Anda di halaman 1dari 37

Hikayat Abdullah

Pembinaan Jati Diri Bangsa


Pembentukan Masyarakat
Kritikan Sosial
Pendidikan
Pemikiran
Peranan Wanita

Disediakan oleh :
Josephine Wong Siew
Jeng
Lim Mei Ling
Wong Chee Ping

1. Pembinaan Jati Diri


Bangsa
Sikap terhadap pembelajaran
Abdullah

Masyarakat Melayu

...Maka pada tiap-tiap pagi


aku pergi mengaji ke tempat
belajar, dan malam-malam
diajar oleh bapaku di rumah.
(m/s 14)
Syahadan adalah suatu
susah kepadaku sebab tiada
tahu bahasa Hindustan itu,
melainkan jikalau hendak
bercakap dengan mereka itu
bermain tangan sahaja, seperti
orang bisu. Dan lagi pula pada
masa itu terlalu mahal orang
yang mengetahui bahasa itu.
Maka sebab itu teringinlah
hatiku hendak belajar bahasa

Kerana pada fikiran orangorang sekalian tiada patut


dipelajari akan bahasa Melayu
itu, sebab ia itu bahasa kita
sendiri. Dan lagi pula dari
zaman nenek moyang pun tiada
pernah pula orang menaruh
tempat belajar bahasa Melayu,
melainkan mengaji Quran
sahaja.

Abdullah merupakan seorang yang hormat


dan merendahkan diri
Bermula barang perkataan yang
baharu yang belum bertemu dalam kitab2
dan hikayat atau syair, maka dengan
segeranya pergilah aku mendapatkan
salah seorang daripada mereka itu,
dengan beberapa hormat dan
merendahkan diri bertanyakan ertinya
perkataan itu, dan gunanya dan asalnya
tumbuh perkataan itu, dan bagaimana
memakai dia. (m/s 32)

Abdullah merupakan seorang yang


mengenang jasa
Adapun budi Tuan Milne itu baik serta
dengan ingatan dan tolongnya serta
kasihnya itu. Maka sepenuh-penuh
terjunjung di atas batu kepalaku. Maka
sampai aku mati pun tiada akan habis
akau membalaskan. (m/s 125)

- Sifat manusia yang tamak.


Cth1: Sultan Husin Syah dan Temenggung
mengadu bahawa pendapatan mereka tidak
cukup dan.
Cth 2: Encik Abu Putih turut ingin mendapat
pendapatan sebanyak 3000 ringgit sebulan.
Cth 3: Penulis sendiri pun mengaku dengan
sifat beliau yang tamak dan tidak pandai
berbelanja. ( rezeki banyak atas pelbagai jln
pendapatan) m/s 202.
Bukti: . kerana cita2 dan angan-anganku itu
sangatlah tamak hendak mendapat lebih
daripada yang sepatutnya

- Hukuman yang adil (Tuan Farquhar)


Petikan dalam teks:
Maka sebab demikianlah orang
sekalian kasih akan dia serta dengan
takutnya akan dia sebab hukumannya
adil
m/s 208

2. Pembentukan Masyarakat
Terdapat 4 kapitan di Melaka
Dan lagi dalam Melaka pada masa itu
ada empat kapitan, masing-masing
bangsa kapitannya. Maka itu sudah jadi
adat itu daripada zaman Holanda, ada
Kapitan Keling, ada Kapitan Melayu, ada
Kapitan Cina, ada Kapitan Nasrani. Maka
barang satu daripada baik jahat masingmasing pergilah mengadukan kepada
kapitannya. (m/s 22)

Terdapat Fiskaal, Feitor dan Justisa


Maka jikalau sekiranya tiada boleh
dihabiskan oleh kapitan, maka baharulah
dihantarkannya kepada Fiskaal, kemudian
kepada Feitor, maka kemudian baharulah
masuk ke dalam Justisa. (m/s 22)
Abdullah digelar sebagai guru
Hatta maka daripada ketika itulah
digelar oleh mereka itu akan daku
Munsyi ertinya guru atau pengajar
dalam bahasa-bahasa. (m/s 26)

