Anda di halaman 1dari 32

KURSUS SKAG 3103

GEOGRAFI EKONOMI DAN DASAR AWAM

PENDEKATAN, MODEL SERTA TEORI DAN ANALISIS


DALAM DASAR AWAM

Oleh:
Dr. Junaidi Awang Besar
Program Geografi
Sekretariat Prasiswazah
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK)
Universiti Kebangsaan Malaysia

Email: jab@ukm.edu.my
PENDEKATAN PROSES

 Kenalpasti peringkat dlm proses polisi dan kemudiannya menganalisis


kekuatan setiap peringkat
 Utk menilai sebahagian proses polisi
 Konsep penghantaran yg biasa dlm pusingan polisi
 Masalah dikenalpasti sbg isu yg perlu diambil tindakan dan
kemudiannya digunapakai, dilaksanakan oleh agensi yg rasmi, dinilai
dan akhirnya ditamatkan atau disesuaikan bergantung kpd kejayaan
atau kelemahannya
 Lebih kompleks drpd gambaran ringkas
 Pusingan polisi – politik – melalui kelulusan polisi awam
 Melalui rangkaian peringkat/diskrit
PENDEKATAN SUBSTANTIF/
KEPAKARAN TERTENTU
 Mengkhusus kpd kepakaran bidang tertentu
 Utk menilai substantif
 Merangkumi polisi ekonomi, polisi sains dan polisi ekonomi
 Menganalisis formula polisi tertentu yg tinggal di kwsn
substantif/tertentu utk kerjaya profesional mrk
 Boleh mendalami polisi berkenaan utk jangka masa pendek kemudian
ke kawasan polisi lain
 Bidang substantif blh berubah berubah mengikut masa
 Memerlukan seseorang yg terbiasa dgn aspek teknikal dan politik dlm
bidang polisi
 Memerlukan kemahiran dlm proses dan kaedah polisi awam
PENDEKATAN LOGIK-POSITIF

 Dikaitkan dgn pendekatan kelakuan/saintifik yg menganjurkan


penggunaan teori deduktif,
 Model pengujian hipotesis, data mentah, kaedah perbandingan dan
analisis statistik mendalam
 Utk menilai sebab dan akibat polisi menggunakan kaedah saintifik
 Saintifik-penjelasan penggunaan konsep utama dlm analisis polisi
 Saintifik-melakukan pencarian drpd satu teori kelakuan polisi yg
eksplisit dan menguji teori dgn hipotesis
 Saintifik-penggunaan data mentah, membina pengukuran yg baik dlm
sesetengah fenomena
PENDEKATAN EKONOMETRIK
 Juga dikenali pendekatan pilihan awam/pendekatan ekonomi politik
 Utk menguji teori ekonomi
 Manusia lebih cenderung mengejar kekayaan utk diri sendiri tanpa
mengira hasil bersama
 Menggabungkan pemahaman umum kajian polisi awam dgn kaedah
kewangan awam
 Memberi banyak faedah kpd sains polisi
 Bermotivasi kpd manusia utk lebih maju secara individu
PENDEKATAN FENOMENOLOGIKAL/
POST-POSITIVIST
 Berbentuk intuisi iaitu pengetahuan yg timbul drpd pemerhatian dan
tanggapan yg dianggap logik dan boleh diterima
 Utk menganalisis peristiwa melalui satru proses intuisi
 Bersifat naturalist/semula jadi
 Penganalisis perlu menerapkan idea intuisi yg dia sendiri wujudkan
drpd pengalaman, bukannya drpd model, hipotesis, penjumlahan
dan data mentah
 Menggunakan pendekatan ‘kajian kes’
 Bersifat deskriptif
PENDEKATAN PENYERTAAN/TURUT SERTA
 Berkait dgn pendemokrasian penyertaan awam dlm pembentukan
polisi
 Utk menilai peranan pelbagai pelaku atau aktor dlm pembuatan
polisi
 Melibatkan sidang dengar secara terbuka utk semua pihak drpd phk
berkuasa hinggalah rakyat biasa
 Bertujuan supaya maklumat dikumpulkan agar phk pembuat
keputusan blh membuat cadangan dan keputusan yg lebih baik
 Penting sbg petunjuk dlm penetapan agenda, formulasi politik dan
pelaksanaan polisi berbanding peringkat lain dlm proses tsb
PENDEKATAN NORMATIF/PRESKRIPTIF
 Menggunakan retorik sbg satu kemahiran utk meyakinkan org lain
dlm kedudukan merit mrk
 Utk menetapkan preskipsi polisi kpd pembuat keputusan dll
 Menggunakan kemahiran berbincang utk memajukan kedudukan
politik mereka
 Menyamakan ideologi/pemikiran mereka sbg sains
PENDEKATAN SEJARAH

 Evolusi polisi awam merentas masa


 Utk menilai polisi mengikut peredaran masa
 Melibatkan jangka masa panjang, membolehkan wujudnya
satu perspektif yg baik bdasarkan pola trend tertentu
 Mengikut peredaran masa
PENDEKATAN IDEOLOGI

 Juga dikenali pendekatan pemikiran


 Cth: Wawasan 2020 Dr Mahathir
 Utk menganalisis pandangan idea liberal hinggalah kpd sudut
pandangan konservatif
 Wawasan yg terbatas dgn batasan moral
 Pemikiran yg konservatif
 Berupaya merasai keperluan org lain secara langsung
 Juga bersifat liberal
MODEL DESKRIPTIF
 Menerangkan atau meramal sebab dan akibat drpd pemilihan isu
 Dipengaruhi faktor latar belakang keluarga, dan keadaan persekitaran
 Meramal dan menerangkan sebab dan akibat daripada pemilihan isu itu
 Suryadi dan Tillar  model deskriptif adalah satu prosedur atau cara yang
digunakan untuk penelitian dalam ilmu pengetahuan serta untuk
menerangkan sesuatu gejala yang terjadi dalam masyarakat
 Pendekatan positif yang diwujudkan dalam bentuk ilmu pengetahuan yang
menyediakan konsep sama seperti state of the art
 Menerangkan adakah kemudahan pembelajaran sudah mencukupi,
kualifikasi pendidikan guru memenuhi syarat yang telah ditetapkan,
anggaran untuk pembelajaran
 Menerangkan dan untuk meramal punca-punca serta kesan pilihan dasar
 Contoh model terbaik yang menggunakan model deskiptif  Laporan
Coleman yang mana dengan pelbagai penerangan tentang pencapaian
pelajar yang telah dinilai antara satu sama lain
MODEL NORMATIF

 Menyediakan peraturan dan perakuan utk mengoptimumkan pencapaian atau


perolehan beberapa nilai.
 Menerangkan dan meramalkan dan seterusnya membuat cadangan akan
suatu cara utk mengoptimumkan satu nilai dalam sesuatu kes.
 Keupayaan ilmu pengetahuan menawarkan suatu norma, kaedah atau resepsi
yang dapat digunakan oleh manusia untuk menyelesaikan sesuatu masalah.
 Menekankan rekomendasi serangkaian tindakan akan datang yang dapat
menyelesaikan masalah pendidikan yang disuarakan oleh masyarakat dalam
bidang pendidikan.
 Sebagai contoh, kita berminat dalam memastikan cara terbaik untuk mencegah
kebuluran di dunia.
 Oleh itu, kita perlu menilai beberapa dasar pilihan seperti bantuan makanan,
bantuan kewangan, rancangan mengawal kelahiran, pendidikan dalam usaha
atau bentuk sumbangan mereka bagi meringankan kebuluran.
TEORI INSTITUSIONAL
Semua dasar awam sememangnya berkisar atas kegiatan dan peranan
institusi politik.

Institusi-institusi politik dianggap sebagai institusi resmi kerajaan.

Oleh yang demikian, institusi politik perlu ditinjau atau dikaji demi untuk
mengetahui peranannya dalam pembentukan dasar awam.

Tahap-tahap pembuatan dasar awam melibatkan institusi-institusi politik


dan mereka sememangnya memainkan peranan yang dinamik.

Sesuatu dasar awam yang baru sememangnya dicadangkan, direka cipta,


dibahasakan dan dilaksanakan oleh institusi-institusi politik.

Institutionalisme kerap kali digunakan untuk menerangkan fungsi dan


peranan struktur-struktur formal serta pengawasan dan pengawalan yang
dilakukan olehnya.
TEORI NEO-INSTITUSIONALIS
 Berdasarkan pembangunan analitikal
 Mengkategorikal dasar awam kpd 4 jenis iaitu pengagihan semula,
pengagihan, peraturan kontituen dan kawalan
 Ada 2 dimensi iaitu kebarangkalian paksaan; dan sasaran paksaan
 Menitikberatkan kpd peranan institusi-institusi politik tertentu terutamanya
thdp penjanaan ramalan teoritikal ttg bagaimana jenis dasar berhubungkait
dan mempunyai kesan secara langsung agensi-agensi atau institusi
kerajaan politi keseluruhan dan jenis-jenis tingkahlaku politik dlm setiap
dasar yg dilaksanakan
TEORI KELOMPOK
Melihat politik itu sebagai satu perjuangan antara kumpulan-
kumpulan yang banyak di Malaysia. Tertumpu kepada interaksi di
antara kumpulan-kumpulan yang ada di dalam sesuatu masyarakat.

Dalam ertikata yang lain interaksi atau perbahalan di antara


kumpulan-kumpulan adalah paksi proses politik.

Teori ini mengandaikan bahawa kesemua kumpulan sememangnya


beraksi untuk mendapatkan kuasa, iaitu proses politik adalah
persaingan kuasa di antara kumpulan-kumpulan yang terdapat dalam
sesuatu masyarakat.

Kumpulan yang mempunyai pengaruh yang lebih akan dapat


mempengaruhi sesuatu dasar awam tersebut.

Dasar awam akan dirangka seperti yang dikehendaki oleh kelompok


yang berkepentingan. Didalam proses perebutan kuasa ini, para
pembuat undang-undang akan menjadi pengadil.
TEORI ELIT
 Teori elit pula memperlihatkan pemilihan dan nilai elit yang memerintah. Teori elit menyarankan
bahawa rakyat adalah apati dan tidak kisah dan tidak mengambil berat mengenai maklumat lengkap
mengenai polisi awam yang sebenarnya.

 Dalam keadaan ini, golongan elit membentuk pandangan dan pendapat ramai ke atas persoalan-
persoalan polisi lebih daripada orang ramai yang membentuk pendapat elit. Oleh itu, polisi awam benar-
benar menjadi pilihan kepada golongan elit.

 Pegawai kerajaan dan pentadbir menjalankan polisi-polisi yang telah ditetapkan oleh golongan elit
dan polisi yang telah ditetapkan oleh golongan elit dan mengalir ke bawah kepada orang ramai, dan polisi
itu sebenarnya tidak timbul daripada permintaan orang ramai.

 Dalam teori elit, masyarakat dibahagikan ke dalam beberapa golongan yang mempunyai kuasa dan
ramai pula tidak mempunyai apa-apa kuasa. Hanya segelintir sahaja yang memperuntukkan nilai-nilai
untuk masyarakat, sementara rakyat terbanyak yang lain tidak menentukan polisi awam tersebut.

 Pergerakan bukan elit kepada kedudukan elit adalah perlahan dan berterusan untuk memelihara
kemantapan dan untuk mengelakkan revolusi. Individu yang sudah menerima pendapat elit sahaja boleh
diterima masuk ke dalam lingkungan elit. Elit berkongsi pendapat dalam sistem sosial dan pengkelasan
sistem tersebut.

 Polisi awam tidak melambangkan permintaan orang ramai tetapi lebih kepada hendak
mengekallkan nilai-nilai elit itu sendiri. Perubahan dan polisi awam bersifat inkremental (ditingkat-tingkat
sedikit demi sedikit) dan tidak merupakan revolusi yang mendadak.

 Golongan elit yang aktif tertakluk secara relatif ke atas pengaruh secara langsung dari sikap apati
orang ramai. Golongan elit mempengaruhi orang ramai lebih daripada orang ramai mempengaruhi elit
(Ahmad Atory Hussain. 1996: 22).
TEORI RASIONALIS
-pengambilan keputusan yg rasional secara menyeluruh sebelum
sesuatu dasar awam itu dilaksanakan dgn tidak mengecualikan
mana2 pihak dan isu
-berhubung dgn pengetahuan ttg masalah yg dihadapi, pengumpulan fakta
dan data yg sesuai dgn masalah yg dihadapi; analisis masalah dgn
menggunakan data dan fakta yg telah diperoleh; mengenalpasti setiap
pilihan sehingga menemui pilihan yg rasional
-proses pengambilan keputusan yg rasional
-nilai pertalian yg objektif disenaraikan mengikut kepentingan, di mana
perkara yg utama dan besar kepentingannya didahulukan
-dasar itu dikatakan rasional apabila ia sangat cekap, dimana nisbah di
antara nilaian yg dicapai
-perkara yg perlu diambilkira utk membuat kptsn yg rasional:
a) mengetahui pertimbangan yg relatif
b) mengetahui semua alternatif dasar yg tersedia
c) mengetahui semua kesan bagi setiap dasar alternatif tsb
d) memilih dasar yg paling cekap sbg satu keseluruhan yg boleh
diketahui dan dipertimbangkan
-langkah2 pengambilan keputusan rasional
a) kenalpasti/diagnosis masalah
b) menentukan alternatif2 bagi penyelesaian
c) menyiasat dan menganalisis fakta2 yg berkaitan dgn tiap2 alternatif
d) membuat perbandingan bg penyelarasan tiap2 alternatif
e) membuat pemilihan utk penyelesaian

