Anda di halaman 1dari 16

Synopsis cerpen munsy[

Cerpen ini mengisahkan hasrat ‘saya’, seorang anak muda, untuk berhijrah ke
kota dihalang oleh bondanya yang bimbang anaknya itu akan terpengaruh oleh
budaya-budaya negatif di bandar. Pada bondanya, ‘saya’ masih belum mantap
bahasa ibunda dan jati dirinya. Menurut bondanya lagi, warga kota sudah
hilang nilai-nilai tradisi seperti cinta akan agama, bahasa dan bangsa. Penjajah
telah berjaya menyemai sentimen perkauman dalam kalangan rakyat sehingga
pernah tercetusnya pertumpahan darah akibat permusuhan antara
kaum. Oleh itu, bonda menasihatkan ‘saya’ agar memelihara agama, bahasa
dan negara supaya terus dihormati dan disegani. Sebagai seorang warga yang
bersifat patriotik, bonda memiliki banyak buku lama yang berkaitan dengan
bahasa,dan sejarah. Buku-buku tersebut selalu ‘saya’ baca. Menurut bonda,
asas kegagahan bangsa Melayu terletak pada tiga perkara, iaitu akidah Islam,
bahasa Melayu dan kesetiaan pada pemerintah yang adil.

Setelah ‘saya’ berasa mampu berjuang di kota barulah bonda


membenarkannya ke bandar untuk meneruskan kehidupan. Namun bonda
berpesan agar menjaga dua perkara iaitu agama dan bangsa. Bonda juga
mengirimkan sejumlah buku untuk kawan lamanya yang bernama Munsyi
melalui ‘saya’. Apabila tiba di bandar, ‘saya’ menyerahkan buku-buku tersebut
pada kawannya itu yang pada pengamatan ‘saya, Munsyi’ merupakan seorang
yang sangat mencintai bangsa dan budayanya. Dia tinggal di tanah rizab
Melayu di sebuah perkampungan tradisi di pinggir bandar. Di bandar, ‘saya’
melihat kaum mudanya telah hilang identiti dan jati diri. Akibat sibuk bekerja,
‘saya’ tidak bertemu Munsyi. Suatu hari, ‘saya’ mendapat khabar bahawa
perkampungan Munsyi akan dibangunkan dengan pelbagai bangunan mewah
dan hotel. Apabila ‘saya’ mencari Munsyi di kampungnya, jentera-jentera
berat sedang merobohkan rumah-rumah di situ. ‘Saya’ sedih melihat buku-
buku lama yang telah ‘saya’ bawa, musnah apabila rumah Munsyi dirobohkan
namun Munsyi tidak kelihatan di mana-mana.
Tema dan persoalan
Semangat cinta akan bahasa, agama, bangsa dan budaya yang tersemai dalam jiwa
sekumpulan warga negara.

Contohnya, ibu kerap menasihati ‘saya’ agar memelihara dan cinta akan agama, budaya
dan bahasa agar dihormati oleh orang.

Persoalan

Keinginan anak muda berhijrah ke bandar untuk membina kehidupan


Contohnya, ‘saya’ memohon keizinan ibunya untuk berhijrah ke bandar bagi membina
kehidupannya seperti kebanyakan remaja yang lain.

Peranan penjajah dalam usaha memecahbelahkan rakyat sesebuah negara.


Contohnya, pihak penjajah telah menjalankan sistem pecah dan perintah agar agihan
kekayaan negara tidak berlaku secara adil hingga menimbulkan
rusuhan kaum akibat rasa tidak puas hati rakyat
Kegigihan anak muda mempelajari segala ilmu untuk meneruskan kehidupannya.

Contohnya, ‘Saya’ tekun belajar pelbagai ilmu yang berkaitan dengan kehidupan sebelum
berhijrah ke bandar.
Ketaatan seorang anak terhadap nasihat ibunya.

‘Saya’ mentaati nasihat ibunya yang tidak membenarkannya berhijrah ke bandar kerana
pada pendapat ibunya ‘saya’ masih belum cukup kuat jati diri untuk tinggal di bandar.
Kebimbangan seorang ibu terhadap anaknya.

Contohnya, ibu keberatan untuk melepaskan ‘saya’ ke bandar kerana bimbang ‘saya’
terpengaruh akan budaya negatif yang terdapat pada remaja di bandar.
Watak dan perwatakan
Watak utama

‘Saya’Seorang yang taat

‘Saya’ tidak membantah ketika ibunya melarang dia berhijrah ke bandar.

Seorang yang amanah.

‘Saya’ menyampaikan amanah bondanya iaitu buku-buku yang sepatutnya diserahkan


kepada Munsyi ketika ‘saya’ pergi ke bandar.

Seorang yang gemar membaca

‘Saya’ telah mengkaji teks Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah serta membaca banyak
buku lama milik ibunya.

Seorang yang tidak mudah putus asa

‘Saya’ meminta izin ibunya sekali lagi apabila sudah lebih bersedia untuk tinggal di kota
walaupun hasratnya itu pernah ditolak oleh ibunya.

Watak sampingan

Bonda ‘saya’Seorang yang berpengetahuan luas.

Bonda bercerita kepada ‘saya’ tentang sejarah pahit tanah air.

Seorang yang bersifat patriotik.

Bonda menasihati ‘saya’ agar memelihara agama, bahasa ibunda dan negara.

Seorang yang amat memahami

Bonda mengizinkan ‘saya’ berhijrah apabila didapati anaknya itu sudah mantap ilmu dan jati
dirinya.

MunsyiKawan lama bonda.Seorang yang cinta akan budaya Melayu

Munsyi berpakaian tradisi Melayu yang lengkap dengan keris ketika menyambut
kedatangan‘saya’.Seorang yang mengalu-alukan tetamu.
Munsyi tersenyum dan menjemput ‘saya’ masuk ke rumahnya.
Nilai murni

1.Nilai kegigihan.Contohnya, kegigihan seorang anak muda lepasan universiti untuk


mengusahakan penternak ayam secara moden.

2.Nilai rasional.Contohnya, Hakim menuntut hak datuknya melalui saluran yang


betul, iaitu melalui proses mahkamah.

3.Nilai ketabahan.Contohnya Hakim bertambah untuk meneruskan usaha menternak


ayam walaupun dia terpakasa menanggung beban hutang dan menempuh pelbagai
rintangan yang lain.

4.Nilai bertanggungjawab.Contohnya, Hakim berusaha untuk membersihkan nama


dan maruah datuknya yang tercalar.

5.Nilai berdikari.Contohnya, Hakim tidak memohon bantuan daripada pihak kerajaan


sebaliknya membuat pinjaman bank.

6.Nilai kebijaksanaan.Contohnya, Azam menggunakan kepakarannya dalam bidang


guaman untuk membantu Hakim mendapatkan tanah yang menjadi haknya semula.
Pengajara
1. Kita tidak seharusnya cepat berputus asa, sebaliknya mengusahakan sesuatu
dengan bersungguh-sungguh.Contohnya, Hakim berusaha bersungguh-sungguh
untuk mendapatkan hak milik keluarganya yang telah dirampas oleh raja.
2. kita tidak seharusnya terlalu mengharapkan bantuan orang lain, sebaliknya kita
hendaklah berdikari.Contohnya, Hakim tidak mengharapkan bantuan kerajaan
sebaliknya berusaha mendapatkan pinjaman daripada bank.
3. Kita sewajarnya bertanggungjawab menjaga dan membersihkan nama serta
maruah keturunan kita.Contohnya, hakim menunaikan tanggungjawab dengan
membersihkan nama dan maruah datuknya.
4. Kita perlulah bersikap resional dengan menggunakan saluran yang betul bagi
menuntut kembali hak-hak kita.Contohnya, Hakim mengunakan saluran undang-
undang/mahkamah untuk mendapatkan hak keluarganya yang telah dirampas oleh
raja.
5. Kita hendaklah menolong orang yang memerlukan bantuan kita,.Contohnya,
Azam membantu Hakim mendapatkan haknya dan membersihkan nama serta
maruah datuknya di mahkamah.
TEMA DAN PERSOALAN
Tema
Tema cerpen ini ialah semangat cinta akan bahasa, agama, bangsa danbudaya yang
tersemai dalam jiwa sekumpulan warga negara.
Contoh:, Ibu kerap menasihati ‘saya’ agar memelihara dan cinta akanagama, buda ya
dan bahasa agar dihormati oleh orang.

Persoalan
Terdapat beberapa persoalan dipaparkan dalam novel ini, antaranya:
i. Persoalan keinginan anak muda berhijrah ke bandar untuk membina kehidupan
Contoh: ‘Saya’ memohon keizinan ibunya untuk berhijrah ke bandar bagi
membina kehidupannya seperti kebanyakan remajayang lain.
ii. Persoalan peranan penjajah dalam usaha memecahbelahkan rakyat sesebuah n
egara
Contoh: Pihak penjajah telah menjalankan sistem pecah danperintah agar agihan kekay
aan negara tidak berlaku secara adil hinggamenimbulkan rusuhan
kaum akibat rasa tidak puas hati rakyat.
iii. Persoalan kegigihan anak muda mempelajari segala ilmu untuk
meneruskan kehidupannya
Contoh:, ‘Saya’ tekun belajar pelbagai ilmu yang berkaitan dengankehidupan
sebelum berhijrah ke bandar.
iv. Persoalan ketaatan seorang anak terhadap nasihat ibunya
Contoh:, ‘Saya’ mentaati nasihat ibunya yang tidak membenarkannyaberhijrah
ke bandar kerana pada pendapat ibunya ‘saya’ masih belumcukup kuat jati diri untuk tinggal
di bandar.
v. Kebimbangan seorang ibu terhadap anaknya
Contoh: Ibu keberatan untuk melepaskan ‘saya’ ke bandar kerana bimbang
‘saya’ terpengaruh akan budaya negatif yang terdapat pada remajadi bandar.
Nilai-nilai murni
1.Nilai kasih sayang.Contohnya, bonda amat menyayangi Mel.

2.Nilai mengenang jasa.Contohnya, bonda mahu Mel menghargai jasa dan usaha
yang dilakukan oleh nenek moyang terdahulu yang berusaha memerdekakan
negara.

3.Nilai ketaatan.Contohyan, atas nasihat bonda, Mel akhirnya membatalkan


keinginannya yang meruap-ruap untuk mencari pengalaman baharu di kota.

4.Nilai bertanggungjawab.Contohnya, bonda bertanggungjawab menjaga khazanah


dan buku-buku lama yang tidak ternilai harganya.

5.Nilai hormat-menghormati.Contohnya, Mel amat menghormati Munsyi sebagai


seorang pejuang Bahasa.

6.Nilai kebijaksanaan.Contohnya, bonda merupakan seorang yang bijak kerana


mampu membicarakan hal-hal semasa dan sejarah tanah air.
Jeket kulit kijang dari istambul
Tema dan persoalan

1.Tema cerpen J’eket Kulit Kijang dari Istanbul ‘’ adalah tentang pengalaman seseorang
pelancong yang suka melancong.
2.Pembelian jeket kulit tersebut tidak dirancang dan dibuat untuk menjaga hati rakannya.
WATAK DAN PERWATAKAN
1.Watak utama –Mas.
2.Watak sampingan –lelaki Turki (peniaga), Encik Yuksel Chah, Dr.Liza, Hajah
Zalehon, Hajah Normah, Shahmeen, Haji Helmi, Cikgu Julidah, Mevlana Calaleddin
Ar-Rumi, Nasreddin Hodja, dan sebagainya.

