Anda di halaman 1dari 8

1.

0 PENGENALAN
Program Bina Insan Guru Semester 6 memberi fokus kepada mewujudkan
kesedaran dan kefahaman pelajar terhadap aspek-aspek yang berkaitan mandat,
perundangan dan peraturan pendidikan yang perlu dipatuhi dan dijadikan panduan
dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab profesional keguruan.
Tugas seorang guru bukan sahaja merancang pengajaran harian dan
mendidik murid di sekolah, bahkan seorang guru juga bertanggungjawab dalam
menguruskan hal-hal berkaitan dengan pengurusan sekolah seperti masalah disiplin
murid, kebajikan murid, aktiviti-aktiviti kurikulum dan juga kokurikulum. Kejayaan
yang murid kecapi dapat menunjukkan kesungguhan dan komitmen guru mengajar
di dalam kelas.
Pekerjaan seorang guru merupakan pekerjaan yang murni di dunia dan di
akhirat kerana gurulah yang mendidik dan mencorakkan murid-murid agar menjadi
insan yang berguna pada masa hadapan. Kesungguhan guru mengajar akan dilihat
dan dinilai supaya usaha guru dapat diberi pengiktirafan oleh pihak-pihak tertentu
seperti Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Guru Cemerlang dan sebagainya.
Selain itu, tugasan ini juga dapat memberi pendedahan kepada pelajar
tentang fungsi PPD. PSPN, PKG dan seumpanya yang berkaitan dengan sekolah.
Seterusnya, pelajar juga dapat memahami dan mengenalpasti bentuk-bentuk
pengurusan cemerlang, memahami dan menghayati budaya kerja cemerlang dan
mengaplikasikannya dalam pengurusan pendidikan seharian.
Melalui lawatan yang dilakukan di sekolah, pelajar dapat mengenalpasti
dengan lebih mendalam tentang konsep Guru Cemerlang. Perkara ini juga dapat
membantu dan memotivasikan pelajar agar sentiasa memberikan komitmen yang
tinggi terhadap tugas seorang guru apabila mereka menjadi guru sebenar kelak.




2.0 TUJUAN/ OBJEKTIF
Program Bina Insan Guru (BIG) dilaksanakan pada setiap semester dan pada
semester ini, pelajar dikehendaki membuat lawatan ke sekolah bagi memenuhi
tugasan Program Bina Insan Guru. Antara tujuan atau obejktif BIG pada semester ini
ialah :
1. Memberi kefahaman kepada pelajar terhadap aspek yang berkaitan mandat,
perundangan dan peraturan pendidikan yang perlu dipatuhi;
2. Memberi pendedahan kepada pelajar tentang institut pendidikan yang lain;
3. Membantu pelajar mengenalpasti fungsi PPD, PSPN, PKG dan seumpamanya;
4. Membantu pelajar memahami dan mengenalpasti bentuk-bentuk pengurusan
cemerlang;
5. Membantu pelajar menghayati budaya kerja cemerlang dan
mengaplikasikannya dalam pengurusan pendidikan seharian.













3.0 KANDUNGAN
3.1 INOVASI PEDAGOGI GURU CEMERLANG
Sebagai seorang guru yang profesional, komitmen yang tinggi mesti ada
dalam diri setiap guru. Apa yang dimaksudkan pada komitmen ialah seorang guru itu
perlu menunjukkan keazaman yang tinggi dan keperibadian yang baik semasa
melakukan tugas sebagai seorang guru di sekolah. Guru perlu mengetahui bahawa
client (pelanggan) mereka di sekolah ialah murid-murid. Oleh itu, guru sewajarnya
melakukan yang terbaik bagi memastikan pelanggan mereka sentiasa berada dalam
keadaan yang terbaik sama ada di dalam mahupun di luar sekolah.
Saya telah menemu bual guru yang menerima anugerah Guru Cemerlang
iaitu Puan Masijah binti Hussin. Menurut beliau, komitmen yang tinggi mesti
ditunjukkan oleh guru pada setiap tugas yang dilakukan di sekolah. Kesungguhan
guru bukan sahaja pada aspek pengurusan sekolah tetapi yang paling utama ialah
terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Sememangnya,
seorang guru bukan hanya mengajar satu waktu atau sebuah kelas sahaja tetapi
banyak kelas yang diberikan bergantung kepada keperluan sekolah. Hal yang
demikian, guru yang bijak dan profesional mesti mengurus waktu mereka dengan
teliti agar pengajaran guru tidak terganggu antara satu kelas dengan kelas yang lain.
Walaupun tidak begitu ketara, namun sudah tentu terdapat perbezaan antara
pedagogi yang digunakan oleh Guru Cemerlang dengan guru biasa. Sebaik nama
'Guru Cemerlang', sudah tentu segala kerja yang dilakukan adalah cemerlang
termasuk pedagogi yang digunakan di dalam kelas. Guru mesti mempelbagaikan
kaedah, strategi dan teknik semasa membuat aktiviti di dalam kelas. Kepelbagaian
ini dapat membantu guru dalam meningkatkan minat murid untuk belajar di dalam
kelas. Guru juga boleh melakukan pembelajaran di luar kelas untuk aktiviti-aktiviti
yang berkaitan alam semula jadi atau berupa aktiviti amali.
Seorang guru seharusnya berupaya untuk berfikir secara kritikal, analitikal
dan kreatif dalam membuat perancangan dan pelaksanaan aktiviti. Daya pemikiran
seperti sangat diperlukan terutama sekali apabila guru tersebut mengajar murid yang
lemah atau tidak mendengar arahan dengan baik. Pada kebiasaannya, murid-murid
yang nakal tidak menyukai gaya pembelajaran yang serius dan kaedah pengajaran
yang berpusatkan guru sahaja.
Namun begitu, sekiranya guru dapat memikirkan gaya pengajaran yang
terbaik untuk murid-murid tersebut, sudah tentu pengajaran guru di dalam kelas
akan berjalan dengan lancar. Guru perlu bersikap asertif semasa mengajar di dalam
kelas tetapi bukan agresif kerana sikap agresif akan mewujudkan kebencian murid
kepada guru seterusnya menyebabkan murid-murid tersebut tidak berminat untuk
belajar di sekolah. Masalah ini akan memberi kesan kepada pendidikan murid-murid.

