Anda di halaman 1dari 50

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH


PENDIDIKAN KHAS
(MASALAH PEMBELAJARAN)

MODUL PENGAJARAN

SENI KREATIF
TAHUN 2
Terbitan
Kementerian Pelajaran Malaysia
Bahagian Pembangunan Kurikulum

2011
Cetakan Pertama 2011
© Kementerian Pelajaran Malaysia

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam
apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum
mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 4-8,
Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.
KANDUNGAN Muka Surat

Pendidikan Seni Visual


Melukis dan menggambar 3
Rekaan dan corak 7
Mereka dan membuat binaan 10
Kraf 16

Pendidikan Muzik
Persepsi Muzik 23
Pengalaman Nyanyian 28
Pengalaman Muzikal 33
Apresiasi dan Estetika Seni Muzik 38
PENDIDIKAN
SENI VISUAL
Tajuk : 1. Melukis dan Menggambar
Masa : 60 minit
Tunjang Utama : Perkembangan Fizikal dan Estetika
Standard Kandungan : 1.1 Contengan bebas tanpa alatan seni lukis
Standard Pembelajaran : 1.1.3 Melakukan contengan bebas pada permukaan kertas dengan menggunakan jari-jemari
Tunjang yang disepadukan : Keterampilan Diri
Kerohanian, Sikap dan Nilai
Komunikasi
Objektif : Pada akhir pelajaran murid dapat melakukan contengan bebas pada permukaan kertas
dengan menggunakan jari-jemari.
Nilai : Kerjasama dan toleransi

LANGKAH AKTIVITI BBM CATATAN

1. Murid ditunjukkan dengan satu contoh hasil contengan Contoh hasil kerja
Set Induksi
bebas.
Cadangan soalan guru:
a. Apa yang kamu lihat pada lukisan tersebut?
b. Kamu fikir lukisan itu cantik atau tidak?

Langkah 1 1. Murid diberi penerangan mengenai contengan bebas. Kertas mahjung


2. Murid melihat tunjuk cara penghasilan contengan bebas. Warna air

3
LANGKAH AKTIVITI BBM CATATAN

Cadangan soalan guru: Bekas warna


a. Apa yang boleh digunakan untuk menconteng? Kain lap
Surat khabar lama

b. Di mana kamu boleh melihat contengan?


c. Siapa yang biasa melakukan contengan?

Langkah 2 1. Murid diminta berada dalam kumpulan. Kertas mahjung Dengan bimbingan
2. Murid menerima sehelai kertas mahjung dan satu set Warna air dan arahan guru
warna air bagi setiap kumpulan. Bekas warna
3. Murid membuat contengan bebas menggunakan jari- Kain lap
jemari. Surat khabar lama
Cadangan soalan guru: Apron

a. Apa warna yang kamu gunakan tadi?


b. Nyatakan perasaan kamu semasa melakukan
contengan?
c. Bagaimana cara kamu melakukan contengan tadi?

Langkah 3 1. Setiap murid menerima sekeping kertas lukisan dan dua Kertas lukisan
tiub warna air. Warna air
2. Murid membuat contengan bebas menggunakan jari-jemari Bekas warna
mengikut kreativiti sendiri. Kain lap
Cadangan soalan guru: Surat khabar lama
a. Apa yang kamu cuba hasilkan dalam contengan Apron

4
LANGKAH AKTIVITI BBM CATATAN

tadi?

Penutup 1. Murid menunjukkan hasil kerja masing-masing. Hasil kerja murid


2. Hasil kerja yang baik akan dipamerkan sebagai satu
penghargaan

5
Tajuk : 1. Melukis dan Menggambar
Standard Kandungan : 1.1 Contengan bebas tanpa alatan
Standard Pembelajaran : 1.1.3 Melakukan contengan bebas pada permukaan kertas dengan menggunakan jari-jemari
__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

SENARAI SEMAK
Nama :____________________________________ Kelas :____________________________ Tarikh : ____________________

Arahan : Tandakan (√) pada ruangan menguasai atau belum menguasai berdasarkan kemahiran murid.

BELUM
BIL KEMAHIRAN TARIKH MENGUASAI CATATAN
MENGUASAI

1. Murid menggunakan jari untuk menconteng


2. Murid melakukan contengan bebas pada kertas
mahjung dalam kumpulan
3. Murid melakukan contengan bebas pada kertas
lukisan secara individu
4. Murid mempamerkan hasil kerja
5. Murid mengemas dan menyimpan semula semua
peralatan dan bahan yang telah digunakan

Refleksi :
……….........................................................................................................................................................................................................
....................................................................................................................................................................................................................
....................................................................................................................................................................................................................
6
Tajuk : 2. Rekaan dan Corak
Masa : 60 minit
Tunjang Utama : Perkembangan Fizikal dan Estetika
Standard Kandungan : 2.2 Teknik capan
Standard Pembelajaran : 2.2.1 Mencorak menggunakan tapak tangan
Tunjang yang disepadukan : Keterampilan Diri
Kerohanian, Sikap dan Nilai
Objektif : Pada akhir pelajaran murid dapat mereka corak secara bebas menggunakan tapak tangan.
Nilai : Toleransi dan bertanggungjawab

LANGKAH AKTIVITI BBM CATATAN

1. Murid melihat guru memegang kotak bercorak. Kotak bercorak


Set Induksi
2. Murid membuka kotak dan mengambil gambar tapak kaki Kad gambar
haiwan.
Cadangan soalan guru:
a. Namakan tapak kaki haiwan ini?
b. Berapa jari kaki haiwan ini?

Langkah 1 1. Murid mendengar penerangan tentang cara mengecap Kertas lukisan Guru membuat
menggunakan bahagian tapak tangan dengan warna air. Warna air tunjuk cara
Tuala lap

2. Murid melihat dan memerhati cara dan teknik yang betul untuk Tisu

7
LANGKAH AKTIVITI BBM CATATAN

mengecap tapak tangan pada kertas yang ditunjukkan. Bekas warna

3. Murid ditunjukkan cara mengatur susunan corak.


Cadangan soalan guru:
a. Siapa yang boleh mengulang semula langkah yang
ditunjukkan tadi?

Langkah 2 1. Murid dibahagikan kepada dua kumpulan. Apron Guru membimbing


2. Murid memakai apron. Kertas lukisan murid
3. Murid mengecap dengan bimbingan guru. Warna air

4. Murid mengecap tapak tangan sehingga memenuhi ruang. Tuala lap Guru perlu
Tisu mengingatkan murid

Cadangan soalan guru: Bekas warna tentang aspek

a. Mengapa kita perlu menggunakan apron? kebersihan

b. Hasil kerja kumpulan mana yang paling menarik?

Langkah 3 1. Setiap murid diberikan kertas lukisan. Apron Guru membimbing


2. Murid menghasilkan capan secara individu menggunakan Kertas lukisan murid
warna yang berbeza. Warna air
Cadangan soalan guru: Tuala lap
a. Sebutkan warna yang telah digunakan untuk mengecap? Tisu

b. Bahan apa yang digunakan untuk menghasilkan capan? Bekas warna

8
LANGKAH AKTIVITI BBM CATATAN

Langkah 4 1. Murid mencuci tangan dan membersihkan semua peralatan Hasil kerja murid Guru membimbing
yang telah digunakan. murid
2. Murid mempamerkan hasil kerja di atas meja masing-masing.

Cadangan soalan guru:


a. Mengapa kita perlu mencuci tangan selepas melakukan
aktiviti tadi?

Penutup Murid menunjukkan hasil kerja masing-masing dan murid lain Hasil kerja murid
membuat ulasan mengenai hasil kerja tersebut.

9
Tajuk : 3. Mereka dan Membuat Binaan
Masa : 60 minit.
Tunjang Utama : Perkembangan Kreativiti dan Estetika
Standard Kandungan : 3.3 Binaan mudah menggunakan bahan terbuang
Standard Pembelajaran : 3.3.1 Membuat model kenderaan dengan menggunakan teknik :
i.mengoyak
ii.menggunting
iii.menebuk
iv. melekat
v.mengikat
Tunjang yang disepadukan : Perkembangan Fizikal dan Estetika
Keterampilan Diri
Kerohanian, Sikap dan Nilai
Komunikasi
Objektif : Pada akhir pelajaran murid dapat membina model roket dengan menggunakan bahan
terbuang.
Nilai : Kerajinan dan toleransi

LANGKAH AKTIVITI BBM CATATAN

10
LANGKAH AKTIVITI BBM CATATAN

Set Induksi 1. Murid ditunjukkan model-model kenderaan. Pelbagai model


2. Murid menamakan model-model kenderaan yang ditunjukkan. kenderaan
Cadangan soalan guru:
a. Apa nama kenderaan ini?
b. Kenderaan apa yang tidak mempunyai tayar?

Langkah 1 1. Murid ditunjukkan foto Angkasawan Malaysia. Model roket Guru perlu
2. Murid ditunjukkan gambar roket dan mengaitkan angkasawan Bekas/botol plastik menyediakan bahan
dengan roket. berbentuk silinder sebagai persediaan
3. Murid mendengar penerangan guru tentang aktiviti yang akan Pita pelekat pelbagai sekiranya murid
dijalankan menggunakan pelbagai bahan terbuang. warna tidak membawa

4. Murid diminta mengeluarkan botol/bekas berbentuk silinder Gunting bahan

yang dibawa. Pisau

5. Murid diperkenalkan dengan bahan-bahan yang akan Gam UHU

digunakan untuk membuat roket. Permanent marker

Cadangan soalan guru: Pen

a. Siapa dalam foto ini? Kotak


Tali
b. Apa nama kenderaan di dalam gambar ini?
c. Bahan apa yang boleh digunakan untuk membuat model
roket?

Langkah 2 1. Murid diminta mengumpulkan botol/bekas berbentuk silinder Bekas/botol Guru perlu
yang dibawa dan diletakkan di atas meja guru untuk ditebuk. berbentuk silinder menyediakan

11
LANGKAH AKTIVITI BBM CATATAN

2. Murid beratur untuk mengambil botol/ bekas berbentuk silinder Pita pelekat pelbagai pinggan kertas dan
yang telah ditebuk dan bahan-bahan yang akan digunakan warna kertas kotak yang
untuk membuat roket. Gunting telah siap digunting
Pisau mengikut saiz
Gam UHU

Cadangan soalan guru: Permanent marker

a. Bagaimana cara kita menebuk botol/ bekas silinder? Pen


Kotak
b. Apakah bahan lain yang boleh kita gunakan untuk membuat
Tali
badan roket?

Langkah 3 1. Murid membuat binaan roket mengikut langkah demi langkah Bekas/ botol Guru perlu
dengan bimbingan guru menggunakan teknik: berbentuk silinder membantu murid
i. mengoyak Pita pelekat pelbagai untuk aktiviti yang
ii. menggunting warna menggunakan

iii. menebuk Gunting alatan tajam/

iv. melekat Pisau merbahaya

v. mengikat Gam UHU


Permanent marker
2. Murid membersihkan peralatan yang digunakan.
Pen
Cadangan soalan guru:
Kotak
a. Apa alatan yang boleh digunakan untuk menebuk
Tali
lubang?
b. Apa alatan yang digunakan untuk menggunting?
c. Apa alatan yang digunakan untuk melekat?
12
LANGKAH AKTIVITI BBM CATATAN

d. Apa alatan yang digunakan untuk mengikat?

Penutup 1. Murid menunjukkan hasil kerja dihadapan kelas. Binaan roket yang
2. Murid lain diberi peluang membuat ulasan mengenai hasil kerja telah siap
tersebut
3. Murid meletakkan model roket yang dihasilkan di sudut
pameran.
Cadangan soalan guru:
a. Siapa yang ingin menaiki roket?
b. Siapa yang ingin menjadi angkasawan?

13
Tajuk : 3. Mereka dan Membuat Binaan
Standard Kandungan : 3.3 Binaan mudah menggunakan bahan terbuang
Standard Pembelajaran : 3.3.1 Membina model dengan menggunakan bahan terbuang
__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

SENARAI SEMAK
Nama :__________________________________ Kelas :____________________________ Tarikh : ____________________
Arahan : Tandakan (√) pada ruangan menguasai atau belum menguasai kemahiran murid.

BELUM
BIL KEMAHIRAN TARIKH MENGUASAI CATATAN
MENGUASAI

1. Murid boleh mendengar arahan guru


2. Murid mengenal bahan-bahan untuk membuat roket
3. Murid boleh mengoyak
4. Murid boleh menggunting
5. Murid boleh menebuk
6. Murid boleh melekat
7. Murid boleh mengikat
8. Murid boleh menghasilkan model roket
9. Murid boleh mempamerkan hasil kerja
10. Murid mengemas dan menyimpan semula semua
peralatan dan bahan yang telah digunakan
Refleksi :
………......................................................................................................................................................................................................
.................................................................................................................................................................................................................

Tandatangan guru:
…………………………

14
LAMPIRAN 1

CONTOH ROKET

15
Tajuk : 4. Kraf
Masa : 60 minit
Tunjang Utama : Perkembangan Kreativiti dan Estetika
Standard Kandungan : 4.2 Projek Kraf tradisional
Standard Pembelajaran : 4.2.3 Menghasilkan anyaman mudah dengan menggunakan bahan gantian
Tunjang yang disepadukan : Fizikal dan Estetika
Keterampilan Diri
Kerohanian Sikap dan Nilai
Komunikasi
Objektif : Pada akhir pelajaran murid dapat menghasilkan anyaman mudah dengan menggunakan
bahan gantian.
Nilai : Kasih sayang dan bertanggungjawab

LANGKAH AKTIVITI BBM CATATAN

1. Murid diberi segelas air bersama sebatang penyedut Segelas air


Set Induksi
minuman. Penyedut minuman
2. Murid diminta untuk menyedut minuman.
3. Murid diminta membersihkan gelas dan menyimpan penyedut
minuman untuk membuat anyaman.
Cadangan soalan guru:
a. Alat apa yang digunakan untuk menyedut minuman
tadi?

16
LANGKAH AKTIVITI BBM CATATAN

b. Selain menyedut minuman, apa yang boleh dibuat dengan


penyedut minuman?

Langkah 1 1. Murid ditunjukkan dengan pelbagai produk anyaman. Tudung saji


2. Murid diminta menyebut nama produk anyaman yang Tikar
ditunjukkan. Bakul
3. Murid mendengar penerangan tentang kegunaan produk
anyaman tersebut.

Cadangan soalan guru:


a. Apa kegunaan tudung saji?
b. Apa bahan yang digunakan untuk membuat anyaman
tikar?

Langkah 2 1. Murid ditunjukkan cara melurut penyedut minuman Penyedut minuman Guru membimbing
menggunakan pembaris supaya menjadi leper. Pembaris murid melurut
2. Murid diberikan lima batang penyedut minuman dan melurut penyedut minuman
kesemua penyedut minuman tersebut.

Cadangan soalan guru:


a. Apa warna penyedut minuman kamu?
b. Apa alat yang digunakan untuk melurut penyedut minuman
supaya menjadi leper?

17
LANGKAH AKTIVITI BBM CATATAN

c. Mengapa kita menggunakan semula penyedut minuman


yang telah digunakan tadi?

Langkah 3 1. Murid ditunjukkan cara membuat anyaman berselang-seli Penyedut minuman Mengikut kreativiti
menggunakan penyedut minuman yang telah dilurut. Penyedut minuman guru
2. Murid diberi penyedut minuman yang telah yang telah dibingkai
dibingkaikan.

penyedut minuman yang telah dilurut

3. Murid mula menganyam berselang seli menggunakan


penyedut minuman yang telah dilurut.
Cadangan soalan guru:
a. Sebutkan dua warna pilihan kamu.
b. Selain daripada penyedut minuman, sebutkan dua bahan
lain yang boleh digunakan untuk menganyam?

18
LANGKAH AKTIVITI BBM CATATAN

Penutup 1. Murid menunjukkan hasil kerja masing-masing dan murid lain Hasil anyaman murid
membuat ulasan mengenai hasil kerja tersebut. Pandai Anyam
2. Murid mempamerkan hasil anyaman mereka di papan adalah orang yang
pameran. bekerja sebagai
3. Murid diberitahu tentang pekerjaan „Pandai Anyam‟. penganyam.
4. Murid diterangkan mengenai kepentingan hasil anyaman ENT :
sebagai sumber pendapatan. Keusahawanan

Cadangan soalan guru:


a. Siapa yang ingin menjadi „Pandai Anyam‟?
b. Apa kegunaan hasil anyaman ini?

19
Tajuk : 4. Kraf
Standard Kandungan : 4.2 Projek Kraf tradisional
Standard Pembelajaran : 4.2.3 Menghasilkan anyaman mudah dengan menggunakan bahan gantian
__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

SENARAI SEMAK
Nama :____________________________________ Kelas :____________________________ Tarikh : ____________________
Arahan : Tandakan (√) pada ruangan menguasai atau belum menguasai berdasarkan kemahiran murid.

BELUM
BIL KEMAHIRAN TARIKH MENGUASAI CATATAN
MENGUASAI

1. Murid boleh mendengar arahan


2. Murid boleh melurut penyedut minuman
3. Murid boleh menganyam
4. Murid menyiapkan anyaman
5. Murid mempamerkan hasil anyaman
6. Murid mengemas dan menyimpan semula semua
peralatan dan bahan yang telah digunakan
Refleksi :
………......................................................................................................................................................................................................
...................................................................................................................................................................................................................

Tandatangan guru:
......................................

20
PENDIDIKAN
MUZIK
Tajuk : 1. Persepsi Muzik
Masa : 60 minit
Tunjang Utama : Fizikal dan Estetika
Standard Kandungan : 1. 1 Irama dalam muzik
Standard Pembelajaran : 1.1.1 Menepuk detik lagu yang didengar
1.1.2 Membezakan tempo lagu yang didengar
i. tempo cepat
ii. tempo lambat
Tunjang lain yang disepadukan : Komunikasi
Literasi Sains dan Teknologi
Kerohanian sikap dan nilai
Objektif : Pada akhir pelajaran:
i. Murid dapat menepuk detik lagu yang didengar
ii. Murid dapat membezakan tempo cepat atau lambat pada lagu yang didengar.
Nilai : Bertanggungjawab, kerjasama, keberanian dan kejujuran

LANGKAH AKTIVITI BBM CATATAN

Set Induksi 1. Murid diberi penerangan tentang kenderaan yang Kad gambar
bergerak cepat dan lambat.
2. Murid memberi respons kepada soalan guru.

23
LANGKAH AKTIVITI BBM CATATAN

Cadangan soalan :
a. Apakah haiwan yang bergerak cepat dan
lambat?

Langkah 1 1. Murid mendengar 2 jenis lagu yang berlainan Radio Lagu pilihan guru
tempo. CD interaktif tempo cepat dan
2. Murid mendengar lagu „Bapaku Pulang‟ dan lagu lambat
„Sungai‟ sambil berkawad secara bebas. Lagu cadangan:
Tempo cepat
„Bapaku Pulang‟
Tempo lambat
„Sungai‟

Langkah 2 1. Murid mendengar lagu „Bapaku Pulang‟ dan lagu Radio Contoh perkusi
„Sungai‟ sambil menepuk detik menggunakan CD interaktif badan:
perkusi Menepuk tangan,
badan dengan bimbingan guru memetik jari, paha
2. Murid membuat gerakan asas berjalan dan dan bahu.
berkawad mengikut keratan lagu tempo cepat dan Keratan lagu
lambat „Bapaku Pulang‟
„Sungai‟

24
LANGKAH AKTIVITI BBM CATATAN

Langkah 3 1. Murid dibahagikan kepada 2 kumpulan. Radio Lagu


a. Kumpulan 1 CD interaktif „Bapaku Pulang‟ dan
Menepuk detik lagu yang didengar. lagu „Sungai‟
b. Kumpulan 2 Gerakan Asas:
Membuat gerakan asas mengikut tempo Berjalan
lagu yang didengar. kawad kaki
2. Murid dalam setiap kumpulan akan menukar
aktiviti dengan bimbingan guru.

Langkah 4 1. Murid mendengar penerangan guru mengenai Radio, CD Tempo:


tempo . interaktif kelajuan detik dalam
2. Murid mendengar pelbagai lagu tempo cepat muzik
dan lambat. Contoh lagu tempo
3. Murid memberi respons kepada soalan guru: cepat:
Cadangan soalan : Joget Pahang,
a. Apakah tempo lagu tadi? Bapaku Pulang,
b. Bolehkah kamu menepuk detik lagu tadi? Contoh lagu tempo
4. Murid diperdengarkan semula lagu tempo cepat lambat :
dan lambat. Sungai
Negaraku

25
LANGKAH AKTIVITI BBM CATATAN

Penutup Murid mendengar dua buah lagu tempo cepat dan Radio Persembahan
lambat sambil membuat tepukan perkusi badan CD interaktif

26
Tajuk : 1. Persepsi Muzik
Standard Kandungan : 1.1 Mengenal irama muzik
Standard Pembelajaran : 1.1.1 Menepuk detik lagu yang didengar
1.1.2 Membezakan tempo lagu yang didengar
i tempo cepat
ii tempo lambat
__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

SENARAI SEMAK
Nama :____________________________________ Kelas :____________________________ Tarikh :
____________________
Arahan : Tandakan (√) pada ruangan “Menguasai” atau “Belum Menguasai” berdasarkan kemahiran murid.

BELUM
BIL MENGUASAI CATATAN
KEMAHIRAN MENGUASAI
1. Murid boleh berkawad setempat
2. Murid boleh meniru aksi guru
3. Murid boleh menepuk detik
4. Murid boleh membuat gerakan tempo cepat
5. Murid boleh membuat gerakan tempo lambat
6. Murid boleh membuat tepukan perkusi badan

Refleksi :
……….......................................................................................................................................................................................
...............
..................................................................................................................................................................................................
.................

Tandatangan guru:

...............................................

27
Tajuk : 2. Pengalaman Nyanyian
Masa : 60 minit
Tunjang Utama : Fizikal dan Estetika
Standard Kandungan : 2.1 Nyanyian mengikut muzik
Standard Pembelajaran : 2.1.1 Menyanyi dengan teknik pernafasan yang betul
2.1.4 Menyanyi dengan ekspresi yang sesuai
i. mud riang
Tunjang lain yang disepadukan : Literasi Sains dan Teknologi
Komunikasi
Objektif : Pada akhir pelajaran, murid dapat menyanyi lagu „Bapaku Pulang„ dengan teknik
pernafasan yang betul, dalam mud riang.
Nilai : Kerjasama, kerajinan, keberanian dan toleransi

LANGKAH AKTIVITI BBM CATATAN

Set Induksi 1. Murid meniup belon secara bebas. Belon


2. Murid meniup belon secara berpandu dan
terkawal.
i. meniup kaedah cepat
ii. meniup kaedah perlahan

28
LANGKAH AKTIVITI BBM CATATAN

Langkah 1 1. Murid mendengar lagu „Bapaku Pulang‟. Radio Lagu „Bapaku


2. Murid memberi respons kepada soalan guru. CD interaktif Pulang‟
Cadangan soalan:
a. Adakah kamu masih ingat lagu ini?
b. Bolehkah kamu menepuk detik lagu ini
bersama- sama saya?
3. Murid mendengar lagu sambil
menepuk detik secara berpandu.

Langkah 2 1. Murid mendengar penerangan guru mengenai 1. Latihan menarik


teknik pernafasan yang betul semasa menyanyi. nafas melalui mulut
2. Murid membuat latihan teknik pernafasan secara dan
berpandu semasa duduk dan berdiri. menghembuskan
nafas melalui mulut,
bahu tidak terangkat
atau dinaikkan,
manakala perut ke
depan (seperti bayi
sedang bernafas)
2. Menarik nafas

29
LANGKAH AKTIVITI BBM CATATAN

dan tahan dalam 4


kiraan
3. Menarik nafas
dan tahan dalam 8
kiraan
4. Menarik nafas
dan melepaskan
nafas perlahan-lahan
dalam 4 dan 8 kiraan

Frasa lagu
Langkah 3 1. Murid dibimbing oleh guru menyanyikan lirik lagu Lirik lagu „Bapaku
Bapaku pulang dari kota
frasa demi frasa dengan teknik pernafasan yang Pulang‟
betul tanpa iringan muzik semasa berdiri. Bapaku belikan kereta

2. Murid dibimbing oleh guru menyanyikan lirik lagu


Kereta kecil warna merah
frasa demi frasa dengan teknik pernafasan yang
betul tanpa iringan muzik semasa duduk.
Boleh ku bawa ke sekolah
Pon, pon, pon, pon, pon
pon, pon, pon, pon
Kereta kecil ku berbunyi
Marilah adik marilah naik
Boleh ku bawa jumpa
Nenek

30
LANGKAH AKTIVITI BBM CATATAN

Langkah 4 1. Murid menyanyikan lagu dengan teknik Murid mempamerkan


pernafasan yang betul dengan iringan muzik. ekspresi riang
2. Murid memberi respons kepada soalan guru.
Cadangan soalan:
a. Apakah perasaan kamu sewaktu menyanyikan
lagu ini?
3. Murid menyanyikan lagu sambil menepuk tangan
dalam mud riang dengan teknik pernafasan yang
betul.

Penutup Murid membuat persembahan di hadapan kelas. Persembahan

31
Tajuk : 2. Pengalaman Nyanyian
Standard Kandungan : 2.1 Nyanyian mengikut muzik
Standard Pembelajaran : 2.1.1 Menyanyi dengan teknik pernafasan yang betul
2.1.4 Menyanyi dengan ekspresi yang sesuai
i mud riang
_________________________________________________________________________________________________________

SENARAI SEMAK

Nama :___________________________ Kelas :____________________________ Tarikh : ____________________

Arahan : Tandakan (√) pada ruangan “Menguasai” atau “Belum Menguasai” berdasarkan kemahiran murid.

BELUM
BIL KEMAHIRAN MENGUASAI CATATAN
MENGUASAI
1. Murid boleh mengingat lagu yang
diperdengarkan
2. Murid boleh membuat teknik bernafas
semasa berdiri
4. Murid boleh membuat teknik bernafas
semasa duduk.
5. Murid boleh menyanyi dengan teknik
pernafasan yang betul
6. Murid boleh menunjukkan mud riang
7. Murid boleh menyanyi sambil menepuk
tangan dalam mud riang
8. Murid boleh membuat persembahan

Refleksi :
……….......................................................................................................................................................................................
..................................................................................................................................................................................................

