Anda di halaman 1dari 12

Kaedah Pengajaran: Inkuiri Penemuan 16.7.2013 & 17.7.

2013 Pendekatan inkuiri penemuan atau tinjau siasat merupakan pendekatan pemb elajaranmelalui pengalaman. Inkuiri mencari maklumat, menyoal dan menyiasat suatu fenomena yang berlaku dis ekeliling.Merangkumi aspekaspek soal selidik seperti aktiviti merancang, menyiasat,menganalisis dan me nemui untuk mendapatkan jawapan atau kesimpulan yangberorientasikan ma salah. Memerlukan kemahiran seperti membuat pebandingan dan mencari ciriciri yang samauntuk membuat generalisasi. Juga melibatkan kaedah lain seperti kaedah makmal, induksi, penyoalan dll. Muridmembuat pemerhatian, menjalankan ujikaji, membuat analisis dan mem buat kesimpulan Tujuan Menimbulkan minat dan daya kreativiti -belajar cara berfikir dan mencari maklumat murid sering mengemukakan soalan bagaimana dapat melatih murid mengemukakanpelbagai soalan. Kaedah ini mengalakka n murid berfikiran kritis dan kreatif. Tidak semata-mata bergantung kepada guru untuk memperoleh maklumat. Menunjukkan kaedah sesuatu pengetahuan diperoleh. Menggunakan teknik mengumpul, menyusun, menganalisis maklumat yang d iperoleh untukmembuat keputusan. Kaedah ini membolehkan murid menggunakan keperluan ingin tahu mereka untukmeneroka sesuatu bidang ilmu. Murid memainkan peranan yang aktif semasa menjalankan suatu aktiviti murid dipupuksemangat ingin tahu. Memperluas pengetahuan murid melalui aktiviti yang dilakukan sendiri oleh murid semasamenyelesaikan suatu masalah yang diberi. Mencabar dan mempertingkat daya pemikiran murid Memupuk kerjasama, berkongsi maklumat dan belajar mendengar serta men ggunakanpendapat rakan yang lain.

Kemahiran, konsep dan prinsip yang dipelajari melalui inkuiri penemuan lebih bermaknakepada murid dan boleh diingati untuk masa yang lama. Kelebihan Pengajaran berpusat pada murid Pengajaran inkuiri dapat membentuk kons ep kendirimelalui pengalaman baharu Peningkatan kepercayaan diri melalui penyelesaian masalahdengan cara tersendiri Perkembangan bakat dan kece kapan individu kerana kebebasanberfikir Dapat memberi masa kepada murid untuk mendapatkan dan memahami maklumatMengelakkan murid untuk bel ajar dengan cara tradisional Dapat menimbulkan dayarefleksi murid.

Aplikasi dalam Matematik Dalam pembelajaran matematik, banyak konsep, hukum, rumus dan konsep bolehdipelajari melalui inkuiri penemuan. Contoh: Kaedah inkuiri penemuan boleh digunakan untuk menghuraikan lang kah-langkahpengajaran dan pembelajaran bagi hasil pembelajaran berikut: Murid dapat menerbitkan rumus luas segiempat tepat: 1. Murid diberi segiempat tepat beberapa saiz dan dianalisis untuk melukis sebilan gan segiempat sama dengan ukuran 1 cm x 1 cm dalam setiapnya.

2. Murid dibimbing untuk membilang bilangan segi empat sama dalam setiap segi empattepat untuk mendapatkan luasnya. Bagi setiap saiz, murid mengira pan jang dan lebarrajah, mendarab panjang dan lebar serta mengira luas.

Segi4 tepat

Rajah

Bilangan segi4 sama

Panjang a cm

Lebar b cm

axb (cm2 )

Luas (c

4. Murid diminta memerhatikan atau menyemak dan menganalisis maklumat yang direkoddi dalam jadual untuk mencari ciri-ciri yang sama atau berbeza. 5. Melalui perbincangan dan perbandingan antara luas segi empat tepat yang diper olehdengan membilang bilangan segi empat sama dan daripada hasil darab p anjang danlebar, murid akhirnya menemui rumus luas segi empat tepat dan m embuatgeneralisasi bahawa Luas segi empat tepat = panjang x lebar 6. Murid menguji generalisasi mereka dengan mencuba contoh lain iaitu mengira lu asdengan gunakan rumus baharu tersebut. 7. Guru memberi penilaian. P+1 Contoh lain: Mendapatkan rumus bagi perimeter segi empat tepat. Aktivitinya: 1. Murid mengukur panjang sempadan suatu segi empat tepat seperti meja. 2. Murid menjumlahkan ukuran kesemua sisi untuk mencari perimeternya. 3. Ulangi langkah 1 dan 2 bagi segi empat tepat dengan pelbagai sisi dan isikan ja dual: Segi4 tepat Perimeter (4 sisi) Lebar (l)

2(p +

Panjang (p)

4. Guru membimbing murid membuat perbandingan antara panjang (p) + lebar (l) denganperimeter berdasarkan data-data yang telah diperoleh dalam jadual. 5. Berdasarkan pemerhatian dan analisis dapatan dalam langkah 4, murid dibimbin g untukmembuat kesimpulan atau generalisasi bahawa perimeter bagi sebua h segi empattepat ialah 2(p + l). 6. Murid menguji generalisasi mereka dengan mencuba contoh lain iaitu mengira p erimeterdengan menggunakan rumus ini. 7. Guru memberi penilaian.

Kaedah inkuiri penemuan juga dikaitkan dengan kaedah P&P lain seperti kaedah praktik,induksi dan deduksi dsb. Kaedah praktikal -murid perlu menggunakan pensel dan pembaris untuk melukis segiempat sa ma dalam segi empat tepat.

Kaedah induksi untuk mendapatkan, daripada beberapa contoh spesifik, rumus luas segiemp at tepat. Kaedah penyoalan digunakan untuk membimbing murid untuk menyiasat dan menganalisisdata terkumpul.

1. KAEDAH & TEKNIK DALAM MATEMATIK PENYIASATAN & PENEMUAN 2. MENU PENYIASATAN PENEMUAN 3. Asas kepada bidang Matematik. Asas untuk faham bagaimana Matematik digunakan untuk mengembangkan pengetahuan dan menyelesaikan masalah. Salah satu langkah dalam kaedah penemuan. Murid akan cuba faham masalah, susun langkah dan selesaikan masalah. Perbincangan penting terhadap hasil siasatan dan proses yang terlibat. Apa itu penyiasatan? 4. Kenali masalah asas Kumpul data Susun data Buat & uji andaian Guna konsep baru jika andaian pertama salah Cuba buktikan sesuatu hukum Generalisasi hukum tersebut Kaitkan dengan masalah/soalan berkaitan Langkah Penyiasatan: 5. Menggabungkan murid daripada pelbagai kebolehan. Menggalakkan pemikiran kreatif. Memberi kepuasan intrinsik kepada murid. Kelebihan 6. Sukar untuk disesuaikan dengan silibus lama Perlukan banyak bantuan daripada guru Mengambil masa yang lama. Kelemahan 7. Kaedah penemuan inkuiri merupakan kaedah saintifik. Ia menganjurkan penyiasatan dalam keadaan atau fenomena sebenar. Ianya perlu melalui beberapa fasa. Setiap fasa mempunyai satu siri tugas yang akan melengkapkannya kepada fasa yang seterusnya atau ke arah kesimpulan kepada penyiasatan. Proses ini meliputi strategi inkuiri yang menggunakan soalan dan mencari jawapan. Kaedah Penemuan 8. Biasanya guru akan memberi satu situasi. Murid yang perlu tentukan konsep yang terlibat. Berlainan dengan kaedah eksposisi ; guru tidak menyatakan hukum/konsep yang terlibat untuk diaplikasikan kepada masalah yang hampir sama. Penggunaan kad imbasan dengan sedikit pembayang amat membantu. 9. Kebaikan Galakkan kerjasama Galakkan perasaan ingin tahu Bina pengetahuan dan kefahaman asas murid Galakkan sikap berdikari dan autonomi Murid bertanggungjawab terhadap masalah dan keputusan yang terhasil Memberi motivasi 10. KELEMAHAN Menyebabkan kekecewaan , hilang fokus Mengambil masa yang lama Perlukan kemahiran tinggi guru Bagaimana untuk menyusun dan mempersembahkan data Tahu pengetahuan sedia ada murid-murid

1.0 DEFINISI STRATEGI, PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK 1.1 STRATEGI Menurut Kamus Dewan edisi ketiga (1998), strategi merupakan rancangan yang teratur untuk mencapai maklamat atau kejayaan. Strategi merupakan satu perancangan yang melibatkan satu operasi dan aktiviti pengurusan kaedah yang digunakan untuk mencapai matlamat tertentu. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran, strategi merujuk kepada satu set aksi pengajaran yang bertujuan untuk mencapai objektif yang diharapkan. Strategi merujuk kepada cara-cara bagaimana guru mengendalikan sesuatu aktiviti pembelajaran dengan sistematik dan bukan dengan caracuba jaya. Strategi merupakan tindakan-tindakan spesifik yang dilakukan dengan sengaja oleh guru untuk mencapai matlamat-matlamat khusus dalam proses pembelajaran. Guru memerlukan kemahiran untuk merancang dan menguruskan kaedah dan teknik pengajaran supaya dapat disampaikan kepada muridmurid untuk memperoleh hasil pembelajaran maksimum. Aspek yang perlu diambil kira oleh guru semasa menentukan strategi pengajaran yang sesuai ialah objetif pengajaran, proses pengajaran, isi kandungan, persediaan dan kebolehan mengajar, gaya pengajaran dan persekitaran di dalam bilik darjah. Dalam bidang pendidikan, konsep strategi merujuk kepada kebijaksanaan memilih pendekatan serta kecekapan merancang kaedah dan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran berdasarkan objektif pelajaran yang telah ditentukan. Dengan perkataan lain, strategi pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada teknik perancangan kaedah serta teknik mengajar berdasarkan sesuatu pendekatan untuk tujuan mencapai objektif pelajaran dengan berkesan. Dalam sesuatu waktu pelajaran, strategi pengajaran dan pembelajaran merangkumi pertimbangan-pertimbangan seperti penentuan pendekatan berdasarkan objektif pelajaran, pemilihan kaedah dan teknik mengajar berdasarkan pendekatan yang ditentukan penyusunan kaedah dan teknik mengajar secara sistematik dengan mengikut prinsip dan teori pembelajaran. Selain itu, pertimbangan-pertimbangan lain seperti pengagihan masa untuk setiap langkah mengajar dirancang secara optimum, penggunaan bahan pelajaran mengikut keperluan untuk setiap kaedah dan teknik mengajar dan pengurusan kelas mengikut pendekatan dan strategi yang sesuai dipilih. Strategi pengajaran dan pembelajaran menegaskan kepandaian memilih, menyusan dan mengurus sesuatu rancangan dengan tujuan menghasilkan pencapaian yang optimum. Strategi pengajaran dan pembelajaran boleh diperhatikan daripada beberapa contoh seperti strategi penggabungjalin kemahiran bahasa, misalnya pertuturan, membaca dan menulis. Selain itu, strategi pengajaran dan pembelajaran juga boleh dilihat seperti strategi penyerapan nilai-nilai murni dalam pengajaran sesuatu mata

pelajaran, strategi integrasi fakta-fakta dalam berbagai-bagai mata pelajaran, strategi penggabungjalinan kaedah keseluruhan kelas dengan kaedah kumpulan dan strategi penggabungjalinan kemahiran-kemahiran pelajaran dalam kelas bercantum. Ringkas kata, pemilihan strategi haruslah berdasarkan pertimbangan teori pembelajaran, pendekatan, kaedah dan teknik mengajar. Penentuan dan pelaksanaan strategi yang sesuai akan menghasilkan pencapaian objektif yang berkesan.

1.2 PENDEKATAN Pendekatan merupakan satu penyusunan prosedur yang membezakan pengajaran seseorang guru dengan seorang yang lain. Mengikut Kamus Dewan (1998), pendekatan merupakan cara atau langkahlangkah yang diambil bagi memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas. Di dalam konteks pendidikan, konsep pendekatan bermakna cara mendekati sesuatu, misalnya objektif pelajaran yang ditentukan untuk pengajaran dan pembelajaran. Dengan kata lain, pendekatan kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran diajar untuk mencapai objektifnya. Kamarudin Husin (1998), menjelaskan pendekatan ialah satu kumpulan andaian yang saling berkaitan, yang mencerminkan suatu pandangan atau falsafah yang berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan ditentukan oleh cara sesuatu kandungan mata pelajaran diolah oleh guru dan juga ditentukan oleh kriteria sejauh mana murid-murid terlibat dalam proses pengajaran dan pembelaran. Mengikut Kamaruddin Hj. Husin ( 2004) mengatakan pendekatan dalam suatu pengajaran dan pembelajaran adalah satu kumpulan andaian yang saling berkait tentang sesuatu bentuk pengajaran dan pembelajaran. Setiap pendekatan mencerminkan satu pandangan, atau falsafah atau teori. Menurut Edward M. Anthony (1963), pendekatan ialah satu set andaian yang saling berkait dengan proses pengajaran dan pembelajaran serta mempunyai unsur aksiomatik. Gestalt ( 2004) pula mengatakan bahawa, dalam pendekatan, kita mempelajari sesuatu perkara atau sesuatu situasi secara keseluruhan dan kemudiannya mempelajari elemen-elemen perincian situasi itu. Jika kita menerima sebagai satu teori pembelajaran, maka kita boleh dijadikan sebagai satu pendekatan dan pengajaran. 1.2.1 PENDEKATAN DEDUKTIF Menurut Kamarudin Hj. Husin(2002 ; 178), pendekatan deduktif bermula daripada sesuatu atau beberapa rumus, prinsip, hukum, teorem atau peraturan diikuti dengan aplikasinya ke atas contoh-contoh yang khusus. Rumus, prinsip atau hukum yang telah dipelajari daripada kaedah deduktif boleh digunakan untuk mendapatkan rumus-rumus, prinsip-prinsip, teoremteorem atau hukum-hukum yang baru. Dalam pengajaran deduktif, guru akan mengajar sesuatu konsep (sebagai contoh:konsep hujan ) terlebih dahulu sebelum meminta murid-murid untuk mengemukakan contoh-contoh. Dalam pendekatan deduktif ini, guru