3.2 MENGETAHUI AMALAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN GURU
CEMERLANG
Semasa guru mengajar di dalam kelas, guru yang cemerlang perlu
mengetahui latar-belakang, minat, kebolehan dan kecenderungan setiap murid-
murid yang diajarnya. Sekiranya, guru dapat mengetahui semua perkara tersebut
sudah tentu perancangan dan pengajaran guru di dalam kelas menjadi lebih mudah.
Dalam memikat hati murid-murid untuk belajar, guru perlu menyebut nama murid
supaya murid berasa dihargai kerana guru mengetahui nama mereka dan tidak
berani untuk melakukan kesalahan di dalam kelas.
Selain itu, guru juga perlu menyediakan bahan bantu mengajar yang menarik
supaya guru dapat menerangkan sesutu konsep yang sukar difahami dengan
mudah. Guru boleh mengunakan bahan maujud, gambar visual dan ICT bagi
memastikan pengajaran menarik kepada murid-murid. Kemudahan ICT di sekolah
kini semakin bagus, oleh itu, guru perlu menggunakan peluang ini untuk mengajar
murid-murid berbantukan komputer atau kemudahan teknologi yang lain.
Melalui komitmen yang ditunjukkan oleh guru, sudah pasti murid-murid akan
berasa gembira belajar di sekolah. Murid-murid juga akan lebih menyayangi dan
berasa tidak sabar untuk mempelajari pelajaran yang seterusnya. Menurut Puan
Masijah, kesan yang kita nampak pada guru cemerlang ialah murid-murid sentiasa
menghormati dan menyanjungi guru tersebut dan sekiranya guru tersebut tidak
memasuki kelas mereka kerana mempunyai urusan di luar, murid-murid tersebut
akan tertanya-tanya dan berasa marah kerana guru tersebut tidak mengajar kelas
mereka. Sesungguhnya, semangat mengajar pada guru cemerlang dapat memberi
kesan positif kepada murid-murid seterusnya, sikap guru yang berkomitmen tinggi
akan menjadi contoh kepada murid.
Tambahan pula, guru cemerlang juga akan mengajar mengikut sukatan
peajaran yang telah ditetapkan supaya murid dapat belajar mengikut tahap kognitif
mereka. Guru cemerlang akan menjalankan tugas yang diberikan kepada mereka
dengan dedikasi dan tidak merungut. Guru perlu mengetahui bahawa bekerja di
bawah kerajaan sangat perlu mengikut segala kehendak mereka dengan baik. Guru
tidak sepatutnya melebihkan hal-hal luar yang tidak berkaitan dengan hal pendidikan
supaya prestasi kerja guru dapat dikekalkan dengan baik. Sebagai seorang guru,
etika kerja tidak boleh dilanggar dan perlu dipatuhi dengan penuh tanggungjawab.

3.3 MENDEDAHKAN PELAJAR DENGAN CIRI-CIRI PROFESIONALISME DAN
KOMITMEN GURU CEMERLANG
Seorang guru cemerlang, sikap tanggungjawab pasti tidak pernah lekang dari
perilakunya semasa menjalankan tugas. Guru yang cemerlang juga akan sentiasa
menepati masa terhadap sesuatu perkara seperti memasuki kelas awal, tidak
menghabiskan waktu mengajar awal, menghadiri segala aktiviti sekolah walaupun
ketika cuti sekolah, menyiapkan tugas yang diberikan dengan segera agar tidak
bertangguh dan tiba ke sekolah pada masa yang ditetapkan. Sikap ini akan menjadi
contoh kepada murid-murid kerana murid akan merasakan bahawa guru tersebut
sentiasa berada denkat dengan mereka dan guru inilah yang akan sentiasa diingati
oleh mereka.
Selain itu, guru cemerlang akan komited dan cemerlang dalam melakaukan
tugas sebagai seorang guru seperti sentiasa bersemangat ketika mengajar dan guru
menggunakan nada dan bahasa tubuh yang sesuai mengikut situasi pembelajaran.
Sikap komited dalam kerja akan menjadikan guru tersebut dihormati bukan sahaja
oleh murid-murid malah guru-guru dan pihak pentadbir sekolah. Kesannya, guru
cemerlang mempunyai hubungan rapat dengan pihak pentadbir sekolah, guru-guru
dan murid-murid kerana guru sentiasa menunjukkan sikap positif dan peramah
bukan hanya di sekolah sahaja malahan di luar juga.
4.0 REFLEKSI KENDIRI
Saya telah membuat lawatan ke Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya 2,
Selangor untuk menjalankan Program Bina Insan Guru bagi melengkapkan tugasan
tentang ciri-ciri profesionalisme guru cemerlang di sekolah. Saya juga telah
membuat temu bual dengan salah seorang guru cemerlang di sekolah ini iaitu Puan
Masijah Bin Hussin. Saya sangat gembira dan bangga kerana dapat berbincang dan
berkongsi pendapat tentang amalan guru cemerlang di sekolah.
Apabila saya melihat beliau, saya dapat mengetahui keperibadian dan
komitmen terhadap tugas di sekolah berdasarkan penampilan yang ditunjukkan oleh
beliau. Sepanjang pemerhatian saya di sekolah tersebut, saya sempat meninjau sesi
pengajaran dan pembelajaran guru tersebut. Beliau merupakan seorang guru bagi
mata pelajaran Bahasa Melayu. Saya juga dapat melihat bahawa guru yang
cemerlang sentiasa didekati, disanjungi dan disayangi oleh guru-guru dan murid-
murid di sekolah. Sememangnya terdapat perbezaan antara guru cemerlang dan
guru biasa iaitu guru cemerlang sentiasa berdedikasi dan bersemangat semasa
mengajar di dalam kelas. Bukan itu sahaja, guru cemerlang juga sentiasa
memberikan komitmen yang tinggi terhadap tugas mereka sebagai guru di sekolah.
Penilaian yang diambil kira untuk menjadikan seseorang guru itu cemerlang
akan dinilai melalui banyak pihak iaitu berdasarkan penilaian murid, penilaian guru-
guru, dan penilaian daripada pihak pentadbir sekolah. Oleh itu, sewajarnya seorang
guru yang berjiwa tinggi dalam menjalankan tugas diberi pengiktirafan sebagai guru
cemerlang agar guru-guru yang lain dapat mencontohi perwatakan dan perlakuan
guru cemerlang dengan baik seterusnya menjadikannya sebagai satu persaingan
yang sihat.
Melalui pengalaman yang sangat bermakna ini, sudah tentu saya akan
menjadikannya sebagai contoh kepada saya supaya bercita-cita menjadi guru
cemerlang di sekolah kelak. Segala nasihat dan bimbingan yang diberikan oleh
Puan Masijah Binti Hussin akan saya turuti dengan berhati-hati supaya saya dapat
memberikan komitmen terhadap tugas sebagai seorang guru secara berterusan dan
tidak mudah berputus asa dalam mengharungi liku-liku serta halangan yang
mendatang.
Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah kerana telah
menerima saya dengan tangan yang terbuka dan sedia untuk membantu saya dari
segi setiap aspek yang diperlukan. Saya juga ingin mengucapakan terima kasih
kepada Puan Masijah kerana sudi meluang masa kepada saya bagi
membincangkan tentang ciri-ciri amalan guru cemerlang di sekolah.

5.0 PENUTUP
Melalui lawatan yang telah saya jalankan di Sekolah Kebangsaan Taman Bunga
Raya 2, Bukit Beruntung, saya kini lebih memahami tentang aspek-aspek yang
berkaitan mandat, perundangan dan peraturan pendidikan yang perlu dipatuhi oleh
setiap guru dan dijadikan sebagai panduan dalam pelaksanaan tugas dan
tanggungjawab profesional keguruan di sekolah. Sekiranya ciri-ciri amalan guru
cemerlang dilaksanakan oleh setiap guru sudah tentu murid-murid dapat dididik
dengan baik seterusnya melahirkan anak-anak bangsa yang berguna kepada
negara pada masa hadapan.









INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU, 59990
LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR



PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
SEMESTER 6 JUN-NOVEMBER 2012

BINA INSAN GURU (Benchmarking)


NAMA PELAJAR:
MUHAMMAD AMIR AL HAFIZ BIN ZULKIFLI
NO. KAD PENGENALAN: 900323-03-5659
KELAS: PISMP 6B

NAMA PENSYARAH:
EN. KHALID BIN JONIT
TARIKH SERAHAN : 24 SEPTEMBER 2012

Anda mungkin juga menyukai