Tandatangan guru:

...............................................
32
Tajuk : 3. Pengalaman Muzikal
Masa : 60 minit
Tunjang Utama : Perkembangan Fizikal & Estetika
Standard Kandungan : 3.3 Memainkan alat perkusi
Standard Pembelajaran : 3.3.1 Memegang alat perkusi dengan teknik yang betul
3.3.2 Memainkan alat perkusi dengan teknik yang betul
3.3.3 Memainkan alat perkusi mengikut corak irama
Tunjang lain yang disepadukan : Komunikasi
Keterampilan Diri
Kemanusiaan
Objektif : Pada akhir pelajaran, murid dapat memegang dan memainkan alat perkusi dengan
teknik yang betul mengikut corak irama yang diberi.
Nilai : Kerjasama, toleransi dan keberanian

LANGKAH AKTIVITI BBM CATATAN

Set Induksi 1.Murid diminta meneka alat perkusi di dalam kotak Kotak Murid telah
yang dibawa oleh guru. Murid mendengar guru Loceng diperkenalkan
membunyikan alat perkusi tersebut. Kastanet dengan alatan
2. Murid memberi respons kepada soalan guru. perkusi – loceng dan
Cadangan soalan: kastanet
a. Apakah nama alat perkusi yang kamu dengar?

33
LANGKAH AKTIVITI BBM CATATAN

b. Alat perkusi yang mana kamu suka?


3. Murid melihat alat perkusi yang dibunyikan

Langkah 1 1. Murid memberi respons kepada soalan guru Loceng Murid bergilir-gilir
Cadangan soalan: Kastanet memegang dan
a. Pernahkah kamu memainkan alat perkusi? membunyikan loceng
b. Bolehkah kamu memainkan loceng dan dan kastanet
kastanet?
2. Murid memegang dan membunyikan loceng
secara bebas dan terkawal.
3. Murid memegang dan membunyikan kastanet
secara bebas dan terkawal.

Murid telah
Langkah 2 1. Murid memegang alat perkusi loceng mengikut Loceng
mempelajari cara
teknik yang betul dengan bimbingan guru. Kastanet memegang loceng
dan kastanet
2. Murid memainkan alat perkusi loceng mengikut
teknik yang betul dengan bimbingan guru.
3. Murid memegang alat perkusi kastanet mengikut
teknik yang betul dengan bimbingan guru.
4. Murid memainkan alat perkusi kastanet mengikut
teknik yang betul dengan bimbingan guru.

34
LANGKAH AKTIVITI BBM CATATAN

Langkah 3 1. Murid dibimbing memainkan loceng mengikut ikon Loceng Corak irama
corak irama yang diberi. Kastanet
2. Murid dibimbing memainkan kastanet mengikut
1 2 3 4
ikon corak irama yang diberi.
* sebutan
one, two, three, four

Langkah 4 1. Murid dibahagikan kepada dua kumpulan Loceng Corak Irama


kumpulan 1 – loceng Kastanet Loceng
kumpulan 2 – kastanet Ikon corak irama
2. Kumpulan 1 memainkan corak irama loceng 1 2 3
4
dengan bimbingan guru.
Kastanet
3. Kumpulan 2 memainkan corak irama kastanet
dengan bimbingan guru.

1 2 3
4
Corak Irama
Langkah 5 1.Kumpulan 1 dan kumpulan 2 memainkan corak Kastanet Loceng
irama kumpulan masing-masing secara serentak Loceng
dengan bimbingan guru. Ikon corak irama 1 2 3
4
Kastanet
2. Murid dalam setiap kumpulan akan menukar alat
35
LANGKAH AKTIVITI BBM CATATAN

perkusi dan memainkan corak irama dengan


1 2 3
bimbingan guru.
4

Penutup Murid akan memainkan alat perkusi loceng dan Persembahan


kastanet di hadapan kelas.

36
Tajuk : 3. Pengalaman Muzikal
Standard Kandungan : 3.3 Memainkan alat perkusi
Standard Pembelajaran : 3.3.1 Memegang alat perkusi dengan teknik yang betul.
3.3.2 Memainkan alat perkusi dengan teknik yang betul
3.3.3 Memainkan alat perkusi mengikut corak irama
_________________________________________________________________________________________________________

SENARAI SEMAK

Nama :____________________________ Kelas :____________________________ Tarikh : ____________________

Arahan : Tandakan (√) pada ruangan “Menguasai” atau “Belum Menguasai” berdasarkan kemahiran murid.

BELUM
BIL KEMAHIRAN MENGUASAI CATATAN
MENGUASAI
1. Murid boleh meneka bunyi alat
2. Murid boleh menamakan alat yang didengar
3. Murid boleh memegang loceng dengan teknik
yang betul
4. Murid boleh memegang kastanet dengan
teknik yang betul
5. Murid boleh memainkan corak irama loceng
6. Murid boleh memainkan corak irama kastanet
7. Murid boleh bermain alat perkusi mengikut
kumpulan
8. Murid boleh membuat persembahan

Refleksi :
……….......................................................................................................................................................................................
..................................................................................................................................................................................................
..................................................................................................................................................................................................

Tandatangan guru:

...............................................

37
Tajuk : 4. Apresiasi dan Estetika Seni Muzik
Masa : 60 minit
Tunjang Utama : Fizikal dan Estetika
Standard Kandungan : 4.2 Gerakan mengikut lagu
Standard Pembelajaran : 4.2.1 Melakukan gerakan mengikut
i lirik lagu
Tunjang lain yang disepadukan : Keterampilan Diri
Komunikasi
Objektif : Pada akhir pelajaran, murid dapat melakukan gerakan mengikut lirik lagu „Ingin Jadi
Seperti Burung‟.
Nilai : Keberanian, kerjasama, kejujuran, hemah tinggi dan toleransi

LANGKAH AKTIVITI BBM CATATAN

Set Induksi 1. Murid memberi respons kepada soalan guru: Radio Lagu
Cadangan soalan : CD interaktif „Ingin Jadi Seperti
a. Pernahkah kamu melihat burung? Burung‟
b. Bolehkah kamu tunjukkan bagaimana burung
terbang?
c. Siapa ingin menjadi burung?
2. Murid mendengar lagu „Ingin Jadi Seperti
Burung‟.

38
LANGKAH AKTIVITI BBM CATATAN

Langkah 1 1. Murid mendengar lagu sambil membuat aksi Radio Lagu


secara bebas. CD interaktif „Ingin Jadi Seperti
2. Murid membuat gerakan dengan bimbingan guru; Burung‟
Contoh gerakan:
i. menunjuk ke langit
ii. burung terbang
iii. rasa riang

Langkah 2 1. Murid membuat pergerakan mengikut lirik lagu Lirik lagu


dengan bimbingan guru. „Ingin Jadi Seperti
Lirik Gerakan Burung‟
Lihatlah lihatlah memerhati sekeliling
Di langit biru mengangkat tangan
Burung berterbangan burung terbang
Berkawan-kawan burung mengepak
Riangnya-riangnya melompat-lompat
Rasa hatiku tangan ke dada
Inginku bersama tangan ke depan
Tinggi di awan tangan ke atas

39
LANGKAH AKTIVITI BBM CATATAN

Langkah 3 1. Murid membuat pergerakan frasa demi frasa lagu Radio Contoh frasa lagu :
dengan bimbingan guru CD interaktif „Lihatlah-lihatlah di
2. Murid membuat pergerakan keseluruhan lirik lagu langit biru‟
mengikut iringan muzik dengan bimbingan guru.
3. Murid membuat pergerakan keseluruhan lagu
mengikut iringan muzik tanpa bimbingan guru.

Penutup Murid membuat persembahan aksi pergerakan Radio Lagu


berdasarkan lirik lagu dengan iringan muzik. CD interaktif „Ingin Jadi Seperti
Burung‟

40
Tajuk : 4. Apresiasi dan Estetika Seni
Standard Kandungan : 4.2 Gerakan mengikut lagu
Standard Pembelajaran : 4.2.1 Melakukan gerakan mengikut
i lirik lagu
______________________________________________________________________________________________________________________

SENARAI SEMAK

Nama :____________________________ Kelas :____________________________ Tarikh : ____________________

Arahan : Tandakan (√) pada ruangan “Menguasai” atau “Belum Menguasai” berdasarkan kemahiran murid.

BELUM
BIL KEMAHIRAN MENGUASAI CATATAN
MENGUASAI
1. Murid boleh membuat aksi bebas
berdasarkan lagu „Ingin Jadi Seperti Burung‟
2. Murid boleh membuat gerakan menunjuk ke
langit
3. Murid boleh membuat gerakan burung
terbang
4. Murid boleh membuat gerakan rasa riang
5. Murid boleh membuat gerakan mengikut lirik
lagu dengan bimbingan guru
6. Murid boleh membuat persembahan

Refleksi :
……….......................................................................................................................................................................................
..................................................................................................................................................................................................
..................................................................................................................................................................................................

Tandatangan guru:

...............................................

41

Anda mungkin juga menyukai