Anda di halaman 1dari 11

TAJUK 7

PENGAMATAN
DALAM PROGRAM PEMULIHAN KHAS

1.1 PENDAHULUAN

i. Pengamatan ialah kefahaman terhadap sesuatu perkara atau situasi melalui


pancaindera setelah berlakunya proses dalam mental.

ii. Pengamatan berkait rapat dengan pemikiran manusia. Pengamatan


merupakan satu proses yang menimbulkan makna kepada tugas-tugas
panca indera dengan pertolongan pengalaman-pengalaman lalu.

iii. Pengamatan ialah satu kemahiran yang boleh berkembang dan dipelajari.
Sungguhpun ia berkait rapat dengan dengan darjah kecerdasan seseorang
kanak-kanak itu, tetapi ia boleh diajar kepada kanak-kanak lemah supaya
dapat membantu mereka dalam pembelajaran.

iv. Mengikut pendapat Ruth Strang dalam bukunya “ Reading Diagnosis and
Remediation” beliau mengatakan pengamatan ialah satu proses yang
bergantung kepada kognitif dan kederaan. Proses ini penting kepada
pembelajaran terutama dalam pembinaan konsep yang dialami oleh kanak-
kanak.

v. Janet W. Learner (1971) dalam bukunya “ Children With Learning Disabilities”


telah mentafsirkan bahawa pengamatan adalah satu proses untuk mengenal
maklumat daripada tindak balas panca indera atau mekanisme yang
mentafsirkan sesuatu pergerakan panca indera dengan kuasa intelek.

1.2 BAGAIMANA KANAK-KANAK MENGAMATI

Kanak-kanak menggunakan sebelah matanya sahaja untuk melihat


selepas dilahirkan. Beberapa minggu kemudian, dia mula melihat dengan
menggunakan kedua-dua belah matanya. Pada akhir bulan kedua kanak-kanak
ini sudah boleh menghalakan perhatiannya secara langsung kepada objek yang
ada di hadapannya. Apabila objek itu bergerak dari sebelah ke sebelah,
pergerakan mata bayi itu juga akan mengikutinya.

Dari peringkat inilah bayi itu mula memerhati sesuatu terutamanya pada
benda-benda yang bergerak atau yang berwarna garang. Walau bagaimanapun
benda-benda yang diperhatinya itu adalah semata-mata satu benda sahaja dan
tidak dapat mentafsirkan keadaan benda itu kepada makna yang lebih dalam
lagi.

1
Apabila kanak-kanak itu berusia lima bulan, dia sedar tentang keadaan
sesuatu benda yang dilihatnya. Dia mula menyedari bahawa benda yang
dilihatnya itu boleh dipegang. Kesedaran itu datang secara berperingkat-
peringkat. Mula-mula ia faham tentang bentuk sesuatu benda itu, kemudian
apabila kanak-kanak itu hampir berumur satu tahun dia mula menyedari tentang
setiap benda mempunyai identitnya yang sendiri. Dia akan faham walaupun satu
benda yang sama jenis seperti bola umpamanya, apabila diamati ia akan
terdapat beberapa perbezaan dari segi saiz, warna, corak dan sebagainya.

1.3 MENGAPA PENGAMATAN PENTING DALAM PEMBELAJARAN

Objek-objek di sekitar ditanggap melalui alat-alat panca indera dan


diproses pada bahagian tertentu dalam otak sehingga objek itu dapat diamati.
Kemampuan untuk membeza, mengumpul dan membuat penumpuan itu disebut
sebagai kemampuan untuk mengorganisasi pengalaman. Dengan adanya
organisasi ini, manusia selalu belajar dari pengalaman, maka lambat -laun
tersusunlah pola pengamatan yang kekal dalam diri kita.

Kebanyakan kanak-kanak keliru dengan huruf dan nombor seperti menulis


dengan terbalik, salah menulis kedudukan nombor, keliru dengan huruf besar
dan kecil dan lain-lain lagi. Pengamatan adalah satu proses kemahiran yang
memerlukan kecekapan dalam menganalisa bentuk-bentuk dan simbol dalam
bacaan. Jika kanak-kanak menulis huruf “a” secara terbalik maka tidaklah dapat
kita tafsirkan dalam bacaan. Dalam konsep nombor kanak-kanak mesti
mempunyai kekuatan pengamatan untuk membentuk nombor yang betul. Jika
16 ditulis 19 dan 15-2 ditulis 51-2, ini menghasilkan jawapan yang salah.

1.4 KOMPONEN DAN JENIS-JENIS PENGAMATAN

i. Penglihatan ( Diskriminasi penglihatan, Ingatan penglihatan dan


integrasi visual-motor, visual kinestetik.)

ii. Pendengaran ( Diskriminasi pendengaran, Ingatan pendengaran dan


Integrasi visual-Pendengaran. )

iii. Sensori- Motor ( Koordinasi pergerakan tubuh atau kawalan gerak


visual, koordinasi motor kasar dan motor halus, imej badan sisian arah
( penyelarasan badan).

2
Antara jenis pengamatan terdapat dua jenis pengamatan yang penting
yang berkait rapat dengan pembelajaran kanak-kanak hari ini, yakni
pengamatan penglihatan dan pengamatan pendengaran.

“…. Corret auditory and visual perception is the characteristic of a


good reader …..” Fred.J. Schnell dalam bukunya “ Backwardness in
Basic Subjects”.

Dari kata-kata di atas bererti bahawa “hanya orang yang mempunyai


pengamatan dan pendengaran yang boleh membaca dengan baik”. Kita
sebagai seorang guru tidak akan menafikan bahawa dari pengalaman-
pengalaman mengajar, kita dapat mengesan kanak-kanak terutama kanak-
kanak pemulihan yang mempunyai kesukaran-kesukaran dalam satu aspek
pengamatan tersebut.

1.5 CIRI-CIRI KESUKARAN DALAM KOMPONEN - KOMPONEN


PENGAMATAN

1.5.1 Penglihatan

Diskriminasi - Ketidakbolehan membezakan bentuk, saiz,


warna, huruf, nombor dan perkataan.

Ingat Kembali - Ketidakbolehan mengingat kembali apa yang


diamati.

Orientasi Kedudukan - Ketidakbolehan membezakan kedudukan


sesuatu bentuk, huruf dan nombor.

Turutan - Ketidakbolehan mengingati sesuatu


mengikut susunan huruf-huruf dalam
perkataan.

Menyudah atau - Ketidakbolehan mengenal sesuatu benda


atau Melengkap objek, nombor, perkataan
atau ayat.

Menyalin - Ketidakbolehan menyalin sesuatu bentuk,


huruf, nombor, perkataan atau ayat.

Rajah Latar Belakang - Ketidakbolehan menentukan sesuatu seperti


bentuk, huruf atau nombor dari latabelakang
sesuatu gambar atau rajah.

Koordinasi Motor - Ketidakbolehan menyelaraskan pergerakan


Mata Tangan motor mata dan tangan.

3
Pertalian Jarak - Ketidakbolehan mengagak sesuatu saiz,
Jarak( Ruang ) kiri dan kanan serta
hubungan antara satu objek
dengan objek yang lain.

Ketetapan Bentuk / - Ketidakbolehan mengetahui sesuatu bentuk,


Kedudukan dalam huruf, atau nombor yang mempunyai bentuk
Rajah tetap dan tidak akan berubah bentuknya
dalam mana-mana keadaan.

Gambar Bersiri - Ketidakbolehan mengikuti cerita dari satu


babak ke satu babak yang lain.

Mazing atau Mencari - Ketidakbolehan menyelesaikan sesuatu


Masalah Jalan Keluar

Benda Tersembunyi - Ketidakbolehan menyelesaikan sesuatu


Masalah yang abstrak.
1.5.2 Pendengaran

Antara masalah dalam pengamatan pendengaran yang berpunca


daripada kecacatan organisma telinga adalah seperti : -

Diskriminasi - Ketidakbolehan mengenal dan membezakan


bunyi sebutan, rentak irama dan intonasi yang
berlainan.
- Ketidakbolehan mengenal arah bunyi ( jauh atau
dekat ).

- Ketidakbolehan mengingat bunyi-bunyi yang


didengar.
- Ketidakbolehan mengulang corak bunyi dan
turutannya
Pekak Konduktif - Tidak dengar bunyi bernada rendah.
Pekak Perseptif - Tidak dengar bunyi bernada tinggi.

Pekak Campur Aduk - Campuran pekak koduktif dan pekak


perseptif.

Pekak Rikrutmen - Boleh mendengar bunyi yang kuat sahaja.


( Automatic Volume
Control )

Secretory Otitis - Cecair yang menyekat garam.

4
1.5.3 Sensori Motor

1. Motor Kasar - Ketidakbolehan dalam pergerakan badan dengan


automatis, mudah dan berirama serta dengan
imbangan sewajarnya.

2. Motor Halus - Ketidakbolehan untuk menguruskan tugas-tugas


atau kerja-kerja yang memerlukan kawalan-
kawalan motor halus terutamanya dalam
penggunaan tangan dalam tulisan, lukisan,
jahitan dansebagainya.

- Ketidakbolehan bertindak balas terhadap


dorongan melalui penglihatan, pendengaran dan
daya perasa.

- Ketidakbolehan mengesan, mentafsir dan


bertindak balas terhadap dorongan daya perasa.

- Kekurangan kesedaran perhubungan runag


dengan imej badan, sisian dan arah.

1.6 PSIKOMOTOR - LATERALITI DAN DOMINAN

Lateraliti ialah pergerakan seseorang itu dan dominan ialah penguasaan


satu bahagian otak ke atas bahagian kiri atau kanan badan. Bahagian ini
pula menguasai pergerakan otot-otot kiri atau kanan anggota. ( Bahagian
kiri otak akan menguasai bahagian kanan anggota dan sebaliknya. )

Lateraliti dan Dominan ada kaitan dan saling pengaruh-mempengaruhi


antara satu sama lain. Pengkelasan lateraliti dan dominan mengikut
Marianne Frosting terbahagi kepada 5 bahagian.

i. Penyelarasan / Koordinasi motor mata tangan.


ii. Rajah latar belakang.
iii. Ketetapan bentuk.
iv. Kedudukan dalam ruang / pertalian jarak.
v. Orientasi kedudukan.

Kanak-kanak yang mempunyai masalah dalam lateraliti dan dominan


akan menghadapi kesulitan untuk menentukan arah kiri dan kanan. Ini
akan mempengaruhi kanak-kanak dalam bacaan dan tulisan.

5
1.7 PUNCA KELEMAHAN PENGAMATAN

Kelemahan pengamatan adalah terdiri daripada dua punca yang besar


iaitu : -

i. Faktor Internal
ii. Faktor External

i. Faktor Internal

Faktor-faktor ini termasuklah : -

a. Minat dan kecenderungan serta perhatian kanak-kanak.


b. Keupayaan tenaga, tekanan emosi dan kesukaran peribadi
kanak-kanak.
c. Kerosakan pendengaran dan penglihatan.

ii. Faktor External

a. Kurang pendedahan.
b. Kurang rangsangan ( dorongan ).

1.8 CIRI-CIRI KANAK-KANAK YANG MENGALAMI KESUKARAN


PENGAMATAN

Kanak-kanak yang mengalami kesukaran pengamatan boleh antara lain


menunjukkan sifat-sifat seperti berikut :-

i. Mereka lambat dalam membuat satu-satu pengolahan seperti


mengkelaskan satu-satu himpunan mengikut jenisnya.

ii. Mereka mempunyai kesukaran dalam mengaitkan perkara yang


diketahuinya kepada situasi baru.

iii. Cepat lupa oleh itu mereka memerlukan ulangan yang kerap.

iv. Kecenderungan ke arah tindakan yang terburu-buru, memberi


keputusan tanpa berfikir.

v. Lemah koordinasi motor mata-tangan.

vi. Ketidakbolehan membuat keputusan secara am.

6
vii. Dalam permainan, kanak-kanak jenis ini susah sekali untuk turut
serta kerana mereka tidak dapat mengikut corak permainan ini.

viii. Mereka tidak mahir dalam kerja-kerja yang memerlukan daya kreatif.

ix. Ketidakupayaan membuat kerja dengan cepat.

x. Mereka lambat sekali untuk menukar tumpuan perhatian dari satu


situasi kepada situasi yang lain.

xi. Mereka selalunya belajar secara hafalan tanpa memahami apa yang
dilakukannya.

xii. Lemah dalam diskriminasi pendengaran.

xiii. Berfikir terlalu lama sebelum membuat sesuatu kerja.

xiv. Mereka juga kadangkala menunjukkan sifat kurang bekerjasama.

xv. Mereka sering kali terlanggar alat-alat di dalam darjahnya.

xvi. Membuat sesuatu kerja tanpa mengetahui di mana harus berhenti.

1.9 MASALAH PENGAMATAN DAN CADANGAN MENGATASINYA

Dalam mengatasi masalah pengamatan seseorang guru boleh memberi


latihan-latihan pengamatan yang terlibat dalam latihan pengamatan bentuk,
penyelarasan motor mata-tangan, menyalin, ingatan penglihatan, diskriminasi
penglihatan dan diskriminasi pendengaran.

i. Dua Jenis Pengamatan Yang Utama

a. Kelemahan pengamatan penglihatan.


b. Kelemahan pengamatan pendengaran.

ii. Kelemahan Pengamatan Penglihatan

a. Diskriminasi penglihatan
b. Penerimaan penglihatan ( Visual Reception )
c. Perhubungan penglihatan ( Visual Association )
d. Visual Closure ( Rumusan atau kelengkapi penglihatan )
e. Ingatan visual ( Visual Memori )

7
iii. Kelemahan Pengamatan Pendengaran

a. Diskriminasi pendengaran.
b. Penerimaan pendengaran ( Auditory Reception ).
c. Perhubungan pendengaran ( Auditory Association ).
d. Rumusan / melengkapi pendengaran ( Auditory Closure )
e. Cantuman bunyi / Percantuman pendengaran.
f. Ingatan pendengaran ( Auditory Memory )

i) DISKRIMINASI PENGLIHATAN

Diskriminasi penglihatan dikaitkan dengan kebolehan


mengasingkan secara visual akan persamaan dan perbezaan yang ada
pada objek-objek, bentuk-bentuk, gambar-gambar, huruf-huruf, dan
perkataan. Untuk belajar membaca seseorang kanak-kanak mesti tahu
mendiskriminasikan perbezaan antara ‘ m ‘ dan ‘ n ‘ atau pun “lari” dan
“lori”. Diskriminasi penglihatan juga termasuk dalam bahagian orientasi
arah atau kedudukan seperti lagu dan gula, daki dan baki. Sekiranya
kanak-kanak menghadapi kesulitan-kesulitan ini maka haruslah ia diberi
bimbingan dari peringkat awal bacaan supaya kemahiran ini dapat
berkembang dengan baik.

Cadangan Aktiviti :

a. Mencari gambar, bentuk, huruf, dan simbol yang tidak sama.


b. Perbezaan dan persamaan objek-objek – kerusi, meja,
papan hitam, dan sebagainya.
c. Objek-objek yang hampir serupa yang boleh diperolehi
daripada gambar haiwan, bunga, dan daun-daun.
d. Memadankan huruf-huruf dengan perkataan.
e. Menekap corak-corak, bentuk-bentuk dan huruf-huruf.

ii) PENERIMAAN PENGLIHATAN

Penerimaan penglihatan dikaitkan dengan kebolehan memahami


tanda-tanda yang seseorang itu melihat. Sesetengah kanak-kanak
sukar untuk mentafsir atau menterjemahkan simbol-simbol yang dilihat.
Pemulihan dijalankan untuk menolong kanak-kanak memahami sImbol-
simbol, pergerakan badan, isyarat-isyarat, gambar-gambar, dan lukisan
supaya ia dapat menceritakan makna objek-objek itu.