-Kenaifan Masyarakat Melayu


1. Tidak mahir dalam pelbagai ilmu.
H: Masyarakat Melayu hanya mahir dan
mundur dengan tradisi sendiri. Misalnya,
menangkap ikan dengan menikam.
H: Masyarakat Melayu kurang terlibat dengan
perniagaan kerana kekurangan ilmu
mengira dan menulis.
Buktinya:
Tuan Sultan lihatlah dalam negeri
Singapuraini, semua bangsa ada menjadi
saudagar, adakah seorang pun saudagar
Melayu? Kerana dia orang yang tidak boleh
mengerjakan pekerjaan yang besar-besar,

2. Kepercayaan yang karut.


H: penduduk Melayu di Singapura percaya
bahawa kewujudan hantu di Bukit
larangan( istana raja dahulu) dan tidak
berani pergi tempat itu.
Bukit: Kata orang2 Temenggung: Sahaya
sekalian tiada berani naik, kerana banyak
puakanya..

Budaya pemberian hadiah kpd orang yg ternama


(m/s 210)
Bangsa Cina, Melayu, Jawa, Keling di Singapura (m/s
210 & 211)
Petikan dalam teks:
- Sebermula maka segala orang-orang yang di
dalam negari Singapura pun masing-masing
bersedialah dengan hadiahnya dan alatnya dan
perahu, serta dengan bunyi-bunyiannya m/s 210
-Maka adalah yang membawa hadiah berbagaibagai, orang Cina cara Cinanya, orang Melayu cara
Melayunya, dan orang Keling cara Kelingnya m/s
210

- Masyarakat yang mengenang budi dan


jasa orang
Petikan dalam teks:
Maka pada esoknya ia hendaklah
belayar, maka kubelikah tiga ratus buah
manggis dan halwa pala empat takar, lalu
kubawakan hadiah kepadanya m/s 219

-masyarakat di darat Singapura berkebun,


makan candu, berjudi dam berbuat jahat
petikan dalam teks:
Maka adalah setengah mereka itu
yang ada berkebun lada hitam dan gambir
dan sebagainya dapat kebanyakkan yang
mencuri dan menyamun dan membunuh
orang kerana hampir-hampir semuanya
mereka itu makan candu maka judi jangan
dikata lagi
m/s 221

- Susun lapis masyarakat di darat Singapura


ketua -> 4 orang pembesar -> penghulu ->
beberapa puluh orang anak buah
Petikan dalam teks:
Maka adalah ia itu dengan orang
besarnya yang kepala sekali, di bawahnya
itu pula ada empat orang besar, dan di
bawahnya itu pula ada lagi seorang
penghulunya, dan di bawah penghulunya itu
ada beberapa puluh mata-mata yang
menjaga-jaga orang dan menangkap orang
akan dimasukkan ke dalam muafakat m/s
221

3. Kritikan Sosial
Mengkritik adat menjual anak
Hatta maka dengan hal yang demikian,
maka kata orang-orang sekalian, jikalau
demikian hal budak ini, tiada berhenti
daripada penyakit sahaja, bahawa
barangkali ibu bapanya tiada serasi
memeliharakan dia; baiklah dijualkan
kepada orang yang ada beranak banyak;
kerana demikianlah diperbuat oleh orang
tua-tua. (m/s 10)

Menghormati tetamu
Maka pada masa itu aku pun keluar
bertanya kepada nakhoda itu. Dari mana
datang encik nakhoda? Maka jawabnya,
Sahaya cari encik punya orang tua. Maka
jawabku, Ini hari bapa sahaya ada banyak
kerja di rumah Tuan Adriaan Kock. Maka
jawabnya, Apalah hal sahaya ini, sudah
berjanji kepada orang tua encik, ia hendak
membuatkan surat? Hendak belayar
sekarang. Maka kataku, Enciik nakhoda,
kalau suka, boleh sahaya cuba tuliskan.
(m/s 28)

Masyarakat yang dengki


Sebermula adapun orang2 yang
menghasut bapaku itu sekalian pucatlah
mukanya. Tiadalah berdaya lagi, kerana tiada
lulus kehendaknya. Dan lagi mereka itu
sekalian cuma-cuma duduk makan tidur tiada
berpekerjaan. Maka halku diberi Allah rezeki
makmur, pada tiap-tiap bulan mendapat wang
dan mendapat pelajaran. Maka makinlah
bertambah-tambah pula dengki mereka itu
oleh sebab aku mengajar paderi dan Inggeris
dalam Melaka bahasa Melayu, dan kuertikan
dalam bahasa Inggeris. Maka tiadalah dapat
jalan mereka itu hendak membuat barang apaapa kepadaku. Maka digelar oleh mereka itu
akan namaku Abdullah Paderi. Maka pada

Perbandingan antara isteri bagi orang


Melayu dengan orang putih
Isteri bagi orang
Melayu
kalau sudah menjadi isteri
orang besar-besar itu,
makinlah bertambah-tambah
congkaknya dan malasnya.
Dan tingkahlakunya pun makin
tinggi, dan tutur katanya pun
sekaliannya membesarbesarkan dirinya. Dan lagi
menjadi kehinaan pada
sangkanya kalau bekerja
panjang pendek, atau
berusaha barang2 apa yang
memenatkan tubuh, melainkan
duduk sahaja dengan tidur
baring, serta memakai, dan

Isteri bagi orang putih


maka isteri Tuan Raffles itu
kulihat dengan kakinya
pantasnya seperti lipas
kudung. Lepas satu, satu
pekerjaannya. Lepas bekerja
rumah, menjahit, lepas
menjahit, menulis.. (m/s 66)

Adat yang tidak rasional/ kurang baik.


Adat -1. Berniaga itu aib, merompak pula
tiada aib.
H: Semasa Tuan Raffles mencadangkan
supaya Temenggung dan Sultan Husin
Syah berniaga untuk mengatasi masalah
kekurangan pendapatan, Sultan
berjawab,
: Berniaga menjadi aib kepada raja-raja
yg lain.
: ..merompak itu sudah pusakanya, sebab
itu tidak menjadi aib.. (m/s 166)

Adat ke- 2: Sekiranya seseorang itu menderhaka


kepada rajanya, maka semua ahli keluarganya
akan dibunuh dan harta benda dimusnah.
H: Selepas kejadian Tuan Farquhar ditikam, Tuan
Raffles telah bertanya kepada Sultan dan
Temenggung mengenai hukuman dalam
undang-undang Melayu.
Bukti: tuan, kalau adat Melayu, orang itu
dibunuh habis-habis dengann anak bininya
dan kaum keluarganya. Maka tiang rumahnya
dibalikkan ke atas, dan bumbungan rumahnya
ke bawah, dan tanah bekas rumahnya itu pun
dibuangkan ke laut adanya. (m/s 178)

Adat ke-3: Adat memakai senjata


H: Tuan Raffles berbincang dengan sultan
dan temenggung bahawa adat pakai
senjata merupakan kebencian segala
bangsa dan mendatangkan banyak
bencana.
Bukti: Sahaya mahu pinta kepada Sultan
dan Temenggung, ini adat pakai senjata
terlalu jahat, iaitu kebencian segala
bangsa, istimewa bangsa Inggeris. Kerana
banyak bencana yang datang dari sebab
itu. m/s 182

Masyarakat yang berdekati orang ternama


supaya diketahui bersahabatan dengan
raja
Petikan dalam teks:
.ada pula yang menangis pura-pura
sebab muka-muka, supaya diketahui
orang ia bersahabat dengan raja
m/s 210

