Anda di halaman 1dari 1

Teks Ucapan

Terima kasih pengerusi majlis,

Selamat pagi dan salam sejahtera saya ucapkan kepada

Yang Berusaha Guru Besar Sk.Batu 10

Encik Zaini bin Abdulah, guru-guru Penolong Kanan Sk.Batu 10, guru-guru dan rakan-rakan sekalian.

Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya pada tahun ini, kami calon UPSR
berpeluang untuk menyambut Majlis Restu Ilmu untuk memohon kemaafan dan mengharapkan guru-
guru menghalalkan segala ilmu yang dicurahkan kepada kami.

Ada antara kami yang berdebar menanti saat peperiksaan, dan ada juga antara kami yang
tersenyum menanti saat peperiksaan dengan tenang. Hati kami begitu hiba mengenang akan
kesilapan yang dilakukan terhadap guru-guru kami. Kami mengharapkan doa restu yang ada dalam
lubuk hati guru-guru yang pernah dan mendidik kami agar merestui ilmu dan perjalanan kami dalam
menghadapi peperiksaan UPSR pada minggu hadapan.

Kami juga berharap guru-guru sekalian memafkan segala tingkah laku dan kekasaran tutur
kata kami, sepanjang kami menuntut ilmu. Selama ini kami ada melawan kata, tidak menyiapkan
tugasan yang diberi, dan sering menyakiti hati guru-guru. Kami tahu, ada dalam kalangan yang
tersinggung akan sikap kami yang menyakiti hati guru-guru. Sesungguhnya dengan hanya doa dan
restu guru-guru sajalah akan membantu kami untuk berjuang di dalam dewan peperiksaan itu nanti.

Seterusnya, saya dan rakan-rakan, ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada


guru-guru yang begitu gigih mengajar kami dengan usaha yang berterusan, penuh dengan semangat
ketekunan, kecekalan, kegigihan dan dedikasi dalam mendidik kami calon-calon UPSR umpama lilin
membakar diri. Terima kasih juga kepada semua guru yang mengajar kami dari prasekokah hingga
tahun 5 yang telah memberi sokongan, mengajar, mendidik dan menegur kami secara langsung atau
tidak langsung. Semoga jasa dan pengorbanan guru-guru akan menjadi pembakar semangat kami
dalam menjawab peperiksaan itu nanti.

Anak haruan berlima-lima,


Mati ditimpa panggur berdaun,
Budi tuan kami terima,
Jadi kenangan bertahun-tahun.

Akhir sekali, sekali lagi saya bagi wakil calon UPSR 2019 merakamkan setinggi-tinggi
kesyukuran mengharapkan restu agar kami dapat menghadapi peperiksaan dengan tenang dan
ditunjukkan kepada kami jawapan yang tepat. Kami sedia menyahut cabaran untuk memberi
keputusan terbaik agar sekolah kita dapat berada pada tahap setanding sekolah-sekolah terbaik di
negeri Sarawak. Semoga dengan keizinan Tuhan, guru-guru kami sentiasa diberkati, sihat dan
sejahtera dalam usaha mendidik kami. Sekian. Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai