waktu saya diarahkan untuk
melaksanakan program ini menyebabkan proses penyediaan dan perekodan maklumat agak
kelam kabut.

Taklimat kepada mentor yang tidak mempunyai apa-apa maklumat mengeai program
ini juga menyebabkan kurang jelas perkara yang perlu dilakukan oleh mentor untuk program
ini. Namun, mentor saya telah cuba membimbing dengan seluruh aspek yang beliau mampu
bagi memastikan setiap perkara yang akan dinilai bertepatan dengan perkara yang dibimbing.

Selain itu, portal atau satu laman web yang kursus untuk guru baharu juga wajar
dilaksanakan bagi memberi panduan dan bimbingan yang mudah. Segala maklumat yang
cepat dan penting boleh dilaksanakan dengan berkesan. Guru-guru baharu juga mampu untuk
berkongi maklumat dan menyediakan satu pentas atau medium untuk mereka bertukar
pendapat dan maklumat.

Anda mungkin juga menyukai