Anda di halaman 1dari 2

SEBAB TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA (TITAS) PERLU DIAMBIL

Siti Hazariah binti Mat Daud (D20141066866)


Nor Asmieda binti Ismail (D20141066872)

Umum mengetahui bahawa Tamadun Islam Tamadun Asia (TITAS) merupakan subjek yang
wajib diambil oleh semua penuntut di universiti seluruh negara sama ada universiti awam
mahupun swasta. Hal ini kerana, pengajian tamadun ataupun TITAS adalah penting pada masa
kini agar mengenali keunggulan tamadun kuno, kelebihan dan kelemahan masa dahulu dan kini
bagi merancang strategi masa yang akan datang. Subjek ini memberikan pemahaman tentang
latar belakang masyarakat, sistem kepercayaan agama dan kepelbagaian budaya pada tamadun
silam.

Sebab pertama adalah menurut Morshidi Sirat (2013) menerusi pihak Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) menjelaskan bahawa kandungan kurusus TITAS bukan hanya
mengandungi tamadun Islam tetapi juga tamadun Melayu, Cina, India dan masa depan
tamadun. Kandungan silibus bukan sahaja mengenai aspek pengajian Islam tetapi aspek
ketamadunan dan sejarah serta sosiologi. TITAS telah berjalan sejak 2006 di Institut Pengajian
Tinggi Awam (IPTA) dan wajib diambil oleh semua pelajar Melayu, Cina, India dan
Bumiputera Sabah Sarawak. Pelajar-pelajar tersebut tidak menghadapi sebarang masalah
malahan ada pelajar bukan Islam memperolehi keputusan cemerlang.

Menurut Morshidi lagi, sebab kedua adalah penawaran subjek TITAS di IPT adalah
bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai tamadun-tamadun yang
wujud di persekitaran Malaysia yang telah menyumbang kepada pembentukan jati diri dan
sahsiah serta sistem nilai yang diamalkan di Malaysia pada masa kini.

Selain itu, TITAS juga diajar dalam Bahasa Melayu bagi mengukuhkan dasar
memartabatkan Bahasa Melayu. Hanya TITAS dan Hubungan Etnik (HE) sahaja diwajibkan
pengajarannya dalam Bahasa Melayu. Berdasarkan Akta 555 (Akta Institusi Pendidika Tinggi
Swasta 1996) membolehkan IPTS mengajar dalam bahasa lain yang perlu dipohon. Dalam hal
ini, kaedah pengajaran yang berinovatif dan kreatif serta menggunakan teknologi mampu
mengatasi kebimbangan tersebut

Menerusi subjek TITAS ini, kita dapat memahami perbezaan agama, kebudayaan dan
bangsa antara tamadun Islam, tamadun China, tamadun India dan tamadun Asia. Oleh itu, kita
dapat menyemat persefahaman sesama rakyat dan sikap hormat-menghormati dalam kalangan
rakyat yang berasal dari pelbagai agama, keturunan, bangsa dan budaya di negara kita. Melalui
subjek ini juga, rakyat dapat mengambil iktibar dari masa silam dan melahirkan mahasiswa-
mahasiswa yang berfikiran lebih luas, berpandangan global dan melengkapkan ilmu dan
memupuk serta membentuk tiang negra di masa hadapan.

RUJUKAN

Dato’ Prof. Dr. Morshidi Sirat (19 Julai 2013). Kenyataan Akhbar Ketua Pengarah Jabatan
Pengajian Tinggi Kementerian Pendidikan Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai