Anda di halaman 1dari 1

CERPEN MELLISA (T4) Sinopsis Cerpen Melissa Melissa baru sahaja pulang dari pejabat surat khabar.

Dia berasa tidak tenteram setelah bertemu Syahid, kawan lamanya ketika di universiti dahulu. Peristiwa tersebut membuatkannya teringat kepada seorang kawannya sepermainannya sewaktu kecil dahulu, Hisyam. Hampir setiap hari Hisyam pasti mengunjunginya dan meraka bermain-main bersama-sama. Persahabatan mereka sangat akrab sehingga Hisyam pernah menyatakan bahawa apabila besar nanti, dia akan memperisterikan Melissa. Malangnya Hisyam telah terkorban dalam tragedi 13 Mei 1969. Peritsiwa hitam itu benar-benar meninggalkan kenangan pahit kepada beliau. Tarikh 13 Mei juga telah dipilih Melissa sebagai tarikh untuk beliau menyediakan penulisan tesis dalam bidang sejarahnya. Melissa perlu menyiapkan penulisan ilmiah ini sebelum beliau dianugerahkan ijazah sarjana muda dalam bidang sejarah. Kajiannya setebal 215 muka surat telah merungkai punca-punca berlakunya rusuhan kaum pada tarikh hitam itu. Dalam kajian Melissa, punca rusuhan kaum adalah akibat dasar secara devide et empera, iaitu pemisahan kaum secara kedudukan geografi. Penjajah Inggeris sememangnya tidak suka penduduk Tanah Melayu bersatu ketika itu. Orang Melayu dibiarkan hidup secara tradisi di kampungkampung, manakala oarang-orang Cina ditempatkan di bandar-bandar dan menguasai bidang perniagaan. Orang India pula ditempatkan dalam ladang-ladang milik Inggeris sebagai buruh ladang. Dasar ini menyebabkan berlakunya polarisasi kaum yang semakin lama semakin menebal walaupun negara telah mencapai kemerdekaan. Untuk menyiapkan kajiannya, Melissa juga menjalankan kajian secara menebual mangsa-mangsa tragedi 13 Mei untuk mengetahui kisah sebenar peristiwa berdarah itu. Hubungan Melissa dengan Syahid semakin intim. Walau bagaimanapun hubungan mereka terganggu kerana Melissa menyertai angkatan tentera Malaysia. Melissa lebih sayangkan negaranya daripada persahabatan dengan Syahid. Kejadian ini menyebabkan Syahid terasa seperti dipermainkan dan sangat kecewa dengan sikap Melissa. Melissa telah bertekad untuk menjadi warganegara yang setia kepada negara Malaysia walaupun dia dilahirkan dan dibesarkan di luar negara, tetapi hati dan jiwanya adalah anak Malaysia yang sejati. Dia tidak mungkin balik ke tanah tumpah kelahiran ibu bapanya di Guangdong, China. Melissa tidak kesal untuk menjadi seorang tentera demi untuk mempertahankan ibu pertiwi.

Anda mungkin juga menyukai