Anda di halaman 1dari 6

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM
JOHOR

BMZ1034
PENGANTAR BAHASA MELAYU

Name : NABILA SYUHADA BINTI ISMAIL


Identity Card No. : 021202030690
Index Number : 2020122310078
Group : PPISMP
Intake : JUN 2020
Course : BIMBINGAN DAN KAUNSELING 2
Lecturer Name : DR. MOHD ZAIN BIN KOSNON
Submit Date : 28 OKTOBER 2020

PENGAKUAN PELAJAR
Saya mengaku bahawa tugasan kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri
kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.
Tandatangan pelajar:__________________________ Tarikh: _____________________

PEMERIKSA MODERATOR
Markah Markah

Tandatangan Tandatangan

Cop Cop

Tarikh Tarikh
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM
BORANG MAKLUM BALAS KERJA KURSUS (PROJEK/AMALI)

PEMERIKSA
Kekuatan :

Aspek yang perlu diperbaiki :

MODERATOR
Kekuatan :

Aspek yang perlu diperbaiki :

Tanda tangan Pemeriksa : Tanda tangan Moderator :

Tarikh : Tarikh :
Pengesahan pelajar terhadap maklum balas yang diberikan pensyarah :

Saya *faham dan bersetuju / tidak bersetuju dengan maklum balas yang diberikan oleh pensyarah

Tanda tangan pelajar

..................................................................................
( )

Tarikh :
* Sila potong yang tidak tidak berkenaan
Pengenalan

Dalam era globalisasi ini, dunia semakin moden teknologi semakin canggih di mana
penggunaan telefon bimbit dan komputer riba bukan lagi menjadi kemahuan tetapi menjadi
keperluan kita untuk meneruskan kehidupan. Dengan adanya teknologi ini, manusia mampu
untuk berhubung dengan sesiapa sahaja tak kira di mana mereka berada. Bagaimana
mereka berhubung ? Mereka berhubung menggunakan aplikasi di media sosial seperti
Whatsapp, Telegram, Instagram dan Facebook. Sejajar dengan peningkatan kemajuan
teknologi, penggunaan bahasa juga menjadi semakin unik apabila terdapat segelintir remaja
yang sengaja menukarkan perkataan asal menjadi perkataan lain tetapi membawa maksud
yang sama. Hal ini mungkin disebabkan oleh pengaruh negara barat atau mereka ingin
mengikut perkembangan terkini. Apabila penggunaan “bahasa baru” ini menjadi ikutan
remaja lain sama ada dari segi ejaan ataupun percakapan, pastinya ia akan menjadi budaya
dalam kalangan remaja di Malaysia sekali gus melupakan asal usul sesuatu perkataan itu.
Bahasa baku yang dulunya mendapat tempat di hati rakyat melayu kini pudar dipadam oleh
pengaliran teknologi dari masa ke masa. Adakah ejaan baku ini membawa kepentingan
kepada kita ?

Bahasa baku

Sebelum kita mengkaji kepentingan ejaan baku, eloklah kita mengenali apa itu bahasa
baku. Menurut Kamaruddin Hj. Husin (1997), bahasa baku didefinisikan sebagai kelainan
bahasa yang diterima oleh semua anggota dalam masyarakat yang berkenaan dan dijadikan
norma atau mempunyai prestij serta dalam hubungan yang tidak bersahaja serta bahasa
pengantar pelajaran.

Kepentingan sistem ejaan baku

Antara kepentingan sistem ejaan baku ialah komunikasi lebih berkesan. Hal ini kerana
semua penduduk Malaysia menggunakan satu ragam bahasa yang sama dan mudah
difahami oleh setiap lapisan masyarakat. Jadi konflik salah faham dapat dielakkan
seterusnya menjadikan rakyat Malaysia sebagai satu komuniti yang saling memahami
antara satu sama lain. Seperti yang kita tahu, pada hari ini kita menggunakan kemudahan
yang ada untuk menghantar pesanan kepada rakan-rakan, saudara-mara atau sesiapa
sahaja demi berhubung dan mengekalkan hubungan dengan menggunakan bahasa
mengikut dialek negeri masing-masing. Jadi, risiko untuk penerima tidak memahami maksud
sebenar di sebalik pesanan adalah sangat tinggi. Sebagai contoh, orang Kelantan yang
ingin berhubung dengan rakannya di Perak menggunakan dialek Kelantan, sudah pasti
perbualan akan menjadi hambar dan tidak mesra kerana mereka tidak dapat memahami
pesanan yang diterima. Kesannya, pertukaran maklumat melalui pesanan tersebut tidak
berlaku dengan berkesan. Sekiranya bahasa baku digunakan dalam kehidupan seharian,
sudah tentu ia akan meningkatkan lagi kemahiran menulis dan membaca dalam kalangan
masyarakat Malaysia.

Kepentingan yang seterusnya ialah pengajaran Bahasa Melayu di peringkat sekolah


rendah menjadi semakin mudah. Hal ini kerana murid-murid sudah terbiasa dengan bahasa
baku di luar kelas mereka seperti semasa bermain bersama rakan atau semasa
berkomunikasi dengan orang di sekeliling. Jadi perkara ini akan memudahkan tugas para
guru untuk menerapkan penggunaan ejaan baku dalam kalangan murid sekolah
terutamanya murid sekolah rendah. Seperti yang kita tahu, pembelajaran bukan hanya
berlaku dalam kelas semata-mata, ( Kukulska-Hulme & Sharples, 2009 ) sebaliknya
pembelajaran berlaku di mana-mana sahaja. Apabila murid-murid sudah mengetahui serba
sedikit mengenai bahasa dan diperkukuhkan pula ketika proses pembelajaran pastinya
murid akan mempraktikkan bahasa tersebut dalam kehidupan seharian mereka. Sekiranya
murid-murid tidak pernah menggunakan bahasa baku dan hanya didedahkan ketika berada
di sekolah, pastinya sangat susah untuk murid tersebut menjalani setiap pembelajaran di
sekolah kerana mereka tidak memahami butir bicara guru dan juga penulisan di dalam buku
teks dan buku latihan. Jelaslah, ejaan baku memainkan peranan penting dalam sesi
pembelajaran murid-murid di sekolah.

Seterusnya, membantu orang asing untuk mempelajari bahasa melayu. Seperti yang kita
tahu, Malaysia mempunyai masyarakat yang berbilang kaum. Antara kaum yang berada di
dalam Malaysia ialah kaum Melayu sendiri, kaum Cina, kaum India dan sebagainya. Jadi
penggunaan ejaan baku akan memudahkan kaum lain untuk mempelajari dan menguasai
bahasa melayu. Kemahiran bertutur menggunakan bahasa Melayu wajib dikuasai oleh
setiap murid di Malaysia untuk kelangsungan hidup atau ‘survival’ dalam kalangan
masyarakat yang pelbagai etnik di Malaysia (Fa’izah et al. 2009). Sekiranya kaum Melayu
tidak menggunakan bahasa baku sebaliknya menggunakan bahasa pasar atau
menggunakan bahasa mengikut dialek negeri masing-masing pastinya agak sukar untuk
kaum lain menguasai bahasa Melayu. Kesannya, kaum lain tidak akan mencampuri kaum
Melayu kerana mereka tidak memahami bahasa yang dipertuturkan oleh kaum Melayu. Jika
perkara ini berlaku sudah tentu kaum Melayu menganggap bahawa kaum Cina sombong
dan tidak suka bergaul dengan kaum lain tetapi sebenarnya masalah yang wujud adalah
berpunca daripada kaum melayu itu sendiri. Oleh itu, ejaan baku sangat penting dalam
kehidupan seharian kita.

Selain itu, ejaan baku akan menghilangkan sifat perkauman antara negeri. Hal ini kerana
setiap negeri menggunakan laras bahasa yang serupa sama ada untuk bertutur atau melalui
tulisan. Pada masa kini, sesetengah remaja lebih suka untuk bergaul dengan rakan yang
berasal dari negeri yang sama. Hal ini kerana, mereka lebih selesa bergaul dengan orang
yang sejenis dengan mereka. Jadi, mereka tidak perlu mengubah apa-apa kerana kumpulan
mereka datang dari negeri yang sama. Sekiranya perkara ini berlaku, rakyat negara
Malaysia pastinya tidak dapat bersatu sekali gus negara kita tidak akan maju kerana adanya
sifat rasis ini. Perbezaan bahasa akan mewujudkan perbezaan antara dua kelompok
penutur dari aspek budaya dan pemikiran ( Asmah 1987 ). Bayangkan sekiranya semua
rakyat tidak menggunakan dialek negeri masing-masing sebaliknya menggunakan bahasa
baku untuk bertutur, menulis dan sebagainya, pasti negara Malaysia berada setaraf dengan
negara-negara maju yang lain. Hal ini kerana rakyat saling bersatu padu bagai aur dengan
tebing. Jika hanya segelintir sahaja yang menggunakan ejaan baku ini pastinya mereka
akan berasa malu dan risau akan diperli oleh rakan-rakan yang lain.

Penutup

Kesimpulannya, sistem ejaan baku berkait rapat dengan kemahiran bertutur, kemahiran
menulis dan kemahiran membaca. Sistem ejaan baku juga membawa banyak kepentingan
kepada rakyat dan juga negara. Bayangkan tokoh-tokoh bahasa yang berjuang untuk
mewujudkan dan memperkenalkan bahasa baku ini semata-mata untuk membuktikan
bahawa kaum Melayu mampu mempunyai identiti sendiri. Jadi, untuk mengingati perjuangan
tokoh-tokoh tersebut, kita mestilah menggunakan sistem ejaan baku yang telah
diperkenalkan. Hal ini juga adalah untuk memperkasakan lagi penguasaan bahasa baku
dalam diri seluruh rakyat Malaysia. Jika pada hari ini, semua rakyat Malaysia mula
mempraktikkan penggunaan ejaan baku, kesannya akan terpalit juga pada generasi-
generasi yang akan datang. Sekiranya perkara ini berlaku, pastinya penguasaan ejaan baku
dalam diri generasi akan datang menjadi lebih baik kerana mereka telah dididik sejak kecil
lagi. Situasi ini sesuai dengan peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Rujukan

Nora’azian Nahar, Fadzilah Abd. Rahman, 2018, Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu : Tahap
Penguasaan Kemahiran Bertutur Bahasa Melayu dalam Kalangan Murid Bukan Penutur
Natif, 8 (1), 74-83

Siti Nur Fahdziha binti Khyar, 2017, Kerangka Bagi Mereka Bentuk Pakej Pembelajaran
Mobile Untuk Pembelajaran Bahasa Inggeris ( Kemahiran Mendengar dan Bertutur )

Suratman Markasan, 1987, Perlukah Kita Mempunyai Bahasa Baku dan Bilakah Bahasa
Melayu Harus Menjadi Bahasa Baku, Sekata, 4 (1), 5-15

Wagini, Dzulkapli, 1998, Tinjauan Amalan Penggunaan Sebutan Baku Bahasa Melayu
Dalam Proses Pembelajaran Oleh Guru Pelatih di Sebuah Maktab Perguruan

Anda mungkin juga menyukai