8
Cadangan Aktiviti

a. Ajar kanak-kanak untuk mengenal dan membeza pelbagai bentuk


benda-benda yang mudah dan telitikan perbezaan saiz, warna, dan
kedudukannya.

b. Adakan permainan seperti menyoal siapa yang boleh lihat dengan


banyak benda-benda yang ada di dalam kedai.

iii) PERHUBUNGAN PENGLIHATAN ( VISUAL ASSOCIATION )

Kemahiran ini berkait rapat dengan kanak-kanak menceritakan dua


atau lebih kenyataan mengenai sesuatu objek yang dilihatnya. Ini
termasuklah menakul, mengkritik, berfikir, dan menyelesaikan masalah.

Cadangan Aktiviti

a. Galakkan kanak-kanak melahirkan pemikirannya terhadap sesuatu


objek dan suruh ia mengkritik objek itu. Beri beberapa soalan
bimbingan.

b. Bimbing kanak-kanak seperti konsep berlawanan contohnya kecil


dan besar, tinggi dan rendah atau mengenai apa yang dilihatnya.

c. Gunakan dua gambar yang ada kaitannya antara satu sama lain
seperti –anjing dengan tulang, kucing dengan tikus, dan buku
dengan pensel. Minta murid ceritakan antara kedua-dua benda ini.

d. Latih murid-murid mengenal konsep kumpulan dengan


menyediakan gambar-gambar dari jenis makanan, haiwan, bunga,
tumbuhan dan sebagainya.

1.10 RUMUSAN ATAU MELENGKAPI PENGAMATAN ( VISUAL CLOSURE )

Kemahiran ini ialah satu kemahiran di mana kanak-kanak dapat


membuat sesuatu rumusan dengan melihat sesuatu yang tidak lengkap.
Dalam bacaan seseorang kanak-kanak akan memerlukan kebolehan
membaca dengan hanya melihat beberapa perkataan dan dapat
menanggap ayat itu.

9
Cadangan Aktiviti

a. Memadan atau mencantumkan gambar-gambar jigsaw puzzle.

b. Membuat teka-teki, misalnya guru beri perkataan-perkataan seperti


merah, biru, kuning, dan hijau. Kemudiaan minta murid beri satu
perkataan yang boleh merumuskan maksud perkataan tadi.
Jawapan murid mestilah warna.

iv) INGATAN PENGLIHATAN ( VISUAL MEMORY )

Ingatan penglihatan memerlukan kebolehan mengingat apa yang


telah dilihat. Untuk membaca, kanak-kanak mesti mengekalkan ingatan
penglihatannya tentang huruf-huruf dan perkataan-perkataan yang telah
dilihatnya.

Cadangan Aktivitinya

a. Sediakan benda-benda di atas meja dan minta murid menelitinya.


Tutupkan benda-benda tersebut dan minta murid menyebut
kembali benda-benda yang dilihatnya.

b. Tunjuk satu corak atau gambar kepada murid. Tutup corak atau
gambar itu dan suruh murid melukisnya.

c. Tunjukkan satu gambar kepada murid dan kemudian tutup.


Bincangkan dengan murid mengenai gambar tersebut.

d. Ambil satu tali dan gantungkan beberapa keping gambar dalam


susunan yang tertentu. Turunkan gambar itu dan minta murid
susun semula sebagaimana yang telah dibuat oleh guru.

e. Perkembangkan ingatan kanak-kanak dengan membincangkan


benda- benda yang telah mereka lihat. Kemudian minta mereka
ceritakan semula apa yang mereka ingat seperti tempat yang telah
mereka lawati, orang yang mereka jumpa, warna pakaian, dan
sebagainya.

10
SENARAI KEMAHIRAN PENGAMATAN

1. Diskriminasi yang sama


2. Diskriminasi yang ganjil
3. Diskriminasi saiz
4. Ingat kembali
5. Orientasi kedudukan
6. Turutan
7. Menyudah atau Melengkapkan
8. Menyalin
9. Rajah latar belakang atau bertindih
10. Koordinasi motor mata tangan
11. Pertalian jarak atau ruang
12. Gambar bersiri
13. Kekalan atau keabadian bentuk
14. Mazing atau cari jalan keluar
15. Benda tersembunyi

11

Anda mungkin juga menyukai