Anda di halaman 1dari 2

SJKT BANDAR INDERA MAHKOTA

25200 KUANTAN, PAHANG

PERSATUAN / KELAB: PERSATUAN BAHASA MELAYU

TAHUN : TAHUN 4, 5 DAN 6

TEMA / TAJUK : PANTUN TEKA-TEKI

MASA / TEMPOH : 2.30 – 4.30 PETANG

OBJEKTIF : MURID DAPAT MENEKA JAWAPAN TEKA TEKI DALAM PANTUN


YANG DIBACAKAN OLEH GURU.

PELAKSANAAN AKTIVITI

BIL PELAKSANAAN AKTIVITI CATATAN


.
1. Guru penasihat mengambil kehadiran 5 minit

2. Guru menunjukkan cara melafazkan pantun dengan sebutan dan intonasi yang 15 minit
betul. Murid juga ditunjukkan video upin-ipin tentang pantun teka teki
10 minit
3. Guru membacakan pantun dan murid meneka teka-teki. Setiap teka- teki diberikan
10 markah sekiranya murid berjaya menjawapnya.

4. Murid diminta menulis beberapa contoh pantun teka-teki dalam buku log. 1 jam 30 minit

Elemen Sivik Dalam Kokurikulum : Bertanggung jawab, Kerjasama

Elemen KBAT : Aplikasi pengetahuan dan kritis

Penerapan MBMMBI : Murid melafazkan pantun dalam Bahasa Melayu


PANTUN TEKA TEKI

Kalau tuan pergi ke kedai,


Belikan saya buah keranji,
Kalau tuan bijak pandai
Apa binatang keris di kaki?

Ada sebiji roda pedati,


Bentuknya bulat daripada besi,
Selalu diikat sekuat hati,
Dilempar hidup dipegang mati?

Buah budi bedara mengkal,


Masak sebiji di tepi pantai,
Hilang budi bicara akal,
Buah apa tidak bertangkai ?

Burung nuri burung dara,


Terbang ke sisi taman kayangan,
Cubalah teka wahai saudara,
Semakin diisi makin ringan?

Bunga orkid indah warnanya,


Penyeri taman perindah hutan,
Ramai orang datang bertanya,
Tapak siapa hidup di lautan?

Anda mungkin juga menyukai