akan menjelaskan bagaimana proses hujan itu berlaku terlebih dahulu dan guru akan meminta murid menyenaraikan unsur-unsur yang terlibat dalam proses hujan tersebut. Guru dan murid akan bersoal jawab tentang konsep hujan yang dibincangkan dan disusuli dengan aktiviti pengukuhan muridmurid menjawab soalan latihan daripada buku teks dan memberikan contohcontoh sendiri mengenai konsep hujan. Pendekatan deduktif ini berasaskan kepada kenyataan bahawa setiap orang murid adalah berbeza daripada segi intelek, minat, kecekapan, dan daya cipta. 1.2.2 PENDEKATAN INDUKTIF Dalam pendekatan induktif, guru akan memulakan pengajaran dengan memberikan contoh-contoh yang khusus berdasarkan satu prinsip yang sama. Guru perlu mengenal pasti maklamat pengajaran dan pembelajaran dan menyediakan contoh-contoh yang berkaitan dengan objektif pengajaran dan pembelajaran. Dalam langkah seterusnya, guru perlu memberi contoh-contoh tambahan supaya murid memahami dan melihat persamaan daripada contohcontoh tersebut. Daripada contoh-contoh tadi, murid akan membuat satu kesimpulan serta membuat generalisasi mengenai konsep yang diajar oleh guru. Guru akan membuat penyoalan serta membimbing murid dalam mengukuhkan kesimpulan konsep. Murid dibimbing melalui aktiviti penyoalan oleh guru supaya mereka dapat membuat kesimpulan yang tepat. Dalam pendekatan ini, guru perlu menyediakan alat bantu mengajar yang bersesuaian. Dalam model induktif, guru perlu merancang aktiviti, membuat perlaksanaan dan penilaian sendiri. Mengikut laman webhttp//www.potralpendidikan.com (1998), pendekatan induktif dapat dirumuskan sebagai satu pendekatan di mana guru memberikan contohcontoh khusus dan murid-murid memerhati, mentafsir dan mengkaji serta generalisasi. Pendekatan ini sesuai untuk pelbagai mata pelajaran seperti Bahasa, Sains dan Matematik 1.2.3 PENDEKATAN ELEKTIF Menurut laman web http//www.potralpendidikan.com, elektif berasal daripada istilah bahasa Inggeris elective bermakna pemilihan. Ia merupakan gabungan pendekatan induktif dan deduktif dan digunakan sebagai strategi untuk mengajar rumus, prinsip, hukum, konsep dan teorem. Pendekatan ini juga sesuai digunakan sebagai strategi pengajaran dalam aktiviti kumpulan (aktiviti pengayaan dan pemulihan). Guru boleh menggunakan pendekatan ini dalam strategi berpusatkan bahan (sebagai aktiviti pengayaan). Dalam pendekatan ini terdapat beberapa ciri-ciri iaitu pendekatan ini sesuai untuk murid pelbagai kecerdasan dan kebolehan. Ciri yang kedua ialah murid-murid dilibatkan secara aktif dalam pembelajaran sama ada dalam tugas mengasas rumusan atau memberikan contoh. Dalam pendekatan ini, guru memberi input terlebih dahulu kerana ini akan memudahkan murid-murid untuk memberi contoh dan membuat rumusan. Guru akan menggunakan kreativiti sendiri dan tidak terikat kepada manamana pendekatan (induktif/deduktif) yang khusus. Dalam pengajaran dan pembelajaran, guru akan mengajar mengikut kemampuan dan kebolehan

murid. Kebiasaannya, pendekatan ini banyak digunakan dalam pengajaran sains dan matematik. 1.2.4 PENDEKATAN KOMUNIKATIF Bahagian Pendidikan Guru (2004) menunjukkan pendekatan ini mengutamakan kecekapan berkomunikasi. Pengajaran bahasa mestilah merangkumi kecekapan bahasa yakni penguasaan sistem tatabahasa serta kecekapan berkomunikasi. Kecekapan yang pertama membolehkan seorang murid menguasai struktur bahasa yang tepat bagi menyampaikan mesej kepada khayalaknya. Kecekapan yang kedua membolehkan murid tersebut menggunakan bahasa yang sesuai dengan khalayak yang dihadapinya. Pengajaran ini dimulakan dengan latihan menggunakan struktur bahasa yang tepat dan sesuai dengan sesuatu aktiviti komunikasi yang dipilih oleh guru. Ragbir Kaur (1998) mengatakan bahawa pendekatan induktif dan deduktif digunakan dalam latihan ini dan murid-murid akan melibatkan diri dalam aktiviti berkomunikasi atau berinteraksi bagi membolehkan mereka menggunakan struktur ayat yang dilatih. Pedekatan pengajaran ini lebih bepusatkan murid.

PENDEKATAN, KAEDAH, TEKNIK DAN STRATEGI PENGAJARAN?

Mok Soon Sang 1992, Pedagogi 2 m.s. 8 Pendekatan jalan yang diambil Kaedah cara teratur, kemas & sistematik Teknik - kaedah membentuk teknik. Misalnya kaedah bercerita = teknik menyampaikan cerita (gaya); kemahiran menyampaikan cerita; pelbagai teknik.

1. Strategi Pemusatan Guru 2. Strategi Pemusatan Murid 3. Strategi Pemusatan Bahan Pelajaran

CIRI-CIRI STRATEGI PEMUSATAN GURU? Guru memainkan peranan penting Komunikasi sehala. Guru banyak bercakap.

Kepimpinan guru secara autokratik Pencapaian objektif guru diutamakan Penyebaran ilmu pengetahuan lebih diutamakan daripada penyuburan nilai murni/perkembangan emosi. Penyampaian fakta secara menghafal. Pembelajaran berbentuk mengingat/menghafal. Interaksi di antara murid adalah pasif. Kaedah keseluruhan kelas. Murid-murid kurang kreatif/ tidak berinitiatif. Kaedah & Teknik penerangan, demonstrasi, syarahan, kumpulan/pasukan, bercerita, keseluruhan kelas.

CIRI-CIRI STRATEGI PEMUSATAN MURID? Murid memainkan peranan penting Komunikasi dua hala. Guru menyoal/membimbing. Kepimpinan guru secara demokratik. Perbincangan/galakan murid memberi pendapat, objektif pencapaian murid diutamakan perkembangan murid secara menyeluruh/seimbang ( j.e.r.i.) Ujian formatif digunakan bagi membaiki kelemahan murid. Penyampaian guru untuk pembelajaran bermakna, memahami & membuat kesimpulan, Peluang interaksi di antara murid adalah positif (bekerjasama, bertolak ansur, tolong-menolong) Kaedah kumpulan/perbezaan & minat murid dipupuk, Murid-murid bersifat kreatif/ berinitiatif. Kaedah & Teknik projek, inkuiri-penemuan, perbincangan, penyoalanan, penyelesaian masalah, simulasi, main peranan, sumbangsaran, kumpulan kecil dsb.

CIRI-CIRI STRATEGI PEMUSATAN BAHAN PELAJARAN? Bahan pelajaran memainkan peranan penting.Pergantungan kepada bahan untuk mencapai objektif pengajaran. Komunikasi/interaksi berlaku antara guru/bahan atau murid/bahan pembelajaran Kecekapan/kemahiran penggunaan bahan pengajaran-pembelajaran diutamakan Penekanan kepada jasmani, rohani, dan kognitif. Murid dilatih dalam kemahiran, kefahaman dan berdikari. Pengajaran bermakna, menarik dan berkesan.

Peluang interaksi antara muid banyak. Sifat social yang positif dapat dipupuk melalui kaedah kumpulan kecil ujikaji, projek, perbincangan dsb. Pengetahuan abstrak dapat dijadikan konkrit dengan adanya bahan-bahan pelajaran Kaedah & Teknik komputer, bahan cetak, modul, buku teks, buku rujukan, kamus, perakam pita, carta, peta, geraf, spesimen, slaid, video, televisyen, projektor, dsb. PENDEKATAN DAN STRATEGI KESEPADUAN? Penggabungjalinan o Proses penyampaian beberapa kemahiran o Kecekapan melaksanakan aktiviti membaca, menulis, menghurai, mengira, mewarna, menyanyi, melukis, melabel, mengarang, becerita, berlakon dsb. o Mendengar, lisan, membaca dan menulis secara bersepadu o Kemahiran matematik digabungjalinkan dengan kemahiran bahasa o Ciri-ciri gabugjalin: Integrasi beberapa kemahiran Prosesnya bersepadu dan menyeluruh Aktiviti dipelbagaikan dengan menarik Kemahiran utama menjadi fokus Organisasi kemahiran fleksibel Kemahiran diintegrasikan saling kukuh mengukuh antara satu sama lain. o Cara mengguna gabungjalin Mengenalpasti kemahiran utama & kemahiran sampingan Kemahiran utama diberi fokus Kemahiran-kemahiran sampingan dikuasai dahulu untuk kukuhkan kemahiran utama Kemahiran utama digunakan di peringkat perkembangan pelajaran, kemahiran sampingan digunakan di semua peringkat pelajaran Strategi penggabungjalinan kemahiran hendaklah dirancangkan berdasarkan objektif pelajaran, kebolehan & pencapaian murid. Kemahiran-kemahiran diintegrasikan dalam urutan yang sesuai. Setiap kemahiran hendaklah dikaitkan dengan kemahiran yang berikutnya secara lojikal. Penyerapan o Proses mengintegrasikan unsur-unsur isi kandungan daripada dua atau lebih mata pelajaran dalam sesuatu pelajaran o Isi matapelajaran sains dan kajian tempatan diserap menjadi isi mata pelajaran bahasa. o Pendidikan moral, Pendidikan seni, Pendidikan jasmani & Muzik juga diserapkan dalam program bahasa sebagai aktiviti sokongan.