Aku ( Mas ) –
Seseorang yang :-

1. Gemar membaca.
Aku gemar membaca kerana dia akan leka membeli dan membaca buku jika
terjumpa kedai yang menjual buku.
1. Baik dan murah hati.
Aku begitu bermurah hati dengan memberikan wang sebanyak lima lira kepada
wanita tua yang menjual makanan burung walaupun harga sepiring hanya satu lira.
1. Berbudi bahasa.
Aku dengan sebaik mungkin berbudi bahasa kepada pekedai Turki kerana tidak
mahu membeli jaket kulit agar pekedai itu tidak berasa kecil hati.
1. Tidak boros berbelanja.
Aku tidak terpengaruh dengan layanan mesra pekedai Turki agar membeli jaket
kulit kijang itu.
1. Sayang akan haiwan.
Aku begitu menyayangi haiwan seperti kijang kerana dia berhasrat untuk
memberikan wang hasil jualan jaket kulit kijang kepada mana-mana zoo yang
mempunyai kandang kijang agar dapat memelihara haiwan tersebut daripada
menjadi korban arus pemodenan.
1. Bersederhana apabila berbelanja.
Aku telah membuat senarai barangan yang hendak dibeli agar tidak melebihi
perbelanjaan yang telah diperuntukan.

Watak Sampingan
Pekedai Turki–

1. Pemuda berkulit putih


2. Mempunyai kumis. (misai)
3. Fasih berbahasa inggeris.- Pekedai Turki berbahasa inggeris apabila berkomunikasi
dengan pelanggan yang datang ke kedainya.
4. Peramah dan mesra
Pekedai Turki kelihatan begitu peramah dan mesra ketika melayan pelanggan di
kedainya.
1. Tidak berputus asa
Pekedai Turki tidak berputus asa memujuk pelanggannya membeli barang
jualannya.
1. Pandai mengambil hati
Pekedai Turki sangat pandai mengambil hati pelanggannya dengan memberikan
kata-kata manis.
1. Cepat marah
Pekedai Turki cepat naik amarah kerana pelanggannya tidak mahu membeli
barangannya walaupuan telah mencubanya.
Polis Turki –

1. Lelaki dewasa
2. Bertubuh tegap
3. Berbaju T dan berseluar panjang
4. Berwajah serius –
Polis Turki kelihatan serius ketika dia menjalankan tugasnya apabila dia
menangkap seorang remaja yang menjual barangan pasaran gelap.
Shahmeem –

1. Kawan kepada Aku


2. Mudah terpengaruh
Shahmeem terpengaruh dengan sehelai jaket hitam yang dijual secara pasaran
gelap tanpa mengetahui ukuran saiznya.
1. Murah hati
Shahmeem bermurah hati dengan mengurangkan sebanyak AS$20 daripada harga
asal pasaran gelap kepada Aku kerana jaket kulit kijang itu tidak padan
dengannya.
Nilai-nilai murni
1. Kegigihan – pekedai Turki begitu gigih dan tidak berputus asa meyakinkan
pelanggannnya agar membeli barangan kulitnya.

2. Keprihatinan – Aku begitu prihatin dengan pembunuhan haiwan kijang kerana


kulitnya untuk dijadikan jaket.

3. Berjimat cermat – Aku telah membuat senarai barangan yang perlu dibeli untuk
dibawa pulang agar tidak melebihi perbelanjaan.

4. Keikhlasan – Aku dengan ikhlas memberi derma kepada pengemis seperti pengait
benang, kanak-kanak bersama-sama datuknya yang buta serta lelaki tua yang cacat
anggotanya.
Pengajaran
1. Kita haruslah bersikap berjimat cermat dalam urusan perbelanjaan seharian
maupun semasa melancong ke luar negara.
Contoh :- Cenderamata untuk keluarga : 29 helai baju T, 2 helai untuk keluarga
Anim, masing-masing sehelai untuk Tahrir, Nadia dan Salleh.

2.Kita hendaklah bersikap ikhlas dalam melakukan sesuatu perkara tanpa mengira
taraf kehidupan seseorang.
Contoh :- Aku begitu bermurah hati dengan memberikan wang sebanyak lima lira
kepada wanita tua yang menjual makanan burung walaupun harga sepiring hanya
satu lira serta ikhlas memberi derma kepada pengemis seperti pengait benang,
kanak-kanak bersama-sama datuknya yang buta serta lelaki tua yang cacat
anggotanya.

