KATA ALUAN
Assalamualaikum dan salam sejahtera, traders..
Tahniah dan terima kasih kerana telah mendapatkan buku GTH - Rahsia
Teknik Scalping Reversal Gold M5..
Buku ini ditulis dengan tujuan untuk membantu traders sama ada newbie
ataupun master trader yang sentiasa ingin belajar benda baru berkenaan
trading..
Namun, saya nak ingatkan Anda geng, trading ataupun teknik ini bukan
skim cepat kaya geng.. dan teknik yang bakal saya kongsikan dalam
buku ini bukan ‘holygrail’..
Namun, saya akan tetap kongsikan kat Anda teknik ini kerana ia mampu
menyelamatkan duit Anda daripada ‘burn’ atau bahasa trader iaitu MC
dengan cepat.. Terutamanya dalam market GOLD/XAUUSD..
BACA dan IKUT satu persatu apa saya kongsi dalam buku ni, jangan ikut
kepala sendiri dan salahkan saya kemudian..
Akhir kata, tolong kosongkan fikiran Anda sebelum baca buku ini, jangan
sesekali ada terlintas fikiran ‘aku dah tahu dah ni’.. Sebab, gelas yang
penuh, mustahil dapat diisi air..
Anda mungkin tahu banyak, tapi tanya diri anda, kenapa dan apa tujuan
anda baca buku ini sekarang..
KATA ALUAN ii
AMARAN:
Saya nak ingatkan Anda tentang KEBERKATAN geng.. Dalam dunia ni nak
buat apa pun kena ada BERKAT..
Sila PM Telegram dibawah jika Anda dapatkan buku ini di tempat selain
yang saya nyatakan diatas demi keberkatan hidup dan menghormati
adab menuntut ilmu:
Tn Izzat - @izzatrahimm
Tn Bob - @Bob_Hamba_Allah
PENAFIAN RISIKO
Berdagang Forex berisiko tinggi, dan mungkin tidak sesuai untuk semua
orang. Sebelum membuat keputusan untuk berdagang Forex, anda harus
mempertimbangkan objektif pelaburan, tahap pengalaman, dan selera
risiko anda dengan teliti. Ada Kemungkinan anda akan menanggung
kerugian sebahagian atau kesemua wang permulaan anda dan oleh itu
anda tidak boleh melaburkan wang yang anda tidak sanggup kehilangan.
Kami bukan penasihat kewangan, dan kami hanya berkongsi pendapat
kami yang mungkin tidak 100% benar. Anda harus mengetahui semua
risiko yang berkaitan dengan perdagangan pertukaran wang asing,
dan dapatkan nasihat daripada penasihat kewangan bebas jika anda
mempunyai sebarang keraguan.
P.s. Bagi yang menjual/mengedarkan buku ini secara haram, anda boleh
dikenakan tindakan undang-undang kerana buku ini telah mendapat
peliharaan hak cipta daripada MyIPO dan NBS..
iii Gold Trend Hacker - Teknik Scalping Reversal Gold M5
Diterbitkan Oleh:
© Azriel Qushairi
Hakcipta terpelihara.
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, saya panjatkan segala kesyukuran kepada Allah SWT atas
segala kemudahan, ilmu, dan rangkaian kenalan yang dianugerahkan
kepada saya untuk menyiapkan buku ini..
Disini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua ibu
bapa saya yang telah mendidik saya untuk sentiasa memberi..
Terima kasih juga kepada Team Gold Trend Hacker yang merupakan
kenalan dan anak didik saya yang memberi semangat untuk saya berkongsi
teknik ini melalui penulisan.. sentiasa menyokong setiap pembaharuan
dan improvement yang saya buat.. tanpa Anda semua siapalah GTH dan
apalah gunanya teknik ini..
Ada lagi geng, terima kasih kepada Anda yang telah mendapatkan dan
sedang membaca buku ini kerana percayakan saya dan menyokong
GTH.. semoga anda kaya dan berjaya..
v Gold Trend Hacker - Teknik Scalping Reversal Gold M5
PENGENALAN GTH?
GTH atau Gold Trend Hacker merupakan satu group yang saya tubuhkan
untuk trader GOLD/XAUUSD..
Bermula dari group yang santai untuk berkongsi ilmu dan teknik trading gold
sehingga menjadi satu group komuniti berskala kecil untuk membimbing
dan melatih trader-trader baru menguasai market GOLD/XAUUSD..
Ramai trader berfikir, trade gold ni susah serta bahaya dan ia bukan
market untuk newbie.. tapi saya boleh cakap semua market tak sesuai
untuk newbie.. Saya cakap ni bukan sebab saya pandai, tidak.. Saya
sendiri pun masih perlu banyak belajar..
Saya berani cakap macam tu kerana dari awal perjalanan trading saya,
memang saya hanya fokus kepada market GOLD/XAUUSD sahaja..
Percaya atau tidak, market gold adalah market yang paling mudah untuk
entry dan exit market dengan cepat..
Isunya bukan pada market.. Isu sebenarnya adalah pada mindset dan
teknik yang digunakan..
Oleh itu, GTH diwujudkan untuk memperbaiki mindset, mitos dan teknik
yang salah ketika trading dalam market GOLD/XAUUSD..
Dan akhir kata, saya ingin ucapkan selamat datang kepada Anda ke
Komuniti Gold Trend Hacker..
vi
ISI KANDUNGAN
KATA ALUAN�������������������������������������������������������������������������������������������������������� i
PENGHARGAAN������������������������������������������������������������������������������������������������� iv
PENGENALAN GTH?�������������������������������������������������������������������������������������������� v
PENDAHULUAN�������������������������������������������������������������������������������������������������� vii
PENUTUP������������������������������������������������������������������������������������������������������������� 30
SIAPA SAYA������������������������������������������������������������������������������������������������������� 31
vii Gold Trend Hacker - Teknik Scalping Reversal Gold M5
PENDAHULUAN
Mari kita mulakan..
Ini merupakan buku siri ketiga keluaran GTH selepas Siri pertama dan
kedua iaitu Teknik Rahsia Scalping Gold M1 telah mendapat sambutan
yang sangat luarbiasa dari kalangan trader terutama Trader newbie.
Apa yang bakal saya kongsi dalam buku ini juga BUKAN saya punya
teknik.. dan bukan pula saya yang cipta teknik ni.. Teknik ini juga bukan
teknik BARU atau rahsia. Tiada rahsia antara kita.
Saya janji, dalam buku kali ini, saya tidak akan mengulang semula apa yang
saya dah kongsikan dalam buku yang lepas iaitu Teknik Rahsia Scalping
Gold M1. Namun masih ada beberapa perkara yang masih lagi perlu
digunapakai dalam teknik kali ini. Buku kali ini juga akan menggunakan
bahasa yang lebih formal.
Jika nak tahu, wajib baca buku ini dan buku Scalping Gold M1 yang lepas.
Azriel Qushairi
Pengasas Gold Trend Hacker
PERATURAN & PERSIAPAN 8
Ramai trader gagal dan menemui jalan maut, mengorbankan duit mereka
kerana EMOSI dan TIDAK membuat persiapan yang baik sebelum trade.
Dalam buku siri 1 yang lepas juga saya banyak menghuraikan tentang
kepentingan membuat persiapan sebelum trade.
Apa rahsia newbie trader macam saya boleh capai tahap konsisten
dalam trading gold dengan pengalaman yang tak sampai 1 tahun?
Jawapannya, tiada apa yang rahsia, saya hanya amalkan apa yang
saya belajar tentang persiapan sebelum trade yang memainkan peranan
80% menentukan kejayaan trader. Jika newbie macam saya boleh buat,
anda boleh buat jauh lebih baik. Saya yakin anda boleh.
Newbie boleh tulis buku tentang trade? biar betul? Betul atau tidak, tiada
sebarang syarat untuk menulis sebuah buku untuk berkongsi tentang
perkara yang terbukti berkesan supaya lebih ramai orang dapat manfaat.
Anda pun boleh menulis buku jika anda mahu. Anda tidak perlu tunggu
pengalaman bertahun-tahun. Anda tak perlu tunggu apa-apa, asalkan
anda berkongsi sesuatu yang memang berkesan dan memberikan hasil
untuk diri anda, ia juga akan berkesan untuk orang lain (Bukan semua
orang, tapi ada). Saya nak kongsikan kepada anda kunci kejayaan saya
dalam trading hingga membuatkan saya yakin untuk menulis buku ini.
Kita hidup di era yang penuh dengan altenatif untuk menambahbaik apa
yang kita tahu, ilmu kita, minda kita dan kehidupan kita. Manfaatkanlah!
Dengan kunci ini, saya jimat bertahun-tahun masa saya. Saya terus
belajar dan buat perkara yang BETUL. Kenapa nak tanggung rugi jika ada
cara untuk terus untung dalam trade walaupun bermula dari Newbie.