-5 ciri model pengambilan keputusan rasional


a) mengenalpasti nilai yg sedia ada
b) membuat analisis melalui analisis cara dan penyudahnya
c) membuat pilihan yg sesuai utk mencapai tujuan terakhir
d) membuat analisis secara menyeluruh
e) membuat analisis berdasarkan teori2
TEORI INCREMENTALISME

-Dasar awam sbg penerusan atau sambungan drpd aktiviti kerajaan


yg lalu dgn hanya membuat beberapa penambahan/pengubahsuaian
-sebab2 pendekatan ini diguna:
a) pembuat dasar tidak mempunyai banyak masa
b) kurang pengetahuan dan pengalaman
c) tidak cukup pintar
d) tidak cukup kos utk kumpulkan maklumat
e) menerima legitimasi polisi2 lalu krn ketidaktentuan ttg kesan dan akibat
sekiranya menggubal dan melaksanakan dasar baru
f) mengurangkan konflik dgn pihak lain
TEORI PERMAINAN
 Merupakan kajian thdp keputusan yg rasional, dimana dasar dianggap
sbg pilihan yg rasional oleh pembuat dasar
 Pembuat dasar dianggap sbg pemain, dimana kptsn rasional yg dibuat
bergantung kpd keadaan
 Dlm proses tsb, dimana proses pembuatan dasar dilihat sbg satu
permainan, terdapat dua atau lebih para peserta/pemain yg mempunyai
pelbagai pilihan
 Keputusan/hasil yg terbentuk adalah bergantung ke atas pilihan2 yg
dibuat oleh tiap2 peserta itu
 Mempunyai 2 atau lebih cadangan yg dikemukakan
 Perlu ada strategi, taktik dan teknik yg strategik bagi mencapai kejayaan
dlm permainan
 Kptsn dlm memilih cadangan yg rasional bergantung kpd kebijaksanaan
dan kemampuan peserta lain dlm kumpulan tsb sama ada boleh diterima
atau tidak
 Pilihan yg terbaik merupakan kptsn yg boleh memberi kesan yg positif
atau menguntungkan, bererti mencapai kemenangan drpd pelaksanaan
dasar pilihan yg telah dibuat
TEORI SISTEM
Pendekatan sistem melibatkan teori sistem di dalam membuat polisi. Input
diperolehi daripada persekitaran operasi sistem politik dan membentuk kepada dua
keadaan iaitu permintaan daripada kumpulan atau secara kumpulan terhadap hasil
spesifik polisi atau sistem hasil sokongan.

Kecenderungan permintaan menjadi aktif sementera sokongan adalah pasif,


sebagai contoh kesediaan untuk menepati undang-undang membayar cukai. Teori
sistem ini diterjemahkan sebagai satu rangsangan bagi satu sistem politik itu
terhadap gerak kuasa persekitaran (Easton, D. 1957).

Gerak kuasa ini wujud dalam persekitaran yang memberi kesan terhadap sistem
politik yang dianggap sebagai input. Persekitaran di dalam sebarang keadaan
didefinisikan sebagai pengaruh luaran kepada sempadan politik.

Dalam hal ini, sistem politik adalah kumpulan struktur yang saling berkait rapat
dan proses yang berfungsi secara autoritatif bagi memperuntukkan nilai-nilai
sesebuah masyarakat.

Output bagi sistem politik ialah nilai-nilai peruntukan yang autoritatif bagi sistem
tersebut, dan peruntukan-peruntukan ini mewujudkan polisi awam (Ahmad Atory
Hussain. 1996: 35)
TEORI ANARKI TERANCANG
 Dikemukakan John W. Kingdon
 Mengemukakan 3 aliran dlm proses pembuatan dasar iaitu aliran masalah,
aliran politik dan aliran polisi
 Aliran masalah – memfokuskan kpd perhatian org awam dan pembuat dasar
dlm masalah sosial tertentu, mengenalpasti masalah, menggubal dasar
awam yg baru utk menyelesaikan masalah atau membiarkan masalah itu
begitu shj
 Aliran politik – agenda kerajaan dibentuk utk menyenaraikan isu2 atau
masalah utk diselesaikan
 Aliran polisi – agenda keputusan atau spesifikasi alternatif dibentuk
 Hasil penggabungan 3 aliran ini maka terhasillah dasar awam
 Seterusnya, drpd proses penilaian thdp dasar atau program yg telah
dijalankan, maka para aktor pembuat atau penggubal dasar boleh
menggunakan maklumat2 atau data2 yg ada utk tujuan analisis
 Dlm masa yg sama, proses penilaian dasar blh dilakukan secara
berulangkali krn masalah yg wujud dlm masy yg berkaitan dgn impak
sesuatu dasar tidak semuanya blh diselesaikan dlm masa yg singkat
MENJADI SEORANG SAINTIS POLISI YANG TERBAIK

