Anda di halaman 1dari 4

TENTATIF

MASA PROGRAM CATATAN

8 : 30 AM ZIKIR
9 : 00 AM HADRAH SEDIA
9 : 30 AM PENGANTIN TIBA
BACAAN DOA
TETAMU BOLEH MAKAN KARAOKE
KELUARGA BOLEH NAIK SALAM PENGANTIN
TETAMU BOLEH NAIK BERGAMBAR
GAMBAR KELUARGA
10 : 30 AM PENGANTIN TUKAR BAJU KARAOKE
PENGANTIN TIBA KARAOKE
TETAMU BOLEH BERGAMBAR KARAOKE
GAMBAR KELUARGA
SKRIP EMCEE MAJLIS PERKAHWINAN LING&MIEZA

<PANTUN KETIBAAN>

Sirih junjung berhias indah

Sekacip pinang pembuka kata

Bunga manggar kilau bercahaya

Datang berkunjung ke majlis meriah

Sejarah terukir nilai permata

Lembaran sejarah kini bermula

Hadirin sekalian, bersama-sama kita memberi tumpuan di pintu masuk utama dewan yang serba
indah ini ketibaan pasangan pengantin dengan diiringi keluarga rombongan.

<PENGANTIN BERJALAN KE PELAMIN DIIRINGI LAGU PILIHAN>

<PENGANTIN DUDUK DI PELAMIN>

Melayang serindit di atas permatang

Merbah berkicau di hujung muara

Pemanis kata selamat datang

Awal Bismillah pembuka bicara

Bismillahir Rahmanir Rahim, Assalamu `Alaikum W.B.T.

Bagi memohon majlis ini diberkati dan dirahmati Allah, marilah sama-sama kita menadah tangan
mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin oleh NAMA PEMBACA DOA.

<BACAAN DOA>

Terima kasih diucapkan atas bacaan doa sebentar tadi.

Hari ini 7/ 5/2023 , bertempat di DEWAN SUARAH ini, akan menjadi saksi detik-detik bersejarah
pasangan mempelai ini, kerana mereka akan diraikan oleh sekalian keluarga dan sahabat handai.
Semoga ianya akan menjadi ingatan dan kenangan yang terindah untuk dibawa hingga ke anak cucu
hendaknya.
Semerbak bunga seroja

Dibelai dara pingitan

Lauk pauk penuh semeja

Jemput mempelai menikmati hidangan

Bagi hadirin/hadirat yang dirahmati sekalian, janganlah malu janganlah segan untuk sama–sama
menikmati juadah enak yang disediakan.

<JAMUAN MAKAN>

Baiklah, kita teruskan majlis dengan acara salam restu.

Dengan itu, saya menjemput:

- KELUARGA PENGANTIN PEREMPUAN DIIKUTI DENGAN KELUARGA PENGANTIN LELAKI

Demikianlah tadi, salam restu bagi memeriahkan majlis persandingan pasangan dua sejoli yang segak
dan cantik di singgahsana.

Majlis diteruskan lagi dengan acara selanjutnya iaitu sesi fotografi pasangan mempelai di atas
pelamin. Majlis dengan ini menjemput dan mempersilakan keluarga PENGANTIN LELAKI terlebih
dahulu untuk bergambar bersama pengantin di atas pelamin.

<SESI BERGAMBAR KELUARGA PENGANTIN LELAKI>

Seterusnya dijemput pula keluarga PENGANTIN PEREPMPUAN untuk bersama-sama pengantin di


atas pelamin untuk acara bergambar kenang-kenangan.

<SESI BERGAMBAR KELUARGA PEREMPUAN>

Majlis diteruskan dengan sesi bergambar bersama saudara-mara dan sahabat-handai yang turut
hadir ke majlis ini. Dipersilakan.

<SESI BERGAMBAR BERSAMA PARA TETAMU>


Baiklah, dijemput pasangan mempelai kita untuk pergi ke bilik persalinan baju bagi menukar baju
yang kedua

<PENGANTIN MENUKAR PAKAIAN>

para hadirin yang ingin menyumbangkan suara boleh ke tempat muzik dimainkan

<PENGANTIN TIBA>

Anda mungkin juga menyukai