Anda di halaman 1dari 6

ABSTRACT

Tugasan Individu 1. Kajian Penilaian Kompetensi Keusahawanan Diri 2. Tesco Homeplus Virtual Subway Store In South Korea and Where Good Ideas Come From by Steven Johnson 3. Kajian Kes; Sanlu Group , China

UNIT 1 : KONSEP DAN PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN Pelajar dikehendaki mengisi Kajian Penilaian Kompetensi Keusahawanan Diri UNIT 2 : KREATIVITI DAN INOVASI DALAM PERNIAGAAN Pelajar dikehendaki menonton dua tayangan video berikut dan jawab soalan yang berkaitan dengan tayangan video tersebut. Tesco Homeplus Virtual Subway Store in South Korea. a) Apakah matlamat TESCO di South Korea? Matlamat TESCO di South Korea adalah untuk menjadi yang pertama tanpa perlu meningkatkan bilangan kedai iaitu To Become No. 1 without increasing the number of store. Rujuk Lampiran Excel

b) Apakah idea yang telah dicadangkan oleh TESCO? TESCO telah mencadangkan agar pihak Tesco di South Korea (Homeplus) mengambil pendekatan let the store come to the people di mana masyarakat tidak perlu datang ke kedai TESCO yang sebenar untuk membuat pembelian tetapi sebaliknya kedai mereka akan datang kepada masyarakat.

c) Bagaimanakah TESCO memastikan idea tersebut dapat dilaksanakan? Idea ini dipastikan dapat dilaksanakan dengan mewujudkan paparan produk secara visual serupa seperti produk yang sebenar dan ditempatkan di kawasan yang telah ditetapkan dan pelanggan boleh membuat pembelian walau di mana pun mereka berada. Percubaan pertama mereka ialah memasang skrin paparan produk secara visual d subway station. Melalui paparan tersebut, pelanggan hanya perlu mengimbas kod bar produk yang diinginkan dengan menggunakan telepon pintar . Barangan tersebut kemudiannya akan dihantar ke rumah pelanggan.

d) Apakah kebaikan yang dinikmati oleh TESCO selepas idea tersebut dilaksanakan? Kebaikan yang dinikmati oleh pihak TESCO selepas idea tersebut dilaksanakan ialah : Jumlah atau bilangan pendaftaran bagi ahli baru telah meningkat sehingga 76%

Jualan secara online meningkat sebanyak 130% dan menduduki tempat pertama dalam pasaran dalam talian atau online market serta menghampiri kedudukan kedua secara pasaran offline.

Where Good Ideas Come From by Steven Johnson. a) Apakah masalah yang akan dihadapi semasa menghasilkan idea kreatif? Masalah yang dihadapi semasa menghasilkan idea kreatif dapat dilihat dari perspektif persekitaran dan juga ruang di mana, Steven Johnson telah mengemukakan beberapa masalah yang dihadapi apabila ingin menghasilkan idea kreatif iaitu:

a. Slow Hunch Slow hunch merupakan situasi di mana manusia mengalami keperlahanan dalam mencetus idea atau mengambil masa yang lama untuk menghubungkan idea idea dan mengembangkan idea menjadi sesuatu yang berharga. Ini menyebabkan manusia akan melupakan idea tersebut sebelum sempat ianya diperkembangkan dan diaplikasikan.

b. Serenpidity Menerangkan tentang idea kreatif melalui inovasi yang tidak boleh dirancang iaitu berkaitan dengan masalah yang berhubung dengan brainstorming sessions atau sesi sumbang saran di mana, selalunya idea yang dating berlaku dengan tiba-tiba dalam situasi yang tidak dijangka sama ada semasa situasi yang menghadapi kejadian yang mengmbirakan atau sewaktu mengalami percambahan idea perlahan yang tiba tiba terhubung antara satu sama lain.

c. Adjacent possible Berlakunya rekaan idea baru dan mempercayai bahawa ia akan menghadapi masa-masa kejayaan sekiranya idea individunya diaplikasikan oleh orang lain ataupn generasi akan dating tanpa menyedari bahawa idea yang direka itu akan dapat berkembang maju sekiranya digabungkan dengan idea orang lain.

d. Error

Kekangan dan gangguan dari segi persekitaran iaitu kebisingan dan kesilapan yang berlaku di sekeliling pencetus idea sering membantutkan usaha menghasilkan idea kreatif.

e. Less shopisticated thoughts Masalah pemikiran yang kurang canggih di mana idea-idea yang dikeluarkan sudah lapuk atau ketinggalan zaman.

b) Apakah yang diperlukan bagi menghasilkan idea-idea yang kreatif? Bagi menghasilkan idea idea yang kreatif, kita mestilah perlu lebih kreatif dan berinovasi. Mampu menghasilkan idea yang bernas . kita juga perlu mengembangkan idea melalui idea connection iaitu saling berkongsi idea antara satu sama lain bagi mencetuskan idea yang canggih. Kita juga perlu lebih terbuka dalam mengemukakan idea agar idea tersebut dapat diperbaiki dan diperkembangkan melalui pendapat orang lain.

UNIT 11: ETIKA PERNIAGAAN Pelajar dikehendaki untuk membaca kajian kes : Sanlu Group di Negara China dan menjawab soalan berkenaan. Soalan 1: Apakah kesilapan yang dilakukan oleh Sanlu Group? Setelah membaca dan meneliti petikan yang berkaitan dengan Sanlu Group, saya dapati bahawa kesilapan terbesar pihak Sanlu Group ialah apabila mengabaikan beberapa etika perniagaan yang sepatutnya diamalkan oleh sesebuah syarikat. Yang pertama sekali, mereka telah mengabaikan kualiti dari segi isi kandungan produk susu yang sepatutnya dititik beratkan sejak dari proses penghasilannya. Keadaan ini dapat dilihat apabila terdapatnya kandungan kimia merbahaya di dalam produk susu mereka iaitu melamin di mana, melamin ini telah membawa mudarat dan memberi ancaman kepada pengguna khasnya bayi yang tidak berdosa. Kesilapan utama yang kedua ialah pihak Sanlu Group telah mengambil sikap tidak prihatin dengan mengabaikan laporan awal yang diterima oleh mereka tentang aduan berkaitan produk susu keluaran mereka yang telah memberikan kesan negative kepada bayi yang meminum susu tersebut . Mereka telah mengambil sikap lepas tangan tanpa mengambil apa-apa tindakan bagi mengatasi masalah tersebut bahkan terus memasarkan produk susu mereka yang telah tercemar demi mencapai keuntungan dek kelarisan susu yang dijual oleh mereka. Mereka sepatutnya lebih prihatin dengan melakukan siasatan terhadap bahan yang terkandung dalam produk susu mereka dan mengkaji

mengapa susu mereka tidak selamat digunakan apabila laporan pertama diterima. Situasi ini secara tidak langsung telah menafikan hak pengguna dari segi keselamatan menggunakan produk tersebut sekali gus menunjukkan pihak Sanlu Group tidak mengamalkan sikap bertanggungjawab kerana masih memasarkan produk mereka yang telah tercemar oleh bahan kimia merbahaya akibat daripada tiada penyiasatan dilakukan. Kesilapan yang seterusnya ialah mereka tanpa sedar telah melakukan penipuan terhadap pengguna dengan mendakwa bahawa produk tenusu yang dikeluarkan oleh syarikat mereka telah melakukan kawalan kualiti yang ketat sedangkan tanpa kesedaran mereka, terdapatnya bahan kimia melamin yang merbahaya dalam bekalan susu segar akibat daripada kecuaian mereka yang tidak membuat pemeriksaan kualiti terhadap susu segar yang dibekalkan.

Soalan 2: Mengapakah pemilik syarikat ini dihukum oleh mahkamah sedangkan melamin dimasukkan oleh orang tengah? Pada pendapat saya, seharusnyalah pemilik Sanlu Group ini dihukum kerana telah membuat keputusan yang tidak beretika apabila mengabaikan laporan tentang kesakitan yang dialami oleh bayi sehingga membawa kepada kematian akibat meminum produk susu tercemar keluaran syarikatnya. Sebagai pemilik syarikat, beliau sepatutnya mengambil langkah drastik dengan melakukan penyiasatan terhadap isi kandungan susu tersebut serta mengutamakan keselamatan pengguna-pengguna utama susu tersebut iaitu bayi-bayi yang tidak berdaya. Selain daripada itu, mereka juga patut dihukum kerana bertindak kejam dan melakukan penipuan dengan membina kepercayaan palsu terhadap masyarakat melalui jaminan palsu bahawa produk susu mereka adalah selamat dan berkualiti sehingga membuatkan masyarakat percaya dan yakin bahawa susu ini selamat. Oleh yang demikian, pemilik syarikat ini harus bertanggungjawab dengan kejadian yang telah berlaku dengan menerima hukuman yang setimpal berbanding dengan kesedihan keluarga yang kehilangan bayi mereka yang meninggal akibat meminum susu tercemar keluaran syarikat Sanlu Group. Soalan 3: Apakah kesan ketiadaan etika perniagaan pada sebuah syarikat seperti Syarikat Sanlu Group? Secara umumnya, sesebuah syarikat yang mengabaikan etika perniagaan dalam meneraju syarikat ialah, ia akan menyumbang kepada kegagalan syarikat itu keseluruhannya dan ia tidak akan bertapak lama dalam industry perniagaan. Ini adalah kerana terdapanya kesan-kesan sampingan yang menyumbang kepada kegagalan tersebut iaitu: a) Menjejaskan keyakinan dan kepercayaan pelanggan Tidak yakin dengan kualiti produk yang telah terbukti tercemar.

b) Menjejaskan hubungan baik dengan pembekal

Pembekal tidak lagi berminat untuk menjadi pembekal kepada syarikat yang bermasalah kerana akan menjejaskan nama baik syarikat pembekal tersebut.

c) Menjejaskan pengeluaran produk dan perkembangannya. Pengeluaran dan perkembangan produk terbantut kerana tidak ada lagi pelanggan yang ingin membeli produk yang bermasalah akibat kecuaian syarikat yang tidak menitik beratkan kualiti.

d) Berhadapan dengan tindakan undang-undang Syarikat yang tidak mengamalkan etika perniagaan dalam pelbagai aspek pasti menghadapi tindakan undang-undang kerana tidak mematuhi piawaian keselamatan yang sepatutnya dan melibatkan ancaman kepada masyarakat. e) Menjejaskan kualiti produk Kualiti produk yang dihasilkan terjejas kerana ketiadaan etika dari segi tanggungjawab dan ciri ciri keselamatan yang sepatutnya dititikberatkan.

f) Menjejaskan pelaburan Pihak pelabur tidak lagi membuat pelaburan kepada syarikat yang bermasalah kerana tidak mahu menanggung risiko kerugian.

g) Menjejaskan reputasi syarikat Reputasi syarikat terjejas kerana nama baik syarikat tercemar sebagai syarikat bermasalah hasil daripada laporan media.

Anda mungkin juga menyukai