Anda di halaman 1dari 1

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL JALAN TAJUL

81900 KOTA TINGGI


JOHOR. TEL/FAX: 07-8821384

Email:tajul3015@yahoo.com

Ruj Tuan :
Ruj Kami : JBD3015/100-9/13/3(1)
Tarikh : 20 Januari 2020

Kepada ,

Ketua Polis,
Daerah Kota Tinggi,
81900 Kota Tinggi,
Johor

Tuan/Puan ,

JEMPUTAN MEMBERI CERAMAH KEPIMPINAN BAGI PENGAWAS SEKOLAH

Adalah Dengan hormatnya, perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa unit Disiplin di bawah bidang Hal Ehwal Murid SJK
Tamil Jalan Tajul akan mengadakan Ceramah Kepimpinan kepada Pengawas sekolah.

3. Majlis tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 05 Februari 2020 (RABU)


Tempat : Dewan SJK (Tamil) Jalan Tajul,Kota Tinggi
Masa : 2.00 - 4.00 petang

4. Sehubungan dengan itu , kami ingin menjemput seorang pegawai polis yang beragama
Hindu sebagai penceramah bagi program tersebut. Ini adalah kerana murid – murid sekolah
kami lebih memahani jika penceramah memberikan ucapan dalam Bahasa Ibunda. Pihak kami
amat berbesar hati sekiranya pihak tuan/puan dapat memberikan pelepasan kepada pegawai
tersebut.

5. Segala perhatian dan kerjasama dari pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian , terima kasih

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


Saya yang menjalankan amanah

…………………………………………
( BALA SUBRAMANIAM A/L GOPAL )
Guru Besar
SJK Tamil Jalan Tajul,
Kota Tinggi.

s.k. - FAIL UNIT HEM

Anda mungkin juga menyukai