Anda di halaman 1dari 3

TEKS UCAPAN

MAJLIS PENGHAYATAN 1MALAYSIA


SMK CHERAS JAYA

OLEH :
WAKIL PENGETUA

PADA :

6 FEBRUARI 2010

Assalamualaikum wbt
Bismillahirrahmanirrahim.

Terima kasih pengerusi majlis,


Yang berusaha,
Puan Julia Bt Elias

(Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum)

En. Azmiran B. Alias

(PK Hal Ehwal Murid)

Encik Fauzi Bin Yunus

(PK Kokurikulum)

Barisan Ketua Bidang,


Dialu-alukan kehadiran AJK PBG SMKSI,
Guru-guru ,
Seterusnya pelajar-pelajar yang dikasihi sekalian.
Pertama kali, marilah kita memanjat kesyukuran ke hadrat Allah kerana dengan
izin-Nya jua, dapat kita bersama-sama berkumpul pada pagi yang mulia ini untuk
meraikan Sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2015 . Tema Hari Kebangsaan 2015
ialah Sehati Sejiwa. Tema ini dipilih kerana ia mencerminkan roh
kesepaduan, kesefahaman, kekitaan dan kemanusiaan seluruh rakyat di negara ini.
"Misalnya, gempa bumi di Sabah dan bencana alam seperti banjir besar yang
berlaku di negeri-negeri Semenanjung baru-baru ini turut dirasai dan terkena
tempiasnya oleh seluruh rakyat Malaysia. Perasaan ini seharusnya dirasai bersama.
Sebab itulah tema #sehati sejiwa dipilih bagi melambangkan semangat kesepaduan
tersebut yang dimiliki oleh semua rakyat tidak kira di mana mereka berada.
Untuk makluman semua warga sekolah, Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari
Malaysia tidak lagi disebut berdasarkan ulangtahun, sebaliknya mengikut tahun.
Kebiasaannya kita menyebut Selamat Menyambut Kemerdekaan ke 58 tahun
tetapi mulai tahun ini Kita perlu menyebut Hari Kebangsaan tahun 2015.
Hal ini Ia dilihat sebagai prinsip kesamarataan antara
Semenanjung serta Sabah dan Sarawak kerana penggabungan Malaysia yang
sebenarnya pada 16 September.

Guru-guru dan para pelajar sekelian,


Bersama-samalah kita hayati kemerdekaan negara kita. Untuk mencapai
kemerdekaan bukan suatu perkara yang mudah, namun suatu perkara yang amat
sukar untuk mengisis kemerdekaan ini dengan penuh makna . Sejarah adalah suatu
roda, jika hari ini kita alpa dalam dalam setiap tindak tanduk kita tanpa merujuk pada
sejarah , tidak mustahil sejarah lama berulang kembali. . Berusahalah kita
untuk menjadi warganegara Malaysia yang bersyukur dan menghargai kedaulatan
bangsa dan Negara kita selagi tidak bertentangan dengan landasan agama kita .
Sama-samalah doakan agar kemerdekaan , keamanan dan kemakmuran Negara
kita akan tetap berkekalan untuk yahun-tahun akan datang. Jika kita pilih keamanan
,kita akan memperoleh keamanan dan sebaliknya. Saya petik kata-kata Tunku Abdul
rahman Putra al-Haj, Bapa Kemerdekaan dalam ucapan sewaktu Persidangan
Agung UMNO di Melaka pada 5 April 1953, Merdeka itu bukanlah suatu benda
yang mudah untuk didapati, melainkan ialah dikehendaki untuk mendapatkannya itu
iaitu pengorbanan.Dengan kerananya kita terpaksa mengorbankan bukan sahaja
wang ringgit danusaha tenaga bahkan jiwa kita sendiri . Pihak sekolah
mengucapkan ribuah terima kasih kepada Panitia Sejarah dengan kerjasama Panitia
PSK, Kelab Sejarah dan Rukun Negara, Kelab Setia, Panitia Pendidikan Seni,
Pusat sumber sekolah bagi menjayakan aktiviti sepanjang Bulan Patriotik ini.
Sebelum saya ucapan pada hari ini saya akan menyampaikan
serangkap pantun.
Pohon berangan di tempat bertemu,
Girangnya rasa si anak dara,
Baiklah tuan membawa ilmu,
Binalah bangsa bangunkan Negara.
Dengan Lafaz Bismilahirahmanirahim.. saya merasmikan Bulan patriotik Tahun
2015.
. Sekian Terima Kasih.

Anda mungkin juga menyukai