Anda di halaman 1dari 3

Kefahaman melalui Rekabentuk (KmR)

Memberi fokus kepada pemantapan pembelajaran bermakna dan pelaksanaan Pentaksiran Bilik
Darjah.

Projek KmR : Roda Hidup Fauna

FOKUS HALA TUJU

Melalui projek ini, murid dapat mendalami dan merasai suasana pembelajaran secara autentik. Ini
kerana, murid terlibat secara aktif dalam menghasilkan tugasan yang diberi melalui projek ini. Murid
juga dapat menimba ilmu dan pengetahuan melalui pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran
seperti kontekstual, masteri dan inkuiri penemuan.

Projek ini juga dapat meluaskan penggunaan ilmu yang tidak hanya tertumpu dalam bilik darjah
semata-mata tetapi secara praktikal melibatkan semua pihak, khususnya pentadbir, para guru,
murid dan masyarakat komuniti. Kerjasama semua pihak ini secara tidak langsung mengukuhkan
hubungan semua pihak kerana satu tujuan iaitu mendapatkan hasil terbaik daripada apa yang
diusahakan secara bersama dengan berbakti kepada tanah.

Matlamat (Output / Outcome)

Matlamat yang ingin dicapai melalui Projek KmR ini adalah:

 Matlamat Output

 Menggalakkan pembelajaran bersifat hands-on dan real-world experience.

 Kemahiran dalam merancang pembelajaran bermakna.

 Pembelajaran secara inovatif.

 Pembelajaran autentik.

 Matlamat Outcome

 Melahirkan murid yang berfikiran kritis dan kreatif.

 Menyemai semangat untuk sentiasa berusaha mencapai matlamat


pendidikan dalam semua aspek seperti terkandung dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan merangkumi jasmani, emosi, rohani, intelektual dan
sosial.

 Merapatkan hubungan kekeluargaan antara pentadbir sekolah, ibu bapa


dan anak-anak murid itu sendiri.
LANGKAH PELAKSANAAN KmR

Bengkel KmR

1. Penataran dan penetapan hala tuju projek.

Perbincangan antara Panitia yang terlibat dengan projek KmR. Kolaborasi antara panitia Sains,
Matematik dan Bahasa Melayu.

2. Melaksanakan Projek

Murid mencari bahan dalam internet


Perbincangan dan
penghasilan projek dalam
kumpulan

3. Pembentangan hasil kerja.

Anda mungkin juga menyukai