Hakikatnya, semua bermula dari newbie.
Apa pun yang saya ceritakan diatas tadi, saya juga pernah merasa MC,
Total loss, tertekan, tapi saya tak nak membiarkan keadaan itu berlarutan
bertahun-tahun.
Apa pun, dalam buku kali ini, saya ingin kongsikan sesuatu yang berbeza
dari sebelum ini.
Saya akan mulakan dengan HAKIKAT PAHIT DAN BENAR TENTANG TRADING
Trader WAJIB faham dan telan segala kepahitan hakikat trading yang
saya bakal kongsikan dibawah. Percayalah, anda tidak akan berjaya jika
anda gagal faham dan abaikan ilmu hakikat ini. Tak percayakan saya?
Jangan percaya! Buat Saja!
Selepas anda baca hakikat ini, cuba renung semula kebelakang, kenapa
anda selalu langgar dinding? kenapa anda selalu MC? Selalu Loss? hakikat
mana yang anda pernah abaikan? Anda akan jumpa jawapannya untuk
jadi lebih baik dari anda yang dulu. Cara trading anda akan berubah,
hidup anda akan berubah!
Semua orang nak cepat kaya. Saya faham sebab saya pun nak cepat
kaya KALAU BOLEH. Tapi Kekayaan bukan sesuatu yang percuma.
Kenapa? Kerana kekayaan dan kejayaan memerlukan ILMU, memerlukan
TINDAKAN, memerlukan USAHA, Kegigihan, kesungguhan, bimbingan.
PERATURAN & PERSIAPAN 10
Bukan sekadar trading malah dalam apa jua perkara yang kita nak capai
memerlukan pengorbanan.
Sebab dunia tidak hutang apa-apa dengan kita. Jika kita mahukan
sesuatu, kita perlu korbankan sesuatu, masa, wang, tenaga? Adakah
anda sanggup berkorban untuk teruskan berusaha dalam bidang trading
ini? Jika ya teruskan jika tidak sila berhenti.
Risiko adalah sesuatu yang tidak asing dalam kehidupan kita. Risiko ada
dimana-mana. Dimana ada kebaikkan disitu ada keburukkan. Dalam
apa jua perkara yang kita lakukan, kita sentiasa terdedah dengan risiko.
Bezanya adalah kebarangkalian risiko itu berlaku dan saiz/tahap risiko itu.
Sebagai contoh, Ketika kita memandu kereta, kita akan terdedah dengan
risiko kemalangan yang mungkin akan meragut nyawa kita. Mungkin juga
kemalangan ringan. Apa pun ia, sebesar apapun risikonya, apa yang
saya cuba sampaikan adalah risiko tetap ada.
Tetapi, kenapa kita masih lagi memandu walaupun kita sedar kita
sebenarnya terdedah dengan risiko? Jawapannya adalah sebab kita dah
TERBIASA buat dan tidak pernah fikir tentang risiko yang jarang berlaku.
Apa yang menyebabkan kita terbiasa adalah kita selalu buat. Kita juga
dah belajar cara yang betul untuk memandu dan peraturan lalu lintas.
Begitu juga dalam trading.
Jika anda nak kurangkan risiko trading, belajar cara yang betul, belajar
peraturan pasaran sebelum trade tetapi ia bukan bermaksud anda tidak
terdedah dengan risiko kerugian. Jelas?
Adakah anda seorang trader yang berdisiplin? Jika ya, tahniah saya
ucapkan. Disiplin dan sabar adalah dua elemen paling penting dalam
menguruskan emosi ketika trade.
Inilah dua perkara yang sering diabaikan dan trader langgar pantang ini
setiap kali trade hingga menyebabkan duit melayang.
Disiplin perlu ada supaya diri kita tidak melanggar peraturan dan SOP
yang kita tahu untuk trade dengan berjaya. Jika anda memutuskan
untuk menunggu SOP dan setup lengkap untuk trade, anda memerlukan
kesabaran yang tinggi. Anda mungkin terlepas setup ketika menunggu,
sabar. Jangan sesekali kejar market.
Bukan dalam trading je geng, dalam kehidupan kita pun kita perlu
amalkan dua perkara ni. Disiplin, Sabar, Segalanya akan dipermudahkan.
Terimalah hakikat ini geng, tiada apa dalam dunia ni kita boleh atau
mampu capai tanpa usaha, praktis dan latihan yang berterusan. Ini juga
merupakan salah satu bentuk pengorbanan yang perlu kita buat. Ingat,
dunia tak hutang apa-apa dengan kita.
Jadi, bila anda dah belajar satu teknik, cuba backtest dan praktis
berulang-ulang, paling kurang selama 3 bulan secara berterusan, setiap
hari buat dan praktis. Walhal, saya sendiri pun praktis berulang-ulang
untuk mahirkan segala teknik yang saya belajar sampai saya yakin nak
tulis ebook ini. Kalau saya tak mahir, saya tak kongsi. Saya bukan scammer.
Dah praktis? Dah mahir? Nanti dulu, itu bukan bermaksud anda dah
berjaya, kita ni manusia, perlu belajar sampai ke liang lahab. Tiada
perhentian dalam menuntut ilmu. Semahir mana pun kita, setinggi mana
pun tahap kejayaan kita, kita perlu semaikan dalam diri sifat sentiasa
dahagakan ilmu.
Supaya kita tak lalai, supaya kita tak tinggi diri. Walhal, saya sendiri masih
lagi belajar. Saya takkan berhenti belajar sesuai dengan pegangan saya
iaitu “Saya bodoh, Saya tak pandai macam orang lain, saya hanya tahu
PERATURAN & PERSIAPAN 12
buat apa yang berkesan untuk saya dan saya belajar untuk meningkatkan
tahap kehidupan saya”. Pegangan ini membuatkan kehidupan saya lebih
tenang, Kenapa?
Mentor bisnes saya pernah pesan, Apa yang kita tahu menentukan tahap
pendapatan kita, dalam konsep trading, makin banyak kita tahu, makin
konsisten trading kita.
Hakikat yang terakhir ini seronok, tetapi hanya apabila kita pandai ambil
manfaat daripadanya. Dalam trading, tiada apa yang betul, tiada apa
yang salah. Kenapa?
Jadi, selagi mana market belum buat keputusan, analisis kita tidak betul
dan tidak salah juga. Ilmu yang kita belajar hanyalah untuk meningkatkan
kadar ketepatan analisis kita untuk sentiasa menang, tapi tiada satu
analisis pun yang mempunyai kadar melebihi 99%. Kesimpulannya, apa
jua teknik kita guna, tidak menjamin 100% keuntungan. Pasti akan ada
kerugian.
Sebab tu, kita, anda dan saya tidak boleh bagi jaminan pada analisis atau
setup yang kita guna. Jika betul, jangan riak, jika salah baru terngadah,
jika salah, belajar dari kerugian.
BROKER
spread kecil tak kiralah sama ada saya nak scalping, atau swing intraday
sekalipun dan saya memang dah ada broker pilihan saya.
Dalam memilih broker yang bagus untuk kita, secara personal saya menilai
dari beberapa perkara iaitu:
Ingat! Tiada satu broker pun yang sempurna, setiap broker ada kelemahan
dan kekurangan tersendiri. Hanya pilih dan guna broker yang menepati cita
rasa kita, mungkin tidak 100% menepati tetapi cukup untuk memudahkan
urusan kita.
Saya akan senaraikan broker pilihan saya dibawah, sebelum tu saya nak
jelaskan, broker yang saya sertakan dibawah adalah broker yang saya
sendiri guna dan mempunyai pengalaman yang baik bersama mereka.
Mereka juga tidak sempurna, tapi sangat jarang isu yang tak diingini
berlaku (ada tapi tidak terlalu kerap).
Jenis Akaun: Standard ECN (Pastikan korang buat akaun Standard ECN)
Spread GOLD/XAUUSD: 1 hingga 2 pips
Leverage: 1:5000
Minimum Deposit: $15
Commission: $20 per lot bersamaan $0.20 per lot
Deposit & Withdrawal: Instant (10-15 minit masuk akaun)
DAFTAR HEXTRA
DAFTAR JUSTFOREX
DAFTAR WELTRADE
Segala maklumat yang saya berikan diatas tak sama dengan maklumat
yang broker itu sendiri berikan dalam website mereka, sebab ini
merupakan daripada pengalaman sebenar saya menggunakan broker
diatas. Kadang Website mereka tak di kemaskini dengan maklumat yang
terbaru.
Jika anda ada pertanyaan tentang broker selain dari broker diatas, sila
buat kajian dan carian sendiri. Seeloknya ikut sahaja broker saya guna
supaya tidak ada masalah dari segi trading plan dan kesesuaian teknik.
Pilihan ditangan anda, Jika anda mempunyai broker pilihan anda selain
diatas, pastikan anda tahu apa dan kenapa anda buat sesuatu.
PERATURAN & PERSIAPAN 16
Saya lagi suka menggunakan ECN kerana ia tidak ganggu entry saya
ketika saya membuka posisi dalam market kerana pembayaran komisyen
berlaku diluar market. Manakala akaun standard, caj dah dikenakan dari
awal dalam spread. Ia menganggu entry saya. Secara kasar saya boleh
katakan, Akaun standard ada caj tersembunyi manakala ECN caj yg jelas
dan tetap.
Dari sudut kerugian pula, Saya rasa Akaun standard lebih merugikan kerana
caj berada dalam spread. Sifat spread ni turun dan naik, kejap kembang
kejap kuncup. Jika kembang disinilah masalah kerugian boleh timbul,
dan trading plan kita akan kelaut. Spread pada akaun ECN juga sama,
cumanya kadar perubahannya tak terlalu besar, dan tidak menganggu
trading plan serta entry kita. Apapun keduanya ada kelebihan dan
kekurangan tersendiri. Saya pernah menggunakan keduanya.
TRADING PLAN
Jom kita masuk pada bab trading plan pula. Dalam komuniti GTH trading
plan kegemaran kami tak lain dan tak bukan adalah compounding dengan
risk reward ratio 1:2. Dalam ebook Siri 1 yang lepas saya memperkenalkan
trading plan 10 Pips SL dan 20 Pips TP. Bagi teknik kali ini, SL 15 Pips dan TP
30 Pips.
Kepada yang menggunakan akaun ECN seperti saya, Set StopLoss (SL)
sebanyak 14 Pips, dan Take Profit (TP) sebanyak 31 Pips untuk pastikan
entry kita cover komisyen.
17 Gold Trend Hacker - Teknik Scalping Reversal Gold M5
KONSEP MULTI-TIMEFRAME
Kenapa perlu buat penandaan H1 dan M15? supaya kita tahu direction
market. Maksud reversal bukan 100% kita lawan arah market. Nak lawan
arah market pun perlu bijak. Maksud reversal disini adalah untuk kita
tangkap setiap setup pada movement yang berlaku dalam market.
Untuk lebih jelas. saya akan jelaskan dalam bab seterusnya. Teruskan
bacaan.
TEKNIK & SOP 18
Jika anda dah selesai baca bab sebelum ini, jom kita teruskan.
Sebab, teknik ini akan membolehkan kita tangkap setup di setiap pucuk
atau akar movement gold. Contoh seperti dibawah:
Dengan cara ini. atas atau bawah, kita akan makan. Teknik ini boleh
digunakan dengan 2 cara iaitu entry TANPA tengok trend dan Entry
IKUT Trend. Kedua-duanya berkesan namun terpulang pada anda ingin
menggunakan cara yang mana satu. Jangan guna keduanya sekali.
Sebelum saya menjelaskan tentang dua cara yang saya sebutkan tadi.
Saya nak anda setting beberapa indicator terlebih dahulu. Jom!
19 Gold Trend Hacker - Teknik Scalping Reversal Gold M5
SETTING INDICATOR
Indicator yang kita akan gunakan untuk teknik kali ini adalah
1. SMMA 200
2. SMMA 100
3. MACD (12,26,9)
1. SMMA 200
2. SMMA 100
TEKNIK & SOP 20
3. MACD (12,26,9)
Dah siap? baik itu sahaja indicator yang kita perlukan, Chart anda akan
kelihatan seperti dibawah ni:
21 Gold Trend Hacker - Teknik Scalping Reversal Gold M5
sekejap lagi saya akan cerita kegunaan indicator ni. Sebelum tu kita
masuk pula bab confirmation.
CONFIRMATION
Confirmation untuk teknik kali ni masih sama seperti teknik dalam ebook
siri 1 yang lepas. Kita akan menggunakan 3 Line Strike (3LS) sebagai
confirmation untuk entry.
Apa akan berlaku jika anda guna keduanya sekaligus? MC dan merana.
Lawan trend yang saya maksudkan dekat sini adalah kita akan fokus
BUY dan SELL serentak. tak kisah trend pada waktu itu downtrend atau
uptrend, kita akan entry juga BUY atau SELL. Abaikan indicator SMMA 100
& SMMA 200. Anda tidak perlukan indicator ini untuk LAWAN TREND.
