Anda di halaman 1dari 3

SEHIJAU WARNA DAUN SINOPSIS Cerpen ini mengisahkan tentang gadis sunti bernama Mei Ling yang berusia

15 tahun dan tinggal bersama-sama ibunya,Nyonya Khoo yang berusia 40 tahun dan mengambil upah menoreh getah di ladang kepunyaan Haji Hasyim bagi menyara keluarga. Mereka tinggal menumpang di atas tanah milik Haji Hasyim setelah kematian ayahnya tiga tahun yang lalu.Mei Ling sering sahaja teringat akan pesanan ayahnya agar tabah menghadapi hidup walaupun dalam keadaan susah. Mei Ling selalu susah hati memikirkan tentang nasib dia dan ibunya yang telah banyak berhutang budi dengan pertolongan penduduk Kampung Kemuning.Dia juga selalu berfikir sampai bila keluarganya akan terus bergantung kepada pertolongan orang. Dia juga sering berfikir bahawa dirinya adalah orang asing yang hidup di tengahtengah masyarakat Melayu namun walaupun berlainan bangsa dan agama,penduduk di Kampung Kemuning tidak pernah mengabaikan keluarga Mei Ling.Pasti ada sahaja pertolongan yang akan dihulurkan untuk meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga Mei Ling. Dilema Mei Ling akhirnya terjawab apabila Siti, kawan baik Mei Ling memberi keyakinan kepadanya bahawa pertolongan daripada penduduk di kampung itu adalah ikhlas dan menyanggah pendapat Mei Ling yang merasakan bahawa dirinya adalah orang asing. Siti merasakan bahawa hidup bermasyarakat memerlukan sifat tolong-menolong antara satu sama lain tanpa mengira batas agama dan bangsa. TEMA Cerpen Sehijau Warna Daun membawa tema perpaduan kaum dan semangat muhibah penduduk yang berlainan agama dan budaya di sebuah perkampungan Melayu. Mereka hidup harmoni, saling bantu-membantu antara satu sama lain. Keluarga Mei Ling hidup aman dan selamat di tengah-tengah masyarakat Melayu hasil daripada kaum dan perasaan muhibah di kalangan penduduk kampung.

PERSOALAN Persoalan pertama dalam cerpen ini ialah tolong- menolong. Tolong-menolong akan mengeratkan hubungan antara kaum yang berlainan kepercayaan dan budaya. Hal ini digambarkan melalui layanan orang-orang kampung terhadap keluarga Mei Ling. Haji Hasyim membantu Nyonya Khoo dengan membenarkan Nyonya Khoo bekerja di kebun getahnya. Persoalan kedua cerpen ini ialah mengenang jasa. Mengenang jasa orang yang pernah membantu dan menolong kita adalah sifat yang mulia. Budi dan jasa tidak dapat dinilai dengan wang ringgit . Oleh itu, kita perlu menghargai setiap pertolongan yang kita pernah terima. Mei Ling,sentiasa ingat akan jasa penduduk kampung terhadapnya sekeluarga. Dia sedar segala pertolongan mereka itu ikhlas. Sebab itu, Mei Ling dan ibunya berasa mereka perlu mencintai keharmonian yang mereka rasa di kampung itu. Persoalan yang ketiga ialah persahabatan sejati. Persahabatan yang sejati tidak mengira perbezaan agama, bangsa, dan budaya. Mei Ling dan Siti bersahabat sejak kecil lagi. Mereka seperti adik-beradik walaupun berlainan bangsa. NILAI

<!--[if !supportLists]--><!--[endif]-->Semangat setia kawan Siti amat


menghargai persahabatannya dengan Mei Ling. Walupun Mei Ling berlainan bangsa dan hidup dalam kesusahan, namun Siti tidak pernah memandang rendah kepada Mei Ling. Mei Ling juga sering membantu Siti dan memberi kata-kata semangat selain mengulang kaji pelajaran bersama-sama. Ketabahan- Nyonya Khoo tabah meneruskan hidupnya sebagai ibu tunggal sejak kematian suaminya. Dia tidak pernah berputus asa dan sentiasa bekerja keras mencari rezeki walaupun sering tidak sihat.Mengenang budi- Nyonya Khoo dan Mei Ling sentiasa ingat akan jasa-jasa penduduk Kampung Kemuning, terutama Haji Hasyim yang telah banyak membantu mereka WATAK UTAMA- MEI LING Sifat LEMAH LEMBUT

Pengarang menggambarkan Mei Ling seorang yang berjiwa sensitif dan lemah lembut tingkah lakunya. Jiwanya akan tersentuh apabila mengingatkan kata-kata ibunya. Mengenang jasa orang lain Mei Ling sentiasa mengenang jasa kedua orang tuanya. Malah Mei Ling sentiasa ingat akan jasa orang kampung membantu keluarganya, dia ingin membalas jasa Haji Hasyim yang banyak membantu. Menghargai persahabatan Sifat ini dapat dilihat melalui hubungan baiknya dengan Siti. Mereka belajar bersamasama. Mei Ling berterima kasih kepada Siti yang sanggup menerimanya sebagai kawan. WATAKSAMPINGAN- NYONYAKHOO SIFAT-Nyonya Khoo ialah ibu Mei Ling. Dia berumur 40 tahun. Dia bertindak menyara hidup keluarganya setelah kematian suaminya. Dia bertindak menyara hidup keluarganya setelah kematian suaminya. Dia mengambil upah menoreh getah di kebun Haji Hasyim. Sebagai seorang ibu, Nyonya Khoo banyak memberikan kata-kata perangsang kepada Mei Ling, supaya lebih cekal menghadapi liku-liku kehidupan. Kesabaran dan kegigihannya jelas kelihatan bagi melindungi penderitaan sebagai akibat kemiskinan serta penyakit yang dialaminya. PENGAJARAN 1. Kita hendaklah rajin belajar dan mengutamakan pelajaran kerana pelajaran merupakan bekalan hidup pada masa hadapan. 2. Sebagai ahli masyarakat, kita perlu membantu golongan yang tidak bernasib baik atau ditimpa kesusahan agar dapat meringankan beban mereka. 3. Kita mestilah mempunyai semangat setia kawan dan membantu kawan apabila dia berada dalam kesusahan dan tidak mementingkan diri sendiri

Anda mungkin juga menyukai