Anda di halaman 1dari 5

Faedah Bergotong-royong".

Selamat sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, barisan hakim yang
arif lagi bijaksana, Guru Besar, guru-guru, dan para hadirin. Ada pagi yang mulia ini,
saya akan menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk Faedah Bergotongroyong.
Hadirin sekalian,
Menurut Kamus Dewan 2009, konsep gotong-royong membawa maksud
mengerjakan atau mengusahakan sesuatu secara bersama-sama. Berdasarkan
makna ini, sebarang aktiviti kerja yang dilaksanakan secara bersama-sama bolehlah
dianggap sebagai bergotong-royong.

Amalan bergotong-royong memastikan semua kerja dapat dilaksanakan dengan


cepat, mudah dan menjimatkan kos serta meriah. Sebagai contoh, majlis
perkahwinan menjadi lebih mudah untuk dilaksanakan jika semua ahli masyarakat
bekerjasama melaksanakannya selain menjimatkan kos untuk mengupah orang
datang memasak atau membina pelamin buat pasangan pengantin. Ringkasnya,
sikap mementingkan diri dapat dihindarkan menerusi amalan yang murni ini.
Di kampung-kampung, amalan ini masih lagi boleh dilihat dan berlaku sehingga hari
ini. Dengan amalan ini, kita bukan sahaja dapat menjimatkan kos dan masa tetapi
mengeratkan perpaduan sesama ahli masyarakat setempat kerana berlakunya
interaksi ketika amaln bergotong-royong ini dilakukan.
Oleh itu, amalan ini merupakan satu tradisi mulia yang perlu dikekalkan. Kita sebagai
rakyat di negara ini yang terdiri daripada pelbagai kaum perlu mengekalkan amalan
murni ini supaya satu masyarakat yang bersatu-padu mampu dihasilkan dengan
mudah. Perpaduan yang selama ini wujud banyak bergantung kepada kekerapan
aktiviti bergotong-royong ini dilakukan.
Memandangkan masa tidak mengizinkan saya untuk terus berkata-kata, biarlah saya
mengundurkan diri dahulu.
Sekian, terima kasih.

Menghormati Guru Amalan Mulia


Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis.Guru Besar, guru-guru serta rakan-rakan
sekalian. Tajuk syarahan saya pada pagi ini ialah Menghormati guru amalan mulia.
Hadirin sekalian,
Menghormati guru merupakan amalan mulia kerana mereka orang yang berjasa
kepada kita semua. Gurulah yang mendidik kita sehingga kita pandai membaca,
menulis dan mengira. Mereka telah mendidik kita tanpa mengenal erti penat dan
lelah agar kita menjadi insan yang berguna. Mereka juga banyak memberi dorongan
kepada kita agar terus berusaha mencapai kejayaan dalam pelajaran dan
sebagainya.
Guru merupakan orang yang kedua perlu kita hormati selepas ibu bapa. Ini kerana
hampir separuh masa seharian kita bersama mereka. Merekalah yang menjaga,
memberi nasihat, tempat kita mengadu dan sebagainya sepanjang kita berada di
sekolah.
Guru juga banyak berkorban demi kejayaan kita. Antaranya mereka sanggup
mengajar lebih masa atau hadir ke kelas tambahan untuk mengajar secara suka rela
demi memastikan kita berjaya dalam pelajaran.
Hadirin sekalian,
Kita wajar menghomati guru bukan sekadar dengan ucapan sahaja malah haruslah
dibuktikan antaranya dengan belajar bersungguh-sungguh. Apabila kita berjaya, guru
pasti akan gembira. Doakanlah moga guru-guru kita dilimpahi segala kebaikan
seperti dimurahkan rezeki dan sebagainya.
Sesungguhnya jasa mereka amat besar dan tidak terbalas. Oleh itu, kita harus
mengingati jasa-jasa mereka dengan menghormati mereka seumur hidup agar kita
terus mendapat keberkatan daripada Allah.
Setakat ini sajalah syarahan saya pada pagi ini. Akhir kata, saya menyeru kepada
rakan-rakan supaya menghormati guru-guru dengan seikhlas hati kerana kejayaan
seseorang itu pastinya hasil daripada didikan para guru.
Sekian ,terima kasih.

Faedah-faedah Kitar Semula.


Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Guru Besar, para hakim yang arif lagi
bijaksana, guru-guru seterusnya rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Tajuk syarahan
saya pada pagi ini ialah "Faedah-faedah Kitar Semula".
Hadirin sekalian,
Pelbagai bahan terbuang seperti tin minuman, surat khabar dan sebagainya boleh
dikitar semula menjadi bahan atau alat yang berguna. Oleh yang demikian, kita
seharusnya tidak membuang bahan-bahan yang telah digunakan tersebut begitu
sahaja untuk mengelakkan pembaziran. Bekas yang diperbuat daripada plastik, kaca
atau alaminium yang telah digunakan boleh dikumpul dan dijual semula untuk
diproses menjadi bahan baharu.
Apabila bahan-bahan terbuang dapat dikitar semula, secara tidak langsung
akan juga dapat membantu mengatasi masalah pencemaran alam sekitar. Ini akan
dapat mengurangkan sampah sarap yang berbau busuk berlonggokan di sana-sini
yang menyakitkan mata. Kesannya alam sekitar kita menjadi lebih bersih, berudara
segar dan dapat mengurangkan masalah kesihatan kita semua.
Hadirin sekalian,
Kitar semula juga dapat menambah pendapatan kita. Dengan menjual kertas, surat
khabar lama, tin minuman, botol kaca dan botol plastik, sedikit sebanyak akan
membantu menampung perbelanjaan kita seharian.
Selain itu, kitar semula juga dapat mengatasi masalah penggunaan kawasan yang
luas bagi tujuan perlupusan sampah-sarap. Dengan kitar semula, kita dapat
menjimatkan ruang kawasan perlupusan sampah. Kawasan itu sebaliknya boleh
dibangunkan untuk perkara lain seperti dijadikan kawasan perumahan dan
sebagainya.
Oleh sebab itu, saya menyeru kepada semua pihak agar tidak membuang barangbarang yang terpakai masing-masing begitu sahaja. Kita mestilah bekerjasama
mengitar semula bahan-bahan yang kita telah digunakan dengan mengumpul
barang-barang tersebut supaya dapat dikitar semula menjadi bahan yang lebih
berfaedah serta dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar.
Sekian, terima kasih.

Langkah-langkah untuk Mengatasi Pencemaran Alam Sekitar


Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Guru Besar, para hakim yang arif lagi
bijaksana, guru-guru seterusnya rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Tajuk syarahan
saya pada pagi ini ialah "Langkah-langkah untuk Mengatasi Pencemaran Alam
Sekitar".
Hadirin sekalian,
Antara langkah-langkah untuk mengatasi pencemaran alam sekitar ialah
menguatkuasakan undang-undang dan peraturan alam sekitar yang telah
diperuntukkan. Pihak berkuasa mestilah mengenakan tindakan yang tegas dan berat
terhadap pencemar alam sekitar supaya mereka serik untuk melakukan perbuatan
itu lagi.
Selain itu, kempen penjagaan alam sekitar haruslah dipergiatkan. Kempen ini boleh
disiarkan melalui media massa seperti surat khabar, televisyen dan radio. Kempenkempen ini akan menyedarkan orang ramai tentang kepentingan menjaga alam
sekitar.
Hadirin sekalian,
Masyarakat mestilah diberikan kesedaran secara berterusan akan tanggungjawab
menjaga alam sekitar. Aktiviti seperti ceramah dan gotong-royong dapat membantu
orang ramai menjadi lebih bertanggungjawab terhadap penjagaan alam sekitar.
Di samping itu, masyarakat juga perlulah bersikap perihatin dan bertanggungjawab.
Jika mendapati ada pihak yang mencemarkan alam sekitar, mereka perlulah
melaporkan kepada pihak berkuasa supaya tindakan yang sewajarnya dapat diambil.
Hadirin sekalian,
Tanggunjawab menjaga alam sekitar adalah tanggungjawab kita bersama. Alam
sekitar yang terpelihara atau dijaga dengan baik akan menjadikan hidup kita lebih
selesa dan sihat.
Sekian, terima kasih.

Cara-cara Mengurangkan Kadar Kemalangan Jalan Raya


Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru Besar, guru-guru,
serta rakan-rakan sekalian. Tajuk syarahan saya pada pagi ini ialah "Cara- cara
Mengurangkan Kadar Kemalangan Jalan Raya di Negara Kita".
Hadirin sekalian,
Kita boleh mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di negara kita dengan
mematuhi peraturan-peraturan jalan raya yang ditetapkan seperti tidak
menggunakan telefon bimbit semasa memandu, mematuhi lampu isyarat dan
sebagainya lagi. Ini kerana, peraturan-peraturan ini diwujudkan bagi menjaga
keselamatan para pengguna jalan raya itu sendiri.
Menggunakan telefon bimbit ketika memandu boleh mengurangkan kosentrasi. Ini
tentu boleh menyebabkan kemalangan jalan raya.
Selain itu, pemandu mesti memeriksa kenderaan sebelum pemanduan. Antara yang
mesti diperiksa ialah tayar, enjin dan lain-lain lagi. Ini kerana banyak kemalangan
yang berlaku akibat kerosakan kereta semasa dalam pemanduan.
Hadirin sekalian,
Pihak-pihak yang bertanggungjawab mestilah mengambil berat tentang keadaan
struktur jalan raya. Ini kerana, keadaan struktur jalan raya yang teruk juga banyak
menyumbang kepada kemalangan.
Di samping itu, pemandu juga haruslah memandu dengan had laju yang ditetapkan.
Memandu kenderaaan dengan laju boleh menyebabkan kita hilang kawalan terutama
apabila berlaku sesuatu kejadian yang tidak disangka atau mencemaskan.
Hadirin yang dihormati sekalian,
Akhir sekali, sekali lagi saya ingin mengingatkan kepada semua supaya sentiasalah
berwaspada semasa memandu di jalan raya. Bak kata pepatah, "Biar lambat asalkan
selamat".
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai