Anda di halaman 1dari 11

BAHAGIAN A

[ 20 markah]

Soalan 1 – 16
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
1. “Semalam ________________ pergi ke rumah nenek di Seremban,” kata pasangan
kembar itu kepada rakan mereka.
A. saya
B. kita
C. kami
D. kalian
2. Pendatang-pendatang tanpa izin itu telah ditahan oleh pasukan RELA. _________
akan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
A. Dia
B. Beliau
C. Kamu
D. Mereka
3. Keputusan perlawanan bola sepak itu seri tanpa sebarang ____________ gol.
A. jaringan
B. jaringkan
C. penjaring
D. menjaringkan
Soalan 4 berdasarkan gambar 1 di bawah.

Gambar 1
4. Pada setiap petang, ___________________ akan berterbangan di kawasan taman.

A lelabi
B bebalai
C pepatung
D kekunang

1
5. Penjaja minuman dikehendaki ____________ daripada menggunakan pewarna yang
tidak dibenarkan.
A. berhenti
B. berhenti
C. memberhentii
D. memberhentikan

6. Pihak polis telah mengambil tindakan ____________ untuk mengatasi masalah


jenayah yang semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.
A. segera
B. lampau
C. lama
D. lewat

7. Suara penyanyi yang sedang menyanyikan lagu Melayu asli itu sungguh
____________ sekali.
A. garau
B. merdu
C. haru
D. kuat

8. Bau ____________ pada daging kambing dapat dihilangkan apabila dicuci dengan
tepung gandum.
A. hapak
B. hamis
C. tengik
D. hanyir

9. Encik Azmeer akan menghadiri mesyuarat di Kuala Lumpur pada mingguhadapan


___________ bulan hadapan?
A. dan
B. lalu
C. atau
D. maka

2
Soalan 10 berdasarkan gambar 2 di bawah.

Gambar 2

10. Rumah datuk Ahmad terletak di __________ sungai.


A. tengah
B. dalam
C. hujung
D. tepi

11. Majlis rumah terbuka Encik Halili itu berlangsung ______ pagi _______ ke petang.
A. daripada…sehingga
B. dari…hingga
C. sejak…hingga
D. pada…hingga

12. Pada setiap pagi, banyak kenderaan yang _______________ di hadapan sekolah itu.
A. lalu-lalang
B. bolak-balik
C. ulang-alik
D. mundar-mandir

13. Ibu bapa boleh ________________ anak mereka ke tahun satu selepas melengkapkan
borang ini.
A. mengurus
B. melaporkan
C. memberitahu
D. mendaftarkan

3
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

14. Puan Hasnah sedang menyusun pasu bunga di halaman rumahnya.


A. Bunga pasu di halaman rumah sedang disusun oleh Puan Hasnah.
B. Pasu bunga sedang disusun oleh Puan Hasnah di halaman rumahnya
C. Halaman rumah sedang disusun oleh pasu bunga Puan Hasnah.
D. Di halaman rumah Puan Hasnah pasu bunga menyusun.

15. “Silalah masuk. Ayah ada di dalam,“ kata Izzah kepada Pak Hasni.
A. Izzah mempersilakan Pak Hasni masuk ke rumah untuk bertemu ayahnya.
B. Pak Hasni dipersilakan masuk ke rumah oleh ayah untuk bertemu Izzah.
C. Ayah mempersilakan Izzah masuk ke rumah untuk bertemu Pak Hasni.
D. Izzah mempersilakan ayah masuk ke rumah Pak Hasni.

Pilih ayat yang betul.


16. A.Tilam itu dibuat dari getah asli.
B. Majalah ini ialah untuk kaum wanita sahaja.
C . Kanak-kanak itu dibawa oleh ibunya ke hospital.
D .Ibu meminta Husna membeli cili sos di kedai runcit di seberang jalan itu.

Soalan 17 hingga 20
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Zarissa, Jenny dan Devi bersahabat baik semenjak kecil lagi. Mereka hidup sekampung dan

bersekolah di sekolah yang sama. Ketiga-tiganya murid Tahun Empat Inovatif. Mereka

sentiasa berlumba-lumba dalam pelajaran. Masing-masing ingin menduduki tempat teratas

dalam kelas.

Dalam Ujian Satu tempoh hari, ketiga-tiganya mendapat 6A. Di dalam kelas mereka,

Zarissa muncul pelajar terbaik bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, manakala Jenny

mendapat markah tertinggi bagi Bahasa Inggeris. Devi pula mendapat 100 peratus dalam

4
Matematik. Guru kelas mereka sungguh bangga dengan pencapaian ketiga-tiga muridnya

yang juga menjadi anak emas sekolah mereka itu.

Walaupun mereka saling berlumba dalam pelajaran, mereka tidak bermusuhan antara

satu sama lain. Malah, mereka saling membantu dalam menghadapi apa juga keadaan.

Mereka belajar bersama-sama, bermain bersama-sama dan jika timbul masalah, mereka akan

cuba menyelesaikannya secara muafakat.

Di kampung, mereka terkenal sebagai budak-budak yang ringan tulang. Orang kampung

juga sangat suka kepada mereka kerana mereka ringan mulut. Mereka rajin menolong ibu

bapa dan juga sentiasa bersedia membantu orang kampung. Apabila berselisih dengan orang

lain, mereka tidak pernah bermasam muka, sebaliknya menegur orang itu dengan ramah.

17. Perkataan 'berlumba-lumba' dalam petikan di atas bermaksud


A. berlawan
B. bersaing
C. beriringan
D. berkejar-kejaran
18. Antara berikut, manakah pernyataan yang salah?
A. Devi mendapat markah penuh dalam Matematik.
B. Zarissa mendapat markah tertinggi dalam Bahasa Melayu.
C. Jenny mendapat markah penuh dalam Bahasa Inggeris
D. Zarissa, Jenny dan Devi mendapat 6A dalam peperiksaan percubaan UPSR
sekolah mereka.

19. Semua simpulan bahasa yang terdapat dalam petikan di atas membawa maksud yang
baik, kecuali:
A. anak emas
B. ringan tulang
C. ringan mulut
D. masam muka
20. Apakah tajuk yang paling sesuai bagi petikan tersebut?
A. Pelajar Pintar Sentiasa Berlumba-lumba
B. Sikap Yang Harus Diteladani
C. Murid Yang Sombong
5
D. Ringan mulut
(20 markah)

BAHAGIAN B
[ 30 markah]

Soalan 21
Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan yang diberi

semasa supaya sehingga

mesti sejak

Pusat pelancongan bapa saya terletak di Pulau Pangkor, Perak. Beliau menjadi
pengusaha pusat pelancongan itu ______________ saya masih kecil. Beliau melatih semua
pekerjanya _______________ bertatasusila. Mereka sentiasa bersopan
santun__________________ melayan pelanggan. Mereka juga sanggup bekerja
_______________ lewat malam.
[4 markah]

Soalan 22
a. Tulis ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberi.
Ayat tanya :
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
Jawapan: Farah dan adiknya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Kampung Tun
Razak.

[2 markah]

6
b. Padankan perkataan yang sesuai berdasarkan ayat yang diberikan .

Awan ____________ menandakan hari hendak pudar


(i) hujan.

Warna pakaian itu semakin _____________ kabur


setelah dibasuh berkali-kali.
(ii)

(iii) Suasana di dalam bilik menjadi _____________ gelap


apabila lampu terpadam.

(iv) Nenek memakai cermin mata kerana mendung


penglihatannya ________________.

[4 markah]
Soalan 23
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.
Tidur ialah cara badan kita berehat. Kanak-kanak yang berumur antara 5 hingga 12 tahun

memerlukan masa tidur yang cukup, iaitu 9 hinggan 11 jam sehari. Masa tidur yang cukup ini

amat perlu untuk membantu kanak-kanak membesar dengan baik.

Kita perlu membuat persediaan sebelum tidur agar badan kita dapat berehat

sepenuhnya. Tempat tidur kita hendaklah bersih dan selesa. Kita juga hendaklah

membersihkan muka dan menggosok gigi sebelum tidur. Tidur yang mencukupi pada waktu

malam akan menjadikan tubuh kita lebih segar pada keesokan harinya.

a. Dalam sehari, kanak-kanak berusia antara 5 hingga 12 tahun memerlukan masa tidur
selama ______________________________________________.

7
[1 markah]

b. Apakah yang perlu kita lakukan sebelum tidur?


_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
[2 markah]
c. Padankan pernyataan di bawah berdasarkan petikan. Satu daripadanya telah
ditunjukkan sebagai contoh.

Tidur merupakan salah satu


contoh rehat yang berkualiti.

Tidur yang mencukupi akan betul


membuat badan kita lebih segar
keesokan harinya.

Kita perlu membasuh muka dan


menggosok gigi sebelum tidur. salah

Kanak-kanak tidak perlu masa


tidur yang cukup untuk
membantu mereka membesar.
[2 markah]
Soalan 24
Baca syarahan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Yang dihormati Tuan Pengerusi majlis, Guru-guru Besar, guru-guru, barisan para
hakim yang arif lagi bijaksana serta tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati.Berdirinya
saya di atas pentas ini untuk menyampaikan tajuk syarahan iaitu "Hidup di rumah kampung
lebih baik daripada hidup di rumah pangsa".

Hadirin sekalian,
Rumah kampung biasanya terdapat di kampung-kampung. Ini bermakna suasananya
jauh lebih baik daripada rumah pangsa yang banyak terdapat di bandar. Udara di kampung
bersih, jauh daripada kebisingan dan kesesakan lalu lintas. Dengan ini penghuni rumah
kampung menikmati hidup dengan bahagia.

Oleh sebab rumah pangsa terdapat di bandar-bandar, kita dapati rumahnya bukan
sahaja bertingkat-tingkat, malahan setiap rumah ada satu dua bilik yang sempit. Ini
8
menyebabkan penghuninya berasa tidak selesa.

Tuan-tuan dan puan-puan,


Bukan itu sahaja masalah hidup di rumah pangsa. Keadaan menjadi lebih teruk
lagiapabila diadakan majlis perkahwinan atau kenduri-kendara. Mereka terpaksa menyewa
dewan atau tempat khas yang disediakan di ruangan bawah blok rumah pangsa itu. Sebelum
ini, tempat khas itu dijadikan tempat meletak kereta.
Sebaliknya keadaan ini tidak dialami oleh penghuni rumah kampung. Halaman
rumah kampung biasanya lapang serta teduh oleh naungan pokok-pokok. Hal ini juga
menyebabkan penghuni rumah kampung boleh bercucuk tanam. Pendeknya kalau ringan
tulang mereka tidak perlu membeli sayur-mayur di pasar. Penghuni rumah pangsa pula
sekadar boleh menanam pokok bunga yang diletakkan di sepanjang beranda.

Hadirin yang dihormati sekalian,


Berdasarkan hujah-hujah yang dikemukakan, ternyatalah bahawa hidup di rumah
kampung lebih baik daripada hidup di rumah pangsa.
Sekian, terima kasih.

a. Tajuk syarahan adalah ________________________________________________


_____________________________________________________________________
[1 markah]
b. Orang yang hidup di rumah kampung lebih bahagia kerana _____________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
[2 markah]
c. Mengapakah penghuni rumah pangsa berasa tidak selesa?
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
[2 markah]
d. Rumah jenis pangsa atau rumah kampung menjadi pilihan anda? Mengapa?
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
[2 markah]

9
Soalan 25
Harlina sudah fikir semasak-masaknya . Fikirannya selama ini kusut dan kepalanya pening.

Dia sudah bosan hidup di kota metropolitan ini. Semuanya perlu mengejar masa. Dia ingin

mencari kehidupan yang tenang seperti di desa.

Pagi itu, Harlina mengemas barang-barangnya. Dia sudah berjanji dengan kawannya

Hanis untuk menghabiskan masa cuti sekolah di kampung Hanis. Ibu bapa Harlina telah

mengizinkan anaknya ke kampung Hanis.

“Wah, indah nian kampung awak ,Hanis! Saya berasa sungguh seronok berada di sini.

Udaranya nyaman dan suasananya damai sekali,”bisik hati Harlina. Pada petang itu, Harlina

dan Hanis berkelah di tepi pantai. Harlina kelihatan gembira. Mereka juga sempat mencari

remis dan melihat cara-cara penduduk di situ menangkap ketam.

Fikiran Harlina kembali tenang. Dia juga berpeluang ke dusun buah-buahan milik

keluarga Hanis. Di sana pelbagai jenis buah-buahan yang dikutipnya.

Selepas dua minggu berada di sana, Harlina berasa sedih kerana dia akan pulang ke

bandar. Dia berjanji dengan Hanis bahawa dia akan datang lagi ke kampung ini.

a. Perkataan bosan boleh digantikan dengan ___________________________.


[1
markah ]

b. Apakah yang menyebabkan fikiran Harlina berasa kusut?


_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________

[ 2markah ]
c. Mengapakah Harlina memilih kampung Hanis untuk bercuti?
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
[2
markah ]

d. Pernahkah kamu pergi bercuti? Nyatakan tempat menarik yang pernah kamu lawati .
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
10
_________________________________________________________________________
[3
markah ]
SOALAN TAMAT

11

Anda mungkin juga menyukai