3.Kita wajar mempunyai sikap gigih dalam melakukan pekerjaan supaya hasil yang
diinginkan tercapai.
Contoh :- Pekedai Turki gigih memberikan layanan yang mesra kepada
pelanggannya dengan memberikan layanan yang baik serta memberikan minuman
percuma kepada pelanggannya dengan harapan pelanggannya itu membeli
barangannya.

4.Kita patut bersikap prithatin terhadap haiwan yang dilindungi agar habitatnya
tidak pupus.
Contoh : Aku begitu prihatin terhadap haiwan seperti kijang kerana dia berhasrat
untuk memberikan wang hasil jualan jaket kulit kijang kepada mana-mana zoo
yang mempunyai kandang kijang agar dapat memelihara haiwan tersebut daripada
menjadi korban arus pemodenan.
Soalan pemahaman
i)Berdasarkan petikan di atas nyatakan dua masalah yang dihadapi oleh Hakim?
~Terdapat dua masalah yang di hadapi ialah Farid dihimpit oleh masalah kewangan
apabila gagal meluaskan hutangnya dengan baik.Dan juga tanah kaduk dirampas
hasil penipuan raja.
ii)Pada pendapat anda mengapakah Hakim mengambil risiko untuk menjadi
penternak ayam walaupun bayak risiko yang dihadapinya?
~Bagi pendapat saya, Hakim ingin menebus hak tuntutan tanah datuknya turut juga
membersihkan nama dan maruah keluarganya.
iii)Jelaskan satu nilai yang terdapat dalam petikan di atas beserta satu contoh yang
terdapat dalam keseluruhan cerpen ini?
~Nilai yang terkandung dalam cerpen ini ialah nilai kegigihan, contohnya kegigihan
seorang anak muda lepasan university untuk menguruskan pentenakkan ayam
secara moden.
Penghargaan
AssalamualaikumBersyukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah
kurniaNya dapat juga saya menyiapkan foliosaya yang telah diusahakan
selama ini .Folio ini amat penting buat saya memandangkan perkara ini
merupakan sebahagian daripada kerja khusus subjek Bahasa melayu,saya
ingin mengucapkan Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada individu
penting yang banyak membantu saya sepanjang saya menyiapkan projek
folio saya ini. Pertama sekali kepada guru yang banyak mengaja dan
membabtu saya “ kerana beliau telah banyak memberikan bimbingan dan
semangat kepada semua pelajar.Sekalung penghargaan untuk guru subjek
saya, Bahasa Melayu kerana memberikan tunjuk ajar kepada saya
sepanjang saya menyiapkan folio ini. Selain itu, saya juga sangat
menghargai jasa guru subjek saya kerana memberikan bimbingan, dan
nasihat yang amat berguna untuk folio saya serta membantu saya dari
semasa saya susah dan senang. Jasa beliau yang akan saya kenang ke
akhir hayat.Seterusnya, terima kasih juga kepada ibu bapa saya kerana
memberikan sokongan dan dorongankepada saya sepanjang folio ini
disiapkan. Terima kasih yang tidak terhingga juga saya ucapkan kerana
memberikan saya bantuan dari segi kewangan.Tidak lupa juga kepada
rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama berhempas pulas
dalammenyempurnakan projek masing-masing. Bantuan kalian dari segi
informasi terkini mengenai projek folio amat saya hargai. Budi kalian yang
sanggup meluangkan masa untuk memberikansaya maklumat tidak akan
saya lupakan.Akhir sekali terima kasih kepada pihak-pihak yang telah
membantu saya secara langsung atau tidak langsung sepanjang projek saya
dijalankan dan dibentangkan
BAHAN RUJUKAN
1.internet
2.buku rujukan komsas
i)antologi , jaket kulit kijang
ii)kaduk ayam dan raja
iii)munsyi

Anda mungkin juga menyukai