Anda di halaman 1dari 6

SKEMA JAWAPAN

BAHASA MALAYSIA TINGKATAN 5


KERTAS 2

Soalan 1 : Rumusan

Pendahuluan.
 Petikan membincangkan kebaikan penggunaan laman Facebook dalam kalangan masyarakat di
Malaysia.

Isi Tersurat
1. Digunakan oleh kerajaan dalam menyampaikan segala maklumat mengenai langkah kerajaan
untuk memajukan negara.
2. Perdana Menteri menggunakan Facebook untuk berinteraksi dengan rakyat.
3. Memudahkan interaksi walaupun jarak beribu batu.
4. Dapat berkongsi minat yang sama.
5. Kita boleh mencari rakan baharu dan rakan yang sudah lama tidak bertemu atau terputus
hubungan sebelum ini.
6. Kita juga boleh mengetahui perkembangan mereka dari semasa ke semasa.
7. Golongan artis menjadikan laman ini sebagai wadah untuk mengumpulkan peminat mereka.
8. Bagi usahawan, Facebook boleh digunakan sebagai platform untuk mempromosikan
perkhidmatan dan produk yang ditawarkan oleh mereka.
9. Polis Pulau Pinang menjadikan Facebook sebagai adalah satu cara untuk membanteras jenayah.

Isi Tersirat
1. Murah
2. Laman sosial ini boleh diakses dimana-mana sahaja.
3. Laman ini mempunyai jaringan yang luas.
4. Dikenali di seluruh dunia.

Kesimpulan
 Kesimpulannya, masyarakat perlu memanfaatkan laman sosial ini dengan sebaik-baik mungkin
agar dapat memberikan impak yang positif.

Soalan 2 : Pemahaman
Soalan 2 (a) – Petikan Umum

(i) Maksud rangkai kata pengguna aktif ialah orang yang selalu menggunakan.
(ii) - terdapat sesetengah laman Facebook yang menyebarkan fitnah.
- Menyebarkan berita palsu yang boleh menjejakan keamanan negara.
- Selain itu, ketagihan pada Facebook akan menyebabkan banyak kerja tertangguh kerana terlalu
asyik berinteraksi dengan rakan-rakan

(iii) - kerajaan mengenakan hukuman yang berat kepada mereka yang menyalahgunakan teknologi
maklumat.
- Ibu bapa hendaklah sentiasa memantau laman web yang dilayari oleh anak mereka
- Masyarakat perlu dididik agar memanfaatkan kemudahan teknologu untuk perkara kebaikan
sahaja.
- Media massa perlulah sentiasa mengewar-war tentang kesan buruk penyalahgunaan teknologi
maklumat.

Soalan 2 (b) – Petikan Cerpen

(i). - memandikannya/membersihkannya
- Memberinya makan

(ii) - menasihati mereka supaya redha akan takdir Tuhan.


- Meminta mereka menjaga anak itu dengan baik.
- menasihati mereka untuk mendapatkan bantuan kewangan daripada pihak berkuasa seperti
Jabatan Kebajikan Masyarakat.
o Mana-mana jawapan yang bersesuaian.

(iii) Latar Masyarakat dalam petikan:


- Masyarakat yang tabah menghadapi cabaran – Mak Timah tabah menguruskan Pungut yang
cacat.

Latar masyarakat yang tidak terdapat dalam petikan:


- Masyarakat yang mempercayai perkara karut - Siew Lan mempercayai tilikan bomoh
bahawa Pungut merupakan anak sial.

Soalan 2 (c)

(i) …keinginan untuk memandang

(ii) …baginda boleh bertukar menjadi bayan


…baginda boleh bertukar menjadi nuri yang pandai berpantun dan berkata-kata
…baginda boleh bertukar menjadi karangan bunga yang indah

(iii) …baginda ingin mengetahui isi hati tuan puteri


…baginda ingin mengagumkan tuan puteri
…baginda ingin memikat tuan puteri
…baginda ingin membuktikan/menunjukkan kesaktian yang dimilikinya.

Soalan 2 (d) – Petikan Sajak

(i) - Hidup dalam kemiskinan.


- mempunyai anak yang ramai.
- tidak pernah menyusahkan orang lain demi mengatasi masalah kemiskinannya.

(ii) - dipengaruhi sikap tamak dan mementingkan diri sendiri.


- Pegangan agama yang tidak kukuh
- Keinginan untuk menjalani kehidupan yang mewah dengan segera
o Mana-mana jawapan yang bersesuaian.

(iii) - latar masyarakat yang tidak amanah - bukti : pegawai yang berpangkat tinggi tidak jujur dan
tidak amanah sehingga sanggup melakukan pecah amanah.
- Latar masyarakat yang gigih berusaha – bukti : kaum nelayan yang begitu gigih menangkap
ikan di laut.
- Latar masyarakat yang tabah – bukti : seorang petani tabah membesarkan anak-anaknya
dengan bercucuk taman walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran.

Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

Soalan 3 (a)

(i) kemas
– Pihak sekolah telah mengeluarkan arahan supaya para pelajar yang akan hadir mengambil
keputusan peperiksaan hendaklah berpakaian kemas.

(ii) mengemaskan
- Semua peserta ekspedisi diarahkan supaya mengemaskan bilik penginapan sebelum
bertolah pulang.

(iii) kekemasan
– Selain pencapaian akademik yang cemerlang, para peserta akan turut dinilai daripada aspek
kekemasan diri dan cara penampilan mereka ketika bercakap.
(iv) harga
– Kenaikan harga minyak petrol telah mempengaruhi pelbagai harga barangan keperluan
harian.

(v) menghargai
– Seseorang pelajar yang bijak dan bermoral sentiasa menghargai guru-guru yang telah
banyak berjasa kepada mereka.

(vi) penghargaan
- Penghargaan dalam bentuk hadiah dan ucapan yang diterima oleh Pengetua pada hari
persaraannya adalah sebagai balasan atas khidmatnya yang penuh dedikasih

Soalan 3 (b)

(i) Pasukan badminton Indonesia telah ditewaskan oleh pasukan badminton negara.

(ii) Persekitaran taman rekreasi itu akan kami bersihkan pada minggu hadapan secara gotong-royong.

(iii) Bahawa semua kakitangannya akan memperoleh ganjaran telah diumumkan oleh pengurus
syarikat itu.

Soalan 3 (c)

(i) baucer - baucar


memerlukan – keperluan

(ii) deraf – draf


pembentangan – dibentangkan

(iii) komisyen – komisen


penjual - jualan

Soalan 3 (d)

(i) menstabilkan - menyeimbangkan


serta - dan

(ii) dilupuskan - dihapuskan


Saling bantu-membantu – saling membantu / bantu-membantu

(iii) antara isu-isu – antara isu


Pengakhiran – pembatalan/penamatan
Soalan 3 (e)

(i) Membesar-besarkan perkara yang kecil

(ii) Harga sesuatu barang itu mahal tetapi berpadanan dengan mutunya (tahan/kualiti)

(iii) Tidak harus melakukan sesuatu separuh jalan supaya maksudnya tercapai.

Soalan 4 : NOVEL

(a) Dua perwatakan watak utama

- watak utama : Faridah


- ...perwatakan Faridah yang pertama ialah seorang yang tabah menghadapi pelbagai ujian hidup
…dia tabah menghadapi kehilangan adik kembarnya iaitu Rahayu, ibunya dan suaminya.

- Perwatakan Faridah yang kedua ialah seorang yang berani merebut peluang untuk berkursus di
New Zealand
…dia berani menjalani kehidupan seorang diri di bumi asing

o mana-mana yang berkaitan


[ 7 markah ]

(b) Tiga latar masyarakat

…latar masyarakat yang menuntut di pusat pengajian tinggi awam – Azrul dan Rahayu
merupakan mahasiswa yang menuntut di UPM dalam bidang pertanian walaupun pada akhirnya
Rahayu gagal menamatkan pengajian akibat kematiannya.

…latar masyarakat Melayu yang berhijrah dan menetap di negara asing – Faridah berhijrah ke
New Zealand, berkahwin dengan jejaka tempatan iaitu Soleh Johnson sekaligus menetap di sana
selepas perkahwinannya.
…latar masyarakat yang mengalami masalah keruntuhan rumah tangga – perkahwinan Mejar (B)
Kamaruddin dengan Salmah menemui kegagalan menyebabkan pasangan anak kembar mereka
iaitu Faridah dan Rahayu turut menjadi mangsa perceraian tersebut.

o mana-mana yang berkaitan


[ 8 markah ]

Anda mungkin juga menyukai