o Geografi, Sejarah, Kesihatan dan pendidikan moral diserapkan secara bersepadu dalam Sains /Kajian Tempatan. o Penerapan Nilai murni , kurikulum akademik disepadukan dengan kokurikulum, kurikulum formal disepadukan dengan kurikulum tak formal. o Ciri-ciri penyerapan : Mengandungi beberap unsur ilmu pengetahuan Berbagai unsur diserapkan dalam satu matapelajaran Bilangan mata pelajaran dalam penyerapan fleksibel Organisasi isi kandungan - Unsur utama dan unsur sampingan Proses penyerapan boleh berlaku serentak dengan proses penggabungjalinan.

PENDEKATAN DAN STRATEGI PENGAJARAN INDUKTIF Mengumpul dan mentafsir maklumat-maklumat kemudian membuat generalisasi/kesimpulan Bermula dengan memberi beberapa contoh yang khusus Contoh-contoh mempunyai prinsip yang sama Murid dibimbing memikir, mengkaji, mengenalpasti & mentafsir maklumat untuk membuat generalisasi/kesimpulan Matematik, bahasa dan sains banyak menggunakan pengajaran induktif Kaedah inkuiri-penemuan diamalkan apabila mengajar sains o Contoh kusus ikan emas, udang, sotong, berudu o Memerhati & mengkaji bernafas melalui insang o Mentafsir dan membuat generalisasi Haiwan hidup dalam air mempunyai insang untuk bernafas. Prinsip Penggunaan Strategi Pengajaran Induktif o Sediakan contoh-contoh yang sesuai o Soalan-soalan disediakan untuk membimbing membuat kesimpulan o Guru tidak menghuraikan isi pelajaran, murid dibimbing untuk mencari kesimpulan o Jenis contoh khusus dipelbagaikan tetapi mengandungi ciri yang sama o Contoh-contoh khusus yang dipilih haruslah sesuai & mencukupi. o Murid-murid digalakkan memberi contoh yang sama o Guru tidak harus memberi contoh sekaligus o Sediakan alat bantu mangajar o Penggunaan deria-deria murid dalam aktiviti lihat, dengar, hidu & sentuh. o Pengajaran mengikut urutan yang tepat contoh-contoh spesifik membawa kepada kesimpulan umum.

PENDEKATAN DAN STRATEGI PENGAJARAN DEDUKTIF

Strategi Pengajaran Deduktif merupakan kaedah mengajar yang kompleks kerana murid perlu memperolehi kefahaman yang mendalam /mencukupi serta berupaya memilih rumus, hukum, teorem, peraturan yang telah dipelajari dengan tepat untuk diaplikasi pada contoh-contoh khusus. Bermula daripada berberapa rumus, prinsip, hukum, teorem/peraturan Digunakan kesimpulan baru, generalisasi baru daripda rumus, hukum, peraturan Proses pengajaran: o Prinsip/rumus o Kaedah deduktif o Aplikasi rumus/prinsip o Mendapat rumus baru, prinsip baru dsb. o Guru memberi tahu murid objektif pelajaran pada peringkat awal, o Murid dibimbing mengingat kembali hukum, prinsip, teori, peraturan bagi mendapat kesimpulan yang baru/ menyelesaikan masalah.

Anda mungkin juga menyukai