Anda di halaman 1dari 3

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.

Kaedah-kaedah Pengajaran Khas Matematik 1. Pengenalpastian masalah matematik dan tahap kebolehan pelajar Pemerhatian : daripada pemerhatian, guru dapat mengenal pasti masalah pembelajaran murid melalui tingkah laku dan penglibatan murid dalam aktiviti P&P Matematik. Ujian Kertas dan Pensel : Ujian saringan untuk mengesan murid pemulihan. Ujian diagnostik untuk mengenal pasti punca masalah / mengesan kemahiran tertentu yang belum dikuasai oleh pelajar. Ujian formatif untuk mengesan kemahiran yang telah dikuasai oleh murid setelah sesuatu kemahiran diajar. Ujian sumatif untuk mengetahui sejauh mana penguasaan murid selepas sesuatu unit atau tajuk pengajaran telah dilakukan. Latihan harian. Soal jawab Pentaksiran rekod prestasi Rekod profil dan kesihatan 2. Pengaplikasian teknik khas dalam pengajaran matematik i. Teknik penyoalan Lisan. Bahasa yang digunakan mestilah boleh difahami Soalan mesti tepat dan cepat, mendorong pelajar berfikir. Soalan hendaklah bertumpu dan bercapah. Soal mengikut aras murid dalam kemahiran yang sama. ii. Teknik permainan kooperatif, berkumpulan, berpasangan, individu, Antara perkara yang perlu diambil kira dalam teknik ini ialah permainan tersebut dapat menguatkan kemahiran menyusun nombor, menguatkan kemahiran operasi nombor, menguatkan kemahiran operasi tambah dan tolak iii. Teknik tunjuk cara iv. Teknik latih tubi (pengulangan fakta)

Lisan congak Bertulis lembaran kerja Membolehkan pelajar mendengar dan melihat serta membantu merangsang minda pelajar berfikir untuk memproses fakta dan menjawab soalan. v. Teknik main peranan vi. Teknik bercerita vii. Teknik inkuiri penemuan viii. Teknik kuiz Sekian,

NORHAIDI BIN HAJI SARPONEN Teachers Department

Rate this:

Rate This
Categories:Pend.Pemulihan, Strategi Pengajaran MatematikLabel:Kaedah-kaedah Pengajaran Khas Matematik

Strategi Pengajaran Matematik Part 2


8 Oktober 2009cikgu2 comments

Ciri-Ciri Murid Yang Menghadapi Masalah Matematik Ada empat aspek : a. Fizikal b. Kesihatan c. Mental / Kecerdasan d. Emosi dan Sosial 1. Fizikal Lemah pengamatan pendengaran dan penglihatan Lambat koordinasi motor-mata-tangan] 2. Kesihatan Tidak hadir ke sekolah Selalu mengantuk Selalu keletihan Kerap diserang penyakit terutama sakit perut dan selsema Tidur lewat. 3. Mental / Kecerdasan Tidak boleh menyebut perkataan atau nombor dengan betul Kadar menyebut, membaca atau menjawab nombor lambat atau langsung tidak boleh Jangka masa penumpuan perhatian kepada pembelajaran terlalu singkat Tidak boleh mengikuti aktiviti pembelajaran di kelas biasa Lambat menguasai kemahiran Lambat dalam mengubah suai pengetahuan mengikut berbagai situasi pelajaran ( penyelesaian masalah ) Lambat memahami atau membentuk sesuatu konsep Selalu lupa kemahiran yang diajar Gagal dalam peperiksaan atau ujian 4. Emosi dan Sosial Sering berasa takut cemas dan benci Konsep kendiri yang lemah Bertindak tidak wajar disebabkan tekanan / stress Cepat marah Suka bergaduh Kerap berbohong Bertindak liar untuk menarik perhatian Membela diri secara tidak menentu Menunjukkan perasaan dengki Suka termenung / berkhayal / murung Tidak menunjukkan minat terhadap aktiviti pembelajaran Malas, kurang minat serta tidak mempunyai semangat untuk membuat latihan matematik Suka meniru rakan. Sekian,

NORHAIDI BIN HAJI SARPONEN Teachers Department

Rate this:

Rate This

Categories:Pend.Pemulihan, Strategi Pengajaran MatematikLabel:ciri-ciri murid hadapi masalah matematik, pengamatan, strategi

Strategi Pengajaran Matematik Part 1


5 Oktober 2009cikgu1 komen

1. 2. 3. 4. 5. 1. 2. 3. 4.

1.


1.

Prinsip Prinsip Pembelajaran Matematik Prinsip Pertama Kesediaan belajar Matematik ini bermaksud, dalam kesediaan belajar Matematik, keadaan dalaman seseorang murid mestilah sedia. Tahap kematangan seseorang termasuk fizikal, kognitif, sosial dan emosi. Perkembangan diri mengikut umur murid tersebut. Pedagogi yang diamalkan oleh guru di sekolah. Pengetahuan sedia ada murid lebih cepat menguasai kemahiran. Prinsip Ke-2 Pengetahuan konkrit ke abstrak pelajar didedahkan objek atau benda maujud ketika diajar konsep baru. Pengajaran matematik harus dikaitkan dengan situasi kehidupan sebenar murid. Hubung-kaitkan kemahiran asas yang telah dikuasai murid dengan kemahiran yang baru dipelajari murid Kemahiran asas yang dikukuhkan dapat digunakan semula sebagai kesediaan belajar untuk mempelajari kemahiran baru yang lebih kompleks. Prinsip Ke-3 Penggunaan bahan manipulatif : Memanipulasi alatan untuk mengira Menyenggara alatan mengikut situasi masalah dalam matematik. Menggalakkan murid untuk lebih kreatif Memudahkan murid menyelesaikan permasalahan dalam matematik Merangsang pengetahuan sedia ada murid Prinsip Ke Empat : Bahan multi-media Memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran Merangsang keinginan murid Memberi pendedahan kepada murid tentang ICT Meningkatkan daya pemikiran murid Mewujudkan suasana pembelajaran yang produktif Melahirkan murid yang celik ICT Sekian,

NORHAIDI BIN HAJI SARPONEN Teachers Department

Anda mungkin juga menyukai