Anda di halaman 1dari 26

TAJUK KAJIAN

KAEDAH JALUR BERWARNA MENINGKATKAN KEKEMASAN TULISAN

NAMA PENYELIDIK

WAN MOHAMED ASYRAF BIN WAN AZMI

NAMA INSTITUSI :

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU

0
1.0 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan

Dalam standard kandungan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (2012), kemahiran


menulis merupakan kemahiran yang ketiga selepas kemahiran lisan dan kemahiran membaca.
Murid-murid akan menjalani pentaksiran melalui sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah
bagi setiap kemahiran bahasa, seni bahasa tatabahasa yang dipelajari, termasuklah kemahiran
menulis. Berdasarkan kepada perkara yang ditekankan dalam Kurikulum Standard Sekolah
Rendah, kemahiran menulis ialah satu kemahiran yang sangat penting dan perlu dikuasai
murid. Bersesuaian dengan kajian yang dilaksanakan ini, kemahiran menulis terutamanya
dalam aspek kekemasan tulisan perlu diberikan penekanan bagi meningkatkan prestasi murid
dalam permasalahan yang berlaku.

Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat serta
mengeluarkan idea berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi melalui
pelbagai jenis penulisan kreatif dan bukan kreatif. Penekanan dalam kemahiran menulis ialah
terhadap penggunaan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul. Namun disebalik
aspek-aspek yang yang ditekankan tadi, ramai guru yang mengabaikan aspek kekemasan
tulisan, walhal kekemasan tulisan juga adalah merupakan satu aspek yang sama penting
dengan aspek-aspek tadi.

Roselan Baki (2003) pula berpendapat, menghasilkan penulisan merupakan suatu proses
yang kompleks. Oleh sebab itu, penulisan perlulah dilaksanakan mengikut tahap-tahapnya
secara sistematis. Suhaimi Yunus (2009) pula menyatakan bahawa kemahiran menulis dilihat
begitu penting dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu kerana kemahiran
menulis ini mesti dikuasai oleh murid-murid untuk menduduki peperiksaan bertulis. Ejaan
adalah proses memilih serta mengadun lambang-lambang untuk melahirkan bunyi-bunyi
perkataan secara lisan atau bertulis.

Menurut Noorazman Mahat (2009), murid perlu mahir menulis kerana hampir semua
kertas peperiksaan di negara ini memerlukan murid menjawab dalam bentuk tulisan dan ada
juga yang memerlukan jawapan yang panjang lebar dalam bentuk ayat. Murid yang tidak

1
menguasai kemahiran menulis dengan baik sering menghadapi masalah untuk menjawab
soalan. Lantaran itu, kemahiran menulis ejaan yang betul juga sangat penting kerana
kesilapan ejaan juga dapat mengurang jumlah markah. Selain itu, penguasaan yang lemah
dalam kemahiran menulis oleh murid-murid juga akan menyukarkan para pemeriksa untuk
membaca jawapan yang ditulis dalam kertas soalan.

Secara keseluruhannya, aspek kekemasan tulisan juga ialah aspek yang sama penting
dengan aspek-aspek lain dalam kemahiran menulis, tetapi sering diambil mudah oleh para
guru. Aspek ini perlu diutamakan oleh para guru terutamya bagi murid Tahun 1 dan Tahun 2.
Hal ini kerana, jika kekemasan tulisan tidak diberi perhatian, dikhuatiri muri-murid akan
terus-menerus menulis dengan tidak kemas sehingga mereka menuju ke Tahun 4, Tahun 5
dan Tahun 6. Oleh itu, murid-murid memerlukan satu teknik yang sesuai dan betul untuk
memperbaiki tulisan dan meningkatkan kualiti kekemasan tulisan mereka supaya tulisan
mereka kelihatan kemas dan senang dibaca oleh guru atau pemeriksa.

2
1.2 Refleksi pengajaran dan pembelajaran

Pada semester ini, saya telah menjalankan praktikum di Sekolah Kebangsaan Sri Kelana,
Kelana Jaya, Selangor. Saya diminta mengajar Tahun 2 Kejora. Taraf sosioekonomi murid di
sekolah ini kebanyakannya sederhana. Saya berasa gembira dan bersyukur kerana murid-
murid yang saya ajar tidak menimbulkan sebarang masalah yang boleh mengganggu proses
pengajaran dan pembelajaran saya. Sepanjang menjalankan praktikum di sini, saya
mendapati pelbagai masalah yang timbul dalam kalangan murid Tahun 2, terutamanya dalam
aspek kekemasan tulisan. Saya mendapati murid-murid tidak dapat menulis dengan kemas
semasa kemahiran menulis dijalankan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Melayu.

