Anda di halaman 1dari 2

Beringat Sebelum Kena

Selamat pagi diucapkan kepada, barisan hakim yang arif lagi bijaksana,
penjaga masa yang setia menjaga masa, guru-guru dan sidang dewan yang
dimuliakan sekalian. Nama saya Rochester Rumpang dan saya wakil daripada
Rumah Helang. Pada pagi yang indah ini, saya akan menyampaikan sebuah cerita
yang bertajuk “Beringat Sebelum Kena”. Terimalah…

Cuaca sangat cerah. Matahari bersinar terang. Semua haiwan sangat


gembira. Mereka ada banyak makanan. Grin, si belalang bernyanyi-nyanyi sambil
menari riang sepanjang hari. Suatu hari, Grin melihat Toni, si semut sedang sibuk
mengumpulkan makanan. “Mengapa kamu bersusah payah bekerja, Toni? Bukankah
banyak makanan di sekeliling kita?” tanya Grin.

“Kita mesti sentiasa beringat dan menyimpan untuk masa depan, Grin,”
jawab Tony. “Ha! Ha! Ha!” Grin ketawa. “Bodoh betul kamu ini! Kamu sepatutnya
bermain dan bergembira seperti saya!” Grin ketawa lagi sebelum meninggalkan
tempat itu.

Masa berlalu dengan pantas. Musim hujan hampir tiba. Semua haiwan mulai
sibuk mengumpulkan makanan. Hanya Grin yang masih bermain dan bergembira.
Tidak lama kemudian, tiba musim hujan. Setiap hari, hujan turun dengan lebat.
Air mulai bertakung di sana sini. Toni tidak bimbang. Toni berehat di rumahnya
dengan selesa kerana dia ada banyak simpanan makanan.

Grin pula dalam kesusahan. Dia tidak ada tempat berlindung. Dia juga tidak
ada makanan. Grin berasa sangat lapar. Belalang itu pergi ke rumah Toni untuk
meminta pertolongan. “Maafkan saya kerana mentertawakan kamu tempoh hari,
Toni” kata Grin. “Sikap malas saya yang menyebabkan saya dalam kesusahan
sekarang. Saya sangat menyesal.”

Toni kasihan kepada Grin. Semut yang baik hati itu memberikan makanan
kepada Grin. “Tinggallah bersama-sama saya,” pelawa Toni. Grin berterima kasih
kepada Toni. Dia berjanji tidak akan malas lagi.

Begitulah tadi cerita daripada saya yang bertajuk “Beringat Sebelum


Kena”. Moral cerita tersebut adalah, kita mestilah sentiasa beringat untuk masa
depan.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai