Anda di halaman 1dari 3

Karangan Fakta- Faedah Membaca

Membaca jambatan ilmu. Ibu bapa haruslah memupuk minat membaca di kalangan
anak-anak sejak dari kecil lagi. Terdapat pelbagai bahan bacaan yang sesuai dibaca
seperti surat khabar, majalah, buku cerita, komik dan lain-lain lagi. Bahan-bahan ini
boleh didapati di perpustakaan ataupun membelinya di kedai buku.

Membaca dapat memberikan pelbagai faedah kepada kita. Antaranya


membaca dapat menambah ilmu pengetahuan. Dengan membaca buku-buku ilmiah
dalam pelbagai bidang seperti bidang sejarah, ekonomi, perubatan dan sebagainya,
menjadikan kita pelajar yang berpengetahuan luas dan otak cair. Secara tidak
langsung akan membantu kita menjadi pelajar yang cemerlang dan menjadi
kebanggaan ibu bapa serta guru-guru.

Dengan membaca juga kita akan dapat mengetahui isu-isu semasa. Apabila kita
membaca surat khabar, kita akan tahu berita semasa di dalam dan di luar negara.
Contohnya berita tentang gempa bumi di Jepun, peperangan di Palestin, Banjir di
Johor dan sebagainya.

Di samping itu, membaca juga dapat menghiburkan kita. Apabila kita berasa
penat setelah menelaah pelajaran, kita boleh membaca buku-buku yang boleh
menghiburkan kita seperti komik, majalah dan lain-lain lagi. Dengan itu, kita dapat
menghilangkan rasa penat.

Seterusnya, membaca dapat mengisi masa lapang kita. Kita dapat mengelakkan
diri kita daripada bergaul dengan kacang hantu atau kutu embun. Secara tidak
langsung, kita tidak akan terjebak dengan gejala sosial seperti melepak, bergaduh,
vandalisme dan lain-lain lagi.

Kesimpulannya, membaca amat penting kepada para pelajar. Oleh itu, kita
haruslah tanamkan sikap suka membaca pada setiap masa. Rakyat yang suka
membaca adalah rakyat yang berilmu.
Bincangkan punca-punca berlakunya kemalangan di jalan raya.

Hampir setiap hari berita-berita mengenai kemalangan ngeri yang menyebabkan


kecederaan parah, kehilangan nyawa dan kerugian harta benda disiarkan melalui
media massa. Keadaan ini menunjukkan bahawa kemalangan adalah satu masalah
serius yang sukar diatasi.

Banyak faktor yang menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya. Dalam hal
ini, kecuaian manusialah yang menjadi penyebab utama. Ramai pemandu dan
penunggang kenderaan yang gemar memandu secara cuai dan melulu. Mereka tidak
mematuhi undang-undang dan peraturan jalan raya yang telah ditetapkan. Sebagai
contoh, ada pemandu yang gemar memotong kenderaan lain di selekoh yang
mempunyai garisan berkembar. Perbuatan begini amat berbahaya kepada diri sendiri
dan pemandu lain.

Selain itu, keadaan kenderaan juga merupakan punca kepada berlakunya


kemalangan. Ramai pemilik kenderaan tidak menyelenggara kenderaan mereka
dengan baik. Keadaan ini menyebabkan komponen -komponen kenderaan seperti
brek dan tayar tidak dapat berfungsi dengan baik. Hal ini menyebabkan kenderaan
tidak dapat dikawal dengan baik dan mudah terbabas ketika memandu.

Kemalangan juga berpunca daripada keadaan jalan raya. Jalan raya yang
berselekoh , berbukit , dan berlubang-lubang amat berbahaya kepada pemandu.
Seseorang pemandu yang kurang pengalaman dan tidak biasa melalui laluan
sebegini sukar untuk mengawal kenderaan mereka dan amat berisiko mengalami
kemalangan.

Di samping itu, kemalangan jalan raya juga berpunca daripada pemandu


kenderaan dan penunggang motosikal yang tidak memiliki lesen memandu. Hal ini
menyebabkan mereka tidak memahami undang-undang dan peraturan jalan raya
dengan sepatutnya kerana tidak mendapat tunjuk ajar dan latihan yang diperlukan.
Mereka akan terdorong memandu atau menunggang secara tidak berhemah.
Keadaan sebegini boleh menyebabkan berlakunya kemalangan di jalan raya.
Kesimpulannya, banyak faktor yang menyebabkan berlakunya kemalangan di jalan
raya. Untuk mengatasi masalah ini, semua pihak perlu menggemblengkan tenaga dan
usaha secara lebih efektif lagi

Anda mungkin juga menyukai