Perjanjian yang tidak adil, pemerintah tidak berfikiran


jauh

Petikan dalam teks:


.. maka adalah dengan suka-suka hati kita telah
menyerahkan negeri Singapura ini serta dengan
perintah-perintahnya sekali kepada Kompeni Inggeris
.. maka jikalau kiranya sultan hendak berpindah dari
negeri Singapura ini ke negeri lain melainkan Kompeni
memberi hadiah tiga puluh ribu ringgit dan kepada
Temenggung dua puluh enam ribu lapan ratus
ringgit.
. bermula adapun pemberian Kompeni Inggeris yang
tersebut pada sebulan-sebulan iaitu selagi ada hayat
Sultan sahaja. m/s 241 & 242
sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada
ada gunanya m/s 243

4. Pendidikan
Orang pada zamannya tidak ingin belajar akan
pekerjaan darihal tulis-menulis dan baca surat
Melayu
Kerana pada fikiran orang-orang sekalian
tiada patut dipelajari akan bahasa Melayu itu,
sebab ia itu bahasa kita sendiri. Dan lagi pula
dari zaman nenek moyang pun tiada pernah
pula orang menaruh tempat belajar bahasa
Melayu, melainkan mengaji Quran sahaja. Dan
patut belajarkan bahasa Arab, ekrana ia itu
yang berguna kepada agama, dan lagi dalam
akhirat, dan lagi bahasa itu sahaja yang
terlebih mulia di antara orang Islam. (m/s 31)

Membuat satu kitab yang dikenali sebagai


Vocabulary (Tuan Thompsen dan Abdullah)
Hatta maka suatu hari katanya, Tuan
cuba kampungkan perkataan-perkataan
bahasa Mleayu, boleh sahaya beri perkataan
Inggeris, boleh kita buat satu kitab bahasa
Melayu dan Inggeris. Supaya boleh menjadi
kesenangan kepada inggeris yang hendak
belajar Melayu, dan Melayu hendak belajar
Inggeris. Maka jawabku, Baiklah tuan.
(m/s 114)

Terdirinya Anglo-Chinese College


Tuan Milne pun mendapat perintah
daripada kongsinya menyuruh membuat
rumah college yang ada sekarang ini di
Melaka. Maka datanglah Tuan Milne
menampar pintu itu diteriaknya nama
rumah itu Anglo-Chinese College. (m/s
120)

Masyarakat yang pandai membaca dan


menulis Bahasa Inggeris
maka adalah juga kira-kira sampai sepuluh
kanak-kanak yang telah menjadi pandai
membaca dan emnulis Bahasa Inggeris. Maka
baharulah pada masa itu di Melaka
kebanyakkan orang tahu bertutur bahasa
Inggeris. (m/s 120)
Masyarakat yang tidak ada belajar bahasa
Inggeris
aku tiada suka engkau pergi belajar
bahasa Inggeris dan suratnya. Kerana
seorang pun orang Islam tiada belajar itu.
(m/s 121)

Pendidikan diambilberat oleh Inggeris


terhadap orang-orang Melayu di
Singapura.
H: Tuan Raffles berhasrat untuk menghantar
anak-anak Temenggung dan Sultan ke
Benggala untuk belajar tetapi ditolak.
H: Tuan Raffles menubuhkan satu rumah
belajar, Institution dengan sumbangan
sultan, temenggung dan lain2.
H: Tuan Raffles turut berpesan dengan
penulis untuk belajar Bahasa Inggeris
supaya menjadi pandai.
Bukti: m/s 184

5. Pemikiran
Melihatkan dan memikirkan hal orang Melayu
yang belum sedar akan diri mereka
Adalah suatu hairan, lagi tercengan aku
sebab melihatkan dan memikirkan hal orang
Melayu ini, belum sedar akan dirinya. Ia tinggal
dalam bodohnya itu, oleh sebab ia tiada mahu
belajar bahasanya sendiri, dan tiada mahu
menaruh tempat belajar bahasanya itu, maka
mustahil pada akal, adakah orang yang tiada
belajar itu boleh menjadi pandai sendirinya?
Bukanlah segala bangsa2 yang lain dalam
dunia ini masing-masing ada belajar
bahasanya, melainkan orang Melayu? (m/s 35)

Tidak percaya kepada hikmat2 dan tangkal2


Maka adalah pada fikiranku bahawa
sekalian itu bohong, dan bodoh orang yang
percaya demikian; maka adalah sekalian
perkara yang dibuatnya itu dengan akal
sahaja, bukannya dengan ubat atau himat
atau doa adanya. (m/s 52)
Adalah dalam fikiranku orang yang bodoh
tiada berilmu ini, bahawa sekali-kali tiada
patut orang percaya, seperti polong dan
penanggalan dan segala perkara yang
tersebut itu. (m/s 112)

Pandangan penulis terhadap tanggungjawab


sebagai seorang guru
Kerana orang menjadi guru itu bukannya
mudah, maka hendaklah ada kepadanya lima
perkara :
Pertama-tama hendaklah ada pengetahuan.
Kedua hendaklah jangan ia membesarkan dirinya
sebab pengetahuannya itu.
Ketiga hendaklkah ada ia sabar daripada kesalahan
dan kebodohan orang lain, serta menanggung
kesusahan.
Keempat hendaklah diketahuinya tiap-tiap
perkataan yang diajarkannya itu darimana
asalnya, dan bagaimana memakai dia.
Kelima hendaklah ia rajin serta usaha. (m/s 101)

Pandangan penulis terhadap seorang


perempuan dan isteri
Maka jikalau tiada salah fahamku yang
telah kucamkan, bahawa alamat
perempuan yang demikian itulah tanda
berakal lagi pandai. Dapat mengerjakan
pekerjaan yang besar2. maka adalah
seolah-olah kulihat hal kelakuannya dan
usahanya itu. Maka ia lah yang memegang
pekerjaan suaminya itu, dan ia lah
menolong suaminya itu. (m/s 66)

- Inggeris lebih matang dan berpandangan


jauh serta bijak berfikir.
Cth 1: Tuan Farquhar berjaya menyelesaikan
pelbagai masalah yang timbul di
Singapura.
Misalnya, masalah tikus (m/s 145)
masalah lipan (m/s 146)

Cth 2: Tuan Raffles bijak berfikir dan


menyelesaikan masalah.
Misalnya, sedar akan kepentingan
pendidikan terhadap masyarakat Melayu.
- Mengubah adat2 Melayu yang tidak
rasional.
- Membalas surat Raja Siam dengan isi2
tersirat di mana mencerminkan kenaifan
Raja Siam.
- Memajukan diri dengan ilmu2 ( kitab
Melayu, Bhs Melayu..)

- Beliau menggunakan cara yang baik


dengan makna yang tidak secara langsung
dalam menghalau Temenggung dan orangorangnya ke tempat lain.
Kata penulis, Mulut disuap pisang dan
pantat dikait onak

Cth 3: Kegigihan orang Inggeris belajar.


H: Tuan Raffles meminta penulis mengajar
bahasa Melayu dan adat Melayu kepada
orang2 putih.
Bukti: Syahadan ia lah menyuruh aku pada
mulanya mengajarkan bahasa Melayu
kepada orang2 putih, serta dengan
adatnya, ditentukannya pada seorang
sehari satu jam. Orang2 putih belajar
enam puluh orang sehari, lain pula yang
datang mengajar ke rumahnya (petikan
m/s 199)

6. Peranan Wanita
Wanita menjadi guru besar
nenek perempuan sebelah bapaku
itulah menjadi guru besar dalam Kampung
Bali, ada kira-kira dua ratus anak
muridnya daripada laki-laki dan
perempuan mengaji Quran. (m/s 11)

Anda mungkin juga menyukai