1) Memperoleh perspektif perbandingan dan perspektif sejarah


2) Mengetahui keadaan sebenar pembuatan polisi
3) Belajar secara mendalam ttg masyarakat sendiri
4) Mengambil isu polisi yg besar dan menyelesaikannya
5) Bergerak ke arah pembuatan keputusan yg lebih baik
6) Membangunkan satu falsafah yg bersesuaian dgn pengetahuan dan tindakan
7) Memperluaskan kaedah dan pengalaman
8) Memperbanyakkan asas disiplin
9) Berhati-hati dgn etika profesional
ANALISIS DASAR AWAM
 Bermaksud satu huraian dan penerangan ttg sebab dan akibat drpd aktiviti
kerajaan (Thomas R. Dye)
 Perlu mempamerkan tanggungjawab utama dgn lebih kpd penerangan
berbanding dgn arahan
 Cadangan kpd pembuat keputusan (Garry Brewer & Peter DeLeon)
 Membangunkan dan menguji saranan secara umum ttg sebab dan akibat
drpd polisi awam dan mengumpulkan keputusan kajian yg sah drpd
hubungan yg umum
 Analisis polisi sepatutnya menjadi satu usaha dlm hubungan disiplin utk
menyediakan suara majoriti dlm keputusan polisi (Grover Starling)
 William N. Dunn – metodologi analisis dasar diambil drpd penggabungan
elemen2 dlm disiplin ilmu spt sains politik, sosiologi, psikologi, ekonomi
danfalsafah
 Adalah usaha atau percubaan utk membentuk ilmu pengetahuan yg dapat
memperbaiki kecekapan utk membuat pilihan2 atau alternatif sesuatu dasar
KITARAN DASAR/POLISI AWAM

1. Penyediaan polisi/agenda/cara polisi


2. Pembentukan polisi
3. Pelaksanaan polisi
4. Penilaian polisi
5. Perubahan polisi
6. Penamatan polisi
3 peringkat analisis dasar
1) Mengutamakan penerangan drpd cadangan
2) Melibatkan penyelidikan yg rapi thdp sebab2 dan akibat dasar
awam
3) Memperkembangkan dan menguji saranan umum mengenai
sebab-akibat dasar awam dan menambahkan lagi penemuan2
penyelidikan yg boleh dipercayai dan lebih relevan
Tujuan analisis dasar
1) Mencari jawapan sebenar yg berkaitan sebab2 sesuatu perkara itu timbul
dan berlaku dlm masyarakat atau negara yg kemudiannya bertukar
menjadi isu
2) Mengenalpasti punca/sebab sesuatu itu berlaku, sebab-akibat dan
siapa yg terlibat
3) Sbg panduan dalam memahami sebab dan akibat drpd pelaksanaan
dasar awam
4) Perlu seiring dgn topik2 yg subjektif dan bergantung kpd keputusan
interpretasi – krisis nilai
5) 5 persediaan asas dlm penganalisisan dasar oleh penganalisis dasar:
i) perlu tahu cara kumpul maklumat
ii) perlukan satu perspektif khusus bagi meletakkan masalah2 masyarakat
yg telah dkenalpasti
iii) perlukan kemahiran teknikal bagi membolehkan mereka meramal dgn
baik dan menilai dgn lbh meyakinkan
iv) mesti memahami tingkah laku politik dan organisasi bagi membuat
ramalan
v)mesti mempunyai kerangka kerja beretika yg mengambil kira
perhubungan dgn pelanggan
UNSUR-UNSUR ANALISIS
1)Matlamat
2)Alternatif
3)Kesan
4)Kriteria
5)Model
PROSES-PROSES ANALISIS
1)Perumusan
2)Pencarian
3)Peramalan
4)Permodelan
5)Sintesis
PENJENISAN ANALISIS DASAR
1)Pemantau keadaan sosial
2)Penjelasan keadaan sosial
3)Pengunjuran keadaan sosial
4)Penilaian keadaan sosial
5)Penetapan dasar awam
SEKIAN,
TERIMA KASIH

DAN

SELAMAT MAJU JAYA,


ALL THE BEST.....

Anda mungkin juga menyukai