reka dentu
k, dan reka
letak oleh F
ie. S
My
BUKU REK
D
FALSAFAH PENDIDIKAN
KEBANGSAAN
INTELEK ROHANI
INSAN
ILMU TANGGUNGJAWAB DAN
PENGETAHUAN
SEIMBANG SUMBANGAN KEPADA
AKHLAK MULIA DAN MASYARAKAT
HARMONIS
JASMANI EMOSI
Kami, guru-guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju ke arah pembentukan warganegara
yang berilmu, yang taat setia, yang bertanggungjawab dan berkebolehan, yang menyedari betapa pentingnya usaha menuju ke
arah kebenaran dan ke arah pencapaian hasrat yang gemilang, dan yang percaya demokrasi, kebebasan perseorangan dan
Prinsip-Prinsip Rukun Negara
Melalui pendidikan, masyarakat dapat membantu anak mudanya memahami kebudayaan mereka, memperolehi pengetahuan
yang telah terkumpul sejak berzaman, dan menyediakan mereka untuk menghadapi cabaran pada masa hadapan.
Dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab membimbing anak muda untuk mencapai kemajuan sepenuh-penuhnya,
maka dengan ini kami menerima Tatasusila berikut sebagai panduan untuk membolehkan kami menyempurnakan profesion
kami ke taraf kesusilaan yang setinggi-tingginya:
Catatan: Guru yang dimaksudkan dalam konteks Tatasusila ini ialah orang yang menyebarkan ilmu pengetahuan di sesebuah
institusi pendidikan peringkat rendah, menengah dan tinggi, (termasuk guru terlatih yang bertugas dalam pentadbiran,
organisasi dan penyeliaan pendidikan.)
PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN
(KURIKULUM KEBANGSAAN) 1997*
PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 18 dan 130 Akta Pendidikan 1996, Menteri membuat peraturan-peraturan yang berikut:
2. Tafsiran.
Dalam Peraturan-Peraturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
"bahan kurikulum" ertinya semua bahan yang digunakan dalam pengajaran kepada dan pembelajaran oleh murid;
"guru besar" atau "pengetua" ertinya seorang pegawai dalam Perkhidmatan Pendidikan yang dilantik oleh Ketua Pengarah
Pendidikan atau seorang yang dilantik oleh Lembaga Pengelola suatu sekolah swasta dan yang bertanggungjawab untuk mentadbir atau
mengurus suatu sekolah;
"jadual waktu" ertinya suatu pernyataan mengenai mata pelajaran yang akan diajar kepada murid pada tiap hari persekolahan
dalam suatu penggal persekolahan yang mana dinyatakan tempoh dan peruntukan masa selamanya mata pelajaran akan diajar dan nama guru
yang akan mengajar mata pelajaran itu;
"jadual waktu yang diluluskan" ertinya suatu jadual waktu yang diluluskan oleh Menteri;
"kegiatan kokurikulum" ertinya apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik
darjah yang memberikan murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari di
bilik darjah;
"mata pelajaran" ertinya suatu bidang pengajaran dan pembelajaran yang dinyatakan;
"mata pelajaran elektif' ertinya mata pelajaran yang dinyatakan dalam Jadual 9 yang dipilih oleh murid di sekolah menengah
kerajaan dan bantuan kerajaan mengikut minat, bakat, kebolehan dan potensi mereka;
"mata pelajaran tambahan" ertinya mata pelajaran yang dinyatakan dalam Jadual 3 dan 8 yang diajar menurut Akta di sekolah
kerajaan dan bantuan kerajaan;
"mata pelajaran teras" ertinya mata pelajaran yang dinyatakan dalam Jadual 1 dan 5 yang mesti dipelajari oleh semua murid di
sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan dan sekolah swasta;
"mata pelajaran wajib" ertinya semua mata pelajaran yang dinyatakan dalam Jadual 2, 6 dan 7, selain daripada mata pelajaran teras,
yang mesti dipelajari oleh semua murid di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan;
"sukatan pelajaran" ertinya suatu pernyataan mengenai perkara untuk diajar kepada murid di sekolah sepanjang tahun
persekolahan atau mana-mana tempoh yang dinyatakan dalam tahun persekolahan itu;
"sukatan pelajaran yang diluluskan" ertinya suatu sukatan pelajaran yang diluluskan oleh Menteri.
3. Kurikulum Kebangsaan.
(1) Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang
merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang
murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini
dan untuk menyampaikan pengetahuan.
(2) Kurikulum bagi sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan akan mengandungi mata pelajaran yang berikut:
(3) Kegiatan kokurikulum di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan akan mengandungi yang berikut:
(4) Peruntukan waktu minimum seminggu untuk mata pelajaran yang diajar di bawah kurikulum bagi sekolah kerajaan d a n
bantuan kerajaan di subperaturan (2) adalah dinyatakan dalam Jadual 11 hingga 15.
(2) Seseorang guru besar atau pengetua suatu sekolah, kecuali sekolah gaya pos atau pusat pendidikan jarak jauh, hendaklah
dengan serta-merta mengadakan untuk pemeriksaan oleh Ketua Pendaftar jadual waktu untuk penggal persekolahan semasa.
(3) Ketua Pendaftar boleh memerlukan guru besar atau pengetua, / melalui suatu notis secara bertulis, untuk
mengemukakan sesalinan jadual mengenai semua mata pelajaran yang diajar di sekolah, sukatan pelajaran, dan/atau jadual waktu, dalam
tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan notis itu.
7. Guru perlu mengadakan salinan sukatan pelajaran yang diluluskan dan senarai murid-murid untuk pemeriksaan.
Seseorang guru dalam suatu sekolah hendaklah dengan serta-merta mengadakan untuk pemeriksaan oleh Ketua Pendaftar salinan sukatan
pelajaran yang diluluskan berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar dan senarai murid di bawah tanggungjawabnya.
9. Jadual, sukatan pelajaran dsb. dalam bahasa selain daripada bahasa kebangsaan diterjemahkan ke dalam bahasa kebangsaan.
Jika mana-mana jadual, sukatan pelajaran, jadual waktu, atau masukan dalam buku rekod guru, atau mana-mana salinannya yang diperlukan di
bawah peraturan 6, 7 atau 8 untuk dikemukakan atau diadakan untuk pemeriksaan oleh Ketua Pendaftar, disediakan dalam suatu bahasa selain
daripada bahasa kebangsaan, seseorang guru besar atau pengetua hendak mengemukakan atau mengadakan untuk pemeriksaan jadual,
sukatan pelajaran, jadual waktu, atau masukan dalam buku rekod guru, atau salinannya dalam bahasa kebangsaan / dalam tempoh 30 hari
daripada diarahkan oleh Ketua Pendaftar.
11. Penalti.
(1) Seseorang guru hendaklah mengajar mengikut suatu sukatan pelajaran yang diluluskan dan suatu jadual waktu yang
diluluskan dan mana-mana guru yang mengajar murid atau mana-mana orang yang membenarkan seseorang guru mengajar murid melainkan
daripada mengikut sukatan pelajaran yang diluluskan atau jadual waktu yang diluluskan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila
disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya.
(2) Seseorang guru besar, pengetua atau guru yang melanggar peraturan 6, 7, 8, 9 atau 10 adalah melakukan suatu kesalahan
dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ratus ringgit.
12. Pemansuhan.
Peraturan-Peraturan (Kursus-Kursus Pengajian) Sekolah 1956 dan Kaedah-Kaedah Sekolah Lepas-Rendah (Kursus-Kursus Pengajian) 1962
adalah dirhansuhkan.
KP(BS)8591/Jilid XV/(3)
9 Mac 1999
Y. Bhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan,
Surat Pekeliling Ikhtisas ini dikeluarkan dengan tujuan memansuhkan Surat Pekeliling Kementerian Pendidikan 256: "Buku Rekod
Mengajar Guru", bertarikh 1 Julai 1963.
2. Semenjak Surat Pekeliling Kementerian Pendidikan 256 dikuatkuasakan, terdapat amalan di mana maklumat-
maklumat yang tidak berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran telah dimasukkan ke dalam Buku Rekod Mengajar Guru
sehingga mengubah sifat dan tujuan sebenar Buku Rekod Mengajar Guru itu diadakan.
3. Dengan Surat Pekeliling Ikhtisas ini, berkuatkuasa pada tarikh ia dikeluarkan, Rekod Pengajaran dan Pembelajaran
hendaklah mengandungi hanya dua unsur sahaja, iaitu (i) Rancangan Pelajaran Tahunan, dan (ii) Rancangan Pelajaran Harian.
Pengetua, Guru Besar atau wakilnya hendaklah memastikan kedua-dua unsur tersebut dibuat mengikut prinsip-prinsip
perancangan yang mutakhir.
4. Rekod Pengajaran dan Pembelajaran bolehlah disediakan dalam apa jua bentuk yang munasabah dan sesuai dengan
teknologi semasa. la haruslah diurus dengan sempurna dan dapat dikemukakan dengan serta merta apabila dikehendaki oleh
pihak yang diberi kuasa. Bahan-bahan lain yang berkaitan dengan penyediaan Rancangan Pelajaran Tahunan dan Rancangan
Pelajaran Harian juga perlu diurus dengan baik dan dapat dikemukakan dengan serta merta apabila dikehendaki oleh pihak yang
diberi kuasa.
5. Sila maklumkan kandungan Surat Pekeliling Ikhtisas ini kepada semua Pengetua, Guru Besar dan guru di negeri Ybhg.
Dato/ Datin/Tuan/Puan.
6. Sekian.
KP(BS)8591/Jld 11/(44)
13hb.Mac, 1986
Dalam menjalankan kerja-kerja penyeliaan sekolah-sekolah oleh Jemaah Nazir Sekolah, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat
Pelajaran Daerah, salah satu perkara yang hendak diselia adalah tentang kewujudan dan keberkesanan panitia mata-mata pelajaran
di sekolah-sekolah. Adalah didapati bahawa ada sekolah-sekolah yang telah menubuhkan panitia mata-mata pelajaran dan dapat
berfungsi dengan baik dan ada pula di sebaliknya. Walau bagaimanapun, sama ada panitia mata pelajaran itu berfungsi atau tidak,
Kementerian Pelajaran difahamkan bahawa pihak-pihak yang telah membuat penyeliaan ini telah ditanya oleh pihak sekolah, atas
dasar atau arahan manakah, panitia mata-mata pelajaran ini perlu ditubuhkan.
2. Oleh yang demikian, surat pekeliling ini dikeluarkan dengan tujuan untuk memberitahu pihak sekolah tentang perlunya
penubuhan panitia mata pelajaran, supaya dengan ini, perhubungan dua hala di antara pihak sekolah dengan pihak-pihak yang
membuat penyeliaan dapat diadakan dengan lebih berkesan lagi.
3. Berikut adalah panduan mengenai panitia mata pelajaran dan pihak sekolah adalah dikehendaki menubuh atau
memperkemaskan lagi panitia mata-mata pelajaran supaya keberkesanan pengajaran-pembelajaran di sekolah dapat ditingkatkan.
3.1 Latarbelakang
Kejayaan para pelajar dalam pembelajaran dan motivasi serta minat mereka terhadap sesuatu mata
pelajaran yang dipelajari mempunyai hubungan rapat dengan kebolehan dan kekesanan guru yang
mengajar. Guru tidak ragu-ragu lagi mempunyai peranan yang penting dalam menentukan sama ada
matlamat pencapaian akademik para pelajar di sekolah tercapai atau tidak.
Menyedari hakikat ini, maka adalah wajar bagi guru-guru yang terlibat atau mengajar sesuatu m a t a
pelajaran yang sama menggembelingkan tenaga mereka dan menyelaraskan aktiviti-aktiviti
dan/atau tugas-tugas mengajar sebagai pehdidik. Mereka juga harus mempunyai semangat
bekerjasama, saling membantu dan berkongsi fikiran, pengalaman serta "kepakaran untuk memperbaiki
lagi kecekapan dan kekesanan mereka. Dengan demikian, guru-guru yang mengajar sesuatu mata
pelajaran berpeluang untuk bekerjasama dan menyelaraskan usaha mereka dengan lebih terkelola dan
bersepadu. Dengan wujudnya badan ikhtisas seumpama ini, guru-guru yang menganggotainya juga
berpeluang untuk mencari penyelesaian kepada masalah-masalah bukan sahaja dalam bidang
pengajaran bahkan juga masalah yang berhubung dengan motivasi, sikap dan tabiat belajar pelajar-
pelajar.
4. Harap Y.B. Dato'/Tuan memaklumkan kandungan surat Pekeliling ini kepada semua sekolah.
Sekian.
'BERKHIDMAT UNTUK NEGARA'
Bahagian Sekolah,
Kementerian Pendidikan,
Paras 5, Blok J Selatan,
Pusat Bandar Damansara
50604 Kuala Lumpur Telefon : 2556900
___________________________________________________________________________________________________
KP(BS)8591/Jld 11/(77)
11 November 1987
Y.B. Dato'/Tuan/Puan,
Tugas dan fungsi Pengetua/Guru Besar sebagai pemimpin profesionalisme, pengurus dan pentadbir hari ini adalah berbagai-bagai.
Sebagai pemimpin profesionalisme di sekolahnya, tanggungjawab utama seorang Pengetua/Guru Besar ialah untuk memastikan
kejayaan pelaksanaan kurikulum di sekolahnya. Pelaksanaan kurikulum dijalankan melalui proses dan aktiviti pengajaran-
pembelajaran oleh guru-guru dan keberkesanan pelaksanaan kurikulum di sekolah memerlukan penyeliaan yang rapi dan sistematis
dari pihak Pengetua/Guru Besar sekolah itu. Ini termasuklah penyeliaan pengajaran-pembelajaran terhadap guru di dalam kelas yang
sepatutnya menjadi perkara yang diutamakan dalam senarai tugas dan tanggungjawab Pengetua/Guru Besar. Oleh itu dan dengan
tujuan mempertingkatkan keberkesanan proses pengajaran-pembelajaran di sekolah, Pengetua/Guru Besar hendaklah
diperingatkan bahawa penyeliaan pengajaran-pembelajaran di dalam kelas adalah merupakan tugas yang amat penting.
2. Berikut adalah syor garis panduan bagi melaksanakan tugas penyeliaan di dalam kelas:
2.1 Rasional
2.1.1 Pelaksanaan kurikulum adalah unsur TERAS fungsi institusi persekolahan. Dengan itu
p e r h at i a n ya n g l e b i h h e n d a k l a h d i b e r i ka n ke p a d a p e nye l i a a n p e n ga j a ra n -
pembelajaran.
2.1.2 S e b a g a i p e m i m p i n p r o fe s i o n a l i s m e d i s e ko l a h , Pe n g e t u a / G u r u B e s a r a d a l a h
pelaksana utama kurikulum di sekolahnya. Oleh itu tugas penyeliaan pengajaran-
pembelajaran adalah merupakan tugas terpenting yang perlu dititikberatkan.
2.1.3 Pe nye l i a a n a d a l a h s at u a s p e k te r p e nt i n g d a l a m p e nta d b i ra n , p e n g u r u s a n d a n
kepimpinan pendidikan. Oleh itu penyeliaan tidak boleh dipisahkan dari peranan
Pengetua/Guru Besar sebagai pengurus, pentadbir dan pemimpin profesionalisme di
sekolahnya.
2.2 Tujuan
2.2.1 Mempertingkatkan daya profesionalisme Pengetua/Guru Besar dan guru-guru dalam
melaksanakan kurikulum sekolah melalui proses pengajaran-pembelajaran sejajar
dengan falsafah, matlamat dan objektif sistem pendidikan negara.
2.2.2 Berkongsi pengetahuan dan pengalaman bagi meluaskan sumber maklumat kepada Pengetua/ Guru
Besar untuk memperbaiki proses pengajaran-pembelajaran di sekolahnya.
Sumber maklumat ini juga boleh digunakan oleh Pengetua/Guru Besar sebagai asas
untuk menilai seseorang guru bagi tujuan tertentu.
2.3 Bidang
2.3.1 Penyeliaan pengajaran-pembelajaran hendaklah ditumpukan kepada 2 (dua) bidang:
a. bidang organisasi dan
b. bidang pengajaran dan pembelajaran.
Bidang Organisasi
Di antara ciri-ciri organisasi yang perlu diberi perhatian ialah:i.
i. Iklim kelas:
organisasi kelas
kawalan murid
komunikasi
motivasi
sikap murid
kebersihan dan perhiasan
ii. Penyeliaan gerakerja
iii. Penilaian prestasi
iv. Profil murid
v. Panitia matapelajaran
SURAT PEKELILING IKHTISAS
3. Surat Pekeliling ini adalah untuk mengingatkan kembali mengenai peri mustahaknya tugas-tugas penyeliaan pengajaran-
pembelajaran sebagai salahsatu tugas dan tanggungjawab Pengetua/Guru Besar. la tidak sekali-kali menafikan
pentingnya tugas-tugas dan tanggungjawab kepimpinan dan penyeliaan seorang Pengetua/Guru Besar dalam Iain-Iain aspek
pentadbiran dan pengurusan sekolah. Oleh itu Pengetua/Guru Besar perlu diingatkan mengenai peri pentingnya melaksanakan
tugas-tugas secara yang seimbang agar pelaksanaan suatu tugas tidak akan menyebabkan tugas-tugas lain tidak diberi perhatian
sewajarnya.
4. Harap maklumkan kandungan Surat Pekeliling Bil. 3/1987 ini kepada semua sekolah dinegeriY.B. Dato/Tuan/Puan.
Sekian.
ASPIRASI SISTEM
100% enrolmen merentas semua peringkat pendidikan
Akses daripada prasekolah hingga menengah atas
menjelang 2020
Kemahiran Kemahiran
memimpin dwibahasa
SPEED
Smart Planning Enhances Education Dynamics
MOTTO
Bersama..... Melangkah Ke Hadapan
FOKUS JPN SABAH
3 Kepimpinan Pendidikan.
BULATAN
Bersatu, Fokus, Padu
MERAH
Berani
GUNUNG KINABALU
Semangat Jatidiri yang tinggi dan teguh
LOGO 1 MALAYSIA
Mengutamakan murid dalam mencapai
kecemerlangan pendidikan
GURU
Pendidik
5 MURID
Mewakili pelbagai kaum dan latar belakang
melambangkan 5 Prinsip Rukun Negara
BIRU
Perpaduan, Pemuafakatan & Keharmonian
PUTIH
Keikhlasan, Suci
P
1 AGENDA 1 IMPIAN
C
Berjuang dalam misi KPM
Sekolah unggul penjana generasi
Dalam misi membangunkan potensi....
C (co)
Kita warga pendidikan
Berjuang di dalam satu barisan
Malaysia Negaraku Sabah Negeriku
Tak dipersia harapan Negara
CERMAT Satu Agenda Satu Impian
(BDG)
CREATIVE
INTEGRITI
Satu….Malaysia !
Teori Pembelajaran Kontekstual menumpukan kepada Kemahiran berfikir kreatif ialah kebolehan untuk mencerna
kepelbagaian aspek persekitaran pembelajaran sama ada di dan menghasilkan idea asli dan bersifat generatif. Idea
bilik darjah, makmal, tempat kerja atau kehidupan harian. baharu terhasil melalui ilham atau gabungan idea-idea yang
ada.
Teori ini menggalakkan pendidik memilih dan mewujudkan
persekitaran pembelajaran yang merangkumi pelbagai Strategi berfikir pula merupakan proses berfikir yang lebih
pengalaman sama ada dalam konteks sosial, budaya, fizikal tinggi peringkatnya dan mengandungi beberapa langkah
atau psikologi untuk mendapatkan hasil pembelajaran yang yang melibatkan beberapa kemahiran berfikir kritis dan
dihasratkan. kreatif. Kesemua kemahiran yang digunakan dalam aktiviti
Pdp adalah pada akhirnya menuju ke arah membuat
konsepsi, keputusan dan menyelesaikan masalah.
KONSTRUKTIVISME
Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid
Kemahiran berfikir menaakul adalah sebagai pelincir dalam
membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif
membantu kita membuat pertimbangan secara logik dan
berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada.
rasional kepada semua kemahiran berfikir dan strategi
Dalam proses ini, murid akan menyesuaikan pengetahuan
berfikir.
yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk
membina pengetahuan baharu.
1212 STRATEGIPEDAGOGI
STRATEGI PEDAGOGI
MEMBUDAYAKAN KEMAHIRAN
BERFIKIR
Projek ini membantu pihak sekolah memupuk
kemahiran berfikir; menyemai budaya
pembelajaran sepanjang hayat; mahir dalam
menyelesaikan masalah dan berupaya mencari
jalan penyelesaian secara kreatif dalam kalangan
murid sekolah.
Lapan Proses Pemikiran dibangunkan melalui alat berfikir visual, iaitu Peta Pemikiran yang
memudahkan murid-murid dalam memahami konsep, menganalisis masalah dan mencari
penyelesaian.
3. JADUAL WAKTU
7. TAKWIM PERSEKOLAHAN
13. CATATAN
RANCANGAN MENGAJAR TAHUNAN
TAKWIM SEKOLAH