Anda di halaman 1dari 2

Pada zaman dahulu, dipercayai semua binantang boleh bercakap sesama mereka.

Pada suatu hari


Sang Arnab sedang berjalan-jalan di padang. Hatinya riang tidak terkira. Sedang Sang Arnab
berlari-lari sambil menyanyi, tiba-tiba Sang Arnab melihat Sang Kura-Kura sedang berjalan. Sang
Arnab terhenti berlari, matanya sedang memerhati Sang Kura-Kura yang sedang berjalan amat
perlahan. Terdetik timbul di hatinya untuk bertanya kepada Sang Kura-Kura.
Arnab : “Selamat pagi, Sang Kura-Kura!”.

Kura-Kura : “Selamat Pagi Sang Arnab”.


Arnab : “Hai Sang Kura-Kura. Kenapa engkau berjalan amat perlahan. Cubalah engkau berjalan
laju sedikit. Kasihan aku melihat engkau berjalan sedemikian rupa”.
Kura-Kura : “Memanglah aku berjalan macam ini. Buat apa aku nak berjalan laju-laju
pula. Lagipun aku sedang menikmati pemandangan yang indah dan sejuk di sini”.
Arnab : “Agaknya kalau aku berlumba dengan engkau tentu aku yang akan menang” Kata Arnab
dengan angkuhnya sambil ia melihat muka Sang Kura-Kura yang acuh tidak acuh dengan
soalannya.
Kura-Kura : “Hmmm…tak semestinya Sang Arnab. Belum cuba belum tahu”. Kata Sang Kura-Kura
yang juga tidak mahu mengalah”.
Arnab : “Hai, berlagaknya engkau ini. Bagamana kalau kita berlumba lari”.
Kura-Kura : “Tidak ada masalah Sang Arnab”.
Arnab : “Lihat pokok besar di hujung jalan sana. Siapa yang sampai dahulu ke pokok besar di
hujung jalan itu, dialah yang menang”.
Kura-Kura : “Saya setuju”.
Arnab : “O.k. Satu! Dua! Tiga!”.

Sang Arnab pun berlari sekuat hatinya. Sambil berlari dia ketawa
sendirian kerana memikirkan kebodohan Sang Kura-Kura yang sanggup berlumba dengannya.
Sambil berlari Sang Arnab pun memandang ke arah belakang. Kelihatan Sang Kura-Kura sedang
berjalan dengan begitu perlahan. Sang Arnab pun berfikir sekiranya ia berehat sebenar tentu
Sang Kura-Kura pun masih tidak dapat mengalahkannya. Maka Sang Arnab pun berhenti di
sebatang pokok sambil berangan, jika ada hadiah tentu ramai kawan-kawannya memuji atas
kehebatannya. Akhirnya Sang Arnab tertidur dengan nyenyaknya.
Sang Kura-Kura pula terus berjalan dan berjalan, sehinggalah Sang Kura-Kura terlihat Sang
Arnab sedang tertidur sambil menyandar di sebatang pokok. Sang Kura-Kura berjalan dengan
perlahan agar Sang Arnab tidak mendengar sebarang bunyi. Sang Kura-Kura terus berjalan dan
berjalan. Tiba-tiba Sang Arnab terjaga dari tidur. Beliau menyangka Sang Kura-Kura masih lagi
tinggal di belakang. Sang Arnab pun berlari sekuat hatinya untuk sampai ke pokok besar di
hujung jalan itu. Sampai sahaja di pokok besar itu, Sang Arnab melihat Sang Kura-Kura telah pun
sampai sambil berehat sementara menunggunya. Sang Arnab berasa sangat malu di atas
kekalahannya dan juga kerana keangkuhannya terhadap Sang Kura-Kura.
Kura-Kura : “Hai Sang Arnab, kenapa engkau lambat sampai”.
Arnab : “Hai Sang Kura-Kura, aku minta maaf kerana kesombongan aku tadi. Sebenarnya aku
tertidur untuk melepaskan penat. Aku ingat engkau lambat lagi”.
Kura-Kura : “Tidak apalah Sang Arnab. Aku harap kita masih berkawan. Lain kali jangan sangka
kita yang terbaik kerana ada lagi tuhan jadikan yang terbaik”.
Arnab : “Baiklah Sang Kura-Kura”.
Sejak dari itu, Sang Arnab dan Sang Kura-Kura pun menjadi kawan karib.
Kesimpulan dari cerita ini menunjukkan bahawa usaha itu tangga kejayaan. Jangan berhenti
segala usaha adik-adik kerana setiap usaha akan beroleh kejayaan. Pada yang kuat pula jangan
sombong dan bongkak kerana Allah tidak suka orang yang bersikap demikian. Jumpa lagi dalam
cerita yang lain pula.

Anda mungkin juga menyukai