SOP BUY
SOP SELL
Cara kedua ini khas untuk newbie yang kurang keyakinan untuk entry
lawan trend.. Teknik ini juga masih valid untuk jika nak ikut trend. Kali ni
baru kita akan gunapakai SMMA 200 dan SMMA 100. Ikut SOP dibawah:
SOP BUY
SOP SELL
SOP masih lagi sama seperti cara yang sebelum ini hanyak berbeza
penggunaan indicator SMMA sahaja. Kerana SMMA digunakan untuk
menunjukkan momentum dan trend semasa.
Next step untuk anda adalah backtest sampai lebam. Teknik ni nampak
simple tapi bila praktis betul-betul, akan ada beberapa perkara anda
akan dapat fahami. Saya hanya mampu berkongsi secara teori dan terus
kepada SOP, tapi tweaking dan try and error itu tugas anda.
Pengalaman saya guna teknik ini dalam live market dan juga backtest,
memang ia merupakan teknik sharp entry yang ada kadar menang
yang tinggi. Tapi jika disalah guna, ia boleh menjadi teknik yang akan
membunuh akaun anda. Amalkan dengan penuh hati-hati.
Tips Ekstra:
Anda mungkin tak yakin nak set SL 10 pips, kan? jadi Anda kena tapis lagi
cara Anda buat entry. Cara paling mudah adalah dengan mengukur SL
sebelum entry.
Syarat SL adalah mesti dibawah swing low jika entry BUY atau atas swing
high jika entry SELL.
Sekiranya harga tidak sampai ke zone selamat 10 pips SL untuk Anda entry,
terima je lah hakikat Anda tak boleh masuk entry untuk setup tu. Tunggu
setup seterusnya.
Lebih baik terlepas setup daripada Anda tanggung kerugian SL. Anda
mesti uruskan entry dan jaga akaun Anda sebaiknya, ingat, jangan kejar
market. Trade M1 ni setup banyak, jangan risau kalau terlepas 1 setup..
Apa pun cuba praktis teknik ni dekat akaun demo dulu ya geng dan
backtest banyak-banyak. Dah yakin baru masuk real market.
PENUTUP
Alhamdulillah, dah sampai kita di penghujung buku ni..
Saya mengharapkan Anda dapat praktik ilmu yang saya kongsi pada
Anda dalam buku GTH - Teknik Scalping Reversal GOLD M5 ni. Sekiranya
Anda rasa susah, percaya lah permulaan sesuatu memang susah. tapi
kalau Anda selalu buat nanti akan dapat hasil.
Saya sendiri pun bukan terus dapat hasil. Berapa kali saya MC, berapa
kali saya loss? takde siapa pernah tanya. yang penting jangan putus asa
je geng, dunia ni tak hutang apa-apa dengan kita, kita kena usaha kalau
nak sesuatu. Bayangkan kalau saya putus asa dulu, buku ni takkan wujud
geng.
Sejujurnya geng, mungkin ada benda yang kurang dalam buku ni,
mungkin saya tak dapat nak sampaikan semua, yang penting konsep tu
dah lengkap, tinggal Anda praktis je geng.
Saya pun tak banyak pengalaman geng, jujur saya ikut SOP je geng.
InshaAllah Anda boleh bertahan.
Kejayaan = DUIT
Aaamin!
31 Gold Trend Hacker - Teknik Scalping Reversal Gold M5
SIAPA SAYA
Hi traders sekalian!
Saya Azriel Qushairi.. Saya bukan sifu, bukan master, bukan youtuber,
bukan Full Time Trader, bukan pula pro trader.. Saya trader sama macam
Anda geng.. Sekadar trade untuk tambah pendapatan sampingan dan
isi masa lapang.
Tahun 2021 baru terbuka hati untuk mula trade sendiri. Mungkin sebab PKP
terlalu lama haha.. Bulan pertama saya berjaya leburkan RM5,000 haha..
Yuran kebodohan namanya.. Bukan tak tahu teknik tapi tak tahu mula..
Azriel Qushairi
Trader Nakal
Pengasas Gold Trend Hacker
xxxii
Saya perhatikan ramai orang suka trade gold lawan trend. Lawan trend
tak salah, yang salah adalah trader. Dengan cara yang betul, Lawan
trend pun boleh profit.
Jika anda adalah trader yang suka trade gold dan nak belajar cara yang
betul untuk trade gold ‘lawan trend’, buku ini adalah yang buku yang
anda cari.
Dah penat loss & MC dalam trading? Ebook ni yang Anda cari selama ni
untuk bantu Anda konsisten profit dan kuasai market GOLD.