Oleh yang demikian, melalui pengalaman serta pemerhatian, saya mendapati murid-
murid dalam kelas ini tidak dapat menguasai kemahiran menulis dengan baik, terutamanya
dalam aspek kekemasan tulisan. Hasil temu bual yang telah dijalankan dengan guru yang
mengajar Tahun 2 Kejora itu pula telah mengukuhkan lagi pemerhatian saya kerana guru
tersebut mengakui bahawa murid-murid Tahun 2 Kejora tersebut memang lemah dalam
aspek kekemasan tulisan. Mereka telah dilatih menggunakan buku garis tigam namun
masalah yang sama masih tetap berulang.

Saya merasakan bahawa masalah ini dapat diselesaikan kerana setiap murid boleh
membuat perubahan. Saya juga berpendapat bahawa mereka menjadi lemah kerana mereka
memerlukan pendekatan dan kaedah yang terbaik serta sesuai bagi memudahkan mereka
menulis dengan betul dan kemas. Justeru, saya mengambil inisiatif untuk menjalankan kajian
tindakan terhadap masalah yang dihadapi oleh murid Tahun 2 Kejora ini. Saya akan
melaksanakan kaedah jalur berwarna bagi memudahkan murid-murid memperbaiki
kekemasan tulisan dalam penulisan mereka. Masalah ini perlu diatasi segera bagi
membolehkan mereka menulis karangan, membuat ayat dan menjawab soalan dengan tulisan
yang kemas dan betul. Selain itu, mereka juga dapat mengaplikasikan kaedah ini pada masa
akan datang.

3
Saya juga telah membuat keputusan untuk menggunakan kaedah jalur berwarna kepada
murid-murid tersebut. Kita telah sedia maklum bahawa murid-murid akan lebih tertarik
dengan kepelbagaian warna. Justeru, murid akan lebih mudah untuk mengingat sesuatu
perkara yang ringkas, mudah dan menarik serta serasi dengan jiwa mereka.

4
1.3 Refleksi nilai pendidikan

Salah satu masalah yang dihadapi oleh murid dalam kemahiran menulis ialah dari segi
kekemasan tulisan. Perkara ini tidak boleh dipandang mudah oleh guru. Penggunaan pelbagai
teknik pengajaran yang bersesuaian dengan kemahiran yang diajar dapat menghadirkan rasa
seronok kepada murid. Penggunaan teknik yang sesuai dapat membantu murid menguasai
dengan baik kemahiran-kemahiran bahasa, khususnya kemahiran menulis dengan kemas
sebagaimana yang dijelaskan dalam salah satu objektif pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Melayu Sekolah Rendah. Antaranya ialah menulis secara mekanis pelbagai perkataan, frasa
dan ayat yang mengandungi perkataan dua atau lebih suku kata, diftong, vokal berganding,
digraf dan konsonan bergabung dengan betul serta tulisan yang kemas dan cantik.

Kemahiran menulis ialah salah satu elemen bahasa yang penting bagi menggalakkan
murid berfikir, seperti mana yang dihasratkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Isi hati
murid dapat diluahkan dalam pelbagai bentuk penulisan. Hasil daripada pembacaan
membuktikan bahawa kemahiran menulis merupakan kemahiran bahasa yang penting yang
harus dikuasai oleh murid. Menurut Yahya Othman (2005), kemahiran ini perlu dikuasai dan
begitu ditekankan dalam pendidikan bahasa di sekolah. Penguasaan kemahiran ini perlu
dikuasai secara formal di dalam bilik darjah dengan menekankan pada aspek asas penulisan
pada peringkat sekolah rendah serta penulisan yang melibatkan pemikiran aras tinggi.
Menurutnya juga, penguasaan menulis dapat membantu pelajar berbahasa dengan lebih baik.
Penulisan memerlukan ketelitian terutama pada peringkat pramenulis dan tulisan mekanis.

Oleh yang demikian, pengkaji berasa perlu untuk melakukan sesuatu bagi memperbaiki
masalah kekemasan tulisan yang dihadapi oleh murid. Selain itu, langkah ini juga akan
membantu pengkaji mempertingkatkan amalam pengajaran di dalam bilik darjah.
Penggunaan kaedah jalur berwarna merupakan salah satu nilai tambah yang besar dan juga
nilai pendidikan yang tepat. Kaedah ini akan membolehkan murid menulis huruf, perkataan
dan ayat dengan kemas dan membantu murid menguasai kemahiran menulis itu dengan lebih
baik. Murid akan dapat mempraktikkan penguasaan mereka dalam penulisan khususnya
dalam aspek kekemasan tulisan.

5
2.0 FOKUS KAJIAN/ISU KEPERIHATINAN

2.1 Isu kajian


Berdasarkan isu kajian dalam bahagian ini, saya akan mengutarakan fokus kajian yang
akan dilaksanakan. Fokus yang dibincangkan merupakan isu-isu kajian yang menyebabkan
saya memilih tajuk itu sebagai kajian. Selain itu, bahagian ini juga ada menerangkan tentang
tinjauan literatur iaitu kajian-kajian yang telah dijalankan terdahulu untuk menyokong kajian
tindakan yang dijalankan ini. Antara masalah yang dihadapi oleh murid-murid ialah mereka
tidak dapat mengenal pasti nilai yang terdapat dalam petikan dan menyatakan contoh serta
huraiannya.

2.2 Tinjauan masalah


Setelah dua minggu mengajar subjek Bahasa Melayu di kelas Tahun 2 Kejora, saya
mendapati bahawa kebanyakan murid dalam kelas ini mengalami masalah tulisan yang tidak
kemas dan cakar ayam. Perkara ini saya dapati berdasarkan penyemakan lembaran-lembaran
kerja, buku tulis dan buku aktiviti yang dihantar oleh murid-murid kepada saya. Pada
pendapat saya, situasi ini berlaku disebabkan murid-murid tidak didedahkan dengan teknik-
teknik atau strategi penulisan yang betul sejak awal lagi.

2.3 Analisis masalah


Kajian ini difokuskan kepada murid Tahun 2 Kejora di Sekolah Kebangsaan Sri Kelana.
Saya telah menganalisis masalah yang dihadapi oleh mereka melalui pemerhatian dan
semakan buku latihan selepas mereka menjalankan aktiviti menulis. Bukti-bukti ini
mengukuhkan lagi pemerhatian saya bahawa mereka memang mempunyai masalah dalam
kekemasan tulisan. Saya dapat mengkategorikan mereka dalam kumpulan murid yang
sederhana dalam kekemasan tulisan. Berdasarkan tulisan yang tidak kemas, saya agak sukar
membaca dan menyemak lembaran kerja dan buku tulis murid-murid.

Tinjauan awal saya mendapati segelintir murid memegang pensel dengan salah. Menurut
Levine (1987), cara memegang alat tulis akan mempengaruh bentuk tulisan yang dihasilkan
oleh murid. Kelemahan pada motor halus menyebabkan kanak-kanak menghadapi kesukaran

6
memegang pensel. Selain itu, saya juga mendapati postur badan segelintir murd kurang
sesuai ketika menulis menyebabkan murid tidak dapat menghasilkan tulisan yang kemas dan
teratur. Beberapa kesilapan semasa peringkat pramenulis telah mempengaruhi kekemasan
tulisan. Walaupun begitu, kelemahan murid dalam peringkat tulisan mekanis adalah
penyebab utama kepada rendahnya tahap kekemasan tulisan murid. Murid tidak dapat
mengagak skala saiz untuk huruf kecil dan huruf besar semasa menulis. Selain itu, tulisan
murid yang kadang-kala condong juga menyebabkan kekemasan tulisan murid tidak
memuaskan.

Oleh yang demikian, saya berasa bertanggungjawab untuk tampil membantu murid-murid
yang menghadapi masalah dalam aspek kekemasan tulisan ini. Saya telah membuat
pengumpulan data awal yang dilaksanakan melalui pemerhatian ketika menjalani praktikum.
Saya juga menemu ramah murid yang menghadapi masalah untuk menulis dengan kemas ini.
Saya akan menjalankan satu ujian pra untuk mengesan masalah yang dihadapi oleh murid
ketika menulis. Seramai 10 orang murid telah dikenal pasti dan telah dijadikan sebagai
responden untuk kajian yang saya jalankan ini.

Saya berpendapat masalah yang dihadapi oleh murid-murid berkenaan akan dapat diatasi.
Sememangnya masalah ini akan terus melanda murid-murid sekiranya seseorang guru itu
tidak berusaha untuk mengatasinya. Kaedah yang sesuai perlulah dijalankan supaya masalah
murid-murid berkenaan dapat diatasi selepas kajian ini selesai dilaksanakan. Perkara yang
penting ialah guru perlu kreatif ke arah mencari pelbagai langkah yang sesuai untuk
dilaksanakan demi kepentingan pencapaian murid-murid di dalam peperiksaan.

Berdasarkan pemerhatian, terbukti bahawa murid-murid Tahun 2 Kejora mempunyai


masalah aspek kekemasan tulisan. Saya merasakan bahawa kaedah jalur berwarna
merupakan cara yang terbaik bagi meningkatkan tahap kekemasan tulisan murid.

7
3.0 LITERATUR KAJIAN

Tinjauan ini adalah berdasarkan hasil dapatan sumber-sumber yang diperolehi oleh
pengkaji yang terdahulu. Kajian ini pernah dijalankan oleh Zalaika binti Mohd Ali daripada
Sekolah Kebangsaan Mawar Biru pada tahun 2012. Pengkaji telah menjalankan penyelidikan
yang bertajuk “Penggunaan Kombinasi Kaedah Dalam Memperbaiki Kekemasan Tulisan
Murid Tahun 5”. Dalam penyelidikannya, beliau telah memfokuskan tentang kekaburan
murid mengenai saiz huruf besar dan huruf kecil dan tanda baca. Beliau telah menjalankan
kajian ke atas seorang responden yang mengalami masalah tersebut.

Responden tersebut mempunyai tulisan yang agak bersar berbanding murid-murid yang
lain. Tulisan yang agak besar ini menyebabkan hasil kerja responden tersebut menjadi tidak
kemas. Kesan pensel yang terlalu kuat ditekan juga menyebabkan tulisan responden tersebut
nampak comot. Jadi, pengkaji telah menggunakan teknik yang dipilih sebanyak lapan kali.
Beliau telah merangka satu jadual bagi melicinkan teknik yang telah dirancang. Antara
tindakan yang dibuat ialah menulis huruf menggunakan buku garis tiga dan warna, menulis
ayat menggunakan garis tiga, menulis wacana menggunakan garis tiga, menjawab soalan
dengan menggunakan lembaran kerja yang mengandungi garis tiga dan menulis ayat
menggunakan baris satu. Hasil dapatan kajian tersebut mendapati responden tersebut
menunjukkan perubahan dalam saiz dan kekemasan tulisannya. Kadar kesalahannya juga
semakin berkurangan.

Berdasarkan kajian-kajian lain, antaranya dijalankan oleh Mohammad Azzizat bin


Abdillah pada tahun 2012. Pengkaji telah menjalankan kajian di Sekolah Kebangsaan Tukul
Besi. Tajuk kajian beliau ialah “Penggunaan Set Garisan Berkembar Secara Berperingkat
Dalam Memperbaiki Kekemasan Tulisan Murid Tahun Empat”. Objektif kajian beliau ialah
untuk memperbaiki kekemasan tulisan murid Tahun 4 Beta dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu menggunakan set garisan berkembar secara berperingkat. Selain itu, kajian ini juga
bertujuan untuk menambah baik amalan pengkaji dalam sesi pengajaran dan pembelajaran
melalui penggunaan set garisan berkembar secara berperingkat dalam membantu murid
Tahun 4 Beta mengatasi masalah menulis ayat dengan tidak kemas dan cantik.

8
Beliau berpendapat murid haruslah melakukan aktiviti ataupun latihan penulisan secara
berperingkat ataupun secara sistematik. Jika murid belum menguasai sepenuhnya sesuatu
tahap ataupun peringkat latihan ataupun aktiviti penulisan, maka murid tersebut haruslah
menguasai tahap kemahiran tersebut terlebih dahulu sebelum bergerak ke tahap seterusnya.
Beliau telah menggunakan garis empat pada permulaan kaedahnya untuk murid menulis,
kemudian ditukarkan kepada garis tiga dan garis dua. Hasilnya, Kekemasan tulisan
responden sangat baik apabila menulis di atas garisan berkembar empat pada peringkat
pertama tindakan. Pengunaan set garisan berkembar secara berperingkat berjaya
membantunya dalam memperbaiki kekemasan tulisannya.

Di samping itu, terdapat juga kajian lain yang dijalankan oleh Faizal bin Latip pada tahun
2012. Beliau telah menjalankan kajian di Sekolah Kebangsaan Makmur Jaya, Kuching,
Sarawak. Tajuk kajian beliau ialah “Teknik Menulis Huruf Dengan Betul Meningkatkan
Kekemasan Tulisan Murid Pemulihan”. Beliau telah melaksanakan beberapa langkah dalam
kaedah yang dipilih. Antaranya, menyambung huruf garisan putus-putus, menulis huruf
dengan betul mengikut nombor, menulis huruf di atas garisam garis tiga, menulis perkataan
di atas garisan garis tiga dan menulis ayat di atas garisan garis tiga.

Hasilnya, hasil penulisan responden kajian dalam lembaran kerja garisan berkembar tiga
menampakkan kesan yang amat positif pada tulisan. Responden berupaya menulis huruf
dengan betul dan kemas semenjak pelaksanaan tindakan yang pertama lagi sehingga ke
pelaksanaan tindakan yang keempat. Responden juga merasa lebih yakin menulis apabila
mengetahui teknik menulis huruf yang sepatutnya. Selain itu, responden juga berasa seronok
membuat latihan menggunakan kaedah ini dan lebih bersemangat menyiapkan latihan
menulis yang diberi.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, ransangan terhadap semua deria boleh
memberikan kesan yang sangat mendalam dalam ingatan murid. Hal ini disebabkan oleh
pancaindera melengkapi kekurangan dan mengukuhkan penanggapan sesuatu pancaindera
yang lain. Maka, alat-alat yang menggunakan pelbagai pancaindera akan lebih mendatangkan
kesan. Menurut Jensen (2000), sebanyak 80 hingga 90 peratus maklumat yang diserap oleh

9
otak adalah dalam bentuk visual. Maka, warna dan bentuk menjadi asas yang mempengaruhi
perhatian murid.

Menurut Choong Lean Keow (2008), beliau menyatakan bahawa Ivan Pavlov telah
melakukan satu eksperimen yang menggunakan konsep pelaziman klasik. Perkara ini telah
dibuktikan melalui eksperimen Ivan Pavlov yang telah melatih anjing mengeluarkan air liur.
Hasil eksperimen beliau telah mengasaskan teori behaviouris dalam bidang psikologi yang
merupakan rujukan asas konsep pelaziman klasik pada masa kini. Pelaziman dikenali sebagai
pelaziman Ransangan (R) – Gerak balas (G) di mana satu ransangan menimbulkan satu gerak
balas secara refleksif. Jadi, saya akan menggunakan kaedah pelaziman atau pengulangan
semasa menggunakan kaedah jalur berwarna saya semasa menjalankan kajian nanti. Saya
berharap teori yang menggunakan kaedah pengulangan ini dapat saya jadikan sebagai
rujukan untuk saya aplikasikan dalam kaedah jalur berwarna nanti.

10
4.0 OBJEKTIF KAJIAN/SOALAN KAJIAN

4.1 Objektif Umum


1. Kajian ini bertujuan untuk membantu murid menguasai kemahiran menulis dalam
kalangan murid Tahun 2 Kejora.

4.2 Objektif Khusus


1. Memperbaiki kekemasan tulisan murid Tahun 2 Kejora dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu menggunakan kaedah jalur berwarna.
2. Menambah baik amalan pengajaran dan pembelajaran saya dalam membantu murid
Tahun 2 Kejora memperbaiki kekemasan tulisan melalui kaedah jalur berwarna dalam
penulisan mata pelajaran Bahasa Melayu.

4.3 Soalan Kajian


Kajian ini cuba menjawab persoalan-persoalan yang berikut :
1. Adakah penggunaan kaedah jalur berwarna ini dapat membantu murid memperbaiki
kekemasan tulisan?
2. Bagaimanakah kaedah jalur berwarna dapat membantu murid memperbaiki mutu
kekemasan tulisannya?

11
5.0 KUMPULAN SASARAN
Pelaksanaan kajian tindakan ini melibatkan 10 orang murid Tahun 2 Kejora di Sekolah
Kebangsaan Sri Kelana dengan mengambil kira batasan-batasan berikut :
A. Mencakupi masalah kekemasan tulisan semasa menulis perkataan dan ayat dalam
kalangan murid-murid.
B. Dijalankan sepanjang tempoh praktikum.

Murid-murid yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada sepuluh orang murid, iaitu
enam orang murid lelaki dan empat orang murid perempuan. Berikut merupakan maklumat
responden :

Bil Nama Jantina Bangsa


1. Ahmad Danish Mustakim b. Yusrizal Lelaki Melayu
2. Alif Farhan b. Adli Lutfi Lelaki Melayu
3. Muhammad Adam b. Shafiq Lelaki Melayu
4. Muhammad Aiman b. Mohd Khusaiffie Lelaki Melayu
5. Nazir b. Ahmad Nasba Lelaki Melayu
6. Nur Adana Aisyah bt. Alias Perempuan Melayu
7. Nur Aneesa Suhana bt. Arizad Perempuan Melayu
8. Nur Dini Qistina bt. Shaharudin Perempuan Melayu
9. Siti Durratul Sofia bt. Shahrizal Perempuan Melayu
10. Wan Ziyad Durrani b. Wan Faizal Lelaki Melayu

12
6.0 PELAKSANAAN KAJIAN
Kajian tindakan yang akan dijalankan adalah berpandukan kepada model penyelidikan
Tindakan Lewin (1946) dan Laidlaw (1992).

KITARAN 2 Refleksi awal pengajaran


dan pembelajaran.

-Tinjauan awal

Proses refleksi berlaku Mencadangkan


selepas pengajaran dan teknik yang akan
pembelajaran, selepas digunakan
tindakan dan sepanjang
kajian dijalankan.

KITARAN 1

-Memperkenalkan teknik
- Membuat analisis jalur berwarna
melalui ujian pra
dan pasca. -Latihan menulia huruf,
- Hasil analisis suku kata, perkataan dan
berdasarkan hasil ayat berdasarkan teknik
temu bual jakur berwarna

Rajah 1: Model Penyelidikan Tindakan Kurt Lewin (1946) dan Laidlaw (1992)

13
Model Penyelidikan Tindakan Lewin (1946) & Laidlaw (1992) akan digunakan dalam
pelaksanaan kajian tindakan. Terdapat empat peringkat dalam lingkaran model ini iaitu
peringkat refelksi iaitu peringkat permulaan, diikuti dengan peringkat kedua iaitu
perancangan tindakan. Seterusnya, peringkat ketiga iaitu peringkat pelaksanaan tindakan dan
peringkat terakhir ialah peringkat mengumpul data. Lingkaran berkenaan boleh berulang ke
lingkaran kedua, ketiga atau seterusnya sehingga masalah dapat diselesaikan sepenuhnya.

6.1 Perancangan Langkah-Langkah Tindakan

Bil Aktiviti Tarikh


1. Mengenal pasti masalah 11.3.2013
2 Menentukan objektif/soalan kajian 13.3.2013
3. Menemubual guru kelas 14.3.2013 dan
19.3.2013
4. Menjalankan ujian pra 18.3.2013
5. Menulis kertas cadangan kajian tindakan 19.3.2013
6. Merancang tindakan 20.3.2013
7. Menghantar kertas cadangan kajian tindakan 4.4.2013
8. Melaksanakan tindakan 1.4.2013
9. Menganalisis tindakan
10. Membuat refleksi
11. Menulis laporan kajian
12. Pembentangan hasil analisis kajian tindakan
13. Pembentangan penulisan kajian tindakan (pertama)
14 Pembentangan penulisan kajian tindakan (kedua)
15. Semakan penulisan kajian tindakan
16. Penyediaan power point untuk pembentangan
17. Penghantaran power point untuk pembentangan
18. Pembentangan kajian tindakan

14
19. Penghantaran penulisan kajian tindakan untuk pentaksiran
20. Penghantaran Laporan Penulisan Penyelidikan Tindakan

6.2 Perancangan Cara Mengumpul data

Langkah dan Cara Kumpulan Tujuan


Tarikh Mengumpul Sasaran
Data
Langkah 1  Pemerhatian  Semua murid Mengkaji masalah yang timbul
Tahun 2 Kejora ketika sesi pengajaran
pembelajaran berlangsung.
Langkah 2  Tinjauan awal  10 orang murid Pemilihan masalah dan subjek
Tahun 2 Kejora kajian untuk Penyelidikan
dipilih kerana Tindakan.
mempunyai
masalah dari segi
kekemasan
tulisan
Langkah 2  Temu bual  Guru Bahasa Menemu bual bagi mengenal
Malaysia pasti masalah yang dihadapi oleh
murid-murid dan mengenal pasti
10 orang murid.
Langkah 3  Ujian pra  10 orang murid Ujian pra secara bertulis
Tahun 2 Kejora diberikan bagi menguatkan lagi
bukti menunjukkan 10 orang
murid ini mempunyai masalah
dalam kekemasan tulisan.
Langkah 4  Soal selidik  10 orang murid Borang soal selidik diberikan
Tahun 2 Kejora kepada murid bagi menegenal
pasti kesediaan murid untuk

15
menjadi responden kajian dan
mengetahui pendapat murid
tentang subjek Bahasa Melayu.
Langkah 5  Ujian pasca  10 orang murid Ujian pasca secara bertulis akan
Tahun 2 Kejora dijalankan bagi mengetahui
tahap penguasaan murid dalam
aspek kekemasan tulisan
berdasarkan intervensi yang
teah dijalankan.

6.3 Perancangan Cara Menganalisis Data


Bagi mengumpulkan data-data untuk kajian tindakan ini, saya menggunakan lima cara
iaitu temu bual, pemerhatian, soal selidik, ujian pra dan ujian pasca sewaktu aktiviti
pengajaran dan juga melalui semakan buku latihan. Cara yang digunakan ialah :

a) Pemerhatian
Sikap murid dilihat secara tidak langsung sewaktu aktiviti pengajaran dan
pembelajaran berlangsung.

b) Temu bual
Beberapa soalan ditanya kepada responden yang terlibat untuk mengenal pasti
keberkesanan teknik jalur berwarna terhadap minat dan mutu kekemasan tulisan
murid.

c) Ujian pra
Teknik imlak digunakan untuk ujian pra secara bertulsi ini bagi mengenal pasti
masalah yang dihadapi oleh murid dalam sapek kekemasan tulisan

16
d) Ujian pasca
Ujian ini dijalankan bagi menilai sejauh mana tahap penguasaan murid dalam aspek
kekemasan tulisan berdasarkan intervensi yang digunakan.

e) Soal selidik
Beberapa borang soal selidik akan diberikan kepada murid untuk diisi. Tujuan borang
ini diberi adalah bagi mengenal pasti latar belakang murid dan menilai sejauh mana
pencapaian dan persepsi murid terhadap mata pelajaran Bahasa Malaysia.

17
7.0 PERANCANGAN PELAKSANAAN PENYELIDIKAN TINDAKAN

7.1 Jadual Pelaksanaan Penyelidikan Tindakan

Bil Aktiviti Tarikh


1. Mengenal pasti masalah 11.3.2013
2. Menentukan objektif/ soalan kajian 13.3.2013
3. Merancang tindakan 20.3.2013
4. Melaksanakan tindakan 1.4.2013
5. Menganalisis tindakan
6. Membuat refleksi
7. Menulis laporan kajian
8. Pembentangan Penyelidikan Tindakan

7.2 Kos kajian

Bil Jenis Bahan Kuantiti Harga Seunit Jumlah


(RM) Harga (RM)
1. Kertas A4 80 gram 1 Rim RM 9.00 RM 9.00
2. Easy Ink (hitam) 2 botol RM 10.00 RM 20.00
3. Easy Ink (warna) 2 botol RM 10.00 RM 20.00
4. Hadiah murid 10 set RM 2.00 RM 20.00
5. Fotostat Bahan dan Laporan RM 30.00
Kajian Tindakan
6. Barangan am RM 25.00
Jumlah Keseluruhan (RM) RM 124.00

18
8.0 SENARAI RUJUKAN

Chua Yan Piaw. (2011). Kaedah Penyelidikan Edisi Kedua : Mc Graw Hill Education.

Rosinah Edinin. (2011). Penyelidikan Tindakan-Kajian dan Penulisan. Kuala Lumpur:


Freemind Horizons Sdn. Bhd.

Zalaika binti Mohd Ali (2012) Penggunaan Kombinasi Kaedah Dalam Memperbaiki
Kekemasan Tulisan Murid Tahun Lima, Penerbit Institit Pendidikan Guru Kampus
Batu Lintang kucing:Sarawak.

Mohammad Azizzat Bin Abdillah.(2012)Penggunaan Set Garisan Berkembar Secara


Berperingkat Dalam Memperbaiki Kekemasan Tulisan Murid Tahun Empat, Penerbit
Institit Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang Kucing:Sarawak.

Mohammad Faizal Bin Latip(2012)Teknik Menulis Huruf Dengan Betul Meningkatkan


Kekemasan Tulisan Murid Pemulihan, Penerbit Institut Pendidikan Guru Kampus Batu
Lintang kucing:Sarawak.

Dokumen Standard.(2012) Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Bahasa Malaysia

Sekolah Kebangsaan Tahap 1. Kementerian Pelajaan Malaysia : Putrajaya

Noorazman Mahat. (2009). Panduan menulis karangan. (atas talian) diperoleh daripada
http://karanganbagus.blogspot.com.

Yahya Othman. (2005). Trend dalam Pengajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: PTS
Professional Publishing Sdn. Bhd.

Levine, M. D. (1987). Developmental variation and learning disorders. Cambridge,


Massachusetts: Educators Publishing Service, Inc.

19
Jensen, E. (2000). Brain-Based Learning: The New Science of Teaching and Training (Ed.
Semakan semula). San Diego, USA: The Brain Store.

Chow Fook Meng, Jaizah Mahamud. (2012). Kajian Tindakan : Konsep dan Amalan dalam
Pengajaran. Punchong, Selangor Darul Ehsan : Penertbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Roselan Baki. (2003). Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Shah Alam:
Karisma Publications Sdn. Bhd.

Suhaimi Yunus. (2009). Permasalahan pembelajaran penulisan Bahasa Melayu dalam


kalangan murid Orang Asli. Projek Master Sains. Fakulti Pengajian Pendidikan,
Universiti Putra Malaysia.

Choong Lean Keow (2009). Murid dan Alam Belajar. Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

20
9.0 LAMPIRAN

9.1 Borang temu bual

BORANG CATATAN TEMU BUAL SUBJEK

Tarikh :
Masa :
Tempat :

Beberapa soalan yang diajukan kepada subjek untuk mengenal pasti masalah yang
dihadapi.

1) Adakah anda berminat dengan mata pelajaran bahasa melayu?


2) Apakah pendapat awak tentang tulisan yang telah dihasilkan oleh awak?

21
BORANG CATATAN TEMU BUAL DENGAN GURU BAHASA MELAYU

Tarikh :
Masa :
Tempat :

Beberapa soalan yang diajukan kepada guru Bahasa Melayu:

1) Adakah kebanyakan murid berminat dengan mata pelajaran bahasa melayu?


2) Bagaimanakah pencapaian murid dalam mata pelajaran bahasa melayu penulisan?
3) Sejauh manakah tahap kekemasan tulisan murid Tahun 2 Kejora?

22
BORANG CATATAN TEMUBUAL DENGAN GURU KELAS

Tarikh :
Masa :
Tempat :

Beberapa soalan yang diajukan kepada guru kelas berkaitan demografi murid.

BIL MAKLUMAT JAWAPAN KEKERAPAN


DEMOGRAFI

1 Jantina Lelaki

perempuan

2 Keturunan Melayu

Cina

India

3 Bahasa pertuturan Bahasa melayu


harian di rumah
Tamil

Cina
Bahasa Inggeris
4 Bandar
Tempat tinggal murid di
Luar bandar
Kampung

23
9.2 Borang soal selidik

Nama :
Kelas :

Bil Item 1 2 3 4 5
1 Saya suka menulis
2 Saya suka belajar subjek Bahasa Malaysia
3 Saya suka membuat karangan
4 Saya suka membuat latihan subjek Bahasa
Melayu

24
9.3 Pemerhatian (Nota lapangan)

Tarikh : 1 April 2013


Masa : 2.10 - 3.10 petang
Kelas : Bahasa Malaysia
Tajuk : Pahlawan Terbilang
Responden : Murid Tahun 2 Kejora
Keadaan Kelas : Murid diam kerana mendengar petikan yang dibaca oleh guru.
Peristiwa : Murid menyalin petikan yang dibaca oleh guru menggunakan teknik imlak.

Murid diminta mengeluarkan buku tulis. Murid diminta berada dalam keadaan senyap
dan mendengar arahan guru dengan teliti. Guru mengingatkan supaya murid menulis dengan
tulisan yang kemas. Kemudian, murid diminta menyalin petikan yang dibaca oleh guru
melalui teknik imlak yang digunakan oleh guru. Guru mengulangi bacaan supaya murid yang
tidak sempat menyalin petikan dapat menyalin petikan dengan betul dan tepat.

Kemudian, murid diminta membaca petikan yang telah ditulis secara beramai-ramai.
Selepas itu, murid dipilih secara rawak untuk membaca petikan yang telah disalin tadi.
Kemudian, guru bersoal jawab dengan murid tentang tanda baca dan penggunaan huruf besar
dan hurud kecil yang terdapat dalam petika tersebut. Murid diminta menghantar buku tulis
kepada guru untuk disemak. Guru dan menyemak ejaan, tanda baca dan tulisan berdasarkan
petikan yangtelah ditulis oleh murid tadi.

Refleksi penyelidik :
Hasil analisis pemerhatian yang dibuat selepas membuat penyemakan buku tulis, guru
mendapati bahawa murid tidak menulis dengan kemas. Guru mendapati sebahagian murid
dalam kelas 2 Kejoran mempunyai tahap kekemasan tulisan yang agak teruk. Jadi, objektif
yang telah ditetapkan oleh murid gagal dicapai. Guru perlu mencari satu kaedah supaya
kekemasn tulisan murid dapat diperbaiki.

25

Anda